DEFINISI TERAPI PERTUTURAN
MASALAH PERTUTURAN YANG DIALAMI OLEH MURID BERKEPERLUAN KHAS
Murid-murid
berkeperluan khas mempunyai pelbagai masalah sama ada ketidakupayaan,
kecacatan, halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari
segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Mereka terdiri daripada
pelbagai masalah dalam pembelajaran. Sehubungan itu, kaedah terapi dapat
membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan
tersebut. Oleh yang demikian, setiap murid Pendidikan Khas yang
mempunyai kelemahan, kecacatan, halangan atau rintangan tertentu yang
mengganggu mereka menjalani kehidupan seharian atau pembelajaran harus
melibatkan diri dalam terapi yang sesuai.
Terdapat
pelbagai jenis dan bentuk terapi yang boleh membantu mereka dalam
setiap kekurangan tersebut. Sebagai contoh, jika murid berkenaan
mempunyai masalah dalam pertuturan, dia boleh menjalani terapi
pertuturan. Jika dia menghadapi masalah dalam pergerakan motor kasar
atau halus (psikomotor), dia boleh didedahkan dengan terapi fisio atau
cara kerja.
Pelaksanaan
kaedah terapi ke atas murid haruslah dilakukan oleh mereka yang
berpengalaman dan berpengetahuan seperti doktor atau pakar kesihatan.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa terapi yang boleh dijalankan
sendiri oleh ibu bapa dan guru seperti terapi muzik, terapi seni, terapi
pertuturan dan terapi pergerakan. Namun begitu, untuk menjalankan
terapi tersebut, pihak berkenaan haruslah mendapatkan maklumat atau
pengetahuan yang sesuai sama ada melalui pembacaan atau rujukan pada
pakar.
TERAPI
Sebenarnya
terapi merupakan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah
menghadapi sebarang penyakit atau kecederaan ( Kamus Perubatan Mosby,
2001). Ini bermaksud terapi sangat berkait rapat dengan rawatan yang
membantu seseorang pulih semula dari kecederaan atau masalah yang
dialami.
Bagaimanapun,
di dalam konteks pendidikan pula, terapi adalah kaedah untuk membantu
seseorang murid untuk bergerakbalas terhadap sesuatu aktiviti atau
kemahiran. Hal ini meliputi pelbagai kaedah yang digunakan oleh guru
bagi membantu murid memberi tindak balas terhadap proses pembelajaran.
PERTUTURAN
Pertuturan
adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat
pertuturan (artikulasi). Menurut Kamarudin Hj. Husin (1987), pertuturan
juga merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana bahasa manusia.
Pertuturan
juga boleh bermaksud bercakap , hasil daripada percakapan , apa yang
dituturkan , bahasa sesuatu negara atau bangsa ataupun dialek tersendiri
sesebuah wilayah atau tempat.
TERAPI PERTUTURAN
Terapi
pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yang dihadapi oleh
seseorang individu. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor fizikal atau
mental. Contohnya, masalah fizikal kanak-kanak seperti sumbing. Selain
itu, ia juga melibatkan aktiviti yang dijalankan untuk membantu
individu yang bermasalah. Latihan atau intevensi yang dilaksanakan
untuk meningkatkan semua aspek komunikasi seperti pengunaan bahasa
isyarat dan simbol-simbol bergambar.
Terapi
pertuturan juga merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu murid
yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Ia
bertujuan untuk membantu murid menghasilkan bunyi bunyi bahasa dan
melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan
asas tertentu. Sekiranya murid gagal membunyikan perkataan, guru boleh
memulakan pengajaran dengan melakukan terapi terlebih dahulu.
Kebiasaanya, guru akan memulakan latihan atau intevensi awal supaya dapat membantu murid. Antara
contoh aktiviti terapi pertuturan yang boleh dilakukan oleh guru ialah
latihan lisan, meniup belon, meniup kertas di atas air dan mengetap
bibir.
