Aktiviti Penyerapan Pemulihan
Membaca dan Menulis Melalui MataPelajaran Pendidikan Seni Visual
Pengenalan
Setiap kanak-kanak yang
dilahirkan mempunyai sifat istimewa yang berbeza serta berkembang mengikut
fitrah semulajadi berdasarkan proses tumbesaran mereka. Salah satu sifat
istimewa itu ialah perasaan cinta terhadap keindahan.Melalui perasaan
inilkah kanak-kanak akan dapat menghasilkan kerja seni visual yang kreatif
kerana ia sebagai penghubung atau sebagai alat komunikasi yang amat berkesan.
Malah ia juga dianggap sebagai cara kanak-kanak mengekspresi diri mereka
atau lebih tepat sekali sebagai proses refleksi kendiri. Melalui Pendidikan Seni Visual ini juga kanak-kanak
akan dapat memperkembangkan bakat atau potensi mereka dengan lebih kreatif
lagi. Malah ia menekankan aspek kognitif,psikomotor dan afektif.
Melalui pembelajaran Seni
Visual ini juga kanak-kanak akan membentuk daya kreativiti mereka disamping memperkembangkan
psikologi serta menyuburkan lagi potensi diri kanak-kanak itu.Selain
itu,pendidikan Seni Visual juga dapat mendidik kanak-kanak untuk menghargai
bidang seni dan budaya. Walaupun bidang Seni Visual lebih menjurus kepada seni
yang nampak dan nyata. Empat bidang utama yang ditekankan iaitu Melukis
dan Membuat Gambar, Membuat Rekaan Corak, Membentuk dan Membuat Binaan dan Kraf
tradisional.
Konsep
Konsep yang ingin diterapkan
dalam aktiviti penyerapan pemulihan menulis dan membaca melalui pendidikan seni
visual ialah dalam unsur peniruan seperti murid-murid meniru reka bentuk abjad
a hingga z atau perkataan mudah ( dua sukukata ) dan kemudiannya
dihias dengan menggunakan pelbagai teknik seperti catan,kolaj,mozek dan
sebagainya. Selain itu,penggunaan kaedah formalistik seperti penguasaan
murid-murid dalam unsur-unsur seni mudah seperti membuat garisan,mewarna,melukis
bentuk dan rupa. Melalui melukis garisan lurus,bengkok dan
putus-putus,murid-murid mampu mengaplikasi latihan ini untuk memperbaiki tulisan
mereka supaya menjadi kemas. Dalam mewarna,murid-murid mampu belajar tentang
warna asas,sekunder dan tertier. Melalui aktiviti ini murid-murid akan mampu
berfikir secara kritis dan kreatif untuk menghasilkan bahan- bahan yang
menarik kerana penglibatan mereka yang maksimum semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan. Murid-murid juga akan dapat mengekpresi diri sendiri
melalui beberapa bentuk penghasilan seni yang melambangkan perasaan
sedih,marah,gembira,simpati dan sebagainya. Oleh yang demikian ternyata
bahawa pendidikan seni visual juga memainkan peranan yang penting dalam aktiviti
penyerapan pemulihan menulis dan membaca kerana dengan pendekatan penciptaan
bahan pembelajaran yang kreatif dalam pelbagai bentuk dan saiz serta berwarna
warni oleh murid-murid itu sendiri.
Kepentingan Pendidikan Seni Visual Dalam Aktiviti Penyerapan
Pemulihan Menulis Dan Membaca
Pendidikan Seni Visual
sememangnya mempunyai nilai estetika yang ditonjolkan tanpa disedari.
Pendidikan Seni Visual adalah merupakan suatu bentu khasil seni yang nampak
atau nyata. Ia juga mempunyai hubungan dengan budaya pembelajaran
kanak-kanak seperti:
a. Memberi peluang kepada
murid-murid mengekspresikan diri melalui seni.
b. Sebagai satu corong bahasa
seni untuk kebebasan bersuara atau meluahkanperasaan
c. Salah satu elemen untuk
mengembangkan potensi diri kanak-kanak
d. Sebagai
satu formula yang mengadunkan pemikiran
kanak-kanak denganguru dalam satu kumpulan yang bekerjasama dan
harmoni
e. Sebagai panduan dan
peringatan kepada guru tentang perbezaan keupayaanseseorang kanak-kanak itu
Jelas sekali bahawa segala
aktiviti penyerapan pemulihan yang melibatkan senivisual adalah salah satu
cabang penting dalam membantu murid-murid untukmengembangkan potensi
diri serta minat terhadap pembelajaran sepanjanghayatnya.
Merancang Aktiviti
Untuk mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dan berkesan, kita harus merancang aktiviti yang pelbagai dan
kreatif. AktivitiPendidikan Seni Visual yang telah dikenal pasti dan
sesuai digunakan dalam aktiviti Literasi Bahasa Melayu ada lima jenis
iaitu:
a) Kolajb) Mozekc)
Anyamand) Ukirane) Mewarna. Dengan adanya aktiviti berkenaan, kita dapat menghasilkan bahan bantu mengajar yang istimewa kerana imejnya timbul atau tiga dimensi. Murid dapat
melihat bentuk tiga dimensi dan merasa sendiri menggunakan jari dan tapak
dengan bentuk asas menjadi binaan utama huruf atau perkataan
.a) Kolaj salah satu teknik tertua yang menggunakan teknik
tampalan untukmenghasilkan pelbagai karya lukisan gambar atau
rekaan. Bahan tampalan boleh disusun, ditindih atau diatur pada permukaan
kertas mengikut komposisi tema atau tajuk
yang diperlukan. Terdapat empat jenis kolaj yang sesuai iaitu
Kolaj kertas, bahan jahitan, bijirin dan bahan terbuang.
i. Kolaj kertas diperbuat menggunakan kertas warna yang
digunting secara bebas atau menggunakan teknik tekanan pada mata pen dan
pensel atau menggunakan alat penebuk kertas.
ii) Kolaj bahan jahitanKolaj ini menggunakan perca
kain, manik, butang baju, kapas dankekabu sebagai bahan utamanya. Cara
membuatnya sama, iaitumenyusun bahan menerusi guntingan perca kain
atau menyusunmanik atau butang baju pada huruf yang dipilih.
iii) Kolaj bijirinJenis ini menggunakan bahan bijirin
yang disusun dan dilekatmenggunakan gam berkualiti pada kad board
tebal. Bijirin yang biasadigunakan ialah beras pulut, beras bali, kacang
hijau, jagung dan bijisaga.
iv) Kolaj bahan terbuang.Bahan terbuang yang biasa
digunakan ialah penutup botol, batangaiskrim, lidi sate tali, plastik
sampah dan sebagainya. Bahan inidisusun dan dilekat menggunakan
gam serta dibalut menggunakan plastik lut sinar supaya tahan lama.
b) Mozek merupakan susunan bahan
yang ditampal secara sebelah menyebelah dan tidak bertindih-tindih. Cara
menyusun mozek iaitu tidak bersentuhan antara satu sama lain,
sedangkan binaan kolaj bersentuhan serta bertindih. Ada tiga jenis
mozek yang sesuai digunakan iaitu mozek kertas, mozek kain danmozek kulit kayu
.i) Mozek kertasMozek ini dibuat daripada susunan kertas
warna atau gambar fotoyang diperoleh daripada majalah atau suratkhabar lama. Kertas
warna atau gambar perlu digunting secara seragam dari segi bentuk dan saiznya
seperti segi empat sama, segi empat tepat, segi tiga ataubulatan
yang kemudian disusun tanpa bertindih. Cara susunan bentuk segi
empat tepat terbahagi kepada dua, iaitu susunan biasa dan susunan batu
bata. Cara kedua ialah susunan berpusat yang terhasil daripada susunan
kertas ditebuk menggunakan alat penebuk lubang yang disusun tanpa bertindan
antara satu sama lain. Susun dan hiaskertas warna, sama ada berkonsepkan
ton warna atau biasa
.ii) Mozek kain menggunakan sisa guntingan kain
(perca kain). Kain pelbagai warnadan corak perlu digunting secara bebas
atau seragam sebelum disusun mengikut bentuk huruf. Buat lakaran
huruf pada kertas keras atau kadbod sebelum kerja-kerja menampal cebisan kain dilakukan
dengan cermat. Pastikan plastik lutsinar digunakan sebagai pembalut.
