1.
LATAR BELAKANG
PENDIDIKAN KHAS
1.0 KONSEP
Pendidikan Khas boleh dimaksudkan
sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak
yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya. Pendidikan Khas juga
merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga
pendidikan yang berteraskan rumah, hospital, dan institusi. Kurikulum untuk
Pendidikan Khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang diubah suai
dengan tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas bagi memenuhi
keperluan-keperluan khas bagi mired-murid yang mengalami pelbagai jenis
kecacatan atau kurang upaya.
1.1 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah usaha
yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohanu, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
1.2 FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkembangan optimium
kanak-kanak dengan keperluan-keprluan pendidikan khas agar dapat berfungsi
sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan , boleh merancang,
mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi diri sendiri dan boleh
menyesuaikan diri dalam masyarakat.
1.3
OBJEKTIF
Objektif Pendidikan Khas di Malaysia
ialah untuk memberi kesinambungan program yang bermutu bagi memenuhi keperluan
dan kebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam persekitaran
biasa. Selain itu, usaha-usaha berkaitan dengan rancangan khas serta tanggungjawab
untuk meningkatkan aspek perkembangan kanak-kanak dan semua usaha berkaitan
dengan keperluan kanak-kanak khas dan tanggungjawab adalah berlandaskan kepada
matlamat dan objektif pendidikan biasa yang telah ditentukan oleh Kementerian
Pelajaran dan sistem persekolahan. Selain itu, hal ini juga bermatlamatkan
untuk menyeimbangkan peluang-peluang pendidikan antara murid-murid khas dengan
murid-murid normal dalam pelbagai aspek seperti pembangunan fizikal, pembelian
peralatan khas, perkhidmatan khidmat sokongan kakitangan bukan guru ,
peluang-peluang kenaikan seperti pangkat, juru teknik audiologi pendidikan
( educational
speech therapist ), otientasi dan mobility pendidikan ( Orientation
and Mobility Instructor ), dan
psikologi pendidikan ( eduicational
psychologist ), dan sebagainya merupakan Objektif Pendidikan Khas
1.4 VISI
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid dengan
keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat falsafah
pendidikan negara.
1.5 MISI
Menyediakan pendidikan yang
berkualiti, bermutu, kepada pelajar berkeperluan khas untuk menjadikan mereka
insan yang dapat berdikari,berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti
kepada masyarakat dan negara.
1.6 DEFINISI PENDIDIKAN KHAS
Terdapat pelbagai definisi tentang
Pendidikan Khas. Contohnya seperti Sang ( 2000 ) menyatakan bahawa Pendidikan
Khas ialah Pendidikan yang disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah
pembelajaran kerana masalah penglihatan, pertuturan, dan pendengaran serta
masalah dalam pembelajaran ataupun murid-murid yang pintar cerdas yang
memerlukan pendidikan yang lebih mencabar. Berlainan pula dengan pendefinisian
oleh Jabatan Pendidikan Johor ( 1998 ) yang menyatakan Pendidikan Khas ialah
golongan mereka yang berkeperluan khas dengan memberi penekanan kepada
kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan individu murid dan pelajar
terhadap penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran pengembangan ( developmental skills )
Kementerian Pelajaran mula memperkenalkan
Pendidikan Khas bagi murid-murid bermasalah penglihatan dan pendengaran serta
bermasalah pembelajaran mulai bulan Julai, 1962. di bawah rancangan percantuman
dengan pendekatan Pendidikan Inklusif, iaitu murid-murid bermasalah
pembelajaran belajar bersama-sama murid normal di dalam kelas yang sama. Mereka
di ajar oleh guru yang sama tetapi dibantu oleh guru sumber yang terlatih dalam
program Pendidikan Khas.
1.7 KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Ø Bermasalah pendengaran ( hearing impairment )
Ø Bermasalah penglihatan ( visual impairment )
Ø Bermasalah pembelajaran ( learning disabililities )
Ø Bermasalah kerencatan akal ( mental Retadation )
Ø Bermasalah tingkah laku dan emosi ( behavior disorders &
emotional disturbance )
Ø Bermasalah pertuturan atau bahasa ( speech or language impairment )
Ø Pintar cerdas ( gifted and talented )
Ø Bermasalah fizikal ( physical disabilities )
Ø Bermasalah kesihatan ( health impairment )
Ø Masalah bergabung ( multiple problem )
Dalam konteks Malaysia, kanak-kanak
berkeperluan khas memberi definisi yang menekankan kepada kebolehan, kefungsian
, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut
dalam kemahiran-kemahiran pengembangan (
developmental skills ). Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang
menekankan kecacatan dan
ketidakbolehan ( medical deficit model
). Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan
kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dengan dengan
keperluan-keperluan khas adalah seperti kebolehan kognitif, perkembangan
tingkah laku sosial, penguasaan bahasa dan lisan, penguasaan membaca, kemahiran
matematik, kemahiran pertumbuhan asas manusia, kemahiran berdikari, kemahiran
keusahawanan, kebolehan penglihatan dan kebolehan pendengaran.
2.
DEFINASI TAJUK
2.0 ORTHOPEDIC IMPAIRMENTS
Orthopedic impairments ialah masalah
ketidakupayaan motor yang disebabkan oleh penyakit atau kerosakan termasuk
cerebral palsy, spina bifida, atau kecederaan disebabkan oleh kecederaan trauma
. hal ini menyebabkan kanak-kanak tersebut memerlukan perhatian pakar dan
perkhidmatan sokongan untuk faedah dari program pembelajaran. Antara penyebab
kepada masalah othopedik impairment ini ialah :
·
Disfungsi sistem saraf
·
Strok
·
Epilepsi
·
Penyakit kardiovaskular
·
Penyakit jantung koronari
·
Arteri Reumatisme
·
Kencing manis
·
Dll
Cara lain untuk memeriksa kanak-kanak
yang mempunyai orthopedic impairments ialah melalui pembahagian masalah ini
kepada :
a)
Neuromotor impairment (
cerebral palsy, spina bifida, dan kecederaan tulang belakang )
b)
Degeranerative disease (
distropi otot )
c)
Ortophedic &
musculouskeletal disorders ( kecacatan kaki dan tangan )
Orthopedic impairments boleh memberi
kesan kepada keupayaan murid-murid di sekolah. Hal ini boleh dibahagi kepada
beberapa kategori dan memberi kesan
kepada sosial, emosi, psikologi, dan fizikal.
·
Kemahiran motor yang lemah
Penggunaan tangan dan lengan yang lemah dalam masalah
ini seperti tidak dapat menggunakan peralatan menulis,membelek helaian buku,
dan menyertai pelbagai aktiviti yang memerlukan pergerakan yang pantas.
·
Bahasa yang terbatas
Murid-murid yang mempunyai masalah pertuturan yang teruk
boleh memberi kesan kepada pembelajarannya kerana tidak dapat berkomunikasi
dengan baik,tidak dapat untuk memberi pandangan, serta tidak dapat untuk
mengambil bahagian dalam proses pembelajaran.
·
Faktor individu
Murid-murid mungkin mengalami beberapa faktor individu
yang berlaku sebagai sebahagian daripada ortopedhic impairmentsyang akan
memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Sesetengahnya termasuk kesakitan dan ketidakselesaan,kepatahan,
dan kuasa bertahan yang terbatas.
·
Faktor psikologi
Kanak-kanak yang mengalami kognitif dan masalah
pembelajaran yang berkaitan dengan orthopedic impairment akan mengalami
kesukaran untuk belajar. Tambahan pula, sesetengah kanak-kanak akan mengalami
motivasi diri yang rendah, dan kesedihan akibat daripada masalah ini yang juga
akan menjejaskan penampilan.
·
Suasana pembelajaran yang tidak
efektif
Sesetengah sekolah mempunyai harapan yang rendah
terhadap kanak-kanak yang mengalami orthopedic impairments. Sokongan yang
kurang akan menyebabkan kanak-kanak itu gagal dalam hidup dan akan menyumbang
kepada faktor psikologi seperti yang dijelaskan di atas.
2.1 MASALAH KESIHATAN
Masalah yang dialami oleh kanak-kanak
berkeperluan khas di mana serangan penyakit terhadap diri mereka tidak menentu.
Hal ini menyebabkan pembelajaran mereka terganggu kerana kesihatan tidak
stabil. Kadang kala mengambil masa yang lama kerana terpaksa menerima rawatan
di hospital. Antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kanak-kanak
berkeperluan khas ialah :
Ø Sawan / epilepsy
Ø Lelah ( asthma )
Ø Hemophelia ( masalah darah )
Ø Jantung berlubang
Ø Haiper aktif
Ø Leukemia
Ø Sawan / epilepsy
Ø Lelah ( asthma )
Ø Hemophelia ( masalah darah )
Ø Jantung berlubang
Ø Haiper aktif
Ø Leukemia
Ø Alahan
3. KATEGORI
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
3.1 AUTISME
3.1.1
SEJARAH
Victor “Wild Boy of Aveyron” (1799)
ditangkap di dalam hutan di selatan Perancis dan dibawa ke Paris untuk
ditempatkan di institusi orang pekak. Jean Marc Garpard Hard telah menerima dan
cuba mengajar Victor dengan menyediakan ABM yang khas. Dalam pemerhatian Hard,
Victor memperlihatkan beberapa cirri-ciri yang abnormal. Antaranya ialah
seperti tidak bercakap, menghayun badan ke hadapan dan ke belakang, tidak
menunjukkan perasaan bergatung kepada sesiapa dan tidak menunjukkan perhatian
kepada sesuatu. Selain itu, ia juga tidak memandang objek atau orang, tiada
reaksi walaupun dilepaskan tembakan dibelakang kepala, tetapi memberi reaksi
bila mendengar bunyi kulit kacang yang
dilepaskan dengan perlahan. Di samping itu, ia juga tidak suka bermain dengan
alat permainan tetapi suka berain dengan air dan menunjukkan reaksi sentuh
kain, tangan dan muka yang mereka yang dikenali.
Sebelum Leo Kanner menjelaskan
keadaan gangguan autisma pada tahun 1943, kanak-kanak yang menunjukkan
ciri-ciri autisma infatil dianggap mengalami psikosis yang bermula dalam usia
yang muda. Ada yang gangguan ini dianggap sebagai sejenis gangguan skizofrenia.
Oleh sebab ganguan skizofrenia memerlukan cirri-ciri gangguan fikiran dan
setelah di sedari bahawa kanak-kanak belum boleh bercakap dan perkembangan
kognitifnya masih dalam fasa awal lagi, maka gangguan ini tidak mungkin ada
pada persamaan dengan gangguan skizofrenia. Satu daripada ciri yang penting
dalam skizofrenia adalah seperti mendengar suara ghaib, tidak mungkin akan
dialami oleh kanak-kanak yang belum boleh bertutur. Ekoran itu, Leo Kanner
mengkategorikan gangguan yang dialami oleh kanak-kanak ini sebagai gangguan
autisme infatil.
Walau bagaimanapun, Kasper Hauser
dilahirkan 1828 tiba di Nurenberg dengan membawa surat untuk memohon kepada
ketua askar untuk berkhidmat kepada raja. Beliau mengucapkan “I want to be a
horseman like my father was” dan mengulangnya berkali-kali dan cirri-ciri ini merupakan autisme. Ciri-ciri
sikap Kasper yang lain ialah cakap berulang, tidak faham apa yang dicakapkan
kepadanya, sukakan bilik gelap dan alat permainan, berupaya menurut perintah,
minat menulis dan melukis serta daya ingatan yang tinggi.
Selain itu, bagi Eugen Bleuler (1919)
ialah orang yang pertama menggunakan perkataan autisme. Ini merujuk kepada
kurang atau tidak ada perhubungan dengan orang lain dan dunia luar.
3.1.2 DEFINISI AUTISME
Menurut Thevarthen Aitken, Papoudi
dan Robert (1998) perkataan autisme merupakan gabungan dua huruf
Greek iaitu ‘aut’ yang bermakna diri dan ‘ism’ yang membawa makna
orientasi atau keadaan. Oleh itu, autisme boleh didefinisikan sebagai kedaan
seseorang yang tidak biasa dengan dirinya.
Autisme berasal daripada perkataan
Yunani bermaksud ‘autos’ atau tiada keupayaan dan tidak boleh berinteraksi
sosial. Autisme, autisma dan autistik adalah perkataan yang digunakan bagi
menerangkan tentang sejenis penyakit dimana pesakitnya tidak sedar akan keadaan
persekitarannya dan berada seolah-olah seperti di dalam dunianya.
Autisme adalah ketidakmampuan yang
mungkin di derita seumur hidup oleh seseorang yang menyebabkan ia tidak dapat
mengerti tepat apayang mereka lihat, dengar dan juga melalui indra mereka. Ini
mengakibatkan masalah yang cukup berat pada hubungan sosial, komunikasi dan
perilaku.
Nama-nama yang lain yang diberikan
untuk menjelaskan autisme bagi kanak-kanak adalah autisme infatil, psikosi
infatil, autisme kanak-kanak, psiko simbiotik, skizofrenia kanak-kanak dan
sindrom skizofrenia kanak-kan
3.1.3 CIRI-CIRI FIZIKAL
Sekarang ini sering mendengar tentang
autisme, yang banyak terjadi kepada anak-anak. Ini disebabkan ibu bapa lebih
peka da mengambil berat akan pekembangan anak-anak. Perkembangan yang bermula
dari kelahiran sehingga pra sekolah. Ibu bapa kini amat sensitif jika anak-anak
mereka tidak seperti kanak-kanak lain.
Autisme adalah gangguan kognitif atau
gangguan sukar untuk gangguan tingkah
laku sosial dan sukar untuk berbicara. Data statistk menyatakan, 50% terdapat
gejala gangguan mental retardasi.
Di Amerika syarikat, seorang anak
dinyatakan kanak-kanak autisme setelah berusia enam tahun setelah mengalami
pemeriksaan yang rapi. Manakala, di Indonesia, menjelang dua tahun ibu bapa
telah mengandaikan anak mereka sebagai kanak-kanak autisme disebabkan tidak
boleh berbicara dan terdapat cirri-ciri kanak-kanak autisme. Kemudian,
pemeriksaan oleh pakar juga akan dilakukan.
Sehingga kini, para ahli belum dapat
memberi keputusan yang tepat penyebabnya. Tetapi, dari penelitian kanak-kanak
autisma ini mempunyai kelainan pada otak yang disebabkan gangguan perkembangan
pada saat kehamilan dan gangguan hati yang menimbulkan gangguan saraf dan jiwa.