KEPENTINGAN TERAPI PERTUTURAN(G 5.4)
Terapi
pertuturan merupakan salah satu aktivti yang membantu murid untuk
mempunyai masalah dengan alat artikulasi mereka seperti gagap, sengau,
sumbing dan sebagainya.
Terdapat beberapa kepentingan terapi pertuturan ini, antaranya ialah, pertama melatih murid menguasai kemahiran tertentu. Sebagai
contoh, jika terapi pertuturan dijalankan, kita dapat membantu murid
menguasai kemahiran bertutur khususnya. Murid akan dapat bertutur
dengan lebih baik dari semasa ke semasa jika terapi ini terus
dijalankan.
Kedua, membantu murid menghasilkan bunyi bahasa. Hal
ini bermaksud, terapi pertuturan ini dapat membantu murid mengeluarkan
bunyi-bunyi bahasa yang lebih bermakna. Kebanyakkan murid yang
mengalami masalah pertuturan akan mengeluarkan bunyi yang kurang
difahami oleh orang lain. Dengan pelaksanaan terapi pertuturan, murid
dapat menghasilkan bunyi bahasa yang lebih bermakna.
Ketiga, meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial. Hal
ini bermaksud, terapi pertuturan ini dapat meningkatkan keyakinan
murid untuk berhadapan dengan orang lain. Sebagai contoh, jika murid
yang mengalami masalah pertuturan, sifat rendah diri mereka untuk
bergaul dengan orang lain akan kurang. Apabila mereka dapat bertutur
walaupun bukan sepenuhnya, tahap keyakinan mereka untuk bergaul dengan
orang lain akan meningkat. Selain itu, tahap kognitif mereka juga akan
meningkat daripada pengalaman bergaul denga orang lain.
Keempat, meningkatkan tahap keupayaan murid.
Hal ini bermaksud, tahap keupayaan murid khususnya bertutur akan lebih
meningkat. Sebagai contoh, apabila murid yang mengalami masalah
pertuturan dapat bertutur, hal ini akan memberi kesan positif dalam diri
murid termasuk tahap keupayaan murid dalam bidang lain seperti
pelajaran.
Kelima, membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi.
Hal ini bermaksud, terapi pertuturan ini dapat membantu merangsang
alat-alat pertuturan murid dan meningkatkan tahap komunikasi murid-murid
yang mengalami masalah pertuturan. Sebagai contoh, apabila terapi
pertuturan dilakukan, secara langsung alat-alat pertuturan seperti
mulut, lidah, gigi dan gusi akan bergerak dan bertindak balas antara
satu sama lain. Hal ini akan membantu murid-murid bertutur dengan cara
yang lebih baik dan berkesan. Selain itu, apabila murid-murid sudah
mula menggunakan alat-alat pertuturan dengan betul, hal ini akan
membantu murid-murid berkomunikasi dengan lebih baik.
Keenam, membantu murid menyampaikan maklumat kepada individu lain.
Hal ini bermaksud, terapi pertuturan ini dapat membantu murid-murid
menyampaikan maklumat dengan betul kepada orang lain dan meluahkan
perasaan mereka dengan cara yang betul. Sebagai contoh, apabila
murid-murid bermasalah pertuturan sudah mula pandai bertutur, mereka
akan meluahkan perasaan mereka dengan orang yang bersesuaian. Apabila
mereka mahu makan, mereka akan beritahu dan tidak terus mencapai makanan
yang mereka mahu.
Ketujuh, membantu meningkatkan kemahiran sosial.
Hal ini bermaksud, terapi pertuturan ini akan meningkatkan kemahiran
sosial murid-murid. Murid-murid akan tahu kemahiran sosial dengan lebih
baik. Sebagai contoh, mereka akan tahu cara untuk bercakap pada
tempat dan situasi yang sesuai. Hal ini juga bermaksud, mereka akan
dapat menyesuaikan diri dengan mudah dan lebih baik apabila bergaul
dengan orang lain.
