1.0 Pendahuluan
Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses bertujuan
untuk meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal terpilih untuk
mencapai keputusan yang dikehendaki.Dengan itu pendidikan jasmani berkait rapat
dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan
pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik;memperoleh
pengetahuan dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal.
Pendidikan Jasmani Suaian pula ialah modifikasi kepada
aktiviti pendidikan jasmani tradisional bertujuan untuk menyediakan peluang
kepada individu kurang upaya untuk mengikuti program pendidikan jasmani dengan
selamat, berjaya serta mencapai kepuasan. Prinsip utama dalam modifikasi aktiviti adalah
supaya pengubahsuaian aktiviti mengambil kira potensi individu untuk melakukan
aktiviti tersebut.
Pengurusan program Pendidikan
Jasmani Suaian di sekolah mengandungi beberapa aspek kepentingan seperti untuk memperkembangkan potensi
individu secara maksimum, mengintergrasikan bidang psikomotor, afektif dan
kognitif serta penumpuan kecergasan fizikal.Murid-murid yang mengikuti kelas
Pendidikan Jasmani Suaian perlulah dikenalpasti terlebih dahulu.Terdapat tiga
kaedah penting yang perlu digunakan untuk tujuan itu iaitu pengenalpastian
mengikut kategori keperluan khas iaitu umur, jantina dan tahap kesihatan.Selain
itu, ia juga boleh melalui IEP (Individualized Education Programme) PL 94 -142
dan IDEA ( Individuals with Disabilities Education Act (0-21 tahun).
1.1 Definisi-definisi
pendidikan jasmani
Jenny (1961) berpendapat bahawa walaupun pendidikan jasmani memberi
pendidikan melalui aktiviti fizikal, ia sebenarnya juga melibatkan hasil
pendidikan yang tidak bercorak fizikal.Matlamat pendidikan jasmani ialah untuk
mempengaruhi semua bahagian pembangunan fizikal termasuk perkembangan mental
dan sosial.
Borrow (1971) meletak pendidikan jasmani di dalam konteks Pengalaman Pendidikan Seluruhan ( the total educational experience ) dan menegaskan bahawa pengalaman
pendidikan jasmani berkait rapat dengan proses pendidikan keseluruhan dalam
seumur hidup setiap individu.Apabila pendidikan jasmani memberi sumbangan
kepada pendidikan lain, maka fungsi pendidikan jasmani sebagai alat pendidikan
dipenuhi.
Balley & Field ( 1976 ) berpendapat bahawa pendidikan jasmani
ialah satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuro
maskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan aestetik hasil daripada
atau melalui aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak.
Dengan erti kata lain, pendidikan jasmani bertujuan untuk membangunkan
segala aspek seseorang individu secara keseluruhan melalui kaedah
fizikal.Keunikan ciri ini menjadikan pendidikan jasmani berbeza daripada
cabang-cabang pendidikan yang lain.
Fokus Kajian Kes
2.0 KATEGORI KECACATAN
2.1.1 SEJARAH
RINGKAS PENDIDIKAN MURID-MURID BERMASALAH
PENDENGARAN
Pendidikan
Murid-murid Bermasalah Pendengaran di Malaysia telah
dimulakan dalam tahun 1954, dengan tertubuhnya sebuah sekolah berasrama di Pulau Pinang
yang dikenali sebagai Sekolah Kanak–Kanak Pekak Persekutuan, Pulau Pinang.
Sekolah ini telah dipelopori oleh Lady Templer, Dr.Reild, Cik Joyce Hickes dan
beberapa orang lain yang berminat dalam kerja–kerja kebajikan. Beberapa orang
guru daripada sekolah ini telah dihantarkan ke luar negara untuk mendapatkan
latihan di bidang khas Pendidikan
Kanak-Kanak Pekak. Sekolah ini telah bermula dengan hanya bergantung kepada
derma daripada orang ramai. Apabila sekolah ini telah berkembang dengan
pesatnya maka usaha-usaha untuk membaikinya telah dilipat gandakan dan dengan
ini telah diletakkan dibawah Pentadbiran Kementerian Pelajaran.
Murid–murid
sekolah ini datang dari seluruh pelusuk Malaysia untuk menerima pendidikan
sekolah rendah dan menengah dan sekarang ini mempunyai 368 orang murid lelaki
dan perempuan. Pelajaran mereka adalah seperti murid-murid biasa dengan adanya
penekanan kepada pelajaran Vokasional untuk memberi kemahiran seperti
menggunting rambut, pertukangan kayu, masak-memasak dan sebagainya . Oleh
kerana murid-murid bermasalah pendengaran bertambah ramai maka sekolah di Pulau
Pinang tidak dapat lagi menampung semua murid-murid yang terdapat di Malaysia.
Maka suatu pelajaran yang digelar “Rancangan Percantuman” untuk murid-murid
bermasalah pendengaran telah dimulakan.
2.1.2 MURID-MURID BERMASALAH PENDENGARAN
1954
*
Pembukaan kelas khas di Jalan Northam Di Pulau Pinang di bawah kendalian
pertubuhan sukarela.
* Pembukaan sekolah
kanak-kanak bermasalah pendengaran persekutuan rendah dan menengah Tanjung
Bungah.
1963
*
Pembukaan kelas-kelas pendidikan khas rancangan percantuman bermasalah
pendengaran oleh kementerian pendidikan di sekolah rendah dan menengah.
* Latihan perguruan pendidikan
khas bermasalah pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras Kuala Lumpur.
1978
* Pengenalan komunikasi seluruh
(total communication) oleh Kementerian
Pendidikan / Amerika Peace Corps
* Pengubalan sistem bahasa
melayu kod tangan BMKT.
* Penubuhan jawatan kuasa
kebangsaan komunikasi seluruh oleh kementerian pendidikan.
1979
* Kursus
dalam bidang perkhidmatan bagi guru-guru cacat pendengaran dalam bidang
komunikasi seluruh.
1984
*
Penubuhan jawatan kuasa kerja penyelarasan komunikasi seluruh untuk
perkembangan sistem kod pendidikan Islam.
* Penubuhan jawatan kuasa kerja kecil kod dasar
agama Islam
* Penubuhan jawatan kuasa
kerja kecil kod dasar KBSR tahap Bahasa Malaysia kod tangan.
* Penubuhan jawatan kuasa
kerja kecil penggubalan kod tangan pendidikan vokosional dan teknikal.
1987
* Sekolah–sekolah pendidikan khas diwujudkan
dengan pentadbiran berasingan di bawah tanggungjawab pusat.
* Penubuhan sekolah menengah
pendidikan khas vokasional Shah Alam, Selangor.
2.1.3 DEFINISI MURID BERMASALAH PENDENGARAN
Menurut Cruiskshank (1975), di Amerika Syarikat
kanak-kanak kurang upaya pendengaran didefinisikan berdasarkan kepada kebolehan
kanak-kanak itu menggunakan deria dengar dan juga bila kecacatan itu dialami.