Dengan itu, ciri-ciri yang ada boleh
kita perhatikan dapat membantu kita mengesan lebih awal untuk memberi perhatian
yang sewajarnya kepada kanak-kanak ini. Antaranya ialah berlaku sebelum berumur
dua puluh dua tahun, berlaku berkekalan, sukar berhubung secara bermasyarakat,
sukar berkomunikasi dan sukar menerima perubahan dari kebiasaan. Selain itu, ia
juga sukar memberhentikan dari perlakuan yang berulang, gemar menyendiri, tidak
mengendahkan keadaan sekeliling dan suka hidup bersendirian. Di samping itu, ia
juga berkecenderungan kepada objek yang bergerak, serang yang pendiam, sangat
menyayangi sesuatu objek yang disukai dan sangat susah untuk mengubah sesuatu
yang telah dilakukannya setiap hari.
3.1.4 MASALAH KESIHATAN
Dalam Seminar bertajuk Autisma dan
Penanganannya beberapa waktu lalu, Dr Melly Budhiman (Ketua Yayasan Autisma Indonesia)
menghuraikan autisma sebagai gangguan perkembagan yang luas dan berat. Gangguan
perkembangan tersebut mencakupi bidang kounikasi, interaksi dan perilaku.
Gejala ini timbul sebelum anak mencapai usia tiga tahun. Pada sebahagian anak,
gejala tersebut sudah nampak sejak lahir.
Penyebabya, gangguan pada
perkembangan susunan saraf pusat yang mengakibatkan fungsi otak terganggu.
Autisma biasa terjadi pada sesiapa sahaja. Perbandingan antara lelaki dan
perempuan adalah tiga nisbah satu. Seseorang ibu yang sentiasa peka memantau
perkembangan anaknya akan mudah melihat beberapa keganjilan sebelum anak itu
mencapai usia satu tahun. Perkara yang paling menonjol adalah sangat kurangnya
kontak mata.
Sebahagian kecil pesakit autisma
sempat berkembang normal. Namun, sebelum mencapai usia tiga tahun,
perkembangannya terhenti. Kemudian mulai nampak gejala-gejala autisme. Biasanya
gejala-gejala tersebut kian jelas setelah anak mencapai usia tiga tahun.
Namun begitu, terdapat beberapa
gejala yang boleh berlakunya autisma ini. Antara gejala-gejala tersebut ialah
terjadinya gangguan komunikasi verbal mahupun non-verbal seperti terlambat
berbicara, meracau, sering meniru, sering menarik tangan orang yang berdekatan
agar melakukan sesuatu untuknya. Selain itu, terjadinya gangguan interaksi
sosial seperti menghindari tatapan mata orang lain, lebih asyik bermain
sendiri, dan menolak bila dipeluk.
Di samping itu, berlaku juga gangguan
pada perilaku yang berlebihan, misalnya tidak boleh diam dan mengulang-ulang
gerakan tertentu.atau gangguan perilaku kekurangan, misalnya diam dengan
tatapan mata kosong atau bermain sambil menonton. Malah, terjadinya gangguan
emosi iaitu tidak ada atau kurangnya empati, tertawa-tawa, menangis atau
marah-marah sendiri dan sering memgamuk. Selain itu, terjadi juga gangguan
persepsi sensoris seperti suka mencium-cium atau menjilat-jilat benda apa saja,
sukar untuk mendengar suara keras, dan tidak boleh diraba.
Untuk mendiagnosis autisme infatil,
menurut Melly, tidak memerlukan pemeriksaan canggih seperti CT-scan. Diagnosis
ditegakkan berdasarkan gejala klinis yang tampak, yang menunjukkan
penyimpangan.
Dalam pada itu, mereka yang
sedemikian hanya berminat tentang diri mereka sendiri dan sangat menarik diri
dari kenyataan. Pada anak-anak ini, kelainan perilaku ini terlihat dari
ketidakmampuan anak tersebut berhubungan dengan orang lain. Seolah-olah mereka
hidup dalam dunianya sendiri dan menggunakan bahasa atau ungkapan yang difahami
oleh mereka.
Namun begitu,mereka
menunjukkanciri-ciri seperti perkembangan terlambat, terutama dalam perlakuan
dasar hidup bermasyarkat. Mereka juga yang mengalami masalah ini suka bermain
sendirian atau tidak mahu berkumpul dengan anggota keluarga atau orang lain.
Malah, mereka juga lesu dan tidak pedulikan orang lain yang cuba untuk
berkomunikasi dengannya.
Selain itu, mereka ini sedikit atau
tidak mempunyai kontak mata. Di samping itu, mereka mengerjakan sesuatu tanpa
berfikir panjang dan berperangai buruk jika dilarang akan membangkitkan
kemarahan. Pada umumnya pertumbuhan jiwa terkebelakang seperti orang yang cacat
mental. Dari beberapa segi pula, anak tersebut mempunyai kelebihan tertentu dan
sangat pandai misalnya dalam menggambar, matematik, muzik atau melukis.
3.1.5 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
Punca gangguan autisma ini masih
belum di fahami begitu mendalam. Oleh itu, bentuk rawatan untuk kanak-kanak
autisma belum ada lagi yang boleh dikatakan memberi kesan. Hanya yang boleh
diubah setakat ini ialah tingkahlaku sahaja mengikut terapi tingkahlaku yang
sedia ada. Ini bertujuan menggalakkan perkembangan yang sihat dan seberapa
normal yang boleh mengikut keperluan setiap kanak-kanak autisma.
Yang paling penting sekarang adalah
membuat diagnosis dengan teliti dan tepat bagi mengesahkan sama ada kanak-kanak ini mengalami autisma
atau tidak. Setelah pasti, barulah diberitahu kepada ibu bapanya. Ini kerana
rawatan awal perlu diberikan seawal yang mungkin supaya latihan dan didikan
untuk membolehkan kanakkanak ini menggunakan dan memahami bahasa dapat
dilaksanakan sebelum berumur lims tahun. Oleh itu, rawatan dalam bentuk
pendidikan awal dan terapi tingkahlaku amat penting bagi kanak-kanak ini.
Segala didikan perlu diberi sedikit
tetapi berulang-ulang. Rawatan perlu dibuat bersama ahli lain, seperti
jurupilih tatacara, guru-guru dan ibu bapa. Rawatan didapati lebih berkesan
sekiranya dilakukan dirumah sendiri atau di sekolah khas yang berdekatan dengan
rumah kediamannya serta sekumpulan murid autisma lain, tetapi tidak melebihi
empat atau lima orang murid dalam setiap kumpulan. Dari segi komunikasi pula,
kanak-kanak ini perlu diberi peluang bergaul dengan kanak-kanak normal apabila
keadaan mereka lebih baik. Kanak-kanak ini tidak digalakkan duduk disekolah
berasrama kerana dikuatiri akan lebih memburukkan keadaan mereka, yang boleh
menyebabkan interaksi bersama-sama ahli keluarga mereka akan terjejas.
Manakala dari segi rawatan pula,
terdapat dua jenis rawatan menerima sokongan emperikal adalah modifikasi
tingkahlaku atau Applied Behavior Analysis (ABA) dan penggunaan vitamin B6 dengan
tambahan magnesium. Modifikasi tingkahlaku merangkumi pelbagai strategi
tingkahlaku seperti peneguhan positif dan time outy, untuk menigkatkan
tingkahlaku yang bersesuaian seperti komunikasi dan tingkahlaku yang tidak
bersesuaian seperti tingkahlaku mencederakan diri. Lebih kurang 45% daripada
kanak-kanak autisma dapat meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian setelah
mengambil vitamin B6 dengan magnesium. Terdapat juga beberapa zat makanan
pelengkap dan Di- Methy-Iglycine (DMG). DMG banyak membantu kearah tingkahlaku
yang baik dan terdapat banyak laporan anekdot untuk menggalakan
kemahiran komunikasi.
Selain itu, ada juga ubat-ubatan
seperti Haloperidol untuk mengawal tingkah laku yang tidak diingini boleh
diberi tetapi sekiranya kanak-kanak autisma ini terlalu lasak (hiperaktif)
sehingga menganggu tidurnya. Dari segi peranan ahli keluarga, mereka juga perlu
memberi bantuan agar kanak-kanak ini tidak terabai. Mereka boleh mengikuti
pertubuhan seperti NASOM (Nasional Autistic Society of Malaysia) untuk membantu
keperluan kanak-kanak autisma dan keperluan keluarga boleh ditubuhkan.
Kebanyakkan ibu bapa akan mendapat manfaat setelah menjadi ahli dalam
pertubuhan ini.
3.2 CEREBRAL PALSY
3.2.1. SEJARAH:
Cerebral Palsy ialah perkataan yang menerangkan
berkenaan golongan kurang upaya yang menghalang dan menghadkanpergerakan
psikomotor seseorang individu itu. Setakat ini tidak terdapat satu sebab yang
spesifik kenapa berlakunya Cerebral Palsy. Walaubagaimanapun ia bolehlah
dikaitkan dengan kerosakan otak sebelum, semasa atau selepas kelahiran
seseorang kanak-kanak itu. Pihak perubatan bertanggungjawab untuk memastikan
ibu mengandung memperolehi penjagaan yang betul semasa mengandung, proses
kelahiran dan selepas melahirkan anak.
Kekurangan oksigen ke otak atau
trauma semasa proses kelahiran akan menyebabkan berlakunya Cerebral Palsy. Bayi
yang tidak mendapat cukup oksigen akan menyebabkan kerosakan di otak. Bayi yang
mengalami kerosakan otak ketika usia mencapai enam bulan, biasanya mengalami perkembangan
yang lambat.
3.2.2 DEFINISI:
Cerebral Palsy (lebih dikenali sebagai Spastik) ialah satu keadaan
yang berpunca daripada kecacatan otak. Menurut kajian seorang sukarelawan JOVC,
Encik Yasuko Kunimori yang berkhidmat di bawah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan
Am, Sandakan Sabah, dalam bukunya yang bertajuk “Satu Projek Klasifikasi
Kecacatan” mengatakan Cerebral bermaksud otak, Palsy pula bermaksud kurang atau
tidak berupaya mengawal pergerakan otot-otot.
Chua Tee Tee dan rakannya Koh Koh Boon di dalam buku bertajuk,
“Pendidikan Khas dan Pemulihan” mengatakan Cerebral Palsy bermaksud kelumpuhan
akal yang menganggu pergerakan tubuh. Dari sumber yang diperolehi daripada Unit
Pemulihan Carakerja Hospital Melaka, Cerebral Palsy adalah gangguan pergerakan,
posture, dan sebagainya yang disebabkan kerosakan atau kegagalan perkembangan
normal dalam otak.
Deborah Deutsch Smith dan Ruth Luckasson menulis di dalam
“Introduction To Special Education: Teaching In An Age Of Challenge”, the
term Cerebral Palsy literally means muscle paralysis whose cause is in the
brain. Exceptional Learners- Introduction to Special Education, Daniell P.
Hallahan dan James M. Kauffman, 1978 menulis Cerebral Palsy is not a disease.
It is rather condition that is nonprogressive and noninfectious…
Berasaskan kepada sumber-sumber tersebut, maka Cerebral Palsy
didefinisikan sebagai satu pergerakan anggota badan yang tidak dapat dikawal
sepenuhnya oleh kerana terdapat gangguan, kecederaan atau kelumpuhan di dalam
otak.
3.2.3 CIRI-CIRI FIZIKAL:
Kanak-kanak ini mempunyai otot-otot yang tegang dan kecut. Gerakan
tersentak-sentak dan kurang berkoordinasi serta mungkin tidak dapat mengenggam
benda dengan jari. Sekiranya cuba mengawal pergerakan, pergerakan itu akan
bertambah tersentak-sentak. Semasa cuba mengambil sesuatu benda, tangan mungkin
melambai-lambai, muka kerenyot dan lidah yang terjulur.
Mereka mungkin tidak dapat mengawal otot-otot bibir, lidah dan
kerongkong menyebabkan air liur meleleh. Gerakan mereka adalah tidak stabil dan
mereka seolah-olahcuba menstabilkan badan. Semasa berjalan mereka
tersandung-sandung dengan gaya berjalan semacam gunting, berdiri atas jari kaki
dengan lutut yang bengkok dan menuju bahagian dalam.
Kanak-kanak Cerebral Palsy tidak boleh mengeluarkan suara, iaitu
mereka tidak boleh memanggil ibu bapanya atau mengeluarkan “babling sound”.
Mereka juga tidak memahami apa yang dikatakan kepadanya. Selain itu mreka hanya
akan bertindak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas
langsung terhadap bunyi. Dari segi masalah penglihatan, kanak-kanak ini juling
ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan.
3.2.4 CIRI-CIRI KSIHATAN:
Kanak-kanak ini akan menngalami kesukaran menghisap, menelan dan
mengunyah makanan. Ini sering menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan
serta merta mengigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan sukar
untuk dikeluarkan semula.
Mereka juga mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi
kencang, dan bising. Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk tidur,
mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis.
Kanak-kanak Cerebral Palsy mungkin akan mengalami kerencatan akal
jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya,
sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat terhadap keadaan
sekelilingnya.
Pergerakan psikomotor adalah terbatas, mereka tidak boleh berjalan
atau duduk sendiri atau menggunakan tangan sendiri. Ada yang boleh belajar
berjalantetapi ramai yang menggunakan kerusi roda, braces atau peralatan lain.
Sesetengah mengalami masalah menyuap makanan, menghisap atau menelan. Mereka
bergantung kepada orang lain untuk makan atau ke tandas.
3.2.5
JENIS-JENIS CEREBRAL PALSY:
3.2.5.1- Spastik
Kecacatan ini disebabkan pada bahagian korteks motor yang boleh
mengakibatkan kehilangan kawalan terhadap otot-otot yang boleh dikawal
(voluntary muscle). Menyebabkan koordinasi pergerkan menjadi susah, di mana
stimulasi menyebabkan ketegangan otot-otot. Ini seterusnya akan mengakibatkan
getaran dan ketidakseimbangan yang menghalang pergerakan yang sempurna dan
lancar. Kumpulan ini merupakan kumpulan yang terbesar di kalangan kanak-kanak
yang menghidap Cerebral Palsy atau kelumpuhan otak.
