Kebelakangan ini ramai guru aliran perdana sudah berminat untuk mengajar murid-murid pendidikan khas. Lonjakan kecemerlangan program pendidikan khas mutakhir ini telah membuktikan komitmen guru-guru pendidikan khas dan kebolehan murid keperluan khas berdaya saing dengan rakan sebaya. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Cabaran hebat yang dilalui oleh guru-guru pendidikan khas telah menaikkan semangat mereka bagi membuktikan bahawa kelompok mereka juga mampu mencipta sesuatu kejayaan yang diimpikan. Cabaran itulah yang yang akan menjadikan kekuatan semangat untuk terus bangun dari pandangan negatif segelintir masyarakat dan rakan sekerja terhadap pendidikan khas.
Maka tidak hairanlahkenapa ramai guru aliran perdana beria-ia mahu turut mengajar murid-murid pendidikan khas ini. Dalam era transformasi pendidikan ini pelbagai perubahan akan dapat dilihat tidak kurang juga dengan program pendidikan khas. Semoga pendidikan khas tidak lagi dilihat sebagai satu batu loncatan untuk mendapat kenaikan pangkat atau melepaskan diri dari beban tugas.
Di mana-mana pun beban itu tetap ada sekiranya kita anggap kerja itu satu beban. Namun jika kita menganggap kerja itu satu ibadah maka beban itu akan menjadi satu tanggungjawab yang harus dipikul di dunia dan akhirat. Pastikan niat itu betul supaya hidup kita dan generasi kita pada masa akan datang tidak menerima kesan akibat niat yang tidak baik di dalam hati kita. Allah maha mengetahui segalanya , semua perkara kita tidak dapat selindung dari pengetahuanNYA.
Adakah anda semua benar-benar bersedia menjadi guru pendidikan khas atau sebaliknya hanya anda sahaja yang mengetahuinya. Tanya hati anda semula jika suatu masa dulu anda pernah memandang " sepi " dengan murid pendidikan khas ini tetapi hari ini anda memohon utnk mengajar mereka pula. Adakah itu sekadar untuk menebus kesalahan lalu atau melarikan diri dari tekanan dan beban tugas.
Tepuk dada tanya selera kerana tidak guna anda menyesal selepas anda memilih unutk menjadi guru pendidikan khas.

No comments:
Post a Comment