Kamus Dewan (1986) pula menyatakan bahawa masalah pendengaran adalah masalah
orang yang tidak dapat mendengar sebarang bunyi bahasa atau bunyi yang lain.
Stephen P.Quigley dan Robert E. Kretschmer (1982)
dalam buku ‘The Education of Deaf Children ‘ mendefinisikan cacat pendengaran
sebagai kanak-kanak atau orang dewasa yang pekak iaitu seseorang yang tahap
pendengarannya teruk di mana 91 dB atau lebih terutamanya saraf sensorinya
rosak dan berlaku sebelum ia boleh bertutur.
Hans G. Furth (1972) dalam “Deafness and Learning”
mendefinisikan cacat pendengaran sebagai ‘kehilangan fungsi pendengaran yang
teruk sehingga menghalang pertuturan walaupun dengan bantuan alat pendengaran
apabila tahap cacat pendengaran itu dikesan semasa lahir atau semasa bayi.Ia
menghalang penguasaan bahasa melalui saluran pendengaran normal.
Definisi yang biasa diterima dari aspek pendidikan diperolehi
daripada Executive Commettee of the Conference of Educational Administratiors
Serving the Deaf Daniel & Kaftman, 1978, “Exceptional Children “) iaitu,
“Hearing Impairment”.Istilah generic yang menunjukkan kecacatan pendengaran
yang dalam tahap ringan (mild) ke tahap teruk (severe), ini termasuk subset
‘deaf’ dan ‘hard of learning’.
“Deaf” didifenisikan sebagai seseorang yang cacat pendengarannya
tidak dapat peroleh kejayaan proses penerangan linguistik melalui ujian atau
tanpa alat bantu dengar.”Hard of hearing” ialah seseorang yang tahap
pendengarannya masih terdapat sisa-sisa atau baki pendengaran yang biasanya
menggunakan alat bantu dengar untuk mendapatkan kejayaan proses penerangan
linguistik melalui ujian.( Brill,
et al. 1986)
Menurut Cruishank, (1975) di Amerika Syarikat
kanak-kanak kurang upaya pendengaran didefinisikan berdasarkan kepada kebolehan
kanak-kanak mendengar dan juga bila kecacatan itu dialami.
2.1.4 MEMAHAMI MASALAH PENDENGARAN
Tahap
kehilangan pendengaran diukur dengan alat khas yang dinamakan audiometer.Masalah
pendengaran boleh diklasifikasikan seperti berikut:
I.
Ringan
(mild)-Kehilangan pendengaran 20-40(desibel)
II.
Sederhana(moderate)Kehilangan
pendengaran 40-70 (desibel)
III.
Teruk
(severce)-Kehilangan pendengaran 70-95 (desibel)
IV.
Amat
teruk (Profound)-Kehilangan pendengaran melebihi 95 (desibel)
2.1.4 KATEGORI KANAK-KANAK KURANG UPAYA PENDENGARAN
a) Separuh Pekak
Kategori separuh pekak ini biasanya walaupun deria
mereka rosak tetapi ianya masih terdapat
sisa pendengaran.Biasanya deria dengar mereka masih boleh berfungsi samaada
dengan bantuan alat pendengaran atau tidak (Brill,Mac Neil &Newman. 1986).
b) Pekak
2.1.5 DARJAH KEPEKAKAN
Menurut Paul dan Quigley (1990) sseseorang yang
kurang upaya pendengaran tidak dapat menggunakan pendengarannya, memahami pertuturan walaupun mereka
mempunyai sisa pendengaran.
Menurut Northerm dan Lemme (1982) untuk memahami
pertuturan kita hanya perlu 10-15 dB
(desible) kekuatan bunyi yang didengar berbanding bunyi persekitaran. Terdapat
enem peringkat (kategori) kurang upaya pendengaran menurut Daniel Phallahan dan James Kaufman (1997) iaitu
Darjah
|
Kategori Tahap Pendengaran
|
Penempatan
|
> 26
db
|
Normal,
boleh mendengar
|
Sekolah
biasa
|
27 - 40
db sedikit.
|
boleh
mendengar bunyi vokal tetapi mungkin
tidak
menyedari beberapa bunyi konsonan
|
sekolah
biasa dengan mengunakan alat bantu mengajar
|
41 - 55
db
ringan @
sederhana.
|
dapat
mendengar bunyi- bunyi pertuturan yang kuat sahaja.boleh dengar pertuturan
pada jarak 3 - 5 kaki.
perlu
perhatian sekolah biasa dengan alat bantu dengar yang ada guru khas yang ada
guru khas.
|
di
tempatkan sebahagian hari dari dalam sehari di sekolah biasa dan sebahagian
hari lagi di tempatkan di sekolah biasa dengan kelas khas
|
56 - 70
db
sederhana
teruk.
|
tidak
dapat mendengar bunyi pertuturan dalam perbualan biasa.
|
di
tempatkan di sekolah bercantum/kelas khas.
|
71 - 90
db
teruk
|
tidak
dapat mendengar bunyi pertuturan.
|
di
tempatkan di sekolah bercantum/kelas khas.
|
91 db ke
atas
sangat
teruk.
|
tidak
dapat mendengar langsung bunyi bunyi pertuturan atau lain lain.
|
menghadapi
masalah kerencatan bahasa dan tidak dapat beri perhatian sepenuhnya
|
JADUAL MENUNJUKKAN DARJAH KEPEKAKAN
2.1.6 SEBAB -SEBAB CACAT PENDENGARAN
Terdapat beberapa sebab kecacatan diperolehi
seperti yang dinyatakan oleh Hallahan
dan Kauffman (1977) iaitu sebelum,semasa atau
selepas kelahiran.
a) Sebelum kelahiran
1. Baka
:disebabkan oleh gen
2. bukan
baka :
I.
Jangkitan semasa mengandung seperti
rubella, meningitis, campak, cacar,
beri-beri, kencing manis, darah
tinggi dan sebagainya.
II.
Pengambilan
dadah atau bahan kimia, seperti kuinin,
streptomycine alcohol yang berlebihan dan sebagainya.
III.
Toksemia
di peringkat akhir mengandung, mengandung yang terlalu kerap
b) Semasa kelahiran
1. Kepala bayiterlalu lama di pintu rahim
yang mengakibatkan tekanan yang kuat terutama pada bahagian telinga bayi.
2. Kelahiran yang tidak cukup bulan.
3. Kecederaan semasa dilahirkan.terutama di
bahagian telinga.
4. penyakit homolisis selalunya disebabkan
oleh faktor Rh(darah)
c) selepas kelahiran
1. Mendapat penyakit berjangkit yang
disebabkan oleh bakteria dan virus seperti
2. Begok, demam campak, demam panas dan
sebagainya.
3. Kemalangan yang mencederakan bahagian
telinga.