Kelapan, memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri. Hal
ini bermaksud, murid-murid akan dapat meingkatkan diri dalam hidup dan
dan dalam pergaulan apabila terapi pertuturan ini berkesan. Sebagai
contoh, apabila mereka dapat bertutur dengan lebih baik, peluang mereka
untuk mendapatkan pekerjaan pada tahap yang lebih tinggi akan wujud dan
keyakinan mereka
ALAT-ALAT YANG DIGUNAKAN DALAM TERAPI PERTUTURAN
Alat
terapi pertuturan diberikan kepada individu yang mengalami masalah
ketidakupayaan bertutur atau mengeluarkan suara dengan baik seperti
berikut:
§ i) Kecelaruan perkembangan bahasa
§ iiK0ecelaruan bahasa perolehan
- Kecelaruan bunyi pertuturan
- Masalah pendengaran
- Kecelaruan suara
- Kecelaruan resonan/ sengau
- Kecelaruan kelancaran pertuturan
- Masalah penelanan dewasa/ kanak-kanak (Dysphagia)
- Kecelaruan deglutasi (feeding)
Antara alat-alat terapi yang biasanya digunakan sebagai terapi pertuturan ini ialah:
- § Wisel
- § Bola ping pong
- § Straw
- § Peniup hari jadi
- § Lilin
- § Kertas
Wisel
Straw
Peniup hari jadi(paper blower)
bola ping pong
Lilin
Alat-alat
berikut digunakan dengan cara murid membuat aktiviti meniup alat-alat
menggunakan mulut bagi melatih pergerakan dan keupayaan mulut mereka.
Antara aktiviti terapi yang boleh dilakukan menggunakan alat-alat
berikut ialah:
|
- § Meniup belon dan wisel serta peniup hari jadi
- § Meniup lilin yang dinyalakan api
- § Meniup bola ping pong dalam bekas berisi air
- § Meniup straw di dalam cawan yang berisi air
- § Meniup kertas di dalam air.
- § Meniup kertas untuk mengeluarkan bunyi seperti wisel.
- § Menyedut air menggunakan straw.
Selain
itu, banyak alternatif moden yang boleh digunakan untuk mengurangkan
atau merawat masalah pertuturan kanak-kanak. Alat-alat bantuan
pertuturan ini kebiasaannya disediakan oleh pakar pertuturan di hospital
tertentu. Antaranya alat terapi dan kaedah yang digunakan ialah:
1. Penilaian awal bahasa dan pertuturan.
Penilaian ini merupakan penilaian asas bagi kanak-kanak yang bermasalah pertuturan dan bahasa.
2. Set kemahiran mendengar dan bertutur.
Set
ini menggunakan alat permainan dan bahan bantu mengajar yang
mengandungi langkah-langkah untuk membantu kanak-kanak bermasalah dalam
mendengar dan bertutur.
3. Buku membaca dengan kaedah S.I (dengan latihan).
Teknik membaca dengan latihan yang sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang mempunyai perkembangan bahasa yang lewat.
4. Kad imbas berlamina.
Kad imbas berlamina yang menggunakan gambar-gambar objek di sekeliling kanak-kanak bagi merangsang keupayaan bertutur mereka.
5. CD clipart.
Gambar objek dan kata kerja yang disedikan dalam bentuk JPEG boleh digunakan untuk menarik minat kanak-kanak dalam pertuturan.
6. Kad imbas kaedah S.I.
Merupakan
kad imbas yang bersaiz kecil dan dilaminakan supaya tidak mudah rosak
dan mudah dibawa ke mana sahaja bertujuan sebagai latihan sebutan dan
bacaan kanak-kanak pada bila-bila masa dan tempat.
