1. Bawa-bawalah bertenang
Bila kita menyarankan seseorang supaya bertenang
apabila dia marah, sedih dan sebagainya, pernahkah kita terfikir untuk mengajak
atau mengajar cara-cara untuk memenangkan diri? Apa yang selalu saya praktikkan
bila saya mahu bertenang menenangkan diri sendiri, saya akan tarik nafas
dalam-dalam sekitar 7-9 saat, dan lepaskan perlahan-lahan juga sekitar
7-9 saat. Bagi yang beragama Islam, anda digalakkan beristighfar semasa melepaskan
nafas, sebutkan “astagfirullah hal ‘aziim al-lazi laa ila ha illa huwal hayyul
qayyum wa atuubu ilaik” dan tumpukan fikiran yang anda sedang memohon ampun
daripada Allah. Insya Allah, biasanya jika diulang sebanyak 7 kali, anda akan
kembali tenang.
2. Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri
mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi
senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar
membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang
dibaca akan mudah diingati.
3. Membaca al-Quran, zikir dan selawat
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi
sesiapa yang membaca al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita
untuk membaca al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain
seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah al-Quran sebagai
teman paling akrab pada sepanjang waktu. Sesungguhnya ayat Al-Quran adalah
penenang jiwa yang paling mujarab.
Anda juga boleh meluaskan pembacaan anda kepada
buku-buku ilmiah yang lain seperti buku-buku berkaitan agama, motivasi dan
sebagainya untuk menghilangkan kesepian atau kesedihan. Ramai orang rekomen
baca buku “Jangan Bersedih”,
Anda juga boleh mengurangkan tekanan perasaan
dengan berzikir dan berselawat agar hati sentiasa tenang dan tidak gusar. Kita
perlu yakin bahawa walau bagaimana hebat tekanan yang kita alami, pertolongan
Allah SWT tetap ada kerana selepas kesempitan pasti ada kelegaan dan selepas
kepayahan pasti ada kesenangan.
4. Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai
diri orang lain.” Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami
bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain.
Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu
dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan
kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
5. Banyakkan solat sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita
dituntut membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan
mendirikan solat sunat. Solat sunat dhuha, solat sunat hajat, solat sunat
taubat, solat sunat tasbih, solat sunat tahajud dan sebagainya adalah antara
pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan
solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
6. Selalu berdoa kepada Allah SWT
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain
daripada-Nya. Ini bererti kita dituntut berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa
dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam
Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu
azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak
akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita
perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah
yang Esa.
7. Bersangka baik dengan Allah SWT
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas
daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian
daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu,
kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan takdir-Nya
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu
ada hikmah di sebalik kejadian itu.
8. Mengurus masa dengan baik
Usahlah bersikap tamak untuk menghabiskan semua
kerja dalam satu masa. Cuba patuhi waktu pejabat dan jangan terselalu membuat
kerja lebih masa kerana setiap kita ada hak-hak yang perlu kita tunaikan.
Belajarlah cara kemahiran pengurusan diri dan masa, seperti menetapkan
keutamaan.
9. Berhubung dengan keluarga, rakan-rakan dan
jangan bersendirian
Syaitan selalunya menyerang manusia yang suka bersendirian. Satu hadis daripada Usamah bin Syuraik menyatakan bahawa beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tangan Allah berserta jemaah. Maka apabila bersendirian seseorang itu daripada jemaah, syaitan-syaitan akan menyambarnya, seumpama serigala menyambar kambing daripada kumpulannya.” . Sesungguhnya serigala hanya membaham kambing yang memencilkan dirinya dari kumpulan yang besar. Itu perumpamaan dari Baginda SAW mengenai peranan syaitan ke atas manusia. Jadi, ke mana sahaja seseorang itu pergi, dia harus mencari tiga perkara iaitu jamaah, orang ramai dan masjid.
Syaitan selalunya menyerang manusia yang suka bersendirian. Satu hadis daripada Usamah bin Syuraik menyatakan bahawa beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tangan Allah berserta jemaah. Maka apabila bersendirian seseorang itu daripada jemaah, syaitan-syaitan akan menyambarnya, seumpama serigala menyambar kambing daripada kumpulannya.” . Sesungguhnya serigala hanya membaham kambing yang memencilkan dirinya dari kumpulan yang besar. Itu perumpamaan dari Baginda SAW mengenai peranan syaitan ke atas manusia. Jadi, ke mana sahaja seseorang itu pergi, dia harus mencari tiga perkara iaitu jamaah, orang ramai dan masjid.
Berbicaralah dengan mereka yang boleh anda
dipercayai atau hubungi sesiapa sahaja yang anda kenali. Cuba luahkan ekspresi
tanpa limitasi, tidak kira sama ada waktu sedih mahupun gembira, kongsikan
perasaan anda dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang anda rasa selesa
dengannya. Bergaullah dengan orang-orang yang bukan dalam kemurungan.
10. Lakukan aktiviti luar rumah atau aktiviti
fizikal
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas
akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu belajar atau bekerja
akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang dapat
menyihatkan tubuh badan seperti bersukan atau berenang. Jangan duduk diam dan
berkurung dalam bilik sambil melayan lagu-lagu sedih yang menyayatkan jiwa
hati, ini hanya menambahkan sebak di dada.