4. .Pengambilan antibiotik seperti
streptomein, kuinin dan lain-lain lagi.
5. Terdedah kepada bunyi yang terlalu kuat.
2.1.7 CIRI-CIRI MURID BERMASALAH PENDENGARAN
Panduan untuk mengenalpasti murid murid yang
mempunyai masalah pendengaran iailah:
I.
kurang
memberi perhatian
II.
susah
mengikut arahan
III.
Kurang
melibatkan diri dengan aktiviti yang memerlukan perbingcangan atau banyak memerlukan pertuturan banyak memerlukan pertuturan.
IV.
Memerlukan
bantuan daripada rakan-rakan.
V.
Selalu
berkhayal.
VI.
Cara
percakapan yang janggal.
2.1.8 CARA-CARA MENGENALPASTI MURID BERMASALAH
PENDENGARAN
Terdapat dua acara untuk mengesan kecacatan
pendengaran pada peringkat bayi dan kanak kanak
I.
ujian
tarikan:kanak kanak didedahkan kepada bunyi tanpa pengetahuan mereka atau
II.
penglihatan
meraka.Pemerhatian dibuat samada bayi atau kanak kanak menunjukan apa apa
tindak balas
III.
ujian
pertuturan:kanak kanak boleh memahami apa yang dituturkan menunjukan gerak
balas terhadap apa yang disuruh.
3.0
UMUR DAN JANTINA
Bagi menjalankan kajian untuk
tugasan ini, kumpulan kami memilih kanak-kanak bermasalah pendengaran untuk
mengambil acara dalam olahraga.
Kategori kecacatan : masalah pendengaran
Umur : 17 tahun
Jantina : Lelaki
4.0 MASALAH-MASALAH MENGENDALIKAN DAN
PENYELESAIANNYA
Setiap aktiviti sukan di peringkat sekolah mahupun
peringkat-peringkat yang lebih tinggi akan mengalami pelbagai masalah tidak
kira kecil ataupun besar. Tambahan pula pelajar tersebut dikatogorikan
bermasalah pembelajaran, pendengaran mahupun penglihatan. Ia lebih banyak
masalahnya berbanding dengan pelajar normal. Mereka perlukan sesuatu
pengubahsuaian dan undang-undang yang fleksibel agar bersesuaian dengan tahap
kecergasan pelajar tersebut. Bagi pelajar bermasalah pendengaran, pengendalian
yang teliti dan penyelesaian bagi sesuatu masalah yang di hadapi merupakan
tanggunjawab mereka yang terlibat dalam sukan tersebut. Berdasarkan kajian yang
telah dilakukan, masalah- masalah tersebut telah dikenalpati contohnaya masalah
dari segi bahasa dan komunikasi,
peralatan, arahan, serta peraturan dalam
permaianan tertentu.
. 4.1 Masalah
Bahasa dan Komunikasi murid Bermasalah Pendengaran
Murid bermasalah Pendengaran
dikategorikan sebagai mengalami « kecacatan Bahasa » kerana tidak
dapat berbahasa lisan seperti mana jangka masa yang sepatutnya. Hal ini
berakibat daripada ketidakmampuan mendengar bunyi-bunyi bahasa dan bukan
bahasa. Ketidakmampuan mendengar bunyi mengakibatkan golongan ini tidak mampu
berbahasa lisan.
Mengikut Pengerusi Persatuan
Orang Pekak Malaysia iaitu Encik Sazali. Murid bermasalah pendengaran tidak
dapat memperkembangkan bahasa dan komunikasi kerana kita tiada program awal
bagi membentuk bahasa, komunikasi dan minda bayi yang bermasalah pendengaran.
Mereka membesar dengan ketiadaan komunikasi kerana ibu bapa tidak tahu atau
tidak memahami cara berkomunikasi dengan anak-anak mereka mahu pun membimbing mereka.
Kanak-kanak ini diabaikandan menyebabkan minda mereka adalah kosong serta
paling menyedihkan mereka tiada asas bahasa. Jika dibandingkan dengan kanak-kanak
normal mereka telah dibimbing penguasaan bahasa mulai hari pertama mereka
dilahirkan dan ia amat berbeza dengan kanak-kanak yang bermasalah pendengaran
kerana terpaksa menunggu sehingga berumur 3 tahun barulah dibimbing
berkomunikasi sama ada melalui pertuturan, pertuturan kiu atau bahasa isyarat.
Kanak-kanak yang lewat diasuh
akan tidak mengerti atau lambat memahami keadaan sekeliling. Ini menyebabkan
murid bermasalah pendengaran selalu disalah tafsirkan sebagai degil serta
menjadi permulaan perlabelan negatif.
Masalah yang kedua adalah negara
kita yang tiada akses kepada komunikasi. Murid bermasalah pendengaran tidak
berpeluang untuk mengikuti rancangan tv, khutbah Jumaat, ceramah dan
sebagainya. Komunikasi ini amat penting untuk perkembangan komunikasi bagi
mengukuhkan asas bahasa dalam penggunaan seharian.
Masalah yang ketiga ialah ibu
bapa akan berasa malu dan tidak dapat menerima hakikat yang anak mereka
bermasalah pendengaran. Tambahan orang yang bermasalah pendengaran tiada daya
saing yang sukar diterima ke dalam masyarakat yang maju pada hari ini. Di
Malaysia, kita tiada peluang tersebut dan menyebabkan mereka yang bermasalah
pendengaran menjadi lemah minda mereka , ketinggalan dan tiada daya saing.
4.2 Langkah – langkah Pemerolehan Penguasaan
Bahasa dan Komunikasi Murid Bermasalah
Pendengaran
4.2.1. Kot Tangan Bahasa Melayu (KTBM)
KTBM merupakan sejenis bahasa
isyarat ciptaan pendidik dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang
diadaptasikan daripada Bahasa Isyarat Amerika. Ia diadakan menurut asas-asas
dan prinsip-prinsip Bahasa Melayu sebagaimana yang ditutur, didengar, ditulis,
dibaca dan difahami oleh pengguna Bahasa Melayu. Apabila KTBM ini diperturunkan
dalam bahsa tulisan, tidak akan terdapat apa-apa perbezaan dengan bahasa Melayu
sehari-hari dari segi nahu atau makna bahasa itu ( Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1994)
4.2.2. Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)
BIM ialah bahasa yang tulen
bagi orang Pekak Malaysia. BIM juga merupakan bahasa ibunda dan bahasa istimewa
bagi orang Pekak Malaysia. BIM digunakan dan diterima oleh orang Pekak Malaysia
secara meluas. Dengan menggunakan BIM , mereka mampu berbincang pelbagai
isu-isu yang timbul, bergurau-senda, memudahkan komunikasi antara dua orang
pekak serta memberi kesan pemahaman yang lebih baik kapada antara satu yang
lain. Selain itu, mereka mempunyai peraturan yang digunakan dan tatabahasa sendiri.BIM ini diwujudkan
secara tidak langsung dan bukan dicipta oleh seorang sahaja.
