Terapi–terapi yang sesuai dengan
kanak-kanak Pendidikan Khas.
1.Terapi fisio
Fisio terapi adalah
terapi yang dilakukan untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan motor
kasar. Kemampuan motor kasar meliputi otot-otot besar pada seluruh tubuh yang memungkinkan
tubuh melakukan pelbagai fungsi seperti berjalan, melompat, berlari, menendang,
mengangkat, dan melempar bola.
Terapi fisio membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya. Terapi fisio boleh didefinisikan sebagai rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dgn menggunakan agen-agen fizikal dan kaedah berikut :
Terapi fisio membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya. Terapi fisio boleh didefinisikan sebagai rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dgn menggunakan agen-agen fizikal dan kaedah berikut :
·
mengurut
·
manipulasi
·
latihan teraputik
·
penyejukan dan pemanasan
·
terapi hidro
·
rangsangan menggunakan
elektrik
·
rangsangan menggunakan
cahaya
Kesemua kaedah di atas adalah sebagai satu cara memulihkan pesakit dan mengekalkan fungsi normal selepas mengalami sesuatu kecederaan atau penyakit.
Aktiviti
fisio terapi
Terapi fisio kerap dilakukan oleh pakar
perubatan yang terlatih. Aktiviti terapi fisio yang dilaksanakan adalah
bergantung kepada permasalahan psikomotor yang berbeza pada seseorang individu.
Terdapat beberapa kaedah aktiviti yang dapat dilaksanakan seperti :
Latihan berpusatkan
motor halus.
-
memotong.
- menggunting.
-
mencabut
-
menguli
-
merenyuk
-
mencubit.
-
memicit.
Latihan yang berpusatkan psikomotor kasar
-
membaling
-
menolak
-
memukuk
-
melambung
-
menyembut
Latihan Koordinasi
- memasukkan jarum ke
dalam lubang manic
- melambung dan
menyembut bola berbagai saiz.
2. Terapi cara kerja.
Terapi
cara kerja atau lebih dikenali sebagai Occupational (OT) adalah satu profesion
kesihatan yang memberi focus kepada pemulihan kecederaan, penyakit kecacatan
fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan
mereka berdikari dalam menghadapi aktivit kehidupan harian, produktiviti dan pelbagai
aktiviti riadah. Ahli terapi carakerja akan bekerjasama dengan pelbagai
profesion kesihatan dan perubatan lain bagi merawat pesakit yang mempunyai
masalah dalam fizikal, neurologi, orthopedikm medical, pediatric, geriatric dan
psikiatrik. Ahli terapi carakerja perlu kreatif dan inovatif dalam
mengadaptasikan dalam setiap sesuatu yang ada di sekeliling pesakit agar boleh
digunakan dan memberi manfaat bagi membolehkan pesakit mencapai tahap
kefungsian yang optima dalam kehidupan.
Objektif terapi kerja
dijalankan:
- membolehkan individu menguruskan kehidupan seharian dengan baik.
- memulihkan anggota yang lemah supaya dapat berfungsi dengan
baik.
- membolehkan individu berdikari dalam melakukan kerja seharian.
Kepentingan terapi kerja.
-Dilakukan untuk membantu seseorang menguasai kemahiran motor
halus dengan lebih baik.
-Meningkatkan kemampuan seseorang melakukan sesuatu dengan
otot-otot kecil.
3. Terapi muzik dan nyanyian.
Terapi
muzik adalah 1 profesion kesihatan bersekutu dan salah satu terapi ekspresif
yang terdiri daripada proses interpersonal di mana ahli terapi muzik terlatih
menggunakan muzik bagi memulihkan dari aspek fizikal, emosi, mental, social,
estetik, dan rohani untuk membantu memperbaiki atau mengekalkan kesihatan.
Dengan terapi muzik juga dapat meningkatkan kesihatan dari segi kognitif,
kemahiran motor, pembangunan emosi dan afektif, tingkah laku dan kemahiran
sosial dan kualiti hidup.
