KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Tuesday, 23 April 2013

TERAPI SENI

DEFINISI TERAPI SENI
·          
      Profesion perkhidmatan kemanusian yang mempergunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas klien/pesakit untuk menghasilkan produk sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat, kerisauan dan pertelingkahan.
KONSEP TERAPI SENI
·        
  •  Bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual.     
  •  Instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan 
  • Emosi dan tekanan dalam menghadapi 
  • Proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kehidupan seharian. 
  •  Satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku. 
  •  Luahan seni pesakit sama ada melalui lakaran, lukisan atau binaan (sculptures) membantu minda mereka memberi tumpuan pada hasil seni.
  • Proses teraputik ini perlahan-lahan membantu mereka mengawal kecelaruan dalam minda. 
  •  Juga merupakan proses seni yang membantu membaiki fizikal, mental dan emosi pesakit. 
SEJARAH TERAPI SENI
·          
  •  Wujud sejak dari zaman dahulu kala dan usianya adalah sejak kurun kemunculan manusia dari zaman dahulu kala 
  • Zaman pra-sejarah dengan imej haiwan di gua-gua, simbol yang estetik menghiasi keranda masyarakat Mesir serta lukisan-lukisan erotik yang wujud pada zaman roman dan corak-corak dekor yang diguna pakai pada baju-baju besi pahlawan Gladiator sebagai perlindungan
KEPENTINGAN TERAPI SENI
  •  Menyelesaikan konflik emosi 
  •  Meningkatkan kesedaran  dan semangat kendiri 
  •  Membina kesedaran sosial 
  •  Mengubah tingkah laku 
  •  Membina strategi penyelesaian masalah 
  •  Meningkatkan kemahiran penguasaan hidu
 KEPENTINGAN TERAPI SENI KEPADA MUIRD BERMASALAH PEMBELAJARAN
·       
  •        meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar 
  •               meluahkan perasaan 
  •         menguatkan daya imaginasi 
  •                menguatkan motor kasar dan motor halus

            

              CADANGAN TERAPI SENI VISUAL
  • King dan Anderson (1990) memilih karektoristik kerja berkumpulan menjadi kunci . Beliau menggambarkan kreativiti berkumpulan sebagai pemimpin kepada usahasama, perpaduan, ketahanan kumpulan , gubahan kumpulan , struktur kumpulan dan keahlian daripada pelbagai bidang atau latar belakang .Ini adalah kunci bagaimana gerak kerja berkumpulan ini berfungsi. Pertimbangan ini menuju kepada perkembangan kreativiti iaitu bagaimana untuk meninggikan teknik berkumpulan seperti “brainstorming” dan “mind mapping” .

    Stein (1974) berpendapat bahawa seseorang itu sebenarnya menjana idea yang sedikit didalam kumpulan. Hackman dan Morris (1975) menyatakan bahawa keupayaan kumpulanmenurun di sebabkan kekurangan motivasi, kecacatan proses dan penyelarasan. Mengikut Botter dan Yetton (1987) pula, kumpulan penyelesaian masalah ini boleh memperbaiki keberkesanan kumpulan mereka dengan melatih secara individu tentang kemahiran penyelesaian masalah. Teknik mengenalpasti peningkatan organisasi kreativiti termasuk memisahkanpenyelesaian penjanaan dan penyelesaian penilaian ( Cummings dan O’Connell, 1978 ). 
    Kemungkinan yang diambil, kebebasan bertukar idea, pengesahan pertentangan, simulasipenyertaan dan kepercayaan intrinsik sebagai bangkangan kepada ganjaran ekstrinsik.Bassadur, Graen dan Scandura (1986) berpendapat bahawa Kreativiti meningkat apabila lebih banyak masa digunakan untuk menerbitkan idea, dan apabila sesuatu kumpulan mengelakkan menaksir pra kematangan idea dengan penilaian kritikal.
    Para sarjana ini berpendapat bahawa latihan yang fokus kepada memperkembangkan kemahiran berfikirberdasarkan kreativiti akan menuju kepada dapatan yang tepat dari segi kualiti dan kuantiti output kreatif. Peningkatan inovasi dalam gerak kerja berkumpulan bukanlah mengikut jumlah individuyang kreatif di dalam sesuatu kumpulan. Perlakuan kreatiflah menjadi pengantara di dalam berkumpulan dan ia dipengaruhi oleh gubahan kumpulan, karaktoristik dan proses.
    Amabile (1988) mengenalpasti domain kemahiran yang relevan, kreativiti- kemahiran yangrelevan dan tanggungjawab motivasi intrinsik sebagai kunci elemen ini. Beliau menyarankan setiap satu dari tiga komponen ini diaplikasi kepada individu dan kumpulan yang kecil serta menjadi keperluan dalam menghasilkan inovasi. Implikasinya ialah pertembungan kreativiti boleh diaplikasi kepada kreativiti pelajar dan inovasi berkumpulan.
     
