BY CIKGU ZAILANI
Guru yang ciri-cirinya anda senaraikan di atas, secara langsung dan tidak langsung mempengaruhi pemikiran dan personaliti anda, pembentukan sikap dan ilmu pengetahuan, serta kemahiran yang anda perolehi. Secara tidak langsung, guru ini juga mungkin mengubah tingkah laku anda.
Guru yang ciri-cirinya anda senaraikan di atas, secara langsung dan tidak langsung mempengaruhi pemikiran dan personaliti anda, pembentukan sikap dan ilmu pengetahuan, serta kemahiran yang anda perolehi. Secara tidak langsung, guru ini juga mungkin mengubah tingkah laku anda.
Seorang guru yang baik ialah seorang guru yang boleh mengajar dengan
berkesan. Adakah keberkesanan pengajaran guru hanya diukur berdasarkan
pencapaian akademik pelajar?
Apa pendapat anda tentang pandangan ini?
5.1.1 Ciri-ciri Guru yang Berkesan
Perbincangan tentang guru yang berkesan memang banyak ditulis dan juga
dikaji. Aspek keberkesanan dilihat dari segi sekolah, pengurusan, media
pengajaran, latihan guru dan lainlain. Dalam bahagian ini penumpuan
diberikan kepada guru. Antara ciri-cirinya adalah:
(a) Kecekapan Bidang
Seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam
tentang bidangnya. Pengetahuan yang mendalam membantu guru mengajar
dengan penuh yakin. Guru yang mengetahui bidangnya dengan mendalam juga
dapat mengawal kelas dengan baik kerana beliau dapat menggunakan
kecekapan itu untuk merancang dan mengajar dengan baik. Guru juga perlu
menyedari bahawa tidak semua yang dipelajari di pusat pengajian, dapat
memenuhi keperluan di sekolah. Bagaimanapun, guru yang
berkesan akan terus menerima tanggungjawab untuk mempelajari perkara yang beliau kurang mahir.
(b) Kepelbagaian Kaedah Mengajar
Pembelajaran pelajar akan berlaku dengan baik jika guru mengetahui
kaedah yang sesuai dengan isi pelajaran. Kaedah pengajaran untuk
mengajar teori adalah berbeza daripada kaedah untuk mengajar kemahiran.
Oleh itu, guru perlu berkemahiran dalam pelbagai kaedah mengajar.
(c) Penglibatan Pelajar dalam Pengajaran
Guru yang berkesan sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan
pelajar dalam pengajarannya. Penglibatan pelajar boleh meningkatkan
motivasi pelajar untuk belajar. Penglibatan ini adalah dalam bentuk
aktiviti pembelajaran, penyoalan dan lain-lain. Guru yang berkesan akan
sentiasa sensitif dan prihatin dengan keperluan pelajar.
(d) Enthusiasm
Guru yang bersemangat (enthusiastic) akan mempamerkan keyakinan dalam
perkara yang hendak diajar. Guru berkenaan menunjukkan kesungguhan
semasa mengajar melalui nada suara dan gerak geri yang menunjukkan
bahawa perkara yang hendak diajar adalah penting dan menarik. Guru juga
kelihatan bertenaga dan gembira semasa mengajar.
(e) Susunan dan Kejelasan
Guru yang berkesan menyediakan objektif pengajaran dengan jelas. Isi
pelajaran dan aktiviti pengajaran disusun mengikut objektif berkenaan.
Isi pelajaran juga disampaikan mengikut urutan dan penerangan guru jelas
dan boleh difahami oleh pelajar. Ini seterusnya menyumbang kepada
pencapaian pelajar.
No comments:
Post a Comment