7. Sticker pelbagai warna dan karektor.
Digunakan sebagai ganjaran dalam pembelajaran.
8. Aktiviti kraf.
Menggunakan
pelbagai alatan seperti kain, kertas warna, butang, manik, tali manik,
mata, dawai bunga, gunting pelbagai corak, gam, jarum dan benang
bertujuan menggalakkan kanak-kanak sebut dan sentuh.
9. Hand puppet.
Puppet yang mulut dan tangannya boleh digerakkan untuk merangsang keinginan kanak-kanak untuk bertutur.
10. Finger puppet.
Menggunakan puppet jari dengan watak haiwan untuk membantu merangsang pertuturan.
11. Perisian Dr Speech.
Merupakan
latihan dalam perisian komputer yang berbentuk interaktif, tersusun dan
mudah digunakan bagi membantu pengeluaran dan pengawalan suara.
12. Perisian nasal view.
Latihan yang digunakan untuk penilaian dan terapi kanak-kanak yang mengalami masalah sengau dalam pertuturan.
13. Five.
Alat pengurut berbateri dengan tekstur berbeza digunakan di kawasan sekitar luar mulut bagi kanak-kanak hiposensitif.
14. Echo Microphone.
Mikrofon yang menghasilkan gema apabila bercakap melaluinya. Alat ini dapat menggalakkan kanak-kanak mengeluarkan suara.
Cara pelaksanaan terapi pertuturan
Melakukan Latihan Senaman Muka
1. Lidah
a. Gerakkan lidah ke atas
b. Gerakkan lidah ke bawah
c. Gerakkan lidah ke kanan
d. Gerakkan lidah ke kiri
2. Mulut
a. Buka mulut seluas mungkin
b. Tutup mulut
c. Buka dan tutup dengan pelahan-pelahan
d. Buka dan tutup mulut dari pelahan semakin laju.
3. Muka
a. Meniru riak muka berdasarkan gambar atau arahan.
4. Kunyah
Kawalan pernafasan
· Cara pernafasan menggunakan perut
· Tarik nafas kemudian tahan dan hembus
· Tarik nafas ikut hidung atau mulut dan hembus melalui hidung atau mulut.
· Latihan hembus kertas
· Hembus bola kertas ke arah gol
· Minum,sedut dan buat buih air menggunakan straw
· Tiup buih-buih
· Meniup peralatan muzik atau peralatan yang mengeluarkan bunyi
· Tiup wisel mengikut rentak
· Tiup belon mengikut tahap kesukaran
Kawalan suara
· Letak tangan di hadapan mulut
· Letak belakang tangan di bahagian leher
· Sebut fonem /a/i/u/ dalam masa 5 saat/10 saat/ 15 saat/ 20 saat.
Cara pelaksanaan pada tahap pra-pertuturan
Pandang mata
· Letakkan
permainan berdekatan dengan mata klien. Ia bertujuan agar klien melihat
ke arah guru. Jika klien tidak memberikan perhatian, berhenti dan
panggil namanya sebelum memulakan aktiviti.
· Hentikan aktiviti sebelum klien kepenatan dan berikan ganjaran jika berjaya.
Vokalisasi
· Bermain dengan bunyi vokal untuk melatih pergerakan otot mulut yang berkaitan dengan pertuturan.
· Apabila
klien mengeluarkan bunyi , ulang semula penghasilan bunyi tersebut atau
memanjangkan bunyi tersebut sehingga menjadi satu perkataan.
· Pengendali terapi harus menggunakan nada yang berbeza supaya dapat menarik minat klien untuk meniru.
Kekangan atau halangan dalam menjalankan terapi pertuturan
Halangan tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa faktor.