3.2.5.2- Atetosis
Kerosakan berlaku pada bahagian “basal ganglion”. Atetosis dicirikan
oleh pergerakan “writhing” yang perlahan dan tidak boleh dikawal. Bahagian
bahu, muka, kaki, tangan dan lengan menjadi sasaran utama. Sering kali juga ia
melibatkan otot-otot tekak dan diapnram yang menyebabkan pertuturan menjadi
payah dan tidak jelas. Mereka juga mengalami masalah mengawal pengluaran air
liur.
3.2.5.3- Ataksia
Kerosakan pada bahagian serebelum otak. Ini menyebabkan kesulitan
mengawal imbangan badan yang boleh dikesan dari perawakan dan pergerakan
seseorang spastik. Pergerakan adalah
kekok dan teragak-agak, pertuturan kurang jelas dan juga didapati ia sentiasa
meliuk-likkan badannya. Pendengarannya juga turut terjejas.
3.2.6 LANGKAH-LANGKAH PEMULIHAN:
3.2.6.1- Rawatan Pemulihan Anggota
(fisioterapi)
Memberi latihan kepada kanak-kanak
spastik menggunakan anggota, terutama kaki dan tangan dengan bantuan alatan
seperti ‘kaliper angkup’, ‘walking aid’, asut khas, kerusi perawakan (posture
chairs), ‘standing boxes’ dan ‘crawlers’. Latihan yang diberikan, kanak-kanak
spastik dapat mengurangkan perawakan dan pergerakan yang kuang normal dan dapat
mencegah sendi-sendi dan otot-otot dari mengejang disebabkan oleh kekurangan
penggunaan.
3.2.6.2- Rawatan Pemulihan
Pertuturan
Seseorang kanak-kanak spastik cacat
pertuturan disebabkan oleh dua perkara iaitu pertama kerosakan fungsi saraf
otot pada bahagian otot pertuturan, pendengaran dan pernafasan. Kedua
kekurangan pengalaman akibat dari kekurangan peluang untuk berinteraksi yang
disebabkan oleh kecacatan fizikal, walaupun pada asalnya otot-otot pertuturan
diberikan untuk mengembangkan keupayaan untuk berkomunikasi sama ada secara
lisan, isyarat ataupun bertulis.
3.2.6.3- Rawatan Pemulihan Cara
Kerja
Memperkembangkan pola pergerakan asas
kepada kemahiran motor dan sosial bagi membolehkan kanak-kanak berdikari dari
segi fungsi mental, fizikal dan psikologi. Termasuklah kebolehan memegang dan
menggunakan sesuatu barang, perkembangan kordinasi mata dan tangan,
perkembangan fungsi sensori dan persepsi. Latihan berupa mencapai, memegang dan
melepaskan sesuatu barang, latihan menggunakan jejari bagi membolehkan kegunan
jejari untuk makan, menulis dan sebagainya dengan bantuan alatan seerti ‘hand
splint’, sudu khas dan seumpamanya.
Latihan persepsi diberikan dengan
mendedahkan kanak-kanak kepada seberapa banyak pengalaman seperti sensori dan
dilatih membentuk konsep yang bersesuaian berkenaan diri sendiri dan juga
keadaan sekelilingnya. Umpamanya tentang warna, bentuk, saiz dan rasa. Dalam
memperolehi kemahiran sosial, kanak-kanak dilatih melakukan aktiviti-aktiviti
seharian.
Contohnya aktiviti penjagaan diri
sendiri seperti makan, memakai pakaian dan latihan ke tandas. Aktiviti
kehidupan seperti memasak, mengemas, aktiviti-aktivit rekreasi dan hobi.
Aktiviti vokasional seperti pertukangan kayu, menjahit dan aktiviti pertanian.
3.3 DISLEKSIA
3.3.1. DEFINISI:
Perkataan Disleksia (dyslexia) adalah gabungan dua perkataan Greek
iaitu ‘dys’ bermaksud ‘kesukaran’ dan ‘lexia’ bermaksud ‘perkataan’ dan jika
diterjemahkan secara terus bermaksud “kesukaran dengan perkataan bertulis”.
Istilah lain yang digunakan untuk menunjukkan masalah ini ialah “buta huruf”.
Perkataan Disleksia telah
diperkenalkan oleh Profesor Berlin, seorang pakar perubatan dan ophtalmotologist
pada tahun 1887 (Hammond & Hughes, 1996). Dari sudut pengistilahan,
penggunaan perkataan Disleksia amat terhad kerana istilah tersebut merujuk
kepada murid-murid yang mengalami kesukaan menguasai kemahiran membaca.
Penulisan Barat mentakrifkan Disleksia sebagai kesukaran atau ketidakbolehan
menguasai kemahiran membaca oleh seseorang individu walaupun telah menerima
pendidikan yang mencukupi.
Manakala mengikut British
Psychological Society (1999) “Dyslexia is evident when accurate and fluent
word reading or spelling develops very incompletely or with great diffculty”, iaitu
Disleksia terbukti wujud apabila ketepatan dan kelancaran membaca perkataan
atau mengeja berkembang secara amat tidak lengkap atau dengan kesukaran yang
amat sangat.
Bagi Payne dan Turner (1999), Hammond
dan Hughes (1996) lebih cenderung menggunakan istilah ‘Specific Learning
Difficulties’ (masalah belajar spesifik) bagi murid yang menghadapi masalah
belajar disleksia. Pada mereka murid Disleksia bukan sahaja mempunyai masalah
dalam menguasai kemahiran membaca sahaja tetapi berkemungkinan menghadapi
masalah secara menyeluruh dalam kemahiran ‘literasi’ dan ‘numerasi’.
3.3.2.
CIRI-CIRI FIZIKAL:
Secara umumnya tiada apa yang
membezakan mereka dengan kanak-kanak normal yang lain. Mereka membesar seperti
biasa, tidak terbantut pertumbuhan. Tetapi apabila dikaji mereka ada perbezaan
dengan murid normal. Fahaman lisan mereka baik tetapi lemah dalam bacaan.
Mereka juga fasih bertutur dan boleh bercerita tetapi kerja tulisan lemah.
Tampak cerdik dan berkemampuan seperti murid lain tetapi sentiasa mengalami
masalah dalam kerja sekolah.
Pakaian mereka sentiasa tidak kemas
tetapi tidak kotor, butang bajusalah butang, tali kasut tidak diikat rapi,
kidal, kelihatan tidak berminat dalam pelajaran dan dilabelkan pemalas atau
bodoh. Perhatiandan pengamatan singkat dan lemah. Degil, agresif, memberontak,
suka menyendiri, suka membuat bising.
Kanak-kanak Disleksia mempunyai
masalah dalam menggunakan sudu garfu sewaktu makan, sukar menggunaakn gunting
terutama jika kidal, sukar untuk menekap, memegang pensil secara ganjil, sukar
mengikat tali leher.
Mereka juga sukar untuk melompat dan
skipping kerana masalah keseimbangan, sukar untuk menangkap , membaling dan
menyepak bola. Mereka sering terlanggar orang lain dan objek, selalu
menjatuhkan barang, sukar untuk naik tangga, sukar belajar menunggang basikal,
sukar menyiapakan meja makan, sukar untuk berenang, sukar dalam permainan yang
menggunakan perkataan kiri atau kanan, atas atau bawah, depan dan belakang,
undur atau maju serta sukar belajar menari.
Setiap individu mungkin dominan pada
bahagian kiri atau kanan sahaja. Bagi murid-murid yang mempunyai masalah
literaliti bersilang menggunakan kedua-dua bahagian kiri dan kanan dalam melakukan
pekerjaan yang berlainan. Contohnya individu menyepak bola dengan kaki kiri
tetapi melihat melalui lensa kamera dengan mata kanan. Masalah ini juga boleh
dilihat sewaktu kanak-kanak menggunakan pen, pensil atau krayon.
3.3.3. JENIS-JENIS DISLEKSIA:
3.3.3.1- Disleksia Pandangan
Murid-murid ini dapat melihat dengan baik tetapi tidak dapat
membezakan, membuat interpretasi atau mengingati erkataan yang dilihat. Ada
yang begitu teruk sehingga tidak dapat membaca langsung, ada yang hanya
mengalami masalah penyebutan perkataan yang mempunyai sukukata yang banyak
sahaja.
Ciri-ciri yang selalu dikaitkan ialah
kekeliruan mengenal perkataan atau huruf yang sama, seperti beg untuk bog, snip
untuk ship. Kecenderungan kebalikan seperti dig untuk big, kecenderungan
songsang contohnya spa untuk sap. Lukisanyang rendah mutunya kerana banyak
butiran yang penting ditinggalkan walaupun pada benda yang biasa. Tidak dapat
menjalani latihan permainan sukan yang kompleks. Kepayahan membuat analisis dan
sintesis pandangan, tetapi tinggi daya kebolehan dalam aktiviti kemahiran
mendengar yang mana menutup kekurangan dalam aktiviti berkaitan dengan
pandangan.
3.3.3.2- Disleksia Pendengaran
Dapat melihat persamaan antara
perkataan tetapi menghadapi masalah dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan
dengan fungsi pendengaran. Contohnya membezakan persamaan dan perbezaan antara
bunyi, mengenala pasti bunyi dalam setiap perkataan satu pengadunan bunyi untuk
menjadikan perkataan, dan membahagikan perkataan ke dalam suku kata tertentu.
Murid-murid ini akan menghadapi masalah dalam belajar membaca.
Ciri-ciri yang selalu dikaitkan ialah
kecelaruan diskriminasi pendengaran dan pengamatan yang menyebabkan sukar
belajar bacaan mengikut kaedah analisis fonetik. Mempunyai masalah dengan analisis
dan sintesisi pendengaran. Ini menyebabkan ketidakupayaan membahagikan
perkataan kepada sukukata atau bunyi tertentu, tidak dapat menggabung
bahagian-bahagian perkataan menjadi satu yang lengkap.
Tidak dapat membunyikan semula bunyi
dalam perkataan, contohnya tidak dapat mengingati bunyi huruf atau tidak dapat
menyebut perkataan walaupun ia tahu makna perkataan itu. Ada kekacauan dalam
memahami bunyi secara berurutan seperti penyebutan yang tidak betul semasa
menulis, mengubah urutan huruf kerana tidak dapat mengingat atau mengekalkan
urutan bunyi. Darisegi perlakuan, murid-murid ini lebih cenderung untuk memilih
aktiviti yang memerlukan kemahiran pandangan.
3.3.4. LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN:
Mereka yang menghadapi Disleksia biasanya susah untuk menguasai
kemahiran membaca dan menulis tetapi memiliki bakat, kepintaran atau kecerdasan
yang lain. Ini disebabkan oleh perbezaan dalam caraotak memproses maklumat
terutama sekali berkenaan dengan bunyi , simbol dan makna. Kanak-kanak
Disleksia cenderung menggunakan otak kanan. Ini menimbulkan cara disleksik
berfikir dan cara belajar berlainan. Cara anak Disleksia memerhati dan berfikir
boleh dianggap satu anugerah bukan satu masalah.
Program kemahiran keibubapaan seperti
Program Peningkatan Akademik. Sebelum persekolahan, ibu bapa hendaklah peka
dengan memerhatikan simptom-simptom Disleksia, beri bantuan bacaan dan latihan
pembelajaran sebelum tadika, perhatikan dan beri bantuan sosial, beri
pengalaman luaran meningkatkan pengetahuan seperti melawat zoo, muzium dan
lain-lain.
Ketika bersedia untuk memasuki alam
persekolahan, ibu bapa hendaklah berbincang dengan guru besar dengan
memberitahu masalah melalui maklumat berkenaan penilaian psikologi dan
pendidikan, mengenali guru yang mengajar anak dengan menjelaskan masalah anak
dan meminta kerjasama membantu dan memahami masalah anak sepanjang
persekolahan.
Ibu bapa juga perlu meluangkan masa
untuk mengajar dan membantu anak melalui mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
anak-anak, mengenal pasti bakat kebolehan dan kemahiran khusus yang dimiliki,
cuba berbagai cara untuk menarik minat dan menambah motivasi serta memahami
gaya pembelajaran kanak-kanak Disleksia.
Selain itu juga mengadakan program
perkongsian mengajar berhasil. Program ini dapat membantu ibu bapa membantu
anak mereka di rumah dengan menggunakan pendekatan secara bersama dengan guru.
Gunakan pelbagai deria seperti sebut, dengar, lihat, rasa dan sentuh. Contohnya
menulis atas pasir, bina bentuk huruf., mengulang dengan kerap melalui cara
yang berbeza-beza untuk mengukuhkan fahaman dan ingatan.
Kaedah kumulatif di mana ia
mengaitkan maklumat baru dengan apa yang telah dipelajari dengan menggunakan
contoh yang berbeza untuk pengukuhan dan pembinaan yakin diri seperti
menggunakan strategi ingatan atau hafalan seperti peta minda, lukisan dan
carta. Kanak-kanak Disleksia mudah berasa letih, jadi kurangkan beban kerja
mereka. Kaedah yang lebih baik dengan membaca hanya sebelah mata yang
mengelakkan kedua-dua melihat huruf yang kelihatan bersilang antara satu sama
lain.
Di samping itu juga, mengadakan
program kerjasama antara pelbagai disiplin. Termasuklah terapi bahasa, terapi
pertuturan, ahli psikologi, guru pendidikan khas, pentadbir dan ahli-ahli lain
akan mampu membina modul serta pendekatan pengajaran yang boleh digunakan oleh
ibu bapa mengembang potensi anak-anak ini.
Individu Disleksia harus digalakkan
mempamerkan kekuatan luar biasa terutama dalam pemikiran kreatif secara visual.
Kebolehan mereka yang unik harus digunakan supaya mereka juga boleh berjaya
dalam bidang seni, sains dan teknikal. Nama-nama hebat yang tergolong dalam
kumpulan Disleksia termasuklah Thomas Edison, Leonardo De Vinci, Winston
Churchill, George Pattorn dan William Butler Yeats.
3.4 SPINA BIFIDA
3.4.1. DEFINISI:
Perkataan Spina Bifida berasal dari perkataan ‘Latin’ bermaksud
‘Split Spike’ atau tulang belakang merebah iaitu pembentukan yang tidak lengkap
atau selaput yang menonjol.
Sistem
saraf pusat elemen utamanya ialah otak dan spina cord. Semua aktiviti badan dikawal
oleh otak dengan cara menerima maklumat menerusi sentuhan, penglihatan,
perasaan, deria rasa dan pendengaran. Spina terbentuk daripada 33 cantuman
tulang di sepanjang belakang berfungsi pergerakan otot-otot dan melindungi
spina cord. Tiub neural terbentuk antara 14-28 minggu. Spina terjadi disebabkan
tulang mengelilingi otak dan spina cord gagal bercantum dengan lengkap.
3.4.2. CIRI-CIRI FIZIKAL:
Terdapat beberapa masalah perkembangan fizikal yang dikenalpasti
iaitu perkembangan fizikal tidak sempurna, kebolehan mental yang teruk, cara
percakapan yang janggal, sukar berjalan mengikut arah bunyi dan hanya
menggunakan isyarat tangan apabila berkomunikasi.
3.4.3. CIRI-CIRI KESIHATAN:
Mempunyai masalah kesihatan seperti saiz telinga, telinga berair atau
bernanah, kurap, selesema, sakit tekak dan tonsilitus. Hilang kawalan atau
kesukaran mengawal untuk membuang air kencing, kencing malam kerana mengalami
masalah usus dan pundi kencing. Saraf-saraf menjadi tegang terutama bahagian
“lumber dan sacral”.
3.4.4. LANGKAH-LANGKAH PERUBATAN:
Wanita mengandung perlu mengambil asid folik pada kadar 0.4 mm
setiap hari terutama ketika awal mengandung. Wanita berisiko tinggi untuk
mendapat masalah ini terhadap anak dalam kandungan. Oleh itu, mereka perlu
mendapatkan nasihat dan kaunseling perubatan daripada pakar genetik.
3.5 SLOW LEARNER
3.5.1. DEFINISI:
Slow Learner (lambat belajar) ialah
kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan yang di bawah sederhana atau rencatan
yang ringan. Mengikut Burt (1937) “Slow Learner who are unable to cope with
the work normally expected of their age group. In teaching backward children,
the mentalage is often taken as a guide to the levels of attainment to be
expected of pupils. Thus, if a child’s mental age is 10 years, we assume that
his attainment age should also be at the 10 years level. On the contrary, if
his attainment age falls below his mental age, his is considered a slow
learner”.
3.5.2. CIRI-CIRI FIZIKAL:
Kanak-kanak ini menunjukkan kebolehan
menulis dan membaca atau mengira sekurang-kurangnya dua tahun di bawah usianya.
Lemah daya perhatian terhadap sesuatu kerja, tidak pandai bergaul dengan rakan
sebaya kerana mereka selalu berkelakuan menyinggung perasaan orang lain dan
menggunakan perkataan yang tidak menarik perhatian kanak-kanak lain kepada
mereka.
Selain itu, kekok pergerakan
tangannya lalu menimbulkan masalah pembelajaran di sekolah. Ini kerana setiap
kali guru menyuruh mereka menyalin sesuatu, mereka tidak dapat menghabiskan
kerja mereka dalam masa yang ditetapkan. Daya pemikiran mereka mungkin
sederhana atau lebih baik daripada kanak-kanak lain tetapi masalah kekok
pergerakan tangan menyebabkan mereka gagal dalam uijan yang memerlukan banyak
menulis.
3.6 EPILEPSY
3.6.1 SEJARAH
Dalam masyarakat melayu penyakit
sawan memang sudah dikenali sejak dahulu lagi. Ia lebih popular dengan gelaran
“gila babi” atau “sawan babi” bagi masyarakat melayu. Bagi masyarakat cina
pula, mereka menggelarkannya sebagai “sawan kambing”. Kedua-dua gelaran ini
jelas menunjukkan rasa jijik masyarakat kita terhadap penyakit tersebut dengan
mengaitkannya dengan nama binatang. Panggilan-panggilan yang kejam ini adalah
tidak berperikemanusiaan dan boleh menimbulkan kesan negatif yang mendalam di
dalam jiwa kanak-kanak tersebut.
Akibat kurangnya pengetahuan tentang
penyakit tersebut, maka ada antara kita yang mengaitkannya dengan rasukan
syaitan ataupun hantu. Lantas, ada ibu bapa yang membawanya berjumpa dengan
bomoh atau dukun untuk mengubatinya dan bukannya ke klinik atau ke hospital. Ini disertakan
pergerakan mereka sewaktu mengalami epilepsy tersebut. Secara tiba-tiba pesakit
akan terjatuh, badannya terketar-ketar, mulut berbuih dan kemudian akan
tertidur keletihan. Fenomena ini berlaku seperti dirasuk oleh syaitan.
3.6.2 DEFINISI
Menurut Kamus Dewan 2002, sawan
atau epilepsy bermaksud penyakit yang dating secara tiba-tiba dan menyebabkan
anggota menjadi kaku, kejang, berbuih mulut dan lain-lain. Epilepsy adalah
sawan serius. Semasa pesakit mengalaminya terdapat perubahan pada “Brain Wave”.
Epilepsy atau sawan terbahagi kepada
dua iaitu sawan demam dan sawan bukan demam. Sawan demam ialah sawan yang berpunca dari demam
panas dan berlaku dikalangan kanak-kanak yang berumur diantara enam bulan
hingga tiga tahun. Manakala, sawan bukan demam ialah yang berpunca bukan
disebabkan oleh demam panas.
Namun begitu, sawan bukan demam
terbahagi kepada tiga. Antaranya ialah sawan grand mal, sawan petit mal,
dan sawan psikomotor. Sawan grand mal
ialah yang ditandai dengan kehilangan ingatan, kekakuan badan, menahan nafas,
jatuh ke tanah melainkan jika ditahan, badan yang terketar-ketar dan berakhir
dengan kelesuan dan tertidur. Setelah sedar, mereka pening kepala, kebingunggan
dan mengantuk.
Selain itu, sawan petit mal pula
ialah ditandai dengan sifat merenung jauh seolah-olah pesakit sedang dilamun
mimpi disiang hari. Kadangkala dia mengenyitkan matanya beberapa kali secara tiba-tiba atau diikuti
oleh pergerakan pada kaki, tangan atau pipi muka beberapa kali.
Manakala, sawan psikomotor pula ialah
perlakuan-perlakuan yang disengajakan, tetapi tidak sesuai dengan keadaan.
Pesakit seolah-olah seperti dirasuk sambil mendecap-decapkan bibirnya beberapa
kali atau melakukan pergerakan bibirnya seperti menguyah. Pesakit juga mungkin
bangun secara tiba-tiba dari kerusinya dan berjalan sambil membuka baju. Ada
juga yang bercakap sendirian dan menggerak-gerakkan tangannya seolah-olah
memandu kereta. Jika perlakuannya dihalang, pesakit akan melawan atau pun
merasa marah. Sawan psikomotor berlangsung hanya beberapa minit sahaja dan
tidak disertai oleh pengerakkan badan yang keterlaluan atau pun terjatuh.
3.6.3 CIRI-CIRI FIZIKAL
Secara umumnya, penyakit epilepsy
menyerang kanak-kanak tidak mengira sama ada kanak-kanak itu di dalam kategori
sebagai kanak-kanak istimewa atau tidak. Di sini bermaksud kanak-kanak normal
juga ada yang mngidap epilepsy. Perkembangan fizikalnya adalah kognitif dan
sosial.
Kanak-kanak yang mengalami terencat
akal lazimnya juga akan menghadapi epilepsy, tetapi semua pesakit epilepsy
adalah terencat akal. Ada kanak-kanak yang menghidapi epilepsy aktif seperti
kanak-kanak normal, gembira dan ada kalanya lebih pandai lagi daripada
kanak-kanak normal. Dalam hubungan sosial pula, kanak-kanak tersebut boleh
bergaul dengan kanak-kanak normal yang lain. Cuma semasa kanak-kanak tersebut
mengalami epilepsy, keadaannya jauh berbeza dengan kanak-kanak normal. Pada
waktu itu, mereka tidak boleh berfikir dan mengingatinya. Keadaan mereka agak
lemah dan kepenatan seterusnya akan tertidur.
Bagi kanak-kanak epilepsy yang
mengalami kerencatan akal pula mempunyai fikiran yang tidak keruan dan
merungsingkan. Tindakan mereka diluar kawalan dan tidak diduga seperti naik
marah, membaling barang-barang, menghantuk kepala, mencederakan diri dan
sebagainya. Emosi dan fikiran mereka tidak stabil apatah lagi apabila diserang
epilepsy.
Terdapat masyarakat yang memandang
negatif terhadap kanak-kanak kerencatan akal dan dalam masa yang sama juga
mengalami epilepsy. Oleh kerana itu, pergaulan mereka agak terbatas. Ini disebabkan,
ada yang beranggapan epilepsy boleh berjangkit melalui air liur yang meleleh.
Ibu bapa kanak-kanak tersebut juga kadang kala tidak membenarkan anak-anak
mereka bergaul dengan masyarakat luar kerana merasa malu mempunyai anak
epilepsy.
3.6.3 LANGKAH PENCEGAHAN
Terdapat beberapa langkah yang boleh
diambil untuk mengelakkan daripada menghidap epilepsy ini. Antaranya ialah
jangan biarkan anak-anak yang mengalami demam yang berpanjangan. Jika dibiarkan
terlalu lama dan suhunya terlalu tinggi akan menyebabakan anak-anak tersebut
mengalami sawan demam. Oleh itu, seharusnya ibu bapa segera membawanya ke
klinik atau pun ke hospital. Terdapat juga ibu bapa yang mengelap badan
kanak-kanak terebut dengan tuala basah agar suhu badannya akan turun.
Selain itu, elakkan kepala daripada
terhantuk dengan kuat terutama dikalangan kanak-kanak. Hantukan dan pukulan
yang kuat boleh menimbulkan masalah saraf di kepala. Masalah saraf di kepala
mempunyai kaitan dengan kerencatan akal dan hampir semua yang terencat akal mengalami
epilepsy.
Disamping itu, dapatkan makanan yang
seimbang bagi ibu-ibu yang mengandung. Makanan yang seimbang ini mengandungi
zat dan vitamin yang diperlukan di dalam badan si ibu dan membantu pertumbuhan
dan perkembangan janin. Kekurangan gula, kalsium, atau magnesium di dalam darah
boleh mengakibatkan epilepsy.
Malah, pastikan keadaan dan
kelengkapan yang mencukupi sewaktu menyambut kelahiran. Ini kerana epilepsy
boleh berlaku dikalangan mereka yang lemas semasa di dalam rahim ibu atau pun
ketika dilahirkan. Sering kali kita mendengar layanan-layanan yang kurang baik
diberikan oleh pihak hospital kepada ibu-ibu yang akan melahirkan anak. Sikap
sambil lewa dan cuai ini kadang kala menyebabkan si ibu bersalin seorang diri
dan akibatnya ank tersebut lemas di dalam rahim atau pun sewaktu dilahirkan.
Walau bagaimanapun, elakkan daripada
terdedah dengan keracunan plumbum khususnya bagi ibu-ibu yang mengandung.
Keracunan plumbum ini termasuklah seperti terdedah dengan cat, petrol dan
sebagainya.
3.7 HIPERAKTIF (Attention Deficit Disorder)
Hiperaktif dipercayai berpunca
daripada gangguan mekanisme sistem saraf pusat (central nerves system). Punca
permasalahan ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor-faktornya ialah
genetik, infeksi, kerosakan pada otak dan masalah persekitaran rumah. Selain
itu, ia juga berpunca daripada keracunan (toksin), kekurangan zat makanan,
alahan kepada makanan dan alahan kepada bahan kimia.
Kanak-kanak hiperaktif mempunyai
ciri-ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat, sentiasa resah
dan tidak boleh duduk diam. Mereka tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau
gurunya dan menunjukkan kedegilannya serta susah dikawal dan didisplinkan. Oleh
itu, kanak-kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah
kerana tabiatnya yang suka merayau-rayau, tidak boleh duduk diam di tempatnya
dan tidak mendengar arahan guru.
Adakalanya,
kanak-kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri-ciri perkembangan bahasa yang
lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak-kanak
lain dan mereka sering terasa terasing. Kanak-kanak yang sebegini sering
menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga empat puluh orang murid
dalam satu kelas. Mereka tidak boleh menerima perhatian yang khusus pada murid ini
sahaja.
Selain itu, kanak-kanak hiperaktif
ini juga mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah
dan perangai impulsifnya, mereka sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa.
Kank-kanak seperti ini memerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah
laku untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya serta latihan yang
menggunakan pendekatan satu dengan satu.
Guru-guru perlu sering meberikan peringatan kepada murid-murid ini sama ada isyarat atau mengetuk meja untuk
mendapatkan perhatiannya dari semasa ke semasa. Adakalanya, pakar kanak-kanak
perlu memberi ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan keresahan
agar boleh menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih berkesan lagi.
Walau bagaimanapun, hiperaktif ini
mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Ciri-ciri khususnya ialah aktiviti
fizikal yang agresif dan berlebihan serta tindakan yang berlebihan terhadap
rangsangan cahaya, bunyi, dan warna. Selain itu, mereka ini tidur tidak tetap
dan terlalu kerap menangis atau ketawa. Disamping itu, mereka sukar memberi
tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan dan mengubah aktiviti atau
tindakan secara mengejut. Malah, mereka sering mengamuk bila kehendaknya
dihalang dan sukar menyesuaikan diri
serta berinteraksi dengan rakan sebaya.
3.8 SINDROM DOWN
3.8.1 Apa itu Sindrom Down
Ramai telah mendengar namun, ramai
juga yang cetek pengetahuan mengenainya. Ia bukan sejenis penyakit yang moden
atau orang kaya malah sindrom down (SD) tidak dikatakan penyakit. Sindrom Down
tidak boleh diubati dan ia terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran.
Perkembangan mental dan fizikal kank-kanak sindrom down lambat berbanding
dengna kanak-kanak biasa. Oleh itu akank-kanak sindrom down perlu pendidikan
khas seawal mungkin agar dapat membawa mereka berdikari. Sindrom Down terbahagi
kepada tiga iaitu Trisomi, Traslovation dan Mesiac. Tidak kira jenis Sindrom
Down, kanak-kanak Sindrom Dwon boleh dikenali melalui wajah mereka yang hampir
sama.
Sindrom Down ialah penyakit
konginetal apabila seseorang dilahirkan mempunyai tiga salinan kromosom ini.
