PowerPoint Presentation:
APA ITU PENILAIAN PORTFOLIO
Apakah Porfolio ? Portfolio ialah satu cara mengumpul koleksi
pelajar yang menunjukkan usaha pelajar , kemajuan dan prestasi dalam satu /
beberapa bidang .
Koleksi ini meliputi: memilih kandungan menentukan
kriteria pemilihan menentukan penilaian refleksi kendiri pelajar Portfolio juga
terdiri daripada bahan-bahan yang menunjukkan kemajuan Pelajar terhadap
pencapaian matlamat pembelajaran untuk satu jangka masa (Ryan & Kuhs,
1993). Juga, merupakan satu sistem pelbagai dimensi yang m emberi gambaran
lengkap tentang kebolehan dan perkembangan pelajar ( Harlin, 1992).
Kesimpulannya, portfolio merupakan satu bentuk sejarah pembelajaran pelajar
yang didokumentasi dan diperkukuhkan dengan bukti-bukti hasil kerjanya dan
kesedaran baru melalui penulisan reflektif ( Shulman, 1992).
Tujuan portfolio ialah untuk: memberi peluang
pelajar mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui
pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan. Menggalakkan pelajar menyemak dan
menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik. Menyediakan ruang pelajar
membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.
Portfolio digunakan untuk: menilai perkembangan
dalam satu tempoh (authentic assessment). menilai perkembangan kemahiran dan
kebolehan (performance assessment). Digunakan bagi menggambarkan keperluan
spesifik dalam penyempurnaan gred. menilai secara sumatif pembelajaran pelajar.
menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar.
Ciri-Ciri Portfolio : Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti
pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan
harapan. Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara autentik. Ini adalah
kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja yang original melalui
pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja lapangan (field
work). Hasil kerja didokumentasikan dalam pelbagai bentuk yang boleh
menunjukkan keasliaannya. Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh
guru seperti ulasan, komen dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan
mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran. Memuatkan catatan pembimbing yang
membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang sudah dibuat
untuk menentukan tindakan susulan. Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan
dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk
mengambil bahagian secara aktif.
Kandungan Portfolio Sampel tulisan pelajar Laporan tinjauan buku
Rakaman video Sampel aktiviti komputer Senarai buku rujukan Projek atau kerja
kursus Markah-markah ujian
Jenis dan Contoh:
Jenis Bahan A. Bahan Bukti Perlakuan Bahan bukti
perlakuan (performance) pelajar yang menunjukkan prestasinya dalam bidang yang
berkenaan dengan tugasnya.
i. senarai semak
ii. borang prestasi, laporan
kemajuan P&P di bilik darjah Di padang ( mata pelajaran PJK) Di makmal (
Sains) Di bengkel KH/ ERT
iii. rakaman audio-video
iv. surat/ sijil
pengiktirafan
B. Bahan Bukti Bertulis:
Bahan tulisan hasil usaha pelajar secara
individu atau secara kolaboratif. Bahan yang dimuatkan mestilah menunjukkan
proses dalam penghasilannya.
i. kertas kerja artikel/ esei catatan nota
perancangan/ jadual kerja skrip jawapan ujian surat yang ditulis oleh pelajar
pengurusan grafik petikan jurnal penulisan/ komen refleksi
c . Bahan Sokongan: :
Bahan sokongan sebagai lampiran atau ilustrasi untuk mengukuh dan memantapkan
hasil tulisan.
i. bahan fotostat yang berkaitan gambar foto nota kuliah carta/
graf/ jadual bibliografi
Jenis-jenis Portfolio:
a.Portfolio Kerja Koleksi hasil kerja harian
pelajar. Mengandungi catatan, lakaran, deraf awal, hasil akhir. Kebanyakan
bahan dipilih oleh pelajar. Menggalakkan perkembangan diri melalui proses
refleksi. Memberi peluang kepada guru untuk melihat dan membuat refleksi
mengenai keberkesanan proses pengajaran.
b.Portfolio Dokumentari Koleksi kerja
pelajar yang dikumpulkan khusus untuk penilaian. Kandungan bukan sahaja hasil
akhir tetapi termasuk juga bukti proses yang dilalui untuk menghasilkannya.
Bahan dalam portfolio menggambarkan pencapaian pelajar mengenai hasil
pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran.
PowerPoint Presentation:
Portfolio Hasil Menggambarkan pencapaian objektif pembelajaran
dalam satu-satu bidang pembelajaran. Bahan bukti mencerminkan pencapaian
pelajar. Koleksi bahan yang dipilih khas untuk menggambarkan hasil terbaik
seseorang atau kumpulan pelajar Hanya mengandungi hasil akhir.
KEBAIKAN MENILAI SECARA PORTFOLIO
menilai samada pelajar dapat memefokus kepada isu yang ditetapkan
atau sebaliknya . dapat menggambarkan proses pembelajaran . dapat menilai
pencapaian terkumpul ( kumulatif ). dapat menilai pencapaian terkumpul pelajar
selepas satu tempoh yang panjang . dapat menilai perkembangan pembelajaran
pelajar dari satu tahap ke tahap seterusnya .
apakah diharuskan untuk para designer memiliki portofolio min? Website Gratis
ReplyDelete