4.2.3. Pendekatan Komunikasi Seluruh ( Total Comunication)
Pendekatan yang digunakan
dalam pendidikan kanak-kanak bermasalah pendengaran yang termasuk keseluruhan
bahasa yakni gerak isyarat, bahasa isyarat, pertuturan, bacaan, pergerakan
bibir, ejaan jari, membaca dan menulis.
4.2.4. Pendekatan Auditori – Verbal
Kaedah ini mengajar
kanak-kanak bermasalah pendengaran menggunakan pendengaran mereka bagi
mempelajari bahasa pertuturan melalui alat bantu dengar atau implan koklea.
Penekanan diberikan kepada kemahiran mendengar bunyi pertuturan tanpa membaca
pergerakan bibir dan penglibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran anak mereka
( Jabatan Audiologi dan Sains Pertuturan, (1997).
4.2.5. Pertuturan Kiu (Cue Speech)
Satu pendekatan yang
menggunakan kaedah komunikasi secara oral
dan visual (Tan Chin Guan ,1998). Menggunakan kombinasi 8 bentuk tangan
dan 4 kedudukan tangan yang digerakkan berdekatan dengan bibir di mana
pertuturan yang diucapkan akan diiringi dengan pergerakan bentuk dan kedudukan
tangan ( Pirangelo & Jacoby,1996 dalam Bench 1992).
4.2.6. Ejaan Jari (Finger spelling)
Cara berkomunikasi dengan
mengeja huruf-huruf dalam satu perkataan dengan menggunakan jari.Lazimnya,
ejaan ini hanya akan digunakan sekiranya sesuatu perkara atau nama yang luar
biasa diperkenalkan ( Williams,1991).
4.2.7. Bacaan bibir (Lip reading)
Memahami pertuturan dengan mengikut
pergerakan bibir penutur.
4.2.8. Pengajaran Pertuturan
Pengajaran pertuturan ini
menekankan kepada kemahiran mendengar dengan menggunakan pendengaran yang sedia
ada ( residual hearing) dan kemampaun tersebut ditingkatkan dengan menggunakan
alat bantu pendengaran untuk murid bermasalah pendengaran menguasai pertuturan. Menerusi strategi ini
murid ini dilatih untuk menguasai pertuturan dan bahasa mengikut kelaziman
bahasa kanak-kanak normal.
Di samping langkah-langkah di
atas, alat bantu dengar yang digunakan oleh murid bermasalah pendengaran di
Malaysia ialah :-
i. Alat bantu dengar belakang telinga ( behind the
ear/ BTE)
ii. Alat bantu dengar di dalam telinga ( In The
Ear/ ITE)
iii. Alat bantu poket (Pocket hearing Aids)
v. Implan Koklea (Coclear Implant).
Berdasarkan huraian tersebut, guru-guru pendidikana jasmanai perlu
mengambil inisitif semasa satu perlawanan atau kativiti sukan yang berkaiatan
dengan murid bermasalah pendengaran khususnya dalam pertandingan lumba lari 100
meter. Pengubahsuaian yang boleh dibuat dengan menyediakan pengadil yang tahu
mengenai bahasa isyarat agar mereka boleh menerima arahan semasa perlawanan
dijalankan. Di bawah disediakan contoh bahasa iyarat dalam sukan atau permainan.
Oleh yang demikian, pengadil perlu tahu sedikit
sebanyak bahasa isyarat tersebut. Ini bagi memudahkannya memberi arahan kepada
pemain. Selain itu, jika jurulatih tersebut tidak mengetahui tentang bahasa
isyarat, guru pengiring atau jurulatih dibenarkan untuk bersama pemain untuk
memberi arahan kerana mereka tidak boleh mendengar arahan seperti murid normal.
5.0 TAHAP KECERGASAN
Indikator kecergasan merupakan teknik atau faktor
untuk mengukur tahap kecergasan dan kesihatan. Terdapat
pelbagai indikator iaitu
1.
Denyutan nadi
2.
Kadar pernafasan
3.
Tekanan darah
4.
Berat badan
Kadar denyutan nadi adalah indikator kecergasan
fizikal yang biasa dan diaplikasikan. Terdapat 5 peringkat untuk mengira kadar
denyutan nadi iaitu kadar nadi maksima, kadar nadi rehat, kadar nadi latihan,
kadar nadi pemulihan dan kadar nadi sasaran.
Intensiti latihan paling mustahak dan ianya boleh
dipraktikkan dan akan lebih menguntungkan dengan cara mengambil kira % tindak
balas kadar nadi maksima. Aras latihan yang berkisar di antara 70-90% dari
kadar nadi maksima adalah perlu untuk menghasilkan perbezaan dari segi
kecergasan. Jangka masa senaman di antara 30 minit bagi setiap satu sesi dan
berfrekuensi minimum sebanyak tiga kali seminggu adalah sesuai dan memadai.
- Kadar Nadi Maksima(KNM)
KNM=220-umur
Umur=17
KNM=220-17= 203 denyutan nadi seminit
- Kadar Nadi Rehat (KNR)
Kadar nadi rehat ini diambil
selepas bangun dari tidur.
10 saat
15 saat
20 saat
- Kadar Nadi Latihan (KNL)
Kadar nadi latihan diambil
sebaik sahaja selepas menjalankan aktiviti fizikal.
- Kadar Nadi Pemulihan
Kadar nadi yang diambil selepas suatu jangka masa
tertentu apabila seseorang telah pulih sepenuhnya menjalani sesuatu aktiviti
dan latihan.
- Kadar Nadi Sasaran
Kadar nadi sasaran=kadar nadi
rehat(KNR) + % intensi (Kadar nadi maksima(KNM)-kadar nadi rehat(KNR)
Umur = 17 tahun
Intensiti kerja = 60%
Kadar nadi maksima =220-17=203
dsm
Kadar nadi rehat =60
Kadar nadi sasaran =60+0.6
(203-60)
=145.8 dsm
6.0 ACARA PERTANDINGAN
6.1 LARI PECUT
Sejak bertahun-tahun dahulu lagi kekuatan dan keupayaan
manusia dinilai menerusi perlakuan berlari, melompat dan melontar.Seseorang
yang mempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ini dianggap sebagai seorang yang
berkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan pemerintah.Kekuatan menjadi
sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu khususnya kaum
lelaki.Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu diperbaiki dari semasa ke
semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan.
Tujuan diadakan pertandingan hanyalah semata-mata untuk
mencari siapa yang lebih pantas , melompat lebih jauh daripada yang lain.Untuk
mencapai hasrat ini, setiap individu akan berusaha menandingi yang lain dan
akhirnya wujud ciri-ciri ingin berjaya , ingin menumpaskan lawan dan mewujudkan
sifat berlumba sesama individu.Mereka yang menang akan berusaha untuk
meningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan.Bagi mereka yang menang
akan berusaha mengekalkan kemenangan itu
atau berusaha meningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan.Bagi
mereka yang gagal pula sudah tentu akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk
menumpaskan lawan dan muncul sebagai pemenang pula.Di sini mula wujud suatu
pertandingan yang sudah tentu menarik dan mendapat perhatian orang ramai.