    Inovasi yang berterusan adalah tidak mustahil dan bergantung kepada penciptaan ilmu. Inovasi dilihat sebagai pengetahuan penciptaan yang tersusun . Ia juga sama seperti kreativiti. Pengetahuan bersifat personal , sukar dIformalkan , subjektif , ilham dan bermula dari asas perbuatan dan pengalaman seseorang , ideal , nilai dan emosi . Ia boleh dipisahkan menjadi 2 komponen kemahiran informal. 
    Kesimpulannya, pengajaran secara individu dan berkumpulan dapat meningkatkan lagi inovasi seandainya ia disokong oleh persekitaran sosial dan guru .Elemen elemen yang memberi kesan kepada inovasi, yang dapat menolong mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran ialah ilmu , motivasi , sosial dan pengaruh keadaan .
    • Guru sebagai penyalur maklumat kurikulum melalui pendekatan yang efektif boleh mengagihkan pelajar secara individu atau kumpulan pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang dan kemahiran .
    • Pembelajaran yang berjaya menghidupkan iklim bilik darjah secara positif dan membawa pelajar. 
    • Pendekatan yang pelbagai dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran kepada motivasi minat. 
    • Guru menjadi pendorong dan fasilitator dengan memberikan dorongan dan simulasi kepada pembelajaran pelajar untuk menjana dan meningkatkan inovatif.
    Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. Terapi batiniah ini merawat mental melalui kaedah kognitif, psikomotor dan afektif. Seni visual pula sebagai instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi dan tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kehidupan seharian. 
     Terapi Seni ini telah menjadi kajian sekian lamanya di negara negara barat. Di Malaysia pula, terapi seni masih belum ada kajian yang mendalam mengisi ruang kosong bagi membantu menyelesaikan pemasalahan pelajar dalam usaha menginterpretasi diri, memperkembangkan pengetahuan, mempertingkatkan kecerdasan, pernyataan kendiri dan utiliti idea.
    Terapi seni sebagai asas pemantapan emosi dan sahsiah pelajar kini menjadi keperluanyang tidak dapat dielakkan lagi. Pelajar datang dari latar belakang yang berbeza samada dari segi genetik, keluarga , bangsa, persekitaran, tempat, budaya dan agama menjadikan terapi seni ini suatu keperluan demi merungkai kompleksiti tersebut daripada menjadi bertambah serius. Ini adalah untuk memastikan kepesatan pembangunan Negara kita, bukan saja ditajai oleh insan yang berpendidikan, mahir, berteknologi, berdaya cipta dan berbudaya tetapi yang mempunyai kecerdasan dan sahsiah diri yang mantap disamping kestabilan emosi. 
     
CARA PELAKSANAAN TERAPI SENI
Kegiatan dalam Bidang Mengambar
  • LUKISAN  
Ia adalah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan di atas permukaan rata dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit seperti pensil warna dan krayon. Unsur garisan amat ditekankan di mana ia adalah kerja asas untuk menghasilkan catan, cetakan atau mural. Ia juga adalah  terhasil secara spontan mengikut gerak hati atau perasaan pelukis itu. 

  • CATAN 
Catan adalah  hasil seni bahantara  pigmen warna  di atas permukaan  rata. Ia terhasil melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus  atau alatan lain. Ia memberi ruang kepada pelukis meluahkan perasaan, membuat interpretasi pandangan atau merakamkan  gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak. 
Jenis warna yang lazim digunakan ialah cat guac, warna poster, warna air, cat akrilik, cat minyak, cat tempera dan Fresko (Kapur plaster).

  • KOLAJ 
Penghasilan kolaj adalah dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata atau 2D. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik. 

