Peranan Seni dalam Pendidikan
Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas
pendidikan di rujuk sebagai “3R” iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan
huruf, “R” adalah satu perkataan yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris
tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Seni perlu dijadikan “R” keempat atau
literasi asas kerana Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam
proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 3 bidang utama dalam mata
pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara
peranan-peranan Seni dalam Pendidikan ialah:
a)
Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok
Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin
pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya
menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat
dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa
lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar.
b)
Memupuk nilai kerjasama
Secara semula jadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam
Pendidikan tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan
yang beransur kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak
dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Aksi-aksi
yang terdapat dalam Seni Dalam Penidikan merangkumi aktiviti seni visual, muzik
dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi social yang terjalin melalui
deria sentuh.
c)
Memenuhi keperluan sosial yang asas
Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti
–aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk
satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat social iaitu
kemilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok.
Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota
sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan
Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui
pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan aktiviti
yang menarik.
Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat
mewujudkan suasana yang harmoni dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan
rakan-rakan prihatin terhdap dirinya danb menghargai bakat yang dimiliki.
d)
Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa
dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat
ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang
belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun
begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka
juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat
eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan.
Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengelohan
dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.
e)
Luahan perasaan dan aras keyakinan yang tinggi
Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang
diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin
dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh
mendapat tahu perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan.
Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan
suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam
menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang
tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai
pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan
perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.
Kesimpulan:
Kesemua
bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan
kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan peranan yang sama.
Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar
tentang tajuk-tajuk yang diajar.