Olahraga ( athletics ) merupakan sukan yang menarik dan
berbeza daripada kebanyakan sukan lain yang terdapat pada masa kini.Olahraga
mempunyai penyertaan yang paling ramai dalam setiap perjumpaan sukan utama
dunia seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA malah
dalam sukan-sukan ini, olahraga adalah acara yang utama dan wajib.
Dalam olahraga terdapat banyak acara-acara ini
dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu balapan dan padang.Acara-acara balapan,
ialah larian pecut jarak sederhana, jarak jauh dan larian berpagar.Acara padang
pula, acara-acara lontaran dan lompatan.Ada acara yang diuntukkan kepada lelaki
dan untuk wanita.Acara olahraga boleh disertai oleh lelaki dan wanita kecuali
acara-acara 3,000 berhalangan, baling tukul besi dan decathlon.
Biasanya seseorang itu didedahkan kepada acara-acara
olahraga sejak peringkat sekolah lagi.Individu boleh memilih acara atau
acara-acara yang diminatinya dan kemudiannya berusaha untuk mejadi juara dalam
acara ini.Bagi mencapai hasrat ini, dia perlu dapat memahirkan diri dalam selok
belok, kemahiran serta teknik acara itu supaya pencapaiannya mengatasi peserta
lain dalam pertandingan.Latihan dan panduan jurulatih diperlukan dan membawanya
ke puncak kejayaan.
Bagaimanapun, apakah cukup seseorang itu sekadar
bergantung bulat-bulat kepada jurulatih dan apakah jurulat
6.2 DEFINISI LARI PECUT
Lari pecut dalam sukan olahraga bolehlah didefinisikan
sebagai larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain.Larian terpantas
ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kederasan tiupan
angin , permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil
bahagian dan mugkin juga insentif daripada perlumbaan itu.Ini beerti larian
pecut adalah larian pada kebolehan tertinggi tanpa sebarang bantuan dan pada
suatu jarak tertentu yang ditetapkan, umpamanya 50 meter, 100 meter dan 200
meter.
6.3 SEJARAH LARIAN PECUT 100 METER
Larian pecut merupakan salah satu acara terawal dalam
pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Sukan Olimpik Kuno di Greek
mengandungi hampir keseluruhan acara daripada acara pecut. Pada zaman moden, antara rujukan terawal
ialah pertandingan berlari pecut yang diadakan di kalangan pekerja serta orang
suruhan golongan bangsawan. Salah satu perlumbaan pecut yang dicatatkan ialah
perlumbaan yang diadakan pada tahun 1754 di Kent, England.
Pelbagai
cara dan kaedah permulaan diadakan menyebabkan ia menjadi masalah iaitu untuk
memilih kaedah yang paling sesuai digunakan. Kemudian, persetujuan dibuat
dengan meletak kaki belakang berada 15-20 cm daripada garisan permulaan. Tubuh
pelari pula dicondongkan ke hadapan pada sudut 90 darjah atau selari dengan
padang.
Di
negara kita, perkembangan acara-acara pecut dalam olahraga terus menjadi
sesuatu yang penting terutama dalam mengukur pencapaian pelari serta masa yang
mereka cipta. Walaupun masih belum mampu melahirkan pelari bertaraf dunia,
tetapi di peringkat Asia, kita sudah mampu melahirkan pelari handalan seperti
M. Jegathesan, Rabuan Pit, M. Rajamani, T. Krishnan, Mumtaz Jaafar, Marina Chin
dan G. Shanti.
Pada
awal abad ke-20, larian pecut semakin diminati dan penciptaan kasut spikes atau kasut lari menyebabkan
pelari dapat berlari dengan lebih pantas dan selesa tanpa sebarang kemungkinan
mengalami kecederaan pada kaki. Rekod dunia rasmi yang pertama untuk lari pecut
100 meter telah dicipta oleh Harald Anderson pada tahun 1890 dari Sweden dengan
catatan masa 11.00 saat.
6.4 ACARA 100 METER
Acara 100 meter adalah
dianggap sebagai acara untuk menentukan manusia terpantas dalam sesuatu
kejohanan atau negara atau wilayah, malah di dunia secara tidak rasminya.Acara
ini dianggap sebagai acara yang paling istimewa dan diminati ramai terutamanya
di kalangan peminat sukan olahraga.Tidak hairanlah sesiapa yamg mahu
menceburkan diri dalam acara larian akan terlebih dahulu didedahkan dengan
acara ini.Oleh kerana masa yang diambil untuk berlari dalam acara terlalu
singkat, maka segala aspek lariannya perlu diberikan perhatian oleh setiap
pelari.
Boleh dikatakan semua pelari
100 meter memberi tumpuan utama kepada acara memulakan larian, iaitu satu aspek
paling penting dalam acara lari pecut.Pelari akan melonjak daripada blok
permulaan sebaik sahaja isyarat diberikan oleh pegawai pelepas.Kemudiannya
pelari akan mula memecut dan mengekalkan pecutan itu sehingga ke garisan
penamat.Sebelum berlepas, pelari akan menumpukan sepenuh perhatian kepada
pegawai pelepas untuk membunyikan pistol.Pelari juga harus bijak dan pantas bertindak
terhadap kemungkinan pelepas yang agak awal atau lewat melepaskan tembakan
pistol.
Peringkat dalam larian pecut
biasanya bermula dengan pecutan atau lonjakan daripada blok permulaan.Selepas
itu barulah permulaan larian pelari akan membawa kepada peningkatan dalam
kelajuan sehingga kelajuannya mencapai ke tingkat maksimum sehinggalah ke
garisan penamat.Peringkat ini biasanya terdapat di kalangan pelari yang sudah
terlatih atau yang sudah berpengalaman, manakala pelari-pelari baharu lebih
gemar megekalkan kelajuan yang sama sepanjang larian, kecuali dicabar oleh
pelari lain.Walaupun pelari lain juga boleh memberi larian , seseorang pelari
seharusnya lebih menumpukan perhatian kepada lariannya sendiri, dan tidak mudah
terpengaruh dengan corak dan gaya larian lawan.
6.5 PERATURAN UMUM DALAM LARIAN 100
METER
6.5.1 Permulaan
a) Setiap peserta akan memulakan sesuatu larian
secara serentak.
b) Jarak hujung garisan permulaan sehingga
garisan penamat ditanda dengan pemasangan
pita atau talian penamat.
c) Di belakang garisan permulaan pada jarak 3
meter ke belakang biasanya terdapat garisan
pengumpulan peserta. Sebelum sesuatu permulaan diadakan, para peserta akan
dikumpulkan di kawasan ini untuk diberi penerangan.
d) Permulaan larian dilakukan oleh seorang
pegawai pelepas dengan dibantu oleh penolong pelepas yang lain yang
bertanggungjawab memeriksa peserta supaya mematuhi segala peraturan dan
undang-undang yang telah ditetapkan.
e) Permulaan biasanya dilakukan dengan cara
tembakan pistol. Namun, bagi sesetengah kes seperti di peringkat sekolah atau
bagi orang-orang kurang upaya, penggunaan bendera pelepas atau papan pelepas
adalah memadai.
f) Pegawai pelepas akan mengeluarkan
arahan ke garisan kepada semua peserta sebagai persediaan untuk memulakan
larian. Selepas arahan itu didengar oleh semua peserta, mereka akan berada di
garisan permulaan yang ditetapkan dan mendiamkan diri. Pegawai pelepas akan
melaungkan sedia dan dengan pantas
peserta akan mendongakkan kepala dan mengangkat badan. Pelari akan dilepaskan
sebaik sahaja isyarat pelepasan dibunyikan atau diturunkan.
g) Jika ada peserta yang meletakkan tangan
menyentuh garisan permulaan, mengangkat kaki atau bergerak terdahulu sebelum
dilepaskan, peserta itu akan diberikan amaran dan permulaan akan dilakukan
semula.
6.5.2 Semasa Larian
a) Setiap peserta harus berlari mengikut lorong
masing-masing yang telah ditetapkan menerusi undian yang dijalankan pada awal
permulaan iaitu dari mula hingga akhir. Jika ada peserta yang terkeluar atau
dengan sengaja berlari di lorong orang lain, lariannya akan dibatalkan
serta-merta.
b) Peserta hendaklah membuat larian
terus-menerus tanpa henti sehingga ke garisan penamat.
c) Peserta tidak dibenarkan cuba menghalang
atau mengganggu peserta lain semasa larian dijalankan.
6.5.3 Akhir Larian
a) Tali atau pita ringan direntangkan di atas
garisan penamat pada aras dada peserta. Pemenang ditentukan melalui sentuhan
mana-mana pada bahagian dadanya. Peserta tidak dibenarkan menggunakan kaki,
kepala atau tangan untuk menyentuh tali atau pita garisan penamat dan mendakwa
bahawa dia yang mula-mula mencecah pita tersebut.
b) Jika lebih daripada seorang peserta yang
mencecah tali atau pita garisan penamat pada waktu yang sama, penentuan dibuat
menerusi gambaran foto. Jika kaedah ini tidak disediakan, penentuan kan dibuat
oleh pegawai-pegawai perlumbaan menerusi catatan masa yang dibuat oleh peserta
tersebut.
6.6 PRINSIP DALAM LARIAN 100 METER
6.6.1 Permulaan
Terdapat banyak cara yang digunakan oleh pelari
untuk memulakan larian mereka untuk mencapai permulaan yang pantas dan
berkesan. Pemilihan permulaan adalah bergantung kepada keselesaan pelari dan
keberkesanannya untuk berlari. Semasa permulaan, pergerakan tangan yang pantas
adalah perlu dan dalam keadaan sedia,
pelari seharusnya berada dalam suasana tertekan.
Antara gaya permulaan adalah seperti berikut:
a) Pelumba hendaklah berlari mengikut lorong
masing-masing dengan pandangan mata ke hadapan dan garisan penamat dijadikan
sasaran.
b) Untuk memecah pita penamat, pelumba
hendaklah menggunakan bahagian dadanya dan tidak bahgaian-bahagian lain.
c) Pelari hendaklah mematuhi segala aturan
dan undang-undang permulaan gaya berdiri ini.
Gaya Dekam
Terdapat
tiga jenis permulaan gaya dekam yang digunakan pelumba pelari pecut ,
iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.Umumnya, ketiga-tiga jenis
gaya dekam ini adalah sama, hanya perbezaan ialah pada kedudukan kaki dan
tangan pelumba ketika berada di garisan permulaan.Kesesuaian dan keselesaan
serta keberkesanan sesuatu jenis gaya dekam bergantung kepada beberapa faktor
seperti bentuk badan pelumba , sama ada tinggi ataupun rendah, masa tidak
balas, kekuatan kaki serta keupayaan dalam menggabung semua faktor ini.
- Gaya peluru
Dalam permuaan gaya peluru,
kedua-dua belah kaki pelumba diletak pada jarak lebih kurang 28cm ke garisan
belakang.Ini menjadikan kedudukan kaki adalah hampir dengan garisan permulaan,
dan mungkin menimbulkan kesukaran kepada pelumba untuk mendapatkan kedudukan
yang selesa sebelum melonjak.Oleh itu gaya dekam jenis ini tidak digalakkan
oleh mereka yang baru mengambil bahagian.Hanya pelumba yang berpengalaman
mendapati jenis ini mempunyai kelebihan.
- Gaya Panjang
Dalam permulaan gaya dekam
jenis ini, pelumba meletak kaki belakang jauh ke belakang, manakala kaki
hadapan berada berhampiran dengan garis permulaan.Permulaan jenis ini didapati
lebih mudah dan selesa, terutamanya bagi mereka yang baru mangambil bahagian,
tetapi dari segi keberkesanan, gaya panjang tidaklah begitu memberi lonjakan
yang baik.Oleh itu, gaya panjang jarang-jarang digunakan.
- Gaya sederhana
Gaya sederhana dalam permulaan
larian pecut merupakan gabungan gaya peluru dan gaya panjang , dan sering
digunakan oleh kebanyakan pelari pecut, sama ada yang baru ataupun yang sudah
berpengalaman.Dalam permulaan gaya ini, kedudukan kaki belakang yang sederhana
jauh atau dekat daripada garisan permulaan.Dengan demikian, kedudukan pelumba
adalah lebih selesa dan pada masa yang sama mampu memberi lonjakan yang baik
kepada pelumba untuk berlepas.
6.6.2 Peringkat dalam permulaan
Kedudukan ke garisan
Setelah setiap pelumba
ditentukan lorong menerusi undian, dan mereka juga sudah bersedia untuk
memulakan perlumbaan, pegawai pelepas akan memberikan arahan ’Ke Garisan’ agar
semua pelumba berada di garisan permulaan.Berikut adalah panduan dalam
kedudukan ke garisan ini.
a) Kaki hadapan pelumba hendaklah berada pada
jarak 40 hingga 60 cm dari garisan permulaan, manakala kaki belakang pada jarak
40 cm dari kaki hadapan.Kaki hadapan ini hendaklah diselaraskan dengan
kedudukan lutut kaki belakang.
b) Kedudukan lengan pelumba hendaklah lurus
di bawah bahu dan dibiarkan longgar.Bahu hendaklah pada kedudukan lebih tinggi
daripada tangan.
c) Pelumba meletak kedua-dua tangannya di
belakang garisan permulaan dengan membuka ibu jari dan jari-jari lain tanpa menyentuh
garisan tersebut.Jarak kedudukan kedua-dua tangan hendaklah mengikut jarak atau
luas bahu.
d) Mata hendaklah ditumpukan pada satu titik
yang jaraknya lebih kurang satu meter ke hadapan, sambil fikiran ditumpukan
kepada perlumbaan.
e) Pelumba hendaklah mampu menyesuaikan
kedudukan badan dan kaki serta tangan dengan blok permulaan, terutama dari segi
mendapatkan keselesaan dan keseimbangan yang maksimum.
