KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Thursday, 12 January 2012

PENTINGNYA MENGURUS TINGKAH LAKU MURID PKHAS


Tingkah laku terpuji penting bagi melahirkan murid yang bersifat sanggup melaksanakan tanggungjawab pada diri, keluarga, institusi dan Negara. Tanpa tingkah laku terpuji dalam diri pelajar tidak mungkin mereka sanggup melaksanakan tanggungjawab diri sebdiri. Mereka lebih rela melakukan kesalahan berbanding melakukan perbuatan baik kerana bagi mereka, tiada faedahnya mereka melakukan kebaikan.
Tingkah laku terpuji penting bagi mewujudkan suasana tenang dan kondusif dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan licin, berkesan, dan penuh ceria. Apabila murid yang bermasalah daripada segi disiplin ini tidak wujud dalam kelas, tidak ada murid yang membuat bising dan mengganggu murid lain belajar.
Guru juga tidak perlu meninggikan suara ataupun bercakap kasar dengan murid .Ini menyebabkan berbagai-bagai masalah sebalaiknya murid sendiri sudah memahami peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Justeru, hubungan antara guru dan murid dapat diperbaiki dan kemesraan dapat diwujudkan, ini dapat mengubah minat bagi menimba ilmu dapat dipertingkatkan.
Para pelajar menjadi lebih tekun dan produktif apabila mereka mempunyai tingkah laku terpuji. Apabila mereka mengikut didiplin yang telah ditetapkan, jadual mereka dan tingkah laku mereka dapat berubah. Mereka dapat melakukan sesuatu perkara secara sistematik dan mengikut laluan yang betul tanpa menyalahi undang-undang. Mereka dapat menjadi lebih produktif lagi dalam menghasilkan idea yang menarik dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang kemahiran.
Masa dapat dijimatkan kerana segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat. Disiplin diri yang tinggi membentuk mereka menepati masa dan tidak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak perlu dilakukan. Sebagaimana yang kita tahu, pelajar kini lebih banyak melakukan tingkah laku bermasalah sehingga hilang pegangan dan hala tuju.
Pembangunan tingkah laku terpuji yang tinggi dalam kalangan pelajar mampu melatih pelajar dengan dengan nilai-nilai murni seperti kepatuhan, tanggungjawab, kasih saying, berkerjasama, cintakan kebersihan dan hormat menghormati. Oleh itu, dengan mematuhi disiplin, pelajar sentiasa ingat dan menanamkan sifat-sifat yang baik dalam diri dan membuang sifat-sifat negatif yang tidak perlu ada dalam diri mereka.

Guru perlu menjalankan intervensi bagi melahirkan murid pkhas yang mempunyai tingkahlaku yang baik. secara tidak lngsung mengubah pandangan negatif pihak lain. Akhirnya mereka sedar bahawa murid pkhas boleh dididik dan diajar melakukan amalan-amalan kebaikan.