KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Monday, 1 April 2013

AKTIVITI FIZIKAL PENDIDIKAN KHAS



1.0 Pendahuluan

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses bertujuan untuk meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal terpilih untuk mencapai keputusan yang dikehendaki.Dengan itu pendidikan jasmani berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik;memperoleh pengetahuan dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal.
Pendidikan Jasmani Suaian pula ialah modifikasi kepada aktiviti pendidikan jasmani tradisional bertujuan untuk menyediakan peluang kepada individu kurang upaya untuk mengikuti program pendidikan jasmani dengan selamat, berjaya serta mencapai kepuasan. Prinsip utama dalam modifikasi aktiviti adalah supaya pengubahsuaian aktiviti mengambil kira potensi individu untuk melakukan aktiviti tersebut.
Pengurusan program Pendidikan Jasmani Suaian di sekolah mengandungi beberapa aspek kepentingan  seperti untuk memperkembangkan potensi individu secara maksimum, mengintergrasikan bidang psikomotor, afektif dan kognitif serta penumpuan kecergasan fizikal.Murid-murid yang mengikuti kelas Pendidikan Jasmani Suaian perlulah dikenalpasti terlebih dahulu.Terdapat tiga kaedah penting yang perlu digunakan untuk tujuan itu iaitu pengenalpastian mengikut kategori keperluan khas iaitu umur, jantina dan tahap kesihatan.Selain itu, ia juga boleh melalui IEP (Individualized Education Programme) PL 94 -142 dan IDEA ( Individuals with Disabilities Education Act (0-21 tahun).



1.1 Definisi-definisi pendidikan jasmani

Jenny (1961) berpendapat bahawa walaupun pendidikan jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal, ia sebenarnya juga melibatkan hasil pendidikan yang tidak bercorak fizikal.Matlamat pendidikan jasmani ialah untuk mempengaruhi semua bahagian pembangunan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

Borrow (1971) meletak pendidikan jasmani di dalam konteks Pengalaman Pendidikan Seluruhan ( the total educational experience ) dan menegaskan bahawa pengalaman pendidikan jasmani berkait rapat dengan proses pendidikan keseluruhan dalam seumur hidup setiap individu.Apabila pendidikan jasmani memberi sumbangan kepada pendidikan lain, maka fungsi pendidikan jasmani sebagai alat pendidikan dipenuhi.

Balley & Field ( 1976 ) berpendapat bahawa pendidikan jasmani ialah satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuro maskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan aestetik hasil daripada atau melalui aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak.

Dengan erti kata lain, pendidikan jasmani bertujuan untuk membangunkan segala aspek seseorang individu secara keseluruhan melalui kaedah fizikal.Keunikan ciri ini menjadikan pendidikan jasmani berbeza daripada cabang-cabang pendidikan yang lain.









Fokus Kajian Kes
2.0 KATEGORI KECACATAN
2.1.1 SEJARAH RINGKAS PENDIDIKAN MURID-MURID BERMASALAH
         PENDENGARAN

            Pendidikan Murid-murid Bermasalah Pendengaran di Malaysia telah dimulakan dalam tahun 1954, dengan tertubuhnya sebuah sekolah berasrama di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Sekolah Kanak–Kanak Pekak Persekutuan, Pulau Pinang. Sekolah ini telah dipelopori oleh Lady Templer, Dr.Reild, Cik Joyce Hickes dan beberapa orang lain yang berminat dalam kerja–kerja kebajikan. Beberapa orang guru daripada sekolah ini telah dihantarkan ke luar negara untuk mendapatkan latihan di bidang  khas Pendidikan Kanak-Kanak Pekak. Sekolah ini telah bermula dengan hanya bergantung kepada derma daripada orang ramai. Apabila sekolah ini telah berkembang dengan pesatnya maka usaha-usaha untuk membaikinya telah dilipat gandakan dan dengan ini telah diletakkan dibawah Pentadbiran Kementerian Pelajaran.

            Murid–murid sekolah ini datang dari seluruh pelusuk Malaysia untuk menerima pendidikan sekolah rendah dan menengah dan sekarang ini mempunyai 368 orang murid lelaki dan perempuan. Pelajaran mereka adalah seperti murid-murid biasa dengan adanya penekanan kepada pelajaran Vokasional untuk memberi kemahiran seperti menggunting rambut, pertukangan kayu, masak-memasak dan sebagainya . Oleh kerana murid-murid bermasalah pendengaran bertambah ramai maka sekolah di Pulau Pinang tidak dapat lagi menampung semua murid-murid yang terdapat di Malaysia. Maka suatu pelajaran yang digelar “Rancangan Percantuman” untuk murid-murid bermasalah pendengaran telah dimulakan.


2.1.2 MURID-MURID BERMASALAH PENDENGARAN

1954        * Pembukaan kelas khas di Jalan Northam Di Pulau Pinang di bawah kendalian pertubuhan sukarela.
* Pembukaan sekolah kanak-kanak bermasalah pendengaran persekutuan rendah dan menengah Tanjung Bungah.