Kedudukan Sedia
Setelah peserta sudah bersedia pada garisan
permulaan tanpa menggerakkan mana-mana anggota badannya, pegawai pelepas akan
memberi isyarat ’sedia’ pula.Panduan dalam kedudukan sedia ini adalah seperti
berikut:
a) Lutut kaki hadapan pelumba hendaklah pada
kedudukan lebih kurang 90 darjah daripada aras tanah, manakala lutut kaki
belakang lebih kurang 120 darjah daripada aras tanah.Kedudukan pinggang pula
hendaklah lebih tinggi sedikit daripada bahu, dan bahu pula harus tinggi
daripada kedudukan kepala.
b) Kedudukan tangan pelumba hendaklah lurus,
sambil kedua-dua belah kaki menekan dengan kuat pada blok permulaan.
c) Pandangan mata hendaklah seperti dalam
kedudukan ’Ke Garisan ’.
Kedudukan Berlepas
Pegawai pelepas akan melepaskan tembakan pistol
menandakan perlumbaan bermula.Ini dilakukan sebaik sahaja semua pelumba dalam
kedudukan sedia.Panduan asas semasa dalam kedudukan berlepas adalah seperti
berikut:
a) Pelumba hendaklah bergerak pantas dengan
meluru ke hadapan tanpa perlu menegakkan badan serta merta.Untuk bergerak
pantas, kedua-dua kaki pelumba menolak dengan kuat dan pantas pada blok
permulaan.
b) Tangan diayun sekuat mungkin untuk
membantu melepaskan diri daripada blok permulaan.Ini akan mewujudkan garisan
lurus yang lebih kurang 45 darjah bersudut daripada aras balapan, yakni
daripada kepala ke kaki.
c) Jarak langkah pertama pelumba hendaklah
tidak terlalu panjang atau terlalu pendek.
d) Pelumba akan mula melangkah biasa selepas
langkah ketiga daripada permulaan, tetapi dalam kelajuan memecut.
6.7 TEKNIK LARI DAN PECUTAN
Setelah melakukan pelepasan
dengan baik daripada garisan permulaan, pelumba akan melakukan larian dan
pecutan sehingga ke garisan penamat, sama ada untuk acara 100 meter, 200 meter
ataupun 400 meter.Walaupun purata masa yang diambil oleh pelari 100 meter,
namun cara atau teknik larian perlu disesuaikan agar masa yang singkat itu menjanjikan
catatan terbaik bagi seseorang pelari pecut.
Ada
beberapa aspek penting yang harus diberikan tumpuan oleh pelari pecut semasa
melakukan larian dan pecutan.Ini termasuklah pergerakan tangan, pergerakan
kaki, kedudukan badan dan tumpuan fikiran.Perlu diingat juga selain aspek-aspek
yang hanya dimunculkan oleh pelari itu sendiri, terdapat beberapa aspek luaran
yang boleh menjejaskan larian dan pecutan jika pelari tidak dapat menangani
masalah tersebut.Ini termasuklah saingan dan tekanan psikologi daripada peserta
lain, sorakan dan ejekan penonton, peralatan dan pakaian yang kurang selesa,
pemakanan yang tidak seimbang, kecederaan tertentu , serta masalah-masalah lain
yang boleh menjejaskan prestasi pelumba.
6.7.1 Pergerakan tangan
Dalam larian pecut, pergerakan
tangan pelumba adalah penting.Dalam hal ini pelari hendaklah mengayunkan tangan
, khususnya sikunya ke belakang, dan ayunan tangan ke hadapan tidak semestinya
melepasi bahu.Ada juga pelari yang meluruskan tangan semasa mengayun ke
belakang.Walau apa cara pun ayunan tangan dapat mempengaruhi kepantasan pecutan
dan larian.Tanpa ayunan tangan sepenuhnya, seseorang pelari tidak akan berjaya
menggerak kakinya dengan pantas.Ini bermakna pergerakan tangan dan kaki adalah
gabungan penting dalam menentukan kederasan larian pecut.
Tangan
pelari terayun ke belakang akan membawa ke arah siku semasa pelari memecut.Ini
kelihatan ketara semasa tangan melepasi pinggang.Sudut ini akan berkurangan
sehingga mencapai 90 darjah.Ayunan tangan juga membantu mengelakkan peredaran
yang tidak diperlukan akibat pergerakan kaki.Pergerakan pantas serta cergas
daripada peha menyebabkan badan pelari berputar ke arah belakang, dan ini harus
dielakkan atau dikurangkan oleh pergerakan tepi siku.
Bahagian
leher dan bahu pelari yang sedia tertekan meningkat semasa memecut.Kedudukan
tangan hendaklah dalam keadaan tegang, kerana ia boleh membantu pelari
merehatkan badan.Tangan pelari pula tidak seharusnya berada dalam keadaan
menegang kerana ketegangan ini boleh dipindahkan ke dada dan bahu.Keadaan ini
juga akan membantu pernafasan.Pelari boleh memilih sama ada jari-jari tangan
dibuka atau digenggam, semasa membuat ayunan ketika berlari.Perkara yang
penting sebarang kedudukan tangan pelari hendaklah menjadikannya selesa untuk
berlari dan memecut.
6.7.2 Pergerakan kaki
Pergerakan kaki dan ayunan
tangan dapat menentukan kederasan larian pelari.Dalam pergerakan kaki, terdapat
dua perkara yang harus diberikan perhatian dalam larian pecut.Pertama ialah
mengangkat lutut pada kedudukan yang tinggi dan kedua ialah penamatan atau
penghabisan perlakuan drive semasa
melangkah.Perlu diingat iaitu keseluruhan drive
adalah berpunca daripada bahagian belakang badan.Kaki yang membuat drive hendaklah direnggang penuh ke
belakang badan.
Selain itu
pelari juga hendaklah belari dengan mengangkat pinggangnya ke atas bagi
membantu melengkapkan drive kerana
biasanya adalah sukar untuk memindahkan kaki daripada tanah apabila pinggang
berada dalam kedudukan yang tinggi.Kedudukan badan hendaklah condong sedikit ke
hadapan semasa berlari.Pelari seharusnya meggunakan bahagian hadapan tapak kaki
untuk mendarat dan memecut.
