KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Wednesday, 18 September 2013

BAHASA DAN KOMUNIKASI



Definisi
Komunikasi ialah satu proses di mana informasi dipindahkan di antara dua atau lebih individu. Komunikasi melibatkan mana-mana tingkah laku perlakuan sama ada disengaja atau tidak disengaja dan mempunyai maksud terhadap seseorang mengenai emosi atau fisiologi seseorang (Dunst, Lowe & Bartholomew 1990). Komunikasi melibatkan  dua hala iaitu orang yang memberi isyarat dan orang yang mentafsir isyarat. Komunikasi mempunyai dua bentuk iaitu, lisan dan bukan lisan. Terdapat empat elemen dalam proses komunikasi iaitu penutur mesej, penerima mesej, hasrat bersama untuk komunikasi dan kaedah untuk berkomunikasi.
            Komunikasi boleh dilakukan dalam tiga bentuk iaitu auditori dengan menggunakan alat artikulasi seperti lidah, bibir, gusi, lelangit dan sebagainya. Kemudian, boleh ditayangkan melalui visual grafik iaitu menggunakan gambar-gambar ataupun video. Yang ketiga melalui visual gestural  iaitu menggunakan pergerakan badan dan muka  ataupun bahasa badan.
Manakala, bahasa merupakan campuran kebolehan yang diperlukan untuk berkomunikasi berbahasa atau pengeluaran perkataan. Menurut Heward, W.I & Orlansky, M.D (1980), Bahasa adalah satu sistem yang digunakan oleh sekumpulan manusia untuk memberi makna kepada bunyi perkataan, gerak badan dan lain-lain simbol untuk membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Manakala,  menurut Bloom & Lahey (1978) Bahasa ialah pengetahuan menggunakan simbol untuk menggerakkan idea dan pendapat. Penggunaan bahasa membolehkan kita menggenalkan sesuatu objek, peristiwa atau peristiwa tanpa (reproducing) penghasilan semula.
Bagi ahli linguistik pula, definisi bahasa haruslah  ditinjau dari sudut struktur dan fungsinya. Bloch dan Trager misalnya mentakrifkan bahasa sebagai satu system lambing pertuturan yang arbitrari digunakan oleh sesebuah masyarakat  sebagai alat untuk berhubung dan bekerjasama. Dengan definisi ini jelaslah bahawa bahasa itu adalah pertuturan. Ini bersesuaian dengan pendapat Fries yang mengatakan bahawa 85% daripada bahasa digunakan adalah pertuturan. Bahasa tulisan adalah bahasa juga, tetapi dianggap sebagai secondary language. Di dalam pertuturan terhimpun berbagai-bagai aspek bahasa, iaitu pertuturan merangkumi aspek-aspek perkataan, rangkai kata, ayat, bunyi, intonasi, hentian, tekanan, nada dan sebagainya yang tidak tergambar  secara jelas melalui tulisan. Dengan demikian, kajian bahasa menjadikan pertuturan sebagai data utama di samping juga bahan bertulis.
Pertuturan pula ialah tingkah laku untuk menghasilkan kod bahasa dengan membuat bentuk bunyi vokal yang sesuai (Hubbell, 1985;, Howard, W.L, 1996). Suara pertuturan dihasilkan daripada empat produk melalui proses yang berkaitan iaitu pernafasan, bunyi, resonasi dan juga artikulasi.
Menurut American Speech- Language- Hearing Association(ASHA) iaitu sebuah pertubuhan di Amerika yang arif dalam mengendalikan masalah bahasa telah mendifinasikan kecelaruan bahasa sebagai kelemahan dalam sebutan serta penggunaan bahasa lisan di mana ia melibatkan suara, bunyi-bunyi pertuturan serta kelancaran semasa berkomunikasi. Kecelaruan ini berbentuk samada bahasa dari aspek fonologi, morfologi, sintaksis), dari segi makna bahasa itu sendiri (semantik) dan juga fungsi bahasa (pragmatik).

No comments:

Post a Comment