1. Guru
a. Guru
pendidikan mempunyai pengetahuan yang cetek mengenai terapi pertuturan
dan tidak biasa melakukan terapi pertuturan semasa masa terapi untuk
murid pendidikan khas.
b. Guru
malas untuk menjalankan terapi pertuturan sebaliknya menyerahkan tugas
tersebut kepada ibu bapa untuk dirujuk kepada pakar terapi.
c. Guru tidak berminat untuk menjalankan aktiviti terapi pertuturan dan menjalankan terapi lain sewaktu masa terapi.
2. Bahan
a. Ketiadaan bahan yang sesuai dengan murid boleh menganggu proses terapi pertuturan.
b. Penggunaan bahan bantu untuk terapi tidak mencukupi dengan bilangan murid atau bahan yang mudah rosak.
3. Peruntukkan masa
a. Peruntukkan masa untuk proses terapi pertuturan yang tidak mencukupi.
b. Terdapat
pelbagai murid yang memerlukan peruntukkan masa yang berbeza untuk
sesuatu aktiviti terapi pertuturan menyukarkan guru untuk mengendalikan
proses terapi pertuturan. (terdapat murid yang berasa bosan menunggu
giliran atau menunggu untuk ke tahap seterusnya kerana terdapat murid
yang masih memerlukan masa yang lama untuk sesuatu melaksanakan sesuatu
aktiviti terapi pertuturan).
4. Sokongan ibu bapa
a. Ibu
bapa tidak mahu memberikan kerjasama untuk meneruskan terapi pertuturan
dirumah sebaliknyan menyerahkan sepenuhnya kepada guru untuk
menjalankan terapi pertuturan.
b. Ibu
bapa tiada masa untuk melaksanakan terapi pertuturan yang diajarkan
oleh guru supaya dijalankan kepada anak-anak mereka semasa berada
dirumah.
5. Tingkah laku
a. Terdapat murid yang tidak mahu mengikuti aktiviti dalam terapi pertuturan.
b. Murid mempunyai tingkah laku yang disruptif dan disruktif semasa proses terapi pertuturan.
c. Tidak mahu mengikuti arahan daripada guru atau ahli terapi.
Cadangan Terapi Pertuturan
Terapi
pertuturan akan memberi kesan dengan cepat apabila keyakinan
murid-murid pendidikan khas untuk bertutur itu meningkat. Oleh itu
sokongan dan galakan daripada semua pihak perlu ada agar murid-murid
pendidikan khas merasa dihargai dan tidak dipinggirkan. Setiap usaha
mereka perlu dihargai dan bukannya dipandang rendah walaupun objektif
yang ditetapkan itu gagal dicapai
Guru
merupakan individu yang paling dekat dengan Murid-murid khas semasa di
sekolah. Guru perlu memantau dan merekod tahap kebolehan pertuturan
setiap murid. Sekiranya ada murid yang menunjukkan masalah lewat
pertuturan,guru perlu mengambil langkah intervensi dengan kadar
segera.Oleh itu guru perlu memantau perkembangan pertuturan murid. Hal
ini penting untuk menjamin keberkesanan terapi pertuturan yang
dijalankan dan tindakan susulan yang bakal diambil berdasarkan
pencapaian murid. Guru juga perlu sentiasa bersedia dengan pelbagai
kaedah terapi kerana setiap murid bermasalah pertuturan memerlukan
pendekatan yang berbeza.
Ibu
bapa perlu sentiasa bercakap dengan anak istimewa mereka. Semakin kerap
perbualan dan pertuturan berlaku,semakin banyak input dan
perbendaharaan kata yang didengar dan dikuasai oleh anak mereka.
Kanak-kanak istimewa ini memerlukan lebih banyak perhatian dan kasih
sayang daripada semua orang. Oleh itu, ibu bapa perlu mendengar setiap
perkataan yang diluahkan dan jangan memperkecilkan kanak-kanak
bermasalah pertuturan ini kerana hal ini akan melemahkan semangatnya.