  • MONTAJ 
Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari pelbagai sumber atau sumber yang sama untuk menimbulkan mesej pengajarana,  alam sekitar dan lain-lain.
Aktiviti montaj lazimnya menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Namun, teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek)  boleh digabungkan dan digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.Teknik super impose, image editing photography digunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj.
Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema landskap, alam benda, figura dan corak huruf. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati. 
  • CETAKAN 
Cetakan adalah kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok atau plat ke atas permukaan rata, diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Ia boleh dilaksanakan melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat. Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. 
  • GOSOKAN 
Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok. Menurut Glosari Seni Lukis pula, gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
Gosokan adalah proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan serta memberi ruang kepada murid meneroka proses mengambar menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Untuk menghasilkan cetakan, murid boleh  menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan. 
Pelbagai teknik  gosokan boleh diteroka iaitu gosokan satu lapis dan satu arah sahaja, gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali  atau berulang kali dari arah dan sudut yang berlainan, secara pusingan, menggunakan pelbagai  warna atau monokrom  iaitu  menggunakan warna putih dan hitam sahaja dan gosokan potongan kertas.
  • RESIS 
Menurut Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian yang tidak mahu dicat atau diwarnakan. Lilin bertindak sebagai pelindung kepada warna asal atau menghasilkan garisan di atas permukaan kertas. 
Sekiranya kain digunakan, maka canting diperlukan untuk membuat garisan lilin bagi menghasilkan corak batik. Warna pada resis kain dapat dikekalkan dengan menggunakan Sodium silikat. Setelah selesai, rendaman soda ash dalam air panas bertindak untukmembuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut.
Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin. Resis juga boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas di dalam proses penghasilan batik lukis dan batik canting.
  • GURISAN 
Alat yang tajam diperlukan untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Seperti permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Kayu, paku atau plastik digunakan untuk melakar gambar di atasnya.
  • PERCIKAN 
Glosari Seni Lukis menyatakan bahawa percikan  adalah corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat. Menurut  Kamus  Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini. Makna ketiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi.
Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan. Aktiviti seperti mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik boleh menghasilkan percikan. Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik. Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah landskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan. Percikan boleh dihalang dengan menggunakan sesuatu objek atau kertas yang boleh diubah kedudukannya untuk mengahasilkan kesan tindanan apabila warna kedua dipercikkan.
  • MOZEK
Menurut Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. Mozek juga boleh menghasilkan gambar atau corak hiasan  dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), disusun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata untuk  menghasilkan pantulan/kilauan. Biasanya ia disusun secara bersebelahan dan  tidak bertindih. Mozek dalam bentuk foto boleh terhasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema/tajuk.
  • STENSILAN 
Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan daripada alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

KESIMPULAN

“Kebanyakkan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan seni. Merkea juga mempunyai kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini , untuk mencerminkan diri mereka dan untuk mencipta idea baru yang menuju kepada kebaikan”
-          Dyer – Friedman & Sanders, 1997; Rubin 1978 -
Kesimpulannya, banyak aktiviti yang dapat dijalankan untuk terapi seni.  Seperti yang telah dinyatakan di atas terdapat 4 bidang yang boleh diaplikasikan di dalam terapi seni iaitu bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan yang terakhir sekali mengenal kraf tradisional. Melalui aktiviti seperti ini juga dapat mengurangkan tekanan perasaan murid, memberi peluang murid untuk merasa seronok semasa sesi pembelajaran, memberi peluang kepada murid untuk menghasilkan karya sendiri dan juga memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan tahap kreativiti mereka. Kelebihan terapi seni untuk guru pula ialah, guru dapat mengesan masalah dalam diri murid. Contohnya jika murid merasa marah, guru boleh melihat warna yang digunakan oleh murid dalam menghasilkan sesuatu tugasan yang diberikan. Selain daripada itu, guru dapat mengenali murid dengan lebih mendalam melalui terapi seni, contohnya warna yang diminati oleh murid, siapa yang disayangi oleh murid, latar belakang hidup murid dan lain – lain lagi. Oleh itu, banyak kelebihan yang boleh diperoleh melalui aktiviti terapi bukan sahaja untuk guru malahan untuk murid.

Blog Asal : http://specialzone90.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment