KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Tuesday, 6 November 2012

CONTOH MINIT CURAI


CONTOH MINIT CURAI
 Kepada:                    Guru Besar SK  Cenderawasih.
Daripada:                         Puan Salmah Binti Razali
Salinan Kepada:         GPK 1,  GPK HEM,  GPK KOKO
                                Semua Guru Pendidikan Khas.
 Perkara:                   Taklimat Pengurusan Pentadbiran Pendidikan                               Khas Integrasi Pahang.Tarikh:     25.Januari 2011.                            
Tempat:    Bilik Gerakan SMK Tengku                                                         Abdullah, Pekan.
 1. Latar Belakang Kursus:
 1.1.       Kursus ini dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Pahang.
1.2.      Seminar/ taklimat ini disasarkan kepada semua Guru Penyelaras dan Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Daerah Kuantan dan Pekan.
1.3.      Taklimat berlangsung selama 8 jam, mulai pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang.
1.4.      Taklimat disampaikan oleh:
Ø Encik Mohd Azizul Bin Mohd Sohod
        Unit Sukan, Koko Dan Seni. ( KPM ). Ø En. Aznan @ Baba Bin Mohamed
                        Ketua Sektor                        Pendidikan Swasta / Pendidikan Khas ( JPN ).Ø En, Bazari bin Othman.
Ø En. Rahim bin Hussin
 2. Objektif.
Matlamatnya supaya semua guru pendidikan khas mengetahui tatacara pengurusan pentadbiran pendidikan khas berkaitan dengan data, kewangan, kokurikulum dan penulisan rancangan pengajaran individu. 3. Perlaksanaan.
3.1.      Semua murid pendidikan khas wajib menyertai aktiviti kokurikulum iaitu unit uniform, persatuan dan sukan.
3.2.     Jika 25 orang murid buat berasingan berpandukan sukatan kurikulum sekolah yang boleh diubahsuai mengikut aras kebolehan murid.jika ahlinya kurang darpada 10  orang murid, mereka boleh digabungkan dengan pelajar arus perdana.
3.3.     Murid juga wajib diberi pendedahan tentang Keselamatan Jalanraya.
3.4.     Pengurusan data yang lebih sistematik. Data perlu dihantar sekurang-kurangnya 3 kali setahun atau jika ada perubahan.
3.5.     Kaedah penulisan RPI  yang terkini iaitu 1 guru 4 orang murid dan 1 murid untuk satu subjek. Subjeknya adalah Bahasa Malaysia, Matematik, Pengurusan Diri,Kemahiran Hidup dan Kemahiran Manipulatif. Kemaskini RPI 3 kali setahun dan perlu lakukan soal selidik terlebih dahulu.
3.6.     Semua murid layak menerima elaun murid khas dan RMT , manakala  KWAPM dan biasiswa mereka tidak layak.
3.7.     Projek nilam perlu dilaksanakan ,kaedah perlaksanaan ikut aras kebolehan murid.
3.8.     Murid yang ingin meneruskan persekolahan di SKC  dalam  dalam masa extra umur, penjaga perlu membuat surat permohonan kepada Guru Besar.
 4. Ulasan / Catatan Oleh Guru Besar.
 _______________________________________________ _______________________________________________ _______________________________________________ _______________________________________________ _______________________________________________ 
 Sekian ,terimakasih. Disediakan oleh. _______________ 

No comments:

Post a Comment