6.8 MENAMATKAN LARI PECUT
Matlamat setiap pelari, termasuklah menghabiskan
larian dalam masa sesingkat yang boleh dan lebih dahulu daripada pelari lain
yang sama-sama bertanding.Semasa menuju ke garisan penamat, pelari tidak
seharusnya cuba memperlahankan larian atau membuat lompatan ( dive ) untuk mencapai pita penamat.
Pelari hendaklah terus belari dengan lebih pantas, dan tidak perlu sama sekali
memperlahankan lariannya.Dengan membuat diving juga tidak akan membantu pelari,
sebaliknya perbuatan itu belum menjamin penamatannya, malah mungkin akan
membahayakan diri sendiri sahaja.
Apabila tiba ke garisan penamat,
biasanya pelari akan mendepakan tangannya ke belakang dengan membiarkan dadanya
ditonjolkan ke hadapan.Cara begini adalah digalakkan untuk larian
pecut.Sesetengah pelari pula gemar menamatkan larian dengan menundukkan
kepalanya untuk mencecah pita penamat.Tindakan begini mungkin akan menghalang
penglihatan pelari atau memudahkan pelari terjatuh.Satu lagi cara pelari
menamatkan lariannya ialah dengan memusingkan salah satu bahunya ke hadapan
untuk mencecah pita penamat.Cara ini juga mungkin akan melambatkan perbuatan
menamatkan larian kerana mungkin pelari akan mengambil masa untuk memusingkan
bahunya.
Sudah tentulah pelari yang lebih
awal mencecah pita penamat akan dikira pemenang, manakala pemenang kedua,
ketiga dan seterusnya ditentukan oleh pencatat masa atau pengawai penamat.Dalam
kebanyakan perjumpaan olahraga khususnya di peringkat antarabangsa, sering
berlaku pemenang acara pecut tidak dapat diputuskan oleh pencatat masa atau
pegawai penamat disebabkan beberapa pelari mencecah pita penamat pada masa yang
hampir sama.Jika berlaku perkara sedimikian, pemenang acara tersebut terpaksa
ditentukan dengan menggunakan kaedah photo finish.Menerusi kaedah ini pemenang
acara itu akan diputuskan setelah pegawai meneliti rakaman foto yang
dikeluarkan selepas larian itu.Kini penggunaan peralatan elektronik
menggantikan penggunaan catatan tangan yang mungkin kurang tepat diutamakan.Hal
ini perlu, khususnya untuk acara pecut seperti 100 meter dan 200 meter.
Satu lagi perkara yang harus
diberikan perhatian oleh pelari pecut ialah mereka tidak seharusnya terus
berhenti sebaik sahaja melepasi garisan penamat.Sebaliknya mereka hendaklah
terus berlari secara perlahan demi perlahan untuk beberapa meter dan diikuti
dengan berjalan.Ada juga pelari yang terus berlari sejauh 100 meter lagi
sebagai cara untuk mengatasi sebarang kemungkinan berlaku ketegangan otot atau
masalah lain.
Seperti dalam permulaan,
pecutan dan larian , pelari hendaklah mematuhi aturan
Dan undang-undang larian semasa menamatkan
lariannya.Sebarang tindakan yang boleh dianggap sebagai menggangu atau menipu
hendaklah dielakkan.Jika pelari memenangi perlumbaan yang diadakan, dia
hendaklah menganggapnya sebagai satu kelebihan tanpa merendah-rendahkan pelari
yang kalah.Pelari yang kalah pula haruslah menerima kekalahannya dengan
semangat kesukanan tulen.
7.0 PERATURAN, PERALATAN DAN PENGUBAHSUAIAN
Dari aspek peraturan pula,
masalah yang dihadapi oleh pemain-pemain ini ialah mereka tidak mendengar
arahan semasa pertandingan dijalankan. Seandainay pertandingan itu terbatal
atas sebab seperti memulakan tanpa arahan, kaki tidak berada pada jarak yang
betul dengan garisan dan sebagainya. Oleh itu, perubahan atau pengubahsuaian
boleh dilakukan dengan menggunakan bendera bagi mengantikan wisel dan pistol.
Misalnya, pengadil menggunakan
dua warna berbeza untuk bendera. Satu warna merah yang digunakan semasa acara
bermula. Pengadil akan mengangkat bendera tersebut menandakan acara lumba lari
itu telah bermula, tetapi sekiranya acara tersebut terbatal, pengadil boleh
mengangkat bendera putih. Terlebih dahulu, jurulatih perlu memberitahu fungsi
bendera tersebut kepada atlit mereka agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan
semasa pertandingan berlansung.
Pakaian dan kasut semasa
pertandingan tersebut adalah sama dengan pelajar normal. Tali boleh digunakan untuk menunjukkan garisan
penamat dalam pertandingan ini. Tali ini akan disentuh menandakan pertandingan
tersebut tamat. Peserta yang paling awal menyentuh tali tersebut dikira sebagai
pemenang.
Kasut lari atau spike amat
penting bagi seorang pelari.Terdapat berbagai-bagai jenis kasut lari yang
digunakan,tetapi sebaik-baiknya menggunakan kasut yang ringan untuk memudahkan
larian dan langkahan. Paku pada spike tersebut mestilah tidak melebihi 11
batang dan tidak melebihi 25mm panjang.
Walaupun penggunaan blok permulaan
(starting blok ) tidak diwajibkan,namun dalam acara lari pecut 100 meter, ia
amat perlu. Malahan,dalam kebanyakkan kes bok permulaan ini telah membantu
pelari meningkatkan larian mereka dan dapat mempercepatkan langkahan mereka
pada peringkat permulaan. Namun demikian penggunaan blok permulaan ini perlu
mengikut beberapa peraturan yang telah dtetapkan.
Semua pelari khususnya
olahraga hendaklah menyediakan pakaian trek yang sesuai untuk dipakai sebelum
atau selepas mengambil bahagian dalam sesuatu acara. Penggunaan
pakaian ini adalah untuk mengawal suhu badan pelari.
Setelah dikenal pasti pemenangnya, guru pengiring atau
pembantu akan membawa mereka untuk pembahagian hadiah. Mereka akan naik ke atas
podium mengikut nombor kemenangan yang diperoleh. Di sini juga perlu seseorang
yang tahu mengenai bahasa isyarat untuk melancarkan majlis.
Bibliografi
1. Siri Teras Sukan, Olahraga
-Balapan , Ahmad Wafi (1996)
- JUNJUARA PUBLICATIONS SDN BHD 1996,Manual Olahraga ,Helen Ten.
- Pengaharan Penidikan Jasmani dan Kesihatan, Edisi Kedua, Weng Eng Hoe (1995)
- Panduan Pengajaran Olahraga, Kepegawaian dan Kejurulatihan,Weng Eng Hoe (2002)
salam..
ReplyDeletenak tanya outdoor activity apa yg sesuai untuk knak2 yg mengalami masalah seprti autism, down syndorme, slow learner.. minta pendapat..