Permainan Motor/Fizikal.
Menurut Doherty dan Brennan (2008), pendidikan fizikal adalah sebahagian daripada
proses pendidikan yang berlaku melalui pengalaman dalam pelbagai situasi. Permainan
motor dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak.
Kemahiran motor yang melibatkan pergerakan otot-otot kasar dan halus kanak-kanak,
dapat dikembangkan melalui aktiviti fizikal. Kemahiran motor halus melibatkan
kemahiran manipulatif otot-otot kecil seperti menggenggam, mengoyak, menggunting,
meramas, menggentel dan menguli. Kemahiran motor halus penting untuk kanak-kanak
mempelajari konsep-konsep asas seperti menjalankan tugas-tugas harian. Contohnya
membutang baju, memegang pensel, mengikat tali kasut dan sebagainya. Manakala
kemahiran motor kasar melibatkan kemahiran manipulatif otot-otot kasar pada seluruh
badan seperti melompat, berlari dan memanjat. Semasa kanak-kanak bermain, kanak-kanak membuat gerakan otot-otot kasar dan halus mereka. Pada masa ini juga kanak-kanak menggunakan koordinasi mata dan tangan mereka untuk mengawal segala
pergerakan. Kemahiran motor dan pengawalannya berkaitan dengan kemahiran
kecekapan otak, iaitu semasa pergerakan, sistem saraf pada otak dan otot badan bekerja
bersama.

No comments:
Post a Comment