1.0 Permasalahan bahasa yang berkait dengan
Kerencatan Mental
· Pencapaian
bertutur secara asasnya sama seperti kanak-kanak lembam
· Kanak-kanak
ini mempunyai pencapaian bahasa yang rendah jika dibandingkan dengan umur
kronologikal.
· Kelambatan
untuk memahami atau mengeluarkan bahasa kerana sukar untuk mengingat.
· Kanak-kanak
ini tidak dapat membentuk tatabahasa di dalam pertuturannya seperti kanak-kanak
normal.
2.0Kecatatan
bahasa yang Disebabkan Kurang Pendengaran :
Kurang pendengaran menyebabkan kelewatan bertutur atau kanak-kanak yang
mempunyai pertuturan yang tidak sempurna. Kesukaran untuk mendengar disebabkan
oleh sistem saraf tunjang yang berpunca dari kemalangan, kecederaaan dan
penyakit atau semulajadi semasa lahir.
3.0 CIRI-CIRI FIZIKAL, KOGNITIF
DAN EMOSI
Fizikal- Secara
umumnya, adalah pergerakan lokomotor dan masalah koordinasi motor halus.
Kognitif- Daya ingatan,
perhatian dan kefahaman, Daya bertindak, Daya taakulan, Keupayaan mental berlebihan
Sosial- Adalah
perhubungan antara individu dengan individu dalam menjalani kehidupan
sehari-hari.
CIRI-CIRI KOGNITIF
1. Keadaan
Mental dan Fizikal seperti Lembam
Masalah Pertuturan juga mempengaruhi keadaan mental
iaitu lembam. Masalah ini disebabkan ia berkait-rapat dengan keupayaan
pemikiran seseorang itu meluahkan sesuatu sama ada secara rasional ataupun ada
masalah tertentu.
Di samping itu, lembam mempunyai IQ antara 75-90 .
Keadaan ini berlaku antara lingkungan normal dan moron. Seseorang itu tidak
akan mengikuti pembelajaran dan mempunyai cara-cara tertentu serta sukar bagi
menyesuaikan diri di sekolah.
2. Kekurangan
Rangsangan
Kekurangan rangsangan sama ada daripada ahli
keluarga, ibu bapa, sanak-saudara juga akan menyebabkan seseorang itu terasa
dirinya terasing dan rendah diri. Dengan cara sedemikian, mereka menjadi kurang
bercakap dan keupayaan serta perkembangan untuk bertutur secara lancar menjadi
semakin rendah.
3. Kurang
Memberi Tumpuan Percakapan
Seseorang yang menghadapi masalah pertuturan akan
berkomunikasi dengan tidak memberi penumpuan dengan apa yang diujarkan olehnya
kepada seseorang yang sedang berkomunikasi dengannya. Keadaan ini menyebabkan
idea atau topik yang diujarkan olehnya tidak dapat diterima oleh orang lain.
Keadaan ini wujud semasa pengeluaran suara dan gangguan di glotis. Ini
mentebabkan komunikasi terganggu.
CIRI-CIRI SOSIAL
1. Kecelaruan
dalam Pertuturan
Ia melibatkan struktur / neorologi antaranya adalah
‘dysarthia’ dan ‘dyspraxia’ pada kanak-kanak yang
mengalami celebral palsy dan celahan di lelangit. Ia berpunca daripada
organ seperti kecelaruan fungsi artikulasi / fonologi. Keadaan ini telah
menyababkan keupayaan untuk bersosial menjadi tidak harmoni kerana pertuturan
yang bercelaru dan menyebabkan kesukaran untuk memahami.
2. Kecelaruan
Suara
Kecelaruan dalam bersuara berkait-rapat dengan
patologi dan alat vokal organ. Ciri-cirinya seperti garau (hearsness), sempat
(brathiness), sengau (hypernesality) dan ketidaksesuaian suara sama ada terlalu
lembut atau terlalu kuat. Oleh hal demikian, komunikasi akan terjejas dan tidak
stabil.
3. Bahasa
yang Tidak Diperkembang
Kelambatan yang nyata dalam perbendaharaan kata,
nahu yang perlu untuk di-perkembang. Oleh kerana, perbendaharaan kata tidak
dapat diperkembang, maka ini akan menyempitkan kemahiran berkomunikasi
sekaligus melambatkan proses untuk berkomunikasi dengan baik.
4. Komunikasi
Yang Tidak Stabil
Komunikasi yang tidak stabil merujuk kepada
pertuturan yang mempunyai nada yang tidak sempurna seperti turun naik nada
suara. Contohnya, seseorang itu menghidapi kelumpuhan di bahagian-bahagian
mulut seperti celebral palsy atau kecacatan sekeliling anggota selepas Apoplexy
atau kemalangan.
5. Kurang
Peluang Bertutur
Kurang peluang bertutur terutama bersama
kawan-kawan dan masyarakat menyebabkan peluang berkomunikasi dengan baik akan
terjejas. Keadaan ini ia tidak mengikut ‘cara’ dan ‘daerah’ pertuturan yang
betul. Antaranya, bibir, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut merupakan
bahagian ‘daerah sebutan’. Contohnya, dalam menyebut cara sebutan ‘sengauan’
yang betul. Sengauan dihasilkan dengan cara yang hampir sama dengan menurunkan
lelangit lembut untuk membolehkan udara keluar melalui rongga hidung. Semua
bunyi sengau yang dihasilkan ialah bersuara, iaitu dengan pita suara bergetar.
Terdapat empat konsonan yang terhasil daripada bunyi sengauan dan salah satu
daripadanya ialah Sengau bibir [m].
Terhasil apabila bibir bawah dirapatkan dengan
bahagian bibir atas dan pada masa yang sama lelangit lembut di turunkan. Udara
akan dikeluarkan melalui rongga hidung. Ini akan menjelaskan bahawa, jika
seseorang itu menghadapi masalah pertuturan dan jika ia tidak mempraktikkan,
maka akan menyebabkan gangguan dalam mengeluarkan suara.
No comments:
Post a Comment