Sebab itu jugalah, Sindrom Down di rujuk dengan nama Trisomi 21. Dengan erti
kata lain, mereka mempunyai satu kromosom terlebih yang menyebabkan mereka
dikategorikan Sindrom Down dan lain-lain kromosom mereka adalah normal.
3.8.2 Apa itu kromosom
Kromosom adalah struktur yang
terdapat nucleus sel-sel yang mengandungi maklumat yang di warisi daripada ibu
dan bapa. Ia mengandungi kod genetik yang mengawal dan mengarah pembahagian
pertumbuhan dan fungsi sel.
Seorang individu normal mempunyai 46
kromosom, setiap 23 di warisi daripada ibu. Manakala bakinya di warisi daripada
bapa. Setiap individu mempunyai kod genetic yang unik (kecuali kembar
seiras)Keunikan inilah yang menyebabkan penampilan fizikal setipa individu yang
berbeza-beza.
3.8.3 SEJARAH SINDROM DOWN
Penyakit ini sebenarnya sudah
diketahui sejak 1860 oleh Dr.Langdon Down dari Inggeris, tetapi baru pada awal
tahun 60-an ditemukan diagnosisnya secara pasti iaitu dengan pemeriksaan
kromosom. Dahulu nama penyakit ini dikenal dengan nama Mongoloid atau Mongolism
kerana penderitanya mempunyai gejala klinik yang khas, iaitu wajahnya seperti
bangsa Monggol dengan mata yang sepet dan bujur ke atas.
Tetapi setelah diketahui bahawa
penyakit ini terdapat pada seluruh bangsa di dunia dan adanya tuntutan dari
perintah negara Mongolia yang menganggap kurang sesuai terhadap pemberian nama
tersebut , maka dianjurkan untuk mengganti nama tersebut dengan Sindrom Down .
Terdapat beberapa kajian yang telah
dilakukan oleh para saintis luar negara .Pada tahun 1866 , seorang ahli fizik
berbangsa Inggeris , John Lagdon Down ( 1828 – 1896 ) telah menerbitkan
penerangan pertama di dalam dunia perubatan mengenai individu yang dilahirkan
sebagai Sindrom Down .Kajian seterusnya dilakukan pada tahun 1959 oleh Jerome
Lejuene , seorang ahli fizik dari Perancis . Beliau telah menemui penambahan
kromosom pada kromosom yang ke -21 . Bagi orang normal , bilangan kromosom 21
adalah 2 tetapi bagi pengidap Sindrom Down mempunyai 3 kromosom .Pada tahun
1990, kromosom 21 adalah kromosom pertama yang dirajahkan secara penuh .
3.8.4 CIRI – CIRI MASALAH FIZIKAL SINDROM DOWN
3.8.4.1 Sifat Pada Kepala , Muka , Dan Leher
Kanak –kanak Sindrom Down mempunyai
ciri – ciri fizikal yang unik di mana mereka mempunyai iras muka yang hampir
sama seperti muka orang Monggol . Mereka juga mempunyai pangkal hidung yang
kemek .Jarak diantara dua mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam .Mata
mereka sentiasa berair dan merah serta mempunyai mata yang sepet iaitu bahagian
luarya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua- dua sisi hidung yang
menutupi bahagian dalam mata .
Saiz mulut adalah kecil yang sentiasa
terbuka dan tidak tertutup rapat . Saiz lidah yang tebal , kasar , dan pendek
menyebabkan lidah selalu terjelir .Pertumbuhan gigi mereka adalah lambat dan
tidak teratur .Paras telinga adalah lebih rendah . Kebiasaannya kepala mereka
adalah lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang manakala
lehernya agak pendek .
3.8.4.2
Sifat Pada Tangan dan Lengan
Sifat- sifat yang jelas pada tangan
adalah mereka mempunyai jari- jari yang pendek dan jari kelingking membengkok
ke dalam tapak tangan yang lebar dan pendek .Kebiasaannya tapak tangan mereka
hanya terdapat satu garisan .Jari dan tangan mereka adalah lebar dan pendek
serta berbonggol .
3.8.4.3
Sifat Pada Kaki
Kaki agak pendek dan jarak di antara
ibu jari kaki kedua agak jauh terpisah dari tapak kaki .
3.8.4.4
Sifat Pada Otot
Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai
otot yang lemah menyebakan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat
dalam perkembangan motor kasar .
3.8.4.5
Ciri-Ciri Lain
Kanak-kanak Sindrom Down juga
mempunyai ciri-ciri lain seperti berbadan gempal dan rendah serta agak bongkok
. Mereka juga majority adalah berambut lurus dan lembut . Kebiasaanya,
kanak-kanak ini juga suka bermanja, bermain dan bergembira diamna mereka mudah
mesra serta dapat bergaul dengan baik . IQ mereka pula adalah di antara 30-80 .
Kebiasaannya, kecacatan mereka dapat dikesan sebaik selepas lahir .
3.8.5 PUNCA-PUNCA KEJADIAN
Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke
atas semasa mengandung mempunayi risiko ynag lebih tinggi untuk melahirkan anak
Sindrom Down . Sembiloan puluh lima peratus ( 95%) Sindrom Down disebabkan oleh
kelebihan kromosom 21 . Keadaan ini disebabkan oleh “kon-dysjustion” kromosom
yang terlibta itu adalah kromosom dua puluh satu di mana semasa proses
pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom dua puluh satu tidak berlaku
dengan sempurna .
Di kalangan lima peratus (5%) lagi
kanak-kanak Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan
“tranlocation”. Keadaan biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetic dari
kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang
atau jumlah kesemua 46 kromosom.
Mekanisna ini biasanya berlaku apda
ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda . Sebahagian kecil Sindrom Down
disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan “mossic”.
3.8.6 JENIS-JENIS
SINDROM DOWN
3.8.6.1 Trisomi
Kanak-kanak Sindrom Down adalah
kanak-kanak yang menghadapi masalah fizikal, emosi dan intelek . Kanak-kanak
jenis ini adalah berlaku disebabkan penambahan pasangan kromosom 23+1 (pada
kromosom nombor 21) yang sepatutnya 46 menjadi 47 .
Kelahiran Sindrom Down jarang berlaku
di dalam sesebuah keluarga . Menurut kajian nisbah kelahiran bagi ibu yang
berumur kurang 25 tahun ialah 1:2000 kelahiran manakala nisbah kelahiran bagi
ibu ynag berusia 35-39 tahun adalah 1:50 kelahiran dan bagi ibu ynag berusia 40
tahun nisbah kelahiran adalah pada nisbah 1:30 kelahiran . Darjah kecerdasan
Sindrom Down jenis trisomi ini ialah antara 50%-80% .
3.8.6.2 Translocation
Kelahiran jenis ini tidak membabitkan
kebaikan kromosom dalam darah ibu hamil. Sindrom Down (translocation) ini
terjadi dalam dua cara .Cara yang pertama ialah apabila secebis kromosom nombor
14 bercampur dengan kromosom nombor 21 . Jika ibu pembawa kebarangkalian
mendapat anak Sindrom Down adalah 10%-25%. Jika bapa pembawa kebarangkalian
untuk mendapat anak Sindrom Down adalah 3%-5%.
Cara kedua yanbg terjadi apabila
secebis kromosom yang bernombor 21 bercampur dengan nombor yang sama . jika ibu
pembawa kebarangkalian mendapat anak Sindrom Down ini ialah di antara 50%-80%.
3.8.6.3 Mosaic
Sindrom Down jenis ini adalah tidak
ketara pada wajah murid-murid dan tidak 100% Sindrom Down . Kerosakan mental
bagi murid-murid ini tidak teruk . Darjah kecerdasannya adalah 80%-90%.
3.8.7 MASALAH
KESIHATAN
3.8.7.1 Masalah Jantung
Masalah jantung yang paling kuat
berlaku adalah jantung berlubang seperti Ventricullar Septal Defect (ASD) iaitu
jantung berlubang di antara arteri kiri dan kanan .
Masalah lain adalah termasuk salur
ateriosis yang berkekalan ( Patent Ductus Ateriosis / PDA) .Bagi kanak-kanak
ini boleh mengalami masalah jantung berlubang jenis kebiruan (Cynotic Spell)
dan susah bernafas .
3.8.7.2 Masalah Usus
Masalah
usus biasanya dikesan semasa awal kelahiran seperti :
1.
Salur esophagus yang terbuka
(atresia) ataupun tiada saluran sama sekali di bahagian yang tertentu esofagus.
Biasanya ia dapat di kesan semasa ia berumur 1-2 hari di mana bayi mengalmai
masalah menelan air liurnya atau dikesan oleh doktod atau jururawat kerana
mereka tidak dapat memasukkan tiub untuk menyedut air perut semasa baru lahir .
2.
Salur usus kecil duodenum yang
tidka terbuka penyempitan yang dinamakan “Hirshprung Disease”. Keadaan ini
disebabkan oleh sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum . biasanya
bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di
mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar .
3.
Salur usus rektum atau bahagian
usus yang paling akhir (dubur) yang tidak terbuka langsung atau penyempitan
yang dinamakan “Hirshprung Disease”. Keadaan ini disebabkan oleh sistem saraf
yang tidak normal di bahagian rektum . Biasanya bayi akan mengalami masalah
pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan
susah untuk buang air besar .
3.8.7.3 Masalah Lain
Kanak-kanak Sindrom Down mungkin
mengalami masalah Hipotiroidism iaitu kurang hormone tairiod . masalah ini
berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down .
Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai
ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian leher boleh menyebabkan
berlakuany penyakit lumpuh di mana ianya berlaku di kalangan 10% kanak-kanak
Sindrom Down . Sebahagian kecil mereka mempunyai risiko untuk mengalami kanser
sel darah putih iaitu leukemia .
Selain itu kanak-kanak Sindrom Down
mudah mendapat selesema, radang tengkorok dan radang paru-paru . Mereka juga
menghadapi masalah kurang pendengaran dan penglihatan yang kurang jelas
3.8.8.LANGKAH-LANGKAH
PENCEGAHAN
Walaupun Sindrom Down sejenis
penyakit yang di anggap serius tetapi ia boleh di cegah . Terdapat beberapa
langkah dalam pencegahannya . Pencegahan tersebut meliputi ibu-ibu yang
mengandung .
Para ibu sememangnya tidak digalakkan
untuk mengandung setelah usia mereka mencecah atau melebihi 35 tahun . Tetapi
keadaan ini sememangnya menjadi masalah pada masa kini kerana kebanyakkan
golongan wanita lebih cenderung atau lebih mementingkan kerjaya daripada
memikirkan tentang rumah tangga . Oleh itu mereka telah mengambil langkah untuk
berkahwin lambat . Keadaan ini telah menyebabkan mereka lewat mengandung dan
kesuburan mereka akan terjejas . Oleh itu, terdapatnya pelbagai informasi yang
disiarkan oleh media massa kita hendakklah mengambil berat tentangnya kerana ia
boleh dijadikan panduan dalam kehidupan berkeluarga .
Jika seseorang ibu pernah mengalami
masalah keguguran atau pernah melahirkan anak yang cacat, mereka hendaklah
merujuk kepada doktor atau pakar . Cara yang sebegini adalah untuk mengetahui
punca-punca yang menyebabkan kelahiran anak cacat ataupun Sindrom Down .
Melalui pemeriksaan ini juga , kita dapat mengetahui penyebabnya, seterusnya
ibu itu boleh mengambil langkah pencegahan yang segera . Kita amat mementingkan
pencegahan adalah disebabkan kerana jika kehamilan sudah terjadi, pencegahan
untuk merawtanya tidak mungkin lagi dapat dijalankan walaupun dengan melakukan
pemeriksaan darah atau kromosom dari cairan serta ari-ari seseorang seperti
yang telah dinyatakan .
Disamping itu dengan adanya kemudahan
teknologi yang cangggih dalam bidang perubatan sekarang, ibu-ibu yang
mengandung kini boleh menjalani ujian untuk mengesan gejala Sindrom Down
sebagai langkah pencegahannya . Kaedah ujian ini adalah satu langkah pencegahan
yang boleh dilakukan dalam tempoh yang terdekat iaitu dalam tempoh bulan
pertama ketika kehamilan sedang berlaku . Prosedur ini tidak mendatangkan kesan
serta menyakitkan si ibu . Ia juga kurang merbahaya bagi bayi di dalam
kandungan dan kaedah ini juga tidak melibatkan pengmbilan cecair dari dalam
rahim ibu . Namun begitu, wanita yang berusia 37 tahun dan ke atas
berkemungkinan anak atau bayi Sindrom Down adalah kira-kira satu dalam setiap
138 kehamilan di dunia . Oleh itu, prosedur yang terbaru yang dikenali sebagai
Ujian Imbasan Kehamilan Tiga Bulan Pertama, atau FTPS dapat memberikan
penilaian yang lebih tepat mengenai kemungkinan Sindrom Down . Ujian boleh
dijalankan oleh ibu-ibu mengandung dari minggu 11 hingga minggu 14 kehamilannya
.
3.8.9 UJIAN
MENGESAN ANAK YANG CACAT
Jika seseorang wanita itu menglami
kehamilan, maka mereka boleh melakukan ujian untuk diuji selnya bagi bayi yang
sedang membesar dalam kandungannya . Ia merupakan satu kaedah yang baru dan ia
juga dinamai sebagai Penempelan Vilus Korion dan kaedah ini membolehkan
seseorang doktor mengambil sel ini pada minggu yang kelima kehamilannya .
Kaedah tersebut dilakukan dengan
memasukkan, satu tiup pig yang halus serta melalui vagina ibu seterusnya ke
adlam uterus . Dengan bantuan Ultrasound juga, ia dapat memberikan gambaran
tentang kandungan uterus dan koroin, iaitu sau membran yang melingkumi bayi
dalam kanduang yang sedang membesar itu .
Seterusnya penyedut akan digunakan
untuk mengeluarkan satu sample Vilus Korion, melaluinya sambungan bak pokok
bagi Korion dapat di lihat . Sel-sel ini dalah merupakan sel yang mengandungi
kromosom dan genetic ynag sama seperti bayi dan ia boleh diuji bagi pengesanan
sebarang kecacatan genetik . Contohnya, satu Kariotip akan menunjukkan sama ada
bayi yang akan dilahirkan pengidap Sindrom Down atau sebaliknya .