3.2 Jenis Peralatan Muzik
Muzik tradisional melayu:
-
Dipalu (rebana, beduk, gendang dsb.)
-
Digesek/Petik (rebak, gambus dll.)
Peralatan Muzik Barat.
-
Perkusi tidak berpic. (loceng, tamborin, kerincing dsb.)
-
Tiup dan Bras. (rekorder, melodian, dsb.)
3.3 Pemilihan muzik sebagai satu cara
rawatan.
i.
Muzik melibatkan tingkah laku manusia yang universal. Muzik merupakan
sebahagian daripada kehidupan manusia semenjak dari mula dilahirkan lagi.
ii.
Muzik adalah sesuatu yang berdasarkan kepada bentuk fizikal. Ia terdiri
daripada struktur fizikal yang nyata dan boleh diterima oleh deria manusia.
iii.
Muzik adalah suatu fenomena yang boleh memberi kesan kepada semua manusia. Ia
memberi kesan gerakbalas pada fizikal, kognitif dan emosi serta perhubungannya
dengan pemikiran dan tubuh badan.
iv.
Muzik memberi kesan interaksi antara dan sesama individu. Ia boleh mendorong,
menstruktur dan menginteraksi sesuatu aktiviti, pencetusan idea dan
mempengaruhi mood dan tahap aktiviti yang dilakukan.
4. Terapi Seni Visual.
4.1 Definisi Seni dan Seni Visual
Seni
membawa maksud yang terlalu global kerana setiap individu menjalani kehidupan
dengan pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza. Seni boleh merangkumi seni
tari, seni muzik, seni visual, kraftangan, fesyen dan lain-lain.
4.2 Kepentingan Seni dalam kehidupan dan
pendidikan.
-
Seni merupakan pengalaman pandangan melalui imaginasi dan perasaan.
-
Seni adalah pengalaman yang berlaku sepanjang hari.
-Seni
adalah pengalaman universal.
4.3 Fungsi Seni dalam Pendidikan.
-
Sebagai satu alat membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
- Menggalakkan
perkembangan fizikal, mental dan estetika.
-
Menyumbang kepada kepuasan diri.
-
Meningkatkan imaginasi kreatif.
-
Menyumbang kepada penyelesaian masalah.
-
Menekankan kepada pemikiran yang asli, pelaksanaan dan penilaian.
-
Menyumbang kepada perkembangan personaliti.
4.4 Kepentinga PSV kepada kanak-kanak
Bermasalah Pembelajaran.
-
meningkatkan keupayaan interaksi dengan alam sekitar.
-
meluahkan perasaan.
-
menikmati keseronokan menjalani aktiviti.
-
menguatkan daya imaginasi.
5.Terapi Pertuturan.
5.1 Definisi.
-
Terapi pertuturan ialah suatu rawatan bagi memperbaiki kecacatan pertuturan. Ia
mungkin berpunca dari otak, telinga, sepanjang peti suara yang menjejaskan peti
suara, alat artikulasi, perkembangan dan kesukaran bercakap selepas penguasaan
bahasa.
-
Terapi pertuturan dilakukan untuk membantu seseorang untuk menguasai pertuturan
dan komunikasi dengan lebih baik.
5.2 Kepentingan terapi pertuturan.
-
melatih murid menguasai kemahiran tertentu.
-membantu
murid membunyikan bunyi-bunyi bahasa.
-meningkatkan
kefungsian kognitif, emosi dan sosial individu.
5.3 Kepada siapa rawatan diberi:
-
kanak-kanak lewat pertuturan.
-bibir
atau lelangit sumbing.
-kanak-kanak
dengan pertuturan khusus.
-gagap
atau sengau.
-pesakit
stroke.
5.4 Punca masalah
-
lewat perkembangan
-masalah
pendengaran
-otot
lisan lemah
-kecacatan
masa lahir
6. Terapi pasir.
6.1 Definisi Terapi Pasir
Terapi pasir dalam pendidikan khas merupakan
pengetahuan dan kemahiran kaedah terapi yang di sampaikan secara teori dan
amali supaya murid boleh dilatih menggunakan daya kreativiti mereka ke
peringkat yang maksimum.