Lakukan apa saja akitiviti kecergasan, bersukan
dapat menghasilkan hormon yang mampu melegakan tekanan perasaan. Situasi akan
menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi
beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh, Insya Allah.
11. Aktiviti bersama alam
Sentiasa memelihara hubungan dengan alam. Anugerah
alam ciptaan Allah SWT berupaya menenangkan, menyemai iman dan penawar bagi
manusia. Aktiviti berkebun, menanam dan menjaga pokok bunga bukan sahaja
menyihatkan malah membantu memupuk diri memelihara alam. Anda juga menikmati
‘bird watching’, ‘nature walk’, berjalan di tepi pantai sambil mengutip
cengkerang untuk hiasan akuarium atau apa saja berkaitan dengan aktiviti alam
semulajadi yang cukup mendamaikan bersama-sama ahli keluarga. Cuba gunakan
keseluruhan deria untuk merasai kehadiran Allah SWT.
12. Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak
seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu,
cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang
kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan
penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
Jaga makan dan tidur berlebihan. Sayangi badan
anda, jangan mendera badan anda dengan tidur yang tidak mencukupi atau makan
makanan yang tidak berkhasiat.
13. Jangan malu untuk ketawa
Bilakah kali terakhir anda memegang majalah
Gila-Gila atau Gelihati? Anda boleh cubalah baca komik atau menonton
cerita-cerita yang kelakar yang mampu membuat anda ketawa atau tersenyum.
14. Menangis dengan sepuas hati
Jika anda jenis yang ‘tidak boleh’ gelak-ketawa
sebab ‘terputus wayar’, maka cubalah menangis sepuas-puasnya. Ia mampu membuang
jauh-jauh perasaan yang gundah gelana.
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu
yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa
ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan
tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada
sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka
seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka
akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya
hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai
salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi.
15. Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil
yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan
mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak
lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh
dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah,
kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih
ceria.
16. Fokus kepada warna yang menenangkan
Kajian membuktikan bahawa warna memberi kesan
kepada perasaan kita. Warna merah terang, oren dan kuning memberikan kita
tenaga. Kombinasi warna merah dan kuning menyebabkan darah kita berkitar dan
menaikkan suhu badan. Biru dan hijau memberi kesan menyejukkan dan menenangkan.
Anda pasti boleh mengenalpasti warna dengan cara anda sendiri untuk mengubah
perasaan yang anda mahukan.
17. Cuba hidu aroma yang menenangkan
Minyak pati aromaterapi lavender amat terkenal
dengan aroma menenangkan. Anda boleh cuba hangatkan pati aromaterapi lavender
atau dapatkan saja bau -bauan yang di gemari.
18. Hindari bunyi bising
Bunyi boleh memberi kesan kepada perasaan kita.
Kita dilahirkan dengan perasaan yang tidak selesa kepada bunyi bising.
Kebisingan juga boleh memberi tekanan dalam diri. Ia juga boleh menaikkan
tekanan darah, mempercepatkan degupan jantung dan memberi kesan psikologi yang
lain. Walau bagaimanapun bukan semua bunyi memberi kesan buruk. Muzik contohnya
boleh memberi kesan yang baik kepada perasaan dan kesihatan diri kita.
Menurut kajian dari Avram Goldstein, muzik boleh
menyebabkan otak mengeluarkan sejenis bahan penenang yang dinamakan endorfin.
Muzik juga boleh menimbulkan pelbagai variasi perasaan. Justeru, jika anda rasa
tertekan, dengarlah lagu-lagu kegemaran anda. Semoga ia dapat membantu
mengurangkan tekanan yang dihadapi.
19. Hadkan pengambilan ubat-ubatan
Ada sesetengah ubat-ubatan yang kita ambil mampu
menyumbangkan mood swing yang kurang baik seperti kemurungan dan emosi tidak
terkawal. Jika ia tidak perlu, anda boleh cuba elakkan pengambilan ubat-ubatan
sebegini seboleh mungkin. Simpan ubatan di tempat yang susah sukar dicapai
sekiranya anda berniat untuk mengambilnya dalam dos yang berlebihan. Jangan
mengambil pil tidur tanpa preskripsi doktor.
20. Katakan tidak pada alkohol dan dadah
Elakkan dari mengambil alkohol dan dadah-dadah lain
yang boleh mengakibatkan hilang pertimbangan anda. Mengambil sesuatu yang
mengkhayalkan tidak akan membantu untuk menghilangkan tekanan, sebaliknya akan membuatkan anda menjadi ketagih
dengannya.
21. Dapatkan sokongan sosial atau rujuk pakar
Cuba dapatkan bantuan kaunseling melalui ruangan kaunseling, NGO berkaitan atau boleh juga melalui telefon seperti talian ‘Befrienders’ dan lain-lain. Sekiranya semua gagal, dapatkan bantuan pakar untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Cuba dapatkan bantuan kaunseling melalui ruangan kaunseling, NGO berkaitan atau boleh juga melalui telefon seperti talian ‘Befrienders’ dan lain-lain. Sekiranya semua gagal, dapatkan bantuan pakar untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
No comments:
Post a Comment