iii) Mozek kulit kayu, kulit telur dan kulit kerang
Cara membuat mozek ini sama
dengan cara membina jenis mozek sebelum ini. Bezanya bahan utama yang digunakan
iaitu kulit batangpokok yang mati, kulit telur dan kulit
kerang. Bahan ni disusun ikut bentuk huruf menggunakan gam berkualiti dan
balutkan dengan pastiklut sinar
.c) AnyamanSatu proses di mana
daun atau kertas dianyam secara selang-seli, turun naik dan ke atas dan ke
bawah. Tikar dianyam dengan pelbagai corak dan teknik mewarna menarik dari
daun pokok mengkuang sebagai alat mengalas tempat duduk, bahan hiasan dan
cenderamata. Untuk menghasilkan reka bentuk dan corak
yang menarik, anyaman boleh menggunakan dua atau tiga warna.
Corak anyaman yang mudah dibina
adalah kelarai ‘siku kelalang’
Ada tiga jenis anyaman iaitu anyaman kertas warna,
reben dan daunmengkuang.Jenis anyaman
:i) Anyaman kertas Kertas warna atau gambar foto dari
majalah warna-warni dipotong dalam bentuk lembaran yang berukuran 1 cm x
30 cm supaya mudah dianyam. Dua bentuk boleh digunakan iaitu
teknik tampalan dan tekniktebukan. Teknik tampalan, kita perlu buat
anyaman dahulu dengan lebaran menyamai kertas bersaiz A4 sebelum gunting menggunakan
saiz huruf yang dikehendaki. Tampal huruf pada kadbod dan balutdengan
plastik. Teknik tebukan pula, guna pisau untuk menebuk garisan
lakaran mengikut bentuk huruf. Anyam lembaran kertas warna berselang-seli
pada kertas yang ditebuk. Tampal pada kadbod dan balut dengan
plastik.
ii) Anyaman reben. Reben plastik atau reben kain
berukuran 1 cm boleh digunakan.Sediakan dua warna reben yang berbeza
warna. Anyam berselang-seli membentuk tikar kecil
dengan menggunakan gam. Gunting hasilanyaman mengikut bentuk
huruf dan dilekat pada kadbod putih. Untuk kekemasan dan tahan lama, balut
hasil tugasan menggunakan plastic lut sinar
.iii) Anyaman daun mengkuangSediakan dua helai daun
mengkuang yang berbeza dan anyamberselang-seli membentuk tikar
kecil. Gam dengan kemas, kemudiangunting mengikut bentuk
huruf sebelum dilekat pada kadbod.Untuk mengelakkan hasil anyaman, mozek
dan kolaj kelihatn kurangkemas selepas digunting, kita boleh gunakan teknik
kedua iaitu tebuk huruf menggunakan pisau NT-Cutter yang tajam. Tindih ke
atas hasil anyaman, mozek dan kolaj tadi, kemudian gam dengan kemas.
d) Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu
terulung. Sejarah seni ukir banyak terdapat dalam catatan sejarah
iaitu dalam Sejarah Melayu. Seni ukir Melayu tradisi wujud sejak lebih
500 tahun dahulu. Seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah
kediaman memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran
berkenaan. Kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu ketara pada binaan rumah
tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan. Ukiran kayu
merupakan seni ukiran tertua di dunia. Peralatan yang
digunakan untuk seni ukiran kayu adalah gergaji, ketam, tukul besi dan paling
penting pahat. Motif ukiran terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:
- Motif makhluk halus, contoh ayam, badak dan itik
- Motif angkasa, menerap gambaran awan larat seperti bintang,matahari, bulan dan bukit bukau.
- Motif geometri, bentuk bulatan dan bentuk segi tiga disusun berderet,atau dicantum dengan salur-salur tumbuhan. Motif ini biasa terdapat pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepuk sirih dan barangan tembaga.