Di samping itu juga, terdapat dua
lagi akedah ujian yang lain boleh digunakan untuk mengumpul sel bagi melakukan
ujian . Amniosentesis dilakukan pada kira-kira minggu keenam belas kehamilan si
ibu . Manakala bagi amniosentesis,. Sebatang jarum panjang yang digunakan untuk
mengeluarkan sedikit bendalir Amnium dan sel fetus . Selepas sel dikultus, maka
analisis serta ujian kromosom yang boleh mengesan kekurangan biokimia boleh
dijalankan . Dalam fetoskopi, serta periskop yang kecil denga satu sumber
cahaya sejuk disisipkan melalui satu belahan yang kecil di dalam uterus .
Melalui kaedah ini ia membolehkan kita melihat sebahagian kecil fetus di dalam
dan mengambil sampel kulit serta darah bagi tujuan untuk dilakukan ujian .
3.9 MURID PINTAR CERDAS
3.9.1 DEFINISI
Ahli biologi mengatakan pintar cerdas
sebagai kebolehan luarbiasa yang dimiliki oleh seorang individu yang melakukan
adaptasai dan manipulasi terhadap keadaan dan perubahan persekitaran . Sebagai
contoh ialah sensitive dan juga diam .
Stanford Binet (1916) pintar cerdsa
merupakan kepada keupayaan seseorang untuk memahami, membuta pertimbangan dan
penakulan denagn bijak . Manakala Lewis Terman (1916) pula menyatakan bahawa
pintar cerdas sebagai individu ynag berkebolehan berjiwa secara abstrak iaitu
lebih jauh daripada orang biasa .Mengikut pendapat Marland (1972) kanak-kanak
yang dikenlapasti oleh pihka yang berkelayakkan profesional sebagai individu
ynag memiliki kebolehan tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan . Di
samping itu, menurut pusat perkembangan kurikulum Malaysia , pintar cerdas
adalah kanak-kanak yang maju dalam pembelajaran dan menerima pelajaran lebih
awal dan cepat daripada kanak-kanak normal . Mereka dapat membuat kerja sekolah
dengan cepat, sempurna serta mempunyai bakat menyeluruh dalam bidang yang
tertentu .
Kesimpulannya ialah pintar cerdas
merangkumi satu kombinasi yang istimewa dan tinggi, (Superiol General
Abilities), pencapaian kreatif pada tahap yang lebih bermotivasi tinggi untuk
belajar dan berjaya .
3.9.2 PUNCA-PUNCA PINTAR CERDAS
3.9.2.1 Faktor Genetik
Perwarisan daripada ciri-ciri fizikal
ibu bapa, boleh dibeza-beza jika di lihat persamaan dan perbezaan anak-naka
dalam keluarga . Kebanyakkan pakar bersetuju bahawa asas potensi mental
seseorang sememangnya diwarisi daripada ibu bapa . Namun begitu tiada alat yang
dapat mengukur kebenaran faktor genetik .
3.9.2.2 Faktor Persekitaran
Pengalaman melalui asuhan merupakan
salah satu daripada factor yang lebih dominan dan membnatu dalam perkembangan
serta meningkatkan kepintaran seseorang. Keadaan sekeliling seseorang individu
yang membesar adalah faktor penentu untuk menentukna sejauhmana bakat dan
kepintaran yang diwarisi berkembang .
3.9.3 CIRI-CIRI MASALAH FIZIKAL PINTAR CERDAS
Ciri-ciri kanak-kanak yang mengalamai
masalah fizikal dalam pintar cerdas ialah mempunyai semangat inkuiri dan
perasaan curiga . Kebolehan yang luar biasa, suka bertanya dan berminat untuk
mendapatkan jawapan yang terkini .
Mereka yang terdiri dariapda golongan ini juga
berciri-cirikan seperti sangat kreatif teruatamyan dalam menguasa dalam kemhairan
yang mampu untuk menghasilkan sesuatu yang abstrak da mempunyai idea-idea yang
kreatif dan kadang kala mereka di anggap pelik .
Di Samping itu, mereka juga
bercirikan seperti suka mencuba sesuatu yang dianggap sukar oleh orang lain .
Mereka juga boleh bercakap, membaca, menulis dan memahami percakapan orang
dewasa pada peringkat umur yang awal dan mempunyai perbendaharaan kata yang
kemas . Selain itu, mereka juga dikatakan mempunyai tahap penumpuan yang lama
terhadap sesuatau perkara terutamanya dalam aspek kemahiran dan mereka juga
mempuyai tenaga yang banyak dan dikatakan begitu aktif serta mampu bersesosial
dengan cepat . Kanak-kanak yang
diketegorakan dalam masalah ini juga mempunyai daya keistimewaan yang hampir
sama dengan kanak-kanak normal ynag biasa . Mereka juga turut mempunyai daya
kepimpinan dan ketua yang lebih dominant serta “superior” di kalangan rakan
sebaya .
3.9.4 MASALAH
KESIHATAN
JENIS-JENIS KECERDASAN DAN KEBOLEHAN ( DR.GARNER )
3.9.4.1 Verbal-Linguistik
Mereka berkebolehan dalam menggunakan
kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan .Golongan ini juga amat
peka terhadap pelbagai fungsi bahasa terutamanya kebolehan dalam merangsang
emosi .
3.9.4.2 Logik dan Matematik
Kebolehan dalam menakluk,
menyelesaikan masalaah yang komplek, membuat perkaitan seperti menyoal, kritis,
cekap dalam membuat pengiraan dan perbandingan . Mereka juga cukup cekpa dalam
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan komputer .
3.9.4.3 Existentian
Kanak-kanak ynag terdiri daripada
golongan pintar cerdas adalah amat berminat tentang hayat, evolusi manusia dan
kematian .
3.9.4.4 Visual-Ruang
Mereka berkebolehan dalam mengesan
dan menggambar bentuk, ruang,warna dan garisan. Selain itu mereka berkebolehan
dalam mempersembahkan idea visual dan mengesan grafik . Berkebolehan juga dalam
bidang seni, kreatif dalam menggunakan warna, membaca peta dan mempunyai daya
imaginasi yang kuat .
3.9.4.5 Muzik
Kanak-kanak dari masaalh pintar
cerdas adalah amat berkebolehan dalam mengsan nada, melodi termask kemahuan
dalam mengenal logo dan mengubah tempo / irama dalam melodi yang mudah . Mereka
juga boleh merekodkan memori auditori . Murid yang mempunyai kecerdasan ini
gemar belajar dalam masalah pengjaran lisan dan suka akan aktiviti yang jenis bersifat
tarian .
3.9.4.6 Interpersonal
Kebolehan dalam memahami perasaan,
motivasi, tabiat serta hasrta orang lain. Mereka boleh bekerjasama dalam
kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan . Murid-murid ini
yang tergolong dalamkecerdasan ini akan belajar dengan lebih berkesan lagi
melalui pembelajaran koorperatif, pengajaran dengan rakan sebaya akan
penglibatan dalam perbincangan kelas . Kebolehan dalam menjayakan sesuatu
perhubungan dan kebolehan bersosialis. Selain itu, murid-murid daripada masalah
pintar cerdas ini juga berkebolehan dalam memahami diri sendiri dari segi
kekuatan, kelemahan, hasrat dan keinginan termasuk kemahiran yang membandingkan
diri sendiri dengan orang lain dan mengetahui bagaimana untuk mengawal perasaan
. Mereka juga turut berkebolehan dalam memahami perasaan orang lain dan
mempunyai daya tumpuan dan refleksi yang tinggi dan golongan pintar cerdas ini
juga suka bekerja secara bersendirian .
3.9.4.5 Kinestetik
Berkebolehan dalam menggunakan badan
untuk menyatakan idea, perasaan dan untuki menyelesaikan masalah termasuk
masalah fizikal seperti koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan
.Murid-murid pintar cerdas ini juga amat mahir dalam memanipulasi objek dan
aktiviti yang melibatkan motor halus dan motor kasar NATURALS.Di samping itu
juga mereka juga turut berkebolehan dalam mengenal, mengklasifikasi dan
menghargai tumbuhan bahan galian dan haiwan serta berkebolehan dalam melihat
perhubungan dan pula yang rapat antara tumbuhan dan juga antara kehidupan
haiwan .
3.9.5
Perkembangan Fizikal
Pada dasarnya kanak-kanak pintar
cerdas mengalami pertumbuhan fizikal yang sama .
3.10 KERENCATAN AKAL
Golongan yang mudah mengalamai masalah kerencatan akal
adalah terdiri daripada kanak-kanak yang lewat dalam perkembangan berbanding
dengan kanak-kanak normal . Kelewatan itu bergantung kepada tahap ( degree )
iaitu sejenis kerencatan yang di alami oleh seseorang kanak-kanak . Selain itu
kelemahan mereka juga kurang jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang seumur
dengan mereka .
Kanak-kanak terencat akan memerluikan masa yang lama
untuk mempelajari sesuatu kemahiran jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal
. Hanya sebahagian kecil sahaja , kanak-kanak yang dilahirkan cacat atau tidak
normal dan sebahagian besranya sihta dan normal . Sunggguhpun begitu
kanak-kanak yang sihat dan normal ini tidak semuanya akan mejadi orang dewasa
yang normal .
Terdapat beberapa bahaya yang perlu dihadapi dan juga
ditempuhi oleh kanak-kanak ini semasa membesar seperti bahaya biologi atau dari
alam sekitar . Bahaya-bahaya ini boleh mengakibatkan keadaan yang tidak normal
ini lebih dikenali sebagai kanak-kanak khas .
Kanak-kanak khas adalah kanak-kanak yang berbeza
daripada kanak-kanak biasa dari segi ciri-ciri fizikal dan psikologis .
Program-program sekolah biasa di bentuk untuk kanak-kanak normal tidak dapat
memberi peluang penyesuaian dan perkembangan yang optimum bagi kanak-kanak ini
. Mereka memerlukan pelajaran yang khas atau dalam kes-kes yang tertentu
memerlukan khidmat pembantu atau kedua-duanya sekali untuk mencapai taraf yang
sepadan dengan keupayaan mereka .
3.10.1 IMPLIKASI KERENCATAN
AKAL TERHADAP
PERKEMBANGAN FIZIKAL, MENTAL, SOSIAL, EMOSI,
SAHSIAH DAN PERTUTURAN / PEROLEHAN BAHASA.
1.
Beberapa jenis kecacatan
fizikal terdapat di kalangan mereka yang terencat akal . Antaranya ialah
kecacatan kederiaan, kecacatan motor dan epilepsy. Sebahagian daripada orang
ynag terencat akal akan mengalami kecacatan penglihatan atau pendengaran .
Kecacatan motor yang mungkin terdapat termasuklah spastisiti, ataksia dan
atetosis . Epilepsi biasanya berlaku dalam kes-kes kerencatan yang tinggi atau
yang teruk sahaj iaitu apabila terdapat kerosakan otka yang jelas .
2.
Dari segi perkembangan mental
mereka yang terencat akal mempunyai kemahiran yang tidka menentu dan mereka
mempunyai tahap intelektual ynag berbeza-beza. Mereka juga menunjukkan prestasi
yang rendah dalam semua jenis tugas seperti pembelajaran, ingatan, penggunaan
konsep dan penyelesaian masalah . Mereka mudah lupa akibta hilang ingatan
seketika dan gemar bertanya soalan yang berulang-ulang atau menceritakan
sesuatu yang berulang kali .
3.
Mereka yang mengalami
kerencatan akal akan menghadapi kesulitan didalam perkembangan sosial daripada
perkara-perkara berikut seperti memahami hubungan sosial, membentuk tali
persahabatan, memahami fikiran dan perasaan orang lain dan mengekalkan hubungna
mata .
4.
Dari segi perkembangan emosi
dan sahsiah, mereka yang mempunyai kerencatan akal mempunyai tingkah laku yang
boleh menimbulkan masalah pembelajaran biasanya akan dipengaruhi oleh
kecenderungan hiperakif, gangguam perhatian, suka mengikut perasaan, ragam
emosi yang kuat berubah, kelemahan koordinasi pergerakan umum dan lambat
memberi gerak balas . Mereka juga menunjukkan tingkah laku yang bemacam-macam
ragam dan pelik, selalu mengalami perasaan takut dan cemas dan sentiasa
mengelka drai bercakap dan bermain bersama rakan yang lain . Mereka lebih suka
bermain secara bersendirian .
5.
Implikasi terhadap perkembangan
pertuturan atau perolehan bahasa mereka ini mempunyai tahap kefahaman bahasa
yang rendah dan tahap penggunaan bahasanya terbantut . Bahasa mereka juga agak
ganjil dan sukar difahami . Mereka yang terencat akal ini akan mengalami
kesulitan dalam memahami pertuturan, kesulitan memahami isyarat ( badan,
tangan, mimik muka ), kesulitan dalam mengguankan bahasa, lewat atau tiada
langsung perkembangan bahasa dan terdapat juga echolalia iaitu mengulang
percakapan orang lain .
3.10.2 MASALAH KESIHATAN
Faktor-faktor yang membawa kepada
berlakuanya kecacatan terencat akal ini ialah seperti berikut :
1.
keadaan ganjil kromosom
2.
vairus
3.
penyakit kuning
4.
encephalitis
5.
otak dalam keadaan luar biasa (
Deformation ) dan bayi itu tidak sedakan diri apabila dilahirkan .
* Kebanyakkan susah untuk mengesan apa yang menyebabkan kecacatan
akal .
3.11 MASALAH TINGKAH LAKU
3.11.1 Apakah Tingkah Laku
Tingakah laku
bermaksud perangai, gerakgeri, kelakuan, perangai atau perbuatan. Ia dilakukan
oleh individu atau seseorang apabila individu berkenaan apabila berasa mahu
melakukannya setelah menerima arahan-arahan dari sistem saraf pusat iaitu otak
. Tingkah laku merupakan gerakan-gerakan fizikal yang dapat diperhatikan .
Tingkah laku juga dapat menggambarkan keadaan emosi seseorang sama ada ia
gembira, sedih atau sebagainya.
3.11.2 Apakah
‘Normal’
Normal pula membawa
pengajaran sesuatu keadaan atau suasana yang biasa berlaku atau perkara yang
sememangnya sepatutnya terjadi sebagaimana yang dikehendaki mengikut
norma-norma yang tertentu . Jika
sekiranya ia tidak berlaku, ataupun jika ia berlaku tetapi ia tidak mengikuti
garis panduan yang tersedia maka ia dianggap telah terpesong atau terkeluar
dari kebiasaanya ia berlaku .