6.2
Tujuan Terapi Pasir.
- melatih daya kreativiti kanak-kanak.
-menghilangkan rasa marah.
-percaya kepada diri sendiri untuk mencipta sesuatu.
-meningkatkan keyakinan diri.
-mengembangkan imaginasi dan penggunaan visual
kanak-kanak.
6.3
Kepentingan terapi pasir.
- membantu meningkatkan keupayaan mental , emosi dan
kesihatan.
-membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi.
-merangsang pemikiran murid.
-mengurangkan tekanan emosi.
-membantu meningkatkan kemahiran social.
7. Terapi main.
7.1 Definisi Terapi main.
Terapi
main membantu murid menunjukkan komitmen dan focus yang sepenuhnya terhadap
aktiviti yang dijalankan.
7.8 Konsep terapi bermain
-melalui
bermain kanak-kanak boleh mengenali dunia.
-ruang
fizikal disediakan melalui aktiviti bermain.
-kanak-kanak
berpeluang meneroka identiti masing-masing.
7.2 Tujuan terapi bermain.
-
mengurangkan masalah tingkah laku
-
meningkatkan komunikasi.
-
mampu menilai diri sendiri
-
meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang.
8. Terapi Alternatif:
1. Terapi Snoezelan
Pengenalan:
Istilah
‘snoezelan’ diambil dari perkataan Belanda iaitu ‘snuffelen’ yang bermaksud
mencari atau meneroka dan ‘doezelen’ yang bermaksud releks. Snoezelan ialah
suatu terapi stimulasi yang mempunyai kecacatan pada mental, autism,
hiperaktif, lembam dan lewat perkembangan.
Terapi ini dilakukan kepada kanak-kanak untuk memberi stimulasi
atau rangsangan pada semua pancaindera mereka dengan menggunakan pelbagai:
-kesan lampu
-warna
-suara
-muzik
-bau
-lain-lain
Objektif terapi snoezelan
- memberi peluang untuk relaks, eksplorasi dan ekspresi diri.
-sesuai bagi murid yang kurang kesedaran dalam kelompok rakan.
- memberi perhatian secara individu.
- dapat membinaa kepercayaan antara ahli terapi dan murid.
Rangsangan dapaat
dihasilkaan dengan beberapa cara, antaranya:
- penglihatan
-pendengaran
-sentuhan
-bau
Kepentingan terapi snoozelan.
- dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran.
- memberi relaksasi kepada fizikal dan mental.
- memberi kesedaran dan perhatian.
- menunjukkaan inisiatif untuk kreativiti.
- membina keeyakinan diri.
- memperkembangkan kemampuan murid.
2. Terapi Berkuda
Definisi Terapi Berkuda.
Lisa
McCallum seorang terapis berkuda dari Sleepy Hollow Therapeutic Riding Centre
dan South African Riding for the Disabled Association (Sarda) mengata bahawa
‘menunggang kuda adalah satu kegiatan yang menyenangkan orang, tetapi bagi
anak-anak yang memiliki keterbatasan, menunggang kuda tersebut boleh dijadikan
sebagai salah satu cara penyembuhan.
Kelebihan Terapi Berkuda.
- olahraga
-pendidikan
-pengubatan
Ketiga-tiga perkara ini
sangat diperlukan untuk pertumbuhan anak-anak.
Terapi berkuda juga dapat :
-mampu memotivasikan
kanak-kanak yang memiliki masalah mental dan emosi.
-mampu memupuk sifat
sabar dan berdidiplin.
Keperluan Terapi Berkuda sesuai kepada kanak-kanak istimewa yang
mempunyai:
- masalah pernafasan
- masalah pertuturan
- masalah postur
- kelemahan anggota
badan deria kinestetik
- pergerakan terbatas
akibat kecacatan anggota
No comments:
Post a Comment