Persepsi
negatif masyarakat terhadap murid-murid pendidikan khas yang mengalami
masalah pertuturan dan komunikasi ialah perkara biasa. Masyarakat perlu
mempunyai pengetahuan dan kesedaran akan hak murid-murid pendidikan khas
ini untuk belajar bertutur dan
bercakap seperti manusia normal. Murid-murid masalah pertuturan tidak
sepatutnya dipinggirkan dan dilayan seperti orang asing. Mereka perlu
dihargai agar mereka lebih yakin dan tidak malu untuk berkomunikasi
Kempen
kesedaran,seminar,taklimat mengenai masalah pertuturan yang dihadapi
oleh murid-murid bermasalah pertuturan perlu diadakan dengan lebih kerap
lagi. Masih ramai lagi golongan masyarakat yang tidak mengetahui akan
kesedaran untuk membantu golongan murid-murid bermasalah pertuturan ini.
Masyarakat terus berprasangka dan melabel murid-murid bermasalah
komunikasi ini dengan pelbagai label negatif. Media massa juga perlu
memainkan peranan penting dalam menyebarkan bahan-bahan ilmiah mengenai
masalah pertuturan yang dihadapi oleh kanak-kanak.Blog,laman web dan
laman social juga boleh dimanfaatkan sebagai wadah untuk menyampaikan
mesej mengenai masalah pertuturan dalam kalangan kanak-kanak dan
bagaimana kita dapat membantu mereka.
KESIMPULAN TERAPI PERTUTURAN
Program
terapi pertuturan merupakan satu program yang penting bagi membantu
kanak-kanak bermasalah pertuturan dan komunikasi untuk bertutur. Guru
pendidikan khas perlu didedahkan proses mendapatkan perkhidmatan,proses
pengesanan awal, pengetahuan asas terapi pertuturan agar langkah-langkah
yang perlu diambil bersesuaian dengan keperluan murid. Guru memainkan
peranan penting mengesan sebarang masalah komunikasi dalam kalangan
muridnya. Guru perlu menjalankan ujian diagnostik bagi mengenalpasti
tahap dan kebolehan murid untuk berkomunikasi.
Pemantauan
secara berterusan oleh guru terhadap perkembangan komunikasi murid
bertujuan untuk mengetahui tahap murid dan mengenalpasti keperluan
murid. Guru atau pakar terapi pertuturan akan melakukan program-program
terapi secara bersistem dan berjadual, justeru,data-data perkembangan
pertuturan dan komunikasi murid sentiasa diperlukan. Guru juga perlu
bersedia melakukan inovasi dan teknik memberi terapi kepada kanak-kanak
bermasalah pertuturan yang memerlukan perhatian lebih bagi membolehkan
mereka menguasai kemahiran bertutur sedikit demi sedikit.
Murid-murid
bermasalah komunikasi dan pertuturan perlu dibantu. Persekitaran
murid-murid khas juga menjadi faktor penting yang membantu perkembangan
mereka. Guru,ibubapa, dan
masyarakat perlu memastikan murid-murid ini sentiasa bertutur dan
melibatkan diri dalam pertuturan walaupun cara mereka bertutur itu tidak
betul.
Penyebaran
maklumat mengenai terapi pertuturan dalam media massa seperti media
cetak dan media elektronik membantu masyarakat amnya dan ibubapa
khususnya yang mempunyai kanak-kanak bermasalah pertuturan untuk
mengambil tindakan yang sewajarnya membantu anak mereka sebelum
terlambat. Seminar-seminar dan kursus-kursus diadakan bagi membantu
ibubapa menimba ilmu tentang bagaimana masalah pertuturan anak mereka
dapat diatasi.
Terima kasih atas perkongsian ini. Boleh saya dapatkan sumber rujukan anda?
ReplyDeleteterima kasih. padat dan lengkap. Izinkan saya menggunakan maklumat-maklumat yang diberi.
ReplyDeleteTerima kaseh... Info yg cukup padat.. Membantu saya yg ada masalah suara sengau..
ReplyDelete