Pengenalan
Terapi umumnya ialah
satu kaedah kaunseling atau
psikoterapi yang memberi peluang kepada individu untuk berkomunikasi dan
menolong individu menyelesaikan masalah dalam psiko–sosial. Dengan terapi juga
pergerakan
otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan terapi boleh menyebabkan
kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketegangan
dapat dikeluarkan atau dikurangkan. Contohnya pemilihan alat permainan untuk
diletakkan di dalam kotak pasir menjadi simbol terhadap perasaan seseorang,
sama ada semasa itu mereka merasa marah, merasa benci, merasa sayang dan
bermacam-macam lagi perasaan yang dapat digambarkan. Pasir itu sendiri adalah
teraputik.Pasir yang sejuk membangkitkan deria penglihatan, sentuhan dan bau.
Pada masa yang sama pasir dapat memberi kesan sebagai penenang padaa kebanyakan
individu yang merendamkan tangan mereka ke dalamnya.
Manakala terapi fisio pula dapat membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan motor
kasar dan motor halus. Terapi fisio membantu seseorang kembali ke tahap fungsi
fizikal tertinggi yang mampu dicapai.Manakala dengan terapi berkuda merupakan
kegiatan yang menyenangkan dan ia juga nerupakan cara penyembuhan yang berkesan
tetapi kanak-kanak perlu berhati-hati semasa menjalani terapi ini kerana
kanak-kanak ada keterbatasannya.
Tidak
kira apa sahaja terapi yang digunakan oleh seseorang guru bagi proses rawatan
pemulihan baik dari segi psikologi, fizikal dan emosi atau pun dari segi
kemahiran motor kasar dan halus ia perlu bersesuaian dengan masalah kepada
kanak-kanak itu dan juga sesuai dengan tahap kemampuannya.
2.0 Konsep dan definisi terapi pasir.
Terapi
pasir didapati sesuai dengan perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar
dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala
otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang. Terapi pasir tidak memerlukan
pergerakan yang khas, mereka bebas bergerak melakukan aktiviti yang mereka
lakukan dengan sebebas-bebasnya dan tidak dibebani dengan bahan-bahan yang
membeban kanak-kanak itu. Kebanyakan pergerakan semasa terapi pasir dapat
membuatkan daya penumpuan mereka dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku
selalunya dapat diatasi atau dikurangkan. Ini semua dirangsangkan melalui
terapi pasir tadi secara semulajadi. Walaubagaimana pun tidak semua kanak-kanak
pendidikan khas suka bermain pasir, jadi guru harus memainkan peranan dalam
membantu dalam membina keyakinan diri kanak-kanak itu. Hasilnya kanak-kanak
akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti terapi ini.
Melalui terapi pasir ini juga ia dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui
pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya
ketahanan otot dan jantung. Banyak pergerakan yang sihat dapat dilakukan semasa
terapi pasir dijalankan dengan secara tidak langsung murid-murid akan menjadi
lebih bertenaga dan minda pun menjadi sihat.
Semasa melakukan terapi pasir juga dapat
memupuk perkembangan sosial yang baik dan memperkembangkan kemahiran sedia ada.
Mereka boleh bercampur gaul sesama mereka, berkongsi mengikut giliran, menjadi
ketua atau menjadi pengikut sahaja sekiranya terapi ini dilakukan secara
berkumpulan. Perkembangan bahasa juga dapat diperluaskan semasa terapi pasir
tadi. Apabila mereka sedang melakukan terapi pasir mereka sebenarnya bekerja
untuk mempelajari kesemua alam persekitarannya. Kanak-kanak secara beransur
dapat membentuk disiplin diri menerusi kebebasan pergerakan dan kebebasan
memilih apa sahaja bahan yang hendak digunakan semasa melakukan terapi pasir.
Ia juga dapat memberi ransangan untuk membina ketekunan dan keupayaan bagi
melengkapkan sesuatu aktiviti semasa proses terapi pasir. Oleh itu terapi pasir
dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah dirancang secara terperinci supaya
setiap kemahiran yang menjadi objektif dalam pengajaran dan pembelajaran
tercapai.
3.0
Sejarah Terapi
Terapi berasal daripada perkataan greek iaitu “Therapeia” yang bermaksud
satu perkhidmatan atau satu kehadiran yang berkaitan dengan kata kerja.
Manakala “Therapeuo” yang bermaksud “I wait upon” yang bermakna satu
perkhidmatan yang diberi kepada seseorang pesakit. Penggunaan pasir sebagai
terapi juga dapat dikesan semenjak 3000SM berdasarkan peninggalan sejarah yg.
terdapat pada Mount Of The Dead, Haekal pemujaan dewa Amon (dinasti Fir’aun)
dan kolam Cleopatra. Daripada kesan-kesan peninggalan dapat membuktikan peranan
pasir begitu penting semenjak zaman dahulu lagi.
Sejarah juga membuktikan penggunaan
pasir dalam proses teraputik bermula dengan pakar kanak-kanak British iaitu
Margerat Lowenfield di akhir tahun 1920an (Boik & Goodwin 2000). Di mana
dalam kajiannya Lowenfield mengatakan dengan menggunakan terapi pasir
kanak-kanak dapat berinteraksi dengan baik dan mereka juga dapat meluahkan
perasaan mereka tanpa batasan.
Pada lewat 1970-an, Gisela De Domenico
menggunakan sandtray dalam psikoterapi kanak-kanak (De Domenico, 2008). Beliau
telah menjalankan kajian empat tahun fenomenologi perjalanan sandplay bagi orang
dewasa. Secara tidak langsung beliau dapat merumuskan bahawa dalam proses
terapi tersebut penyembuhan seseorang pesakit dapat diatasi atau dapat
dikurangkan. Oleh itu tidak hairanlah kita melihat bukan hanya kanak-kanak yang
dapat disembuhkan dengan menggunakan kaedah terapi ini, orang dewasa juga boleh
menjalani terapi ini bagi tujuan penyembuhan sebarang penyakit baik dari segi
emosi, mental dan fizikal.
Berdasarkan faktor-faktor sejarah di
ataslah Kementerian Pendidikan telah menggubal satu kurikulum yang menumpukan
perhatian khas kepada pertumbuhan dan perkembangan individu dari segi rohani,
jasmani, emosi dan social selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Khas.
No comments:
Post a Comment