3.11.3 Apakah
Yang Dimaksudkan Dengan Tingkah Laku Normal
Tingkah laku normal
adalah perangai, kelakuan, perbuatan dan gerakgeri yag kebiasaanya dilakukan
oleh setiap kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat perkembangan dan
pencapaiannya yang berdasarkan kepada umur masing-masing .
Melalui pemerhatian
tingkah laku yang telah dibuat terhadap seseorang kanak-kanak yang bermasalah
pembelajaran, maka dapat dilihat bahawa tingkahlaku-tingkahlaku yang dipamerkan
oleh mereka telah dianggap terpesong dari tingkah laku yang di anggap normal .
3.11.4 Apakah
Tingkah Laku Terpesong
Keseluruhan
semua tingkah laku yng dilakuakn oleh kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini
juga dilakukan oleh kanak-kanak normal yang lain . Nmaun tingkah laku yang
dilakuakn oleh kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini dianggap terpesong
kerana perkara-perkara berikut :
- Jangka Masa Tingkah Laku Berlaku
Tingkah laku yang dilakuakn oleh kanak-kanak beramsalh pembelajaran
pada kebiasaanya memakan tempoh masa yang agak lama dari kanak-kanak normal .
Contohnya , Saiful kalau ia menangis memakan masa untuk berhenti , malah
kadang-kadang denagn aktiviti-aktiviti yang lain kerana ia akan menjadi lebih
marah . Berbeza dengan kanak-kanak normal ia berlaku sekejap sahaja dan akan
pulih bila ia dipujuk atau bila telah tertarik dengan perkara-perkara lain .
- Kekerapan Tingkah Laku Berlaku
Bagi aknak-kaank yang bermasalah pembelajaran
tingkahlaku-tingkahlaku yang bersifat negative telah kerapberlaku dari
tingkahlau yang bersifat positif. Umpamanya kanak-kanak bermasalah pembelajaran
lebih kerap mengalami ‘tantrum’ dari kanak-kanak normal . Ini disebabkan mereka
tidak dapat mmbuat altenatif lain untuk mengatasi sesuatu perkara yang berlaku
ke atas dirinya . Terutama jika ia merupakan sesuatu masalah kepada mereka .
Bagi mereka ini merupakan jalan atau cara yang berkesan dan mudah untuk
berkomunikasi dengan orang lain .
- Kesesuaian Dan Ketidaksesuaian Waktu Berlaku
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran seringkali melakuakn
tingkahlaku-tingkahlaku ini bersesuaian dengan waktu, masa, ketika dan suasana
. Contohnya dalam situasi pembelajran yang berlaku sepatutnya saiful bolrh
duduka beri tumpuan keapda apa yang gurunya sampaikan . Tetapi adalah
sebaliknya yang berlaku . Ataupun dalam suasana yang gembira, riang dan seronok
contoh ketika ada parti hari lahir, tiba-tiba saja ia boleh menjerit dan
menangis dan sebagainya . Kanak-kanak ini tidak dapat mengadaptasikan
tingkahlaku yang akan dilakukannya deangna keadaan persekitarannya . Mereka
akan melakukan tanpa menghiraukan apa yang sedang terjadi di persekitaranya .
- Tingkahlaku Tidak Selaras Dengan Umurnya
Didapati tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak bermasalh
pembelajaran ini tidak selaras dengan umur mereka. Kebiasaanya walaupaun umur
mereka telah mencapai 7, 8 ,dan 9 tahun , tetapi mereka masih lagi menunjukkan
sikap atua sifat seperti kanak-kanak yang berusia dalam 4 tahun . Mereka masih
lagi manja tidak suka berdikari tiada perasaan marah ataiu bercakap sendiri dan
sebagainya yang sepatutnya tidak lagi dilakukan oleh mereka dalam usia sebegitu
. Mereka juga sering mengamuk bila kehendaknya tidak dituruti . Sepatutnya
mereka telah dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk .
- Lambat Memberikan Respon
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran lambat memberikan respon kepada
rangsangan-rangsangan yang diberikan . Mereka tidak menunjukkan perasaan minat
atua tertarik keapda sesuatu pada pandangan kali pertama. Walaupun ia anggap
menarik oleh mereka yang normal . Contohnya Saiful, ia tidak akan memberikan
perhatiannya kepada gurunya jika sekiranya gurunya tidak merangsang dengan
benda-benda yang diminatinya terlebih dahulu .
Keadaan ini berlaku kerana sistem saraf pusat iaitu tidak dapat
berfungsi secara optimum kerana telah mengalami masalah seperti kerencatan di
bahagian yang tertentu,berlainan dengan otak kanak-kanak yang normal. Oleh yang
demikian ia tidak dapat memberikan maklumat yang tepat kepada emosi dan
tigkahlaku kanak-kanak berkenaan
3.12 MASALAH KECACATAN
MULTIPAL ATAU MASALAH
BERGABUNG
Kanak-kanak jenis
ini mempunyai dua atau beberapa kecacatan . Ini termasuklah cacat penglihatan
dan pendengaran iaitu buta dan pekak, terencta akal dan ‘cerebralpalsy’,
‘aphsia’ dan pekak dan lain-lain gabungan kecacatan lagi . Gangguan psikologi
adalah kecacatan tambahan lagi kanak-kanak ini, yang timbul akibat dari
kekecewaan disebabkan oleh kecacatan multipal itu . Di antara kes yang serius
ialah mereka yang mengalami kecacatan dua atau lebih daripada dua pancarindera
. Keadaan ini disebabkan sumber rangsangan kanak-kanak itu kurang berfungsi
dengan baik . Mangsa kecacatan ini yang sangat terkenal ialah Helen Keler .
Kanak-kanak
perkembangannya dihalang oleh ‘cerebral palsy’ dan terencat sama ada disebabkan
buta atau pekak, mempunyai peluang yang terhad untuk mempelajari sesuatu
perkara dan tidak mampu untuk menolong diri mereka sendiri .
3.13 MASALAH PENDENGARAN
Seseorang yang cacat pendengaran selalunya disalah anggap sebagai
seorang yang normal kerana kecacatan mereka tidak ketara tidak seperti mana
seorang yang Lumpuh, buta atau spastik. Seseorang yang buta dan pekak
menyatakan jika di beri peluang memilih di antara buta dan pekak , mereka lebih
rela memilih sebagai sebagai seorang yang buta.
Jika seseorang itu di lahirkan tanpa kecacatan
pendengaran, dia akan mampu untuk bertutur. Sebaliknya jika dia dilahirkan
dengan cacat pendengaran, tentu perkembangan pertuturannya dan bahasanya akan
terganggu atau lambat. Keadaan semakin parah jika sekiranya kanak-kanak
tersebut langsung tidak mendengar dan sudah pastinya dia tidak akan dapat
bercakap. Ini kerana sejak di lahirkan, salah satu cara untuk kanak-kanak
belajar mengenal alam sekeliling ialah melalai pendengaran.Apabila umur semakin
meningkat, kanak-kanak akan mulai belajar bercakap dan membentuk bahasanya
sendiri.Kebanyakan yang cacat pendengaran bertutur bukanlah di sebabkan oleh
alat suara mereka rosak tetapi disebabkan mereka tidak dapat menyebutkan kerana
tidak pernah mendengar.
Kecacatan pendengaran boleh dibahagikan kepada
empat jenis iaitu;
1.
Cacat Pendengaran
Penerimaan
Kehilangan pendengran penerimaan ialah apabila getaran
tidak boleh sampai ke bahagian dalam telinga yang mungkin disebabkan lubang
telingan tersumbat, luka pada gegendang telinga atau tidak mempunyai lubang
telinga. Kecacatan pendengaran seperti biasanya tidaklah tenat dan penggunaan
alat pendengaran pengaliran tulang selalunya boleh memulihkan pendengaran yang
rosak itu.
2.
Kecacatan Pendengaran
Pengamatan.
Kecacatan pendengaran pengamatan atau sarat
deria selalunya lebih tenat. Ini di sebabkan oleh kerosakan bahagian dalam
telinga atau kecacatan saraf telinga yang menghantarnya utusan kebahagian otak.
3.
Cacat Pendengaran
Pusat
Kecacatan pendengaran pusat pula apabila
organ pendengaran berfungsi secara betul tetapi system urat saraf pusat tidak
bergerak dengan betul atau cedera.
4.
Cacat Pendengaran
Psikogenik
Kecacatan pendengaran psikogenik ialah satu
keadaan apabila organ-organ penerimaan termasuklah urat saraf pusat berfungsi
dengan baik tetapi pengidapnya tidak boleh mendengar apa-apa kerana gannguan
emosi yang terpenda
Daripada huraian di atas, secara umunnya
kecacatan pendengaran boleh di bahagikan kepada dua kategori iaitu:
A.
Pekak – mereka yang mempunyai
deria dengar yang tidak berfungsi. Kecacatan ini dialami sama ada sebelum atau
selepas di lahirkan.
B.
Separa pekak—walaupun deria
dengar mereka rosak tetapi boleh berfungsi sama ada dengan alat bantuan
pendengaran atau tidak.
Terdapat berbagai-bagai darjah atau
peringkat cacat pendengaran iaitu dari peringkat yang rendah kepada peringkat yang
tenat. Bagi mengetahui darjah pendengaran, sejenis alat mengukur yang dipanggil
audimeter digunakan. Unit yang di gunakan bagi menjelaskan kekuatan bunyi ialah
desibel (dB). Jika peringkat kecacatan pendengaran seseorang yang tenat, nilai
desibelnya lebih tinggi.
Kadang-kadang cacat pendengaran pada pelajar
tudak diketahui oleh ibu bapa sehinggalah kanak-kanak bersekolah. Guru juga
tidak menyedari keadaan ini dan mungkin menyalahkan anggap pelajar itu
mempunyai masalah pembelajaran perenggan
baru.Cacat pendengaran boleh diklasifikasikan seperti berikut
1.
Ringan (mild)- kehilangan
pendengaran 20-40(decibel)
2.
Seherhana (moderete) –
kehilangan pendengaran 40-70(decibel)
3.
Teruk(severe) – kehilangan
pendengaran 70-95(decibel)
4.
Amat teruk (profound)-
kehilangan pendengaran melebihi 95(decibel)
3.13.1 Kecacatan pendengaran ringan (mild) 20-40 (decibel)
Pada peringkat pendengaran ini menunjukkan
kehilangan pendengara
yang sedikit. Mereka ini menghadapi masalah
mendengar perbualan yang perlahan. Kanak-kanak ini dapat menbentuk pertuturan
dan bahasa yang normal jika mendapat amplikasi bunyi yang sesuai.
3.13.2 Kecacatan pendengaran sederhana (moderete) 40-70(dB)
Tahap sederhana pula ,kanak –kanak
dapat memahani pertuturan
terutamanya apabila terdapat bunyi latar.Ini
boleh menpengaruhi perkembangan pertuturan dan bahasa jika mereka tidak dapat
dipasang dengan alat bantuan pendengaran seawal mungkin. Apa yang lebih penting
pada tahap ini ialah perlunya ada latihan agar mereka dapat mengetahui
perbezaan bunyi pertuturan.
3.13.3 Kecacatan pendengaran teruk (severe) 70-95 (dB)
Tahap 70 ke 95 dB adalah tahap yang teruk. Pada tahap ini mereka
tidak dapat mendengar bunyi pertuturan yang normal. Dengan bantuan alat bantu
dengar maka ia boleh membesar bunyi pertuturan yang tertentu dan membantu
memahami pertuturan. Mereka menghadapi masalah mengenai pertuturan dan kualiti
pertuturan.
3.13.4 Kecacatan pendengaran yang amat teruk (profound) melebihi 95
ke
atas
Tahap melebihi 95 dB ke atas pila ialah tahap kepekakkan yang sangat
teruk sekali. Pada tahap ini mereka menghadapi masalah besar untuk mendengar
bunyi pertuturan. Keberkesanan penggunaan alat bantu dengar ini bergantung
kepada individu. Mereka ini menghadapi masalah yang teruk dalam penguasaan
pertuturan dan bahasa.
Sekerapan dimensa bunyi
boleh disamakan dengan nada. Lagi lebih kekerapannya maka lagi tinggilah
nadanya. Inimpula diukur menggunakan cycles (bilangan getaran) dalam satu saat.
Nada yang rendah sekali dari piano mempunyai kekerapan 27 cycles satu saat dan
nada yang tinggi sekali ialah 4000 cycles sesaat. Walau bagaimanapun, telinga
manusia boleh mendengar bunyi-bunyi yang mempunyai kekerapan antara 20 hingga
20,000 cycles satu saat.
Dalam hal yang sedemikian,
seseorang yang lemah pendengaran mungkin mendengar hanya sebahagian daripada
satu satu perkataan kerana vokal –vokal tergolong kepada bunyi kekerapan jangka
rendah dan oleh itu, senang untuk menbezakan
melalui pendengaran. Manakala beberapa konsonan yang mempunyai kekerapan
tinggi misalnya ‘s’ akan melemahkan kefahaman pertuturan kanak-kanak itu. Oleh
itu, kehilangan pendengaran bagi seseorang itu boleh ditunjukkan di atas
audiogram mengikut keintensifannya (dalam unit decibel) dan kekerapan (beberapa
cycles dalam satu saat) dengan menggunakan alat jangka oudio ton jati.
3.13.5 TAHAP DAN CIRI PENDENGARAN
Tahap
|
dB
|
Ciri-ciri Pendengaran
|
1
|
0-24
|
Pendengaran normal
|
|
25-35
|
Sukar mengencam suara, diskriminasi
|
|
36-54
|
Masalah bunyi lembut, cakap jauh
|
2
|
55-69
|
Masalah suara kuat dan perlahan / perbualan telefon
|
3
|
70-79
|
Boleh kenal vokal tapi masalah konsonan
Boleh dengar jeritan kuat
Masalah pertuturan tanpa terapi
|
4
|
>90
|
Pekak teruk
Maalah bahasa dan pertuturan teruk
|
Kanak –kanak yang mengalami kehilangan
pendengaran menunjukan tanda-tanda berikut
·
Selalu kurang tumpuan .
·
Selalu gagal bertindakbalas
terhadap pertuturan orang lain, terutamanya dalam
situasi bising
·
Selalu minta orang mengulangi
apa yang telah di sebut
·
Selalu maju rapat kepada
penutur
·
Selalu memberi perhatian kepada
muka penutur.
