KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Wednesday, 18 September 2013

BAHASA DAN PERTUTURAN



DEFINISI BAHASA

Bahasa  adalah satu sistem yang di gunakan oleh sekumpulan manusia untuk memberi makna kepada bunyi perkataan, gerak badan dan lain-lain simbol untuk membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain.( WILIAM L HEWARD DAN MICHAEL)

A code whereby ideas about the would are expressed through conventional system of arbitary for communication.(LAHEY 1988)

MASALAH BAHASA

Masalah bahasa adalah merujuk kepada masalah membaca seperti disleksia audiotori (dengar), disleksia visual(lihat), disleksia fonoligikal (sebutan), disleksia pusat (pelbagai), disleksia emosional (emosi), dan pegagik. Bagi yang mengalami masalah bahasa ialah kesukaran untuk menguasai menyebut atau membunyi sesuatu perkataan dan kesukara untuk berkomunikasi dengan orang lain.

DEFINISI PERTUTURAN

(KIRK 1972)

Pertuturan merupakan suatu saluran yang membolehkan kita meluahkan perasaan atau rasa hati. Tanpanya kita akan kehilangan daya komunikasi yang paling penting untuk berkomunikasi bersama keluarga, rakan-rakan dan alam sekelilng. Ia juga melibatkan perpaduan bunyi dengan perkataan, mencantum perkataan kepada unit dan meluahkannya dalam bentuk bunyi yang mempunyai makna. Oleh itu, ia dapat di didefinisikan sebagai simbol-simbol yang di wakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal yang bertujuan untuk pertukaran idea.



         (KIRK DAN GALENGER, 1979)  Pertuturan yang normal juga membolehkan pertukaran bahasa melalui mulut, berlafaz dengan baik dan mempunyai kualiti yang semula jadi , normal pada rentak dan kadar yang baik dan bebas dari cebekan muka. Ia juga memerlukan perbedaharaan kata yang lengkap sesuai mengikut umur dan pertuturan di terima secara logik dan teratur.

MASALAH PERTUTURAN

Masalah pertuturan di fahamkan sebagai pertuturan yang menunjukkan ketidaksempurnaan sama ada dari segi bunyi, penguasaan bahasa mengikut umur atau gangguan semasa bertutur.

(KIRK,1972)

No comments:

Post a Comment