KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Tuesday, 19 February 2013

PANDUAN FAIL MEJA



Fail Meja merupakan satu-satu rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia dirangka berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang guru. Ia juga mengandungi maklumat atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya merangkumi 14 perkara utama, iaitu:

1) Objektif Jabatan atau Pejabat, sama seperti dengan Manual Prosedur Kerja(MPK).

2) Objektif Bahagian atau Unit dalam Jabatan/Pejabat.

3) Carta Organisasi Jabatan/Pejabat, sama seperti dengan MPK.

4) Carta Organisasi Bahagian/Unit: Menjelaskan kedudukan setiap anggota dan tugas masing-masing.

5) Senarai tugas/kuasa dan hubungan pegawai dengan pegawai-pegawai yang lain.

6) Peraturan-peraturan pentadbiran untuk setiap aktiviti/tugas.

7) Proses kerja untuk aktiviti yang berkaitan dengan pegawai.

8.) Carta Aliran Kerja menjelaskan tindakan-tindakan secara sistematik.

9) Senarai semak berbentuk soalan, rangkai kata atau pernyataan peringatan untuk menyemak tindakan-tindakan yang diambil.

10) Borang yang berkaitan dengan tugas pegawai dan panduan menggunakannya.

11) Senarai undang-undang dan peraturan untuk dirujukan supaya tindakan yang diambil adalah betul dan tepat.

12) Senarai Jawatankuasa ang dianggotai oleh pegawai yang berkenaan.

13) Norma kerja yang menjelaskan tahap prestasi dengan harapan dicapai serta berfungsi sebagai asas menilai pencapaian produktiviti.

14) Senarai Tugas Harian dengan tujuan mengingat aktiviti-aktiviti yang perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut jadual.






KANDUNGAN FM

> Objektif Jabatan / Pejabat
> Objektif Bahagian / Unit
> Carta Organisasi Jabatan / Pejabat
> Carta Organisasi Kedudukan Pegawai
> Senarai Tugas / Kuasa dan Hubungan
> Peraturan-peraturan Pentadbiran
> Proses Kerja
> Carta Aliran Kerja
> Senarai Semak / Checklist
> Senarai Undang-undang / Peraturan
> Senarai Jawatankuasa Yang Dianggotai
> Senarai Borang-borang Yang Digunakan
> Norma Kerja
> Senarai Tugas Harian


Description: Back to top

1 comment:

  1. assalamualaikum...
    tahniah dan terima kasih di atas perkongsian ilmu ini.

    ReplyDelete