·
Selalu memberi jawapan yang
tidak kena kepada soalan
·
Sering meninggalkan beberapa
bunyi daripada pertuturnya atau menggantikan
bunyi-bunyi lain.
·
Mempunyai suara yang terlalu
lembut dan kuat.
·
Berindakbalas lambat terhadap
arahan
·
.lemah tatabahasa.
·
Menghadapi masalah mengulangi
apa yang didengar
·
Menghadapi masalah menentukan
arah bunyi.
·
Selalu menghahapi telinga
berair, selsema, sakit tekak.
3.13.6 Langkah-Langkah Pencegahan
Langkah pencegahan bermula sejak sebelum dan selepas kelahiran bayi. Pencegahan awal dapat membantu mengelakkan daripada berlaku masalah kehilangan pendengan. Langkah pencegahan yang paling awal dapat dilaksanakan sebelum ibu mengandung. Rawatan ini berbentuk imunisasi yang diberikan kepada semua golongan remaja dan wanita. Imunisasi ini disebut sebagai Imunisasi Rubella. Ia disuntik kepada remaja yang berumur 12 tahun keatas. Suntikan ini dapat mengelakkan daripada jangkitan Rubilla(German Measles) yang menyerang ibu mengandung tiga bulan pertama. Pengambilan dadah dan alkohor yang berlebihan juga turut menyumbang kepada berlakunya masalah kehilangan pendengaran. Kesan daripada pengambilan tersebut menyebabkan pertumbuhan perkembangan janin terbantut. Walaupun seseorang itu dilahir normal namun itu tidak menghalang daripada terjadinya masalah kehilangan pendengaran ini.
Faktor keadaan fizikal dan alam sekitar juga antara penyebab terjadinya masalah kehilangan pendengaran. Suatu ketika dahulu heboh diperkatakan penggunaan Plumbum di dalam penghasilan pensil dan cat air.penggunaan pewarna ini turut digunakan didalam penghasilan barang permaianan kanak-kanak. Pendedahan yang berterusan kepada agen-agen kimia yang merbahaya ini boleh mengakibatkan pelbagai implikasi.
Selain daripada faktor-faktor di atas, kemalangan juga memberi kesan
kepada deria pendengaran. Bahagian telinga adalah organ yang sangat
sensitive.Ini kerana organ yang dikenali koklea merupakan organ terpenting bagi
membolehkan seseorang itu mendengar. Ia merupakan organ yang kecil, sensitive,
dan kedudukan yang hampir dengan otak dan saraf muka. Sebarang kecederaan pada
bahagian ini boleh mengakibatkan masalah kepekakan yang serius. Namun
,sekiranya seseorang itu dilahirkan pekak, masih ada peluang untuk sembuh
seperti normal. Salah satu cara ialah menerusi implan koklea. Implan ini bagi
menghasilkan rangsangan pendengaran dan meningkatkan kebolehan bertutur.
Pengesan awal mampu membantu mereka bertutur berbanding lewat diketahui. Jika
lewat diketahui maka proses pemulihan agak sukar kerana tengkorak dan lidah
mereka terlalu lama tidak digunakan. Ini boleh menyebabkan ia menjadi keras dan
tidak mampu mengeluarkan bunyi untuk menghasilkan percakapan. Jika masalah
pendengaran dikenalpasti seawall tiga bulan, mereka diberikan alat bantuan
pendengaran dan pembedahan koklea dalam telinga mengikut tahap kecacatan
pendengaran yang dialami oleh bayi tersebut. Kurangnya pendedahan mengenai
pembedahan ini menyebabkan orang ramai tidak mengetahui golongan yang
menghadapi masalah itu masih ada harapan untuk mendengar semula.
3.13.7 SEBAB-SEBAB KEHILANGAN PENDENGARAN.
3.13.7.1 .Sejarah
keluarga
Terdapat beberapa sebab kecacatan diperolehi seperti
yang dinyatakan oleh Hallahan dan Kauffman(1977) iaitu sebelum, semasa, atau
selepas kelahiran.
a)
Sebelum Kelahiran
Terdapat beberapa factor yang menyebabkan gejala ini berlaku sebelum
kelahiran seperti factor baka disebabkan oleh gen yang dibawa ibu bapa.
Manakala factor bukan baka pula disebabkan oleh jangkitan semasa mengandung
seperti Rubella, Meningitis, campak, beri-beri, kencing manis, darah tinggi dan
sebagainya, pengambilan dadah dan alkohor yang berlebihan, mengandung yang
terlalu kerap dan Toksemia di peringkat akhir mengandung turut menyumbang
kepada gejala ini.
b) Semasa Kelahiran
Faktor semasa kelahiran pula berlaku disebabkan oleh kelahiran yang
tidak cukup bulan,tekanan yang terlalu kuat terutama pada bahagian telinga
kerana kepala bayi terlalu lama dipintu rahim, kecederaan semasa dilahirkan
terutama dibahagian telinga, penyakit Homolisis yang disebabkan oleh factor Rd
darah, dan barat badan bayi semasa lahir kurang daripada 1.5 kilogram.
c) Selepas kelahiran
Bagi
selepas kelahiran pula disebabkan oleh kemalangan yang mencederakan bahagian
telinga, pengambilan antibiotik seperti streptomein dll,terdedah kepada bunyi
yang terlalu kuat, terdedah kepada bahan kimia seperti plumbum yang terdapat
dalam pensil warna,dan penyakit berjangkit yang dibawa oleh bacteria dan virus
seperti begok, deman campak, demam panas,dan sebagainya,
d)
Hyperbilirubinaemia
Ianya berlaku melibatkan komplikasi yang terdapat dalam factor Rd
darah iaitu kurang merbahaya pada kandungan pertama seterusnya antibody
mencukupi akan terbentuk pada kandungan kedua atau ketiga untuk merbahayakan
fetus( Fundenberg et al.,1980) mengakibatkan , erythroblastosisi fetalis akan
berlaku iaitu sel darah fetal rosak. Ini membari kesan kepada otak bayi, selain keadaan kepekaan, cerebral
palsy, aphasia dan retardation juga boleh berlaku.
e) Meningitis
Penyakit teruk yang disebabkan oleh selaput yang meliputi otak
dan tulang belakang menjadi bengkak dan merah. Walaupun kebanyakan kes
meningitis kehilangan pendengaran disebabkan jangkitan bekteria, meningisti
juga boleh disebabkan oleh virus. Kadar
penyumbang meningitis kepada kepekakan telah berkurangan namun mereka berisiko
untuk mendapat kecacatan neurological yang teruk selain daripada kepekakan.
3.14 Masalah
Penglihatan
3.14.1
Definisi Masalah Penglihatan
Menurut Hewett (1974) Pengelihatan
seseorang 20/200 atau kurang. Kecacatan penglihatan yang tidak sempurna berlaku
apabila seseorang itu berkebolehan melihat antara 20/200 dan 20/70. harifah
Zaharah (1985) berkata masalah pengelihatan ialah penglihatan terhad atau rabun
iaitu seseorang yang rabun itu tidak buta tetapi tidak boleh melihat dengan
terang.
3.14.2
Punca-Punca BermasalahPenglihatan
1.
47% disebabakan jangkitan
semasa lahir
2.
33% akibat keracunan
3.
7-8% akibat kemalangan
3.14.3 Jenis-Jenis Masalah Penglihatan
1.
Miopia (rabun dekat)
2.
Hiperopia (rabun jauh)
3.
Astigmatisme
4.
Rabun malam
5.
Rabun warna
3.14.4 Tanda-Tanda Timbulnya Masalah Mata
3.14.4.1 TINGKAHLAKU
i) Menggosok-gosok mata dengan
keterlaluan.
ii) menutup atau melindungi sebelah mata ,
mengenyetkan
kepala atau
mendorong kepala ke depan.
iii)mengalami kesulitan membaca atau
membuat kerja-
kerja lain yang memerlukan penggunaan mata dengan
rapi.
iv)mengedip-ngedip mata lebih kerap
daripada biasanya
atau mudah berasa jengkel apabila membuat kerja yang
memerlukan penglihatan rapi.
v) memegang buku rapat pada mata.
vi)tidak dapat melihat benda-benda
yang jauh dengan jelas.
vii)mengecilkan mata (merapatkan
kelopak mata) atau
mengerutkan dahi.
3.14.4.2 RUPA
i) bermata juling.
Biasanya antara sebab mata juling ini
adalah disebabkan oleh rabun dekat yang terlalu teruk ataupun oleh penyakit
barah.
ii)kelopak mata merah.
Tahap penglihatan anak adalah amat
sensitif ketika tahun-tahun awal tumbesaran anak terutamanya ketika berusia 4
dan 5 tahun.
iii)mata yang radang atau berair.
iv)Tembel yang timbul berulang kali.
3.14.3 KOMPELIN
i)mata gatal, merah atau berasa
gatal-gatal.
ii)tidak dapat melihat dengan jelas.
iii)pening kepala (rasa pening),
sakit kepala atau rasa loya
(mual) berikutan daripada kerja yang banyak
memerlukan penglihatan rapi.
iv)penglihatan kabur atau berganda.
Bagi katarak, ia disebabkan oleh
pengaburan kanta mata yang mengakibatkan penglihatan menjadikabur. Pada
kanak-kanak, keadaan ini dinamakan katarak konginental (katarak sejak lahir)
danpenglihatan bagi jarak jauh dan terhadap warna adalah jelas. Dr. Abdul Aziz
Al-Aklbar bin Mohamed Noor mengatakan, "mengesan punca kerosakan mata
diperingkat awal amat mustahak kerana jika terlambat terutamanya selepas anak
berusia 10 tahun,rawatan yang diberikan mungkin memakan masa kerana ia berkait
rapat dengan perkembangan otak.Selepas 10 tahun, perkembangan otak manusia
sudah tetap jadi sukar untuk kita merawat penyakittersebut dengan
sepenuhnya."
4. KESIMPULAN
Murid-murid
berkeperluan khas dikenalpasti dan dikategorikan berdasarkan jenis kecacatan
atau kekurangan yang di alaminya dalam keadaan luar biasa iaitu dari segi
fizikal, mental, emosi, dan tingkahlaku. Murid-murid berkeperluan khas ini
terbahagi kepada beberapa jenis iaitu murid-murid cacat pendengaran, cacat
penglihatan, bermasalah pembelajaran, bermasalah tingkah laku, bermasalah
pertuturan, murid spastic, terencat akal, cerdas pintar dan cacat anggota.
Jabatan Pendidikan Khas pada tahun 1998 mengatakan
bahawa setiap kanak-kanak dengan kecacatan mempunyai hak yang sama bagi
mengatakan kehendaknya terhadap pendidikan dan ibu bapa mereka mempunyai hak
menentukan jenis pendidikan yang sesuai bagi anak mereka. Keputusan yang telah
diambil dalam pendidikan khas bagi beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia
bersesuaian dengan kehendak masyarakat dunia dan ianya perlulah disokong
sepenuhnya. Oleeh itu sekolah mestilah menyediakan kemudahan dan peluang bagi
semua jenis kanak-kanak belajar bersama, tanpa mengira kekurangan dari segi
fizikal, intelek, emosi, dan lain-lain. Sudah sampai masanya sekolah berusaha
mengadakan muafakat dan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjayakan
pendidikan untuk semua. Sekolah adalah institusi kecil masyarakat di mana
murid-murid berkeperluan khas dapat belajar dan berinteraksi dengan rakan
normal di samping memberi peluang murid-murid normal mengenali murid khas ini.
Perubahan
sikap dan pandangan positif masyarakat kepada golongan ini amat diperlukan
untuk menjamin golongan ini diterima dalam masyarakat. Sudah lama diskriminasi
kepada golongan ini wujud kerana kegagalan masyarakat menyedari akan bakat dan
pontensi gologan ini. Tetapi lebih malang lagi masih terdapat gologan
masyarakat yang masih menumpukan perhatian kepada kekurangan dan kecacatan yang
terdapat pada golongan ini. Masyarakat perlu membuat segala usaha bagi
membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan golongan berkeperluan khas. Adalah
tidak wajar bagi masyarakat mengharapkan semata-mata perubahan serta
penyesuaian daripada gologan berkerluan khas menurut segala kehendak
masyarakat.
5. BIBLIOGAFI
Jabatan Pendidikan Khas(1998). Hala
Tuju Pendidikan Khas. Kuala Lumpur ; Kertas yang tidak terbitkan.
Pekeliling
kewangan Bil 2/91-KP 1573/17L jid
8(78) bertarikh 11 Februari 1991
Pekeliling kewangan Bil 3/1995 bertarikh 11 januari 1995
Surat Siaran Jabatan Pendidikan Khas,
KP/JPK/BPKPK/09/03/1(43)
Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Skolah Kementerian Pelajaran
Malaysia, Bil. K.P.(BS)8502/5/PK/Jid. V26 bertarikh 18 januari 1986
Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia, Bil. K.P.(BS)8502/5/PK/Jid V34 bertarikh 30 jun 1989
Peraturan-Peraturan Pendidikan (PENDIDIKAN KHAS)1997
[KP(PUU)S 10075/07/I/ Jid.II,PN(PU2)569]
Sang,M.S,(2000).Pendidikan Di Malaysia .Kuala Lumpur
:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Terima kasih. Amat bermanfaat.
ReplyDeleteAssalamualaikum..terima kasih di atas segala maklumat yang diberikan. Saya sangat menghargainya. :)
ReplyDeleteMasalah Cerebral Palsy,Autism,dyslexia,ADHD,lembam sebenarnya boleh disembuhkan jika dirawat puncanya.Berilah sinar harapan baru kepada anak anda.Sila ke Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre Gombak 019 6676236 -Dr Wan
ReplyDeleteasalammualaikum... maaf sy bertanye ank sy bru berumur 2tahun
ReplyDeletetapy ank sy ada sakit jantung berlubagn 0.6cm adkah ank sy dlam gologan OKU/
assalamualaikum..nak tanya..program awal untuk bayi dan kanak-kanak..sama tak dengan intervensi awal?? nak buat assigment..rawatan utk intellectual disability..dia hanya bgi jenis rawatan..tetapi tak bagi huraian..cari maklumat untuk program awal dia naik intervensi awal
ReplyDeleteassalamualaikum..nak tanya..program awal untuk bayi dan kanak-kanak sama tak dengan intervensi awal? sebab nak buat assigment tentang rawatan untuk intellectual disability..cari maklumat dia hanya naik program awal n tkda huraian..lpastu taip program awal naik intervensi awal..
ReplyDelete