PENILAIAN
MELALUI PEMERHATIAN
·Penilaian melalui pemerhatian
dilakukan secara berterusan mengikutjangka waktu yang ditentukan, bagi membantu
guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif,
afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan
persekitaran.
·Proses penilaian ini boleh
dilaksanakan dengan menggunakan instrumen seperti senarai semak, skala kadar,
rekod anekdot, rekod profil dan lain-lain.
·Dapatan dari proses ini boleh
membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masing-masing.
Dikategorikan mengikut tujuan dan
aspek yang hendak dinilai/diperhati , iaitu:-
- Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran
(interpretation) dan tanggapan(judgement)
- Memerhati apa yang telah dirancang secara “open ended”
- Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang
Pemerhatian boleh dilaksanakan
dengan menggunakan strategi dan cara serta kriteria tertentu. Antaranya ialah
- dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang
dirancang
- menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod
anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan
dan persekitaran
- dilaksanakan secara global atau analitik mengikut
objektif pemerhatian
- tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan
- jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan
keadaan dan keperluan
- Penilaian melalui pemerhatian :
- digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan
individu/kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran
- dibuat oleh pelajar (individu /kumpulan) untuk melihat
tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran
- dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu
tugasan seperti projek
2. Penilaian melalui pemerhatian
membolehkan guru/pelajar merancang tindak susul yang sesuai dengan proses
pembelajaran seterusnya seperti
- menjalankan aktiviti pemulihan/pengukuhan
- meningkatkan motivasi pelajar
- mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri
yang sesuai dengan minat dan keupayaan serta prestasi pelajar
- Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat
refleksi terhadap keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat,
pemudahcara, pendidik dan mentor.
- Pemerhatian yang terancang membantu guru :
- Mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap
pelajaran dan apakah yang mendorong/menolak minat tersebut
- Mengesan sama ada strategi pengajaran
guru memberi kesan yang positif
- Mengesan kemampuan atau tahap pemikiran pelajar
- Mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar
- Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan
perancangan
- Mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar
terhadap pelajaran , rakan sebaya dan terhadap diri sendiri
Penilaian Melalui Pemerhatian
Penilaian
melalui pemerhatian adalah satu proses untuk menentukan apa yang pelajar tahu
bagaimana hendak melakukan sesuatu tugasan atau operasi dalam masa sebenar. Ianya merupakan satu
alat pentaksiran yang sesuai untuk mentaksir aspek afektif dan psikomotr pelajar.
bagaimana hendak melakukan sesuatu tugasan atau operasi dalam masa sebenar. Ianya merupakan satu
alat pentaksiran yang sesuai untuk mentaksir aspek afektif dan psikomotr pelajar.
Tujuan
utamanya adalah untuk membekalkan
data yang bersifat objektif tentang kualiti pencapaian pelajar, termasuklah
proses dan prosedur dalam menyiapkan tugasan dan cabaran yang dihadapi sepanjang proses tersebut.
Maklumat ini boleh digunakan oleh pendidik dalam merencanakan proses dan prosedur pengajarannya.Masalah yang mungkin timbul dalam penilaian berdasarkan pemerhatian adalah ketidakadilan (bias). Masalah ini sebenarnya tidak akan timbul sekiranya tingkahlaku yang ingin diperhatikan diberi definisi secara objektif dan boleh dilihat sebagai ada atau tiada. Sebagai satu panduan dalam menggunakan kaedah pentaksiran ini, berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan.
proses dan prosedur dalam menyiapkan tugasan dan cabaran yang dihadapi sepanjang proses tersebut.
Maklumat ini boleh digunakan oleh pendidik dalam merencanakan proses dan prosedur pengajarannya.Masalah yang mungkin timbul dalam penilaian berdasarkan pemerhatian adalah ketidakadilan (bias). Masalah ini sebenarnya tidak akan timbul sekiranya tingkahlaku yang ingin diperhatikan diberi definisi secara objektif dan boleh dilihat sebagai ada atau tiada. Sebagai satu panduan dalam menggunakan kaedah pentaksiran ini, berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan.
1.
Fahami asas kepada pemerhatian
- menyedari keadaan sekeliling
- membezakan di antara tingkahlaku yang subjektif dan objektif
- membezakan di antara deskripsi dan membuat inferens
- prasa soalan yang menghadkan pemerhati memerhati tingkahlaku yang maujud dan zahir
2. Bersedia untuk
membuat pemerhatian dengan
- membuat keputusan tentang jenis tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran yang ingin diperhatikan
- membuat keputusan tentang siapa yang akan menjadi pemerhati
- membuat pelan sampel
- menyediakan borang pemerhatian untuk merekod kekerapan sesuatu tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran itu timbul
- melatih pemerhati
3. Memerhati dan
merekod bagaimana pelajar melakukan tingkahlaku tersebut. Prosedur
pemerhatian ini boleh dalam bentuk formal ataupun tidak formal
pemerhatian ini boleh dalam bentuk formal ataupun tidak formal
4.
Buat ringkasan atau rumusan kepada hasil pemerhatian dengan jelas dan berguna
sebagai satu "feedback"
kepada setiap pelajar dan kumpulan; dan bantu pelajar dalam menganalisa data pemerhatian dan membuat refleksi
tentang bagaimana;
- tahap efisien pembelajaran mereka
- mereka boleh membantu rakan mereka belajar
- mereka boleh mencapai tahap yang lebih efisien
No comments:
Post a Comment