- Motif seni khat atau kaligraf, menggunakan huruf Arab, terutamapetikan al-Quran dan tulisan Jawi.Terdapat dua jenis bahan boleh digunakan untuk ukuran asas huruf, sukukata atau perkataan iaitu menggunakan sabun mandi dan blok kayulembut. Alat-alat mengukir mudah boleh dibeli di kedai alat tulis.Jenis Ukiran mudahi) Ukiran SabunSabun mandi yang pelbagai jenama dan haruman, amat sesuai digunakan untuk aktiviti mengukir kerana sifatnya lembut, padat dan berbau wangi. Caranya, sediakan seketul sabun mandi, set peralatan asas mengukir, pisau N-T Cutter dan beberapa helai surat khabar lama. Belah sabun berhati-hati, kemudian buat lakaran huruf. Kedua-dua bahagian sabun boleh digunakan untuk membuat huruf besar dan huruf kecil. Pamer hasil ukiran sabun menggunakan kotak berpenutup lutsinar .
- .Ukiran blok kayu buat lakaran huruf atas blok kayu lembut menggunakan pensel ,kemudian ukirlah perlahan dan cermat menggunakan peralatan asas mengukir
- AktivitimMewarna proses menjadikan sesuatu benda berwarna-warni dengan menggunakanbahan pewarna yang disapu ke atas permukaan menggunakan komponen alat dan media seperti warna air, warna krayon, warna pensel, pensel 2B dansebagainya. Teknik mewarna ada dua iaitu ton di mana ada unsur gelap kecerah, dan kedua mewarna tanpa ton.Jenis aktiviti mewarna
- Membina huruf tanpa ton warnaHuruf tidak dicat secara terang gelap. Caranya mudah, tidak perlupenelitian serius dan boleh mengguna salah satu media iaitu warna pensel, krayon atau warna air. Pastikan warna diguna untuk latar bertentangan dengan warna huruf supaya kad imbasan tidak mengelirukan dan boleh dilihat pada jarak jauh.ii) Membina huruf dengan ton warna. Gabungkan sekurang-kurangnya dua warna berbeza, iaitu cerah dangelap. Contohnya penggunaan warna biru dengan warna putih yang akan menghasilkan pergerakan warna putih–biru muda –biru tua.Pemilihan warna merah dan kuning, hasilkan warna kuning –jingga – merah. Berhati-hati semasa memilih warna latar dan sebaik-baiknya pilih warna putih atau warna kuning.
Rumusan
Penyerapan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual merupakan salah
satu kaedah menyerapkan mata pelajaran lain ke dalam Literasi Bahasa
Melayu. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (KPM 2010) yang menggalakkan strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam berapa mata pelajaran menekankan
konsep 5P iaitu penggabungjalinan,penyerapan, pengayaan, pemulihan dan
penilaian.Proses pengajaran Literasi Bahasa Melayu tidak dilaksanakan secara
terpisah tetapi menekankan kepada tiga jenis penyerapan matapelajaran iaitu
Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan. Ini bertujuan supaya murid seronok, ceria, gembira, tidak stress,
tidak membosankan dan menggalakkan penglibatan
murid. Penyerapan mata pelajaran ini boleh menjadikan pengajaran
lebih dinamik, bervariasi dan penguasaan pelbagai ilmu.
Penyerapan Pendidikan Seni Visual dalam Literasi Bahasa Melayu
dapat menggalakkan murid menghasilkan tugasan dengan prinsip rekaan yang
harmoni, imbangan, kontra dan kepelbagaian kombinasi. Ada empat
elemen kreatif yang ditekankan iaitu bahan mesti berguna kepada murid,
penglibatan maksimum, unsure kreatif dan kritis serta penggunaan maksimum. Aktiviti pilihan iaiah kolaj,mozek, anyaman, ukiran dan mewarna. Penyerapan
Pendidikan Seni Visual dalam Literasi Bahasa Melayu memang sesuai bagi menjadikan
pengajaran-pembelajaran lebih menyeronokkan di samping menyerapkan pelbagai kemahiran.
BY http://literasibmwaj3104.blogspot.com/p/tajuk-4-aktiviti-penyerapan-pemulihan.html
No comments:
Post a Comment