1963        * Pembukaan kelas-kelas pendidikan khas rancangan percantuman bermasalah pendengaran oleh kementerian pendidikan di sekolah rendah dan menengah.
* Latihan perguruan pendidikan khas bermasalah pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras Kuala Lumpur.

1978        * Pengenalan komunikasi seluruh (total communication) oleh Kementerian  Pendidikan / Amerika Peace Corps
* Pengubalan sistem bahasa melayu kod tangan BMKT.
* Penubuhan jawatan kuasa kebangsaan komunikasi seluruh oleh kementerian pendidikan.

1979        * Kursus dalam bidang perkhidmatan bagi guru-guru cacat pendengaran dalam bidang komunikasi seluruh.

1984        * Penubuhan jawatan kuasa kerja penyelarasan komunikasi seluruh untuk perkembangan sistem kod pendidikan Islam.
*  Penubuhan jawatan kuasa kerja kecil kod dasar agama Islam
* Penubuhan jawatan kuasa kerja kecil kod dasar KBSR tahap Bahasa Malaysia kod tangan.
* Penubuhan jawatan kuasa kerja kecil penggubalan kod tangan pendidikan vokosional dan teknikal.
1987        *  Sekolah–sekolah pendidikan khas diwujudkan dengan pentadbiran berasingan di bawah tanggungjawab pusat.
* Penubuhan sekolah menengah pendidikan khas vokasional Shah Alam, Selangor.

2.1.3 DEFINISI MURID BERMASALAH PENDENGARAN

Menurut Cruiskshank (1975), di Amerika Syarikat kanak-kanak kurang upaya pendengaran didefinisikan berdasarkan kepada kebolehan kanak-kanak itu menggunakan deria dengar dan juga bila kecacatan itu dialami. Kamus Dewan (1986) pula menyatakan bahawa masalah pendengaran adalah masalah orang yang tidak dapat mendengar sebarang bunyi bahasa atau bunyi yang lain.

Stephen P.Quigley dan Robert E. Kretschmer (1982) dalam buku ‘The Education of Deaf Children ‘ mendefinisikan cacat pendengaran sebagai kanak-kanak atau orang dewasa yang pekak iaitu seseorang yang tahap pendengarannya teruk di mana 91 dB atau lebih terutamanya saraf sensorinya rosak dan berlaku sebelum ia boleh bertutur.

Hans G. Furth (1972) dalam “Deafness and Learning” mendefinisikan cacat pendengaran sebagai ‘kehilangan fungsi pendengaran yang teruk sehingga menghalang pertuturan walaupun dengan bantuan alat pendengaran apabila tahap cacat pendengaran itu dikesan semasa lahir atau semasa bayi.Ia menghalang penguasaan bahasa melalui saluran pendengaran normal.

Definisi yang biasa diterima dari aspek pendidikan diperolehi daripada Executive Commettee of the Conference of Educational Administratiors Serving the Deaf Daniel & Kaftman, 1978, “Exceptional Children “) iaitu, “Hearing Impairment”.Istilah generic yang menunjukkan kecacatan pendengaran yang dalam tahap ringan (mild) ke tahap teruk (severe), ini termasuk subset ‘deaf’ dan ‘hard of learning’.

“Deaf” didifenisikan sebagai seseorang yang cacat pendengarannya tidak dapat peroleh kejayaan proses penerangan linguistik melalui ujian atau tanpa alat bantu dengar.”Hard of hearing” ialah seseorang yang tahap pendengarannya masih terdapat sisa-sisa atau baki pendengaran yang biasanya menggunakan alat bantu dengar untuk mendapatkan kejayaan proses penerangan linguistik melalui ujian.( Brill, et al. 1986)

Menurut Cruishank, (1975) di Amerika Syarikat kanak-kanak kurang upaya pendengaran didefinisikan berdasarkan kepada kebolehan kanak-kanak mendengar dan juga bila kecacatan itu dialami.

2.1.4  MEMAHAMI MASALAH PENDENGARAN

Seseorang yang mengalami masalah pendengaran ialah orang yang tidak boleh mendengar atau memahami percakapan atau bunyi yang lain.Masalah pendengaran bukanlah seperti  kecacatan dalam fizikal.Ianya  adalah satu bentuk masalah yang tersembumbunyi yang hanya akan diketahui apabila kita hendak berkomunikasi dengan mereka.Tidak semua orang yang mengalami ini tidak boleh mendengar langsung.Ramai kanak-kanak disekolah seumpamanya,dapat mendendar dan bercakaptetapi didalam lingkungan yang terhad. Komunikasi seseorang yang mengalami masalah pendengaran ini bergantung kepada faktor yang terhad seperti tahap kehilangan pendengaran ,jenis kehilangan pendengaran,usia masalah pendengaran iniu berlaku,intelek personaliti,keluarga mereka dan juga pendidikan mereka.

Tahap kehilangan pendengaran diukur dengan alat khas yang dinamakan audiometer.Masalah pendengaran boleh diklasifikasikan seperti berikut:
                             I.          Ringan (mild)-Kehilangan pendengaran 20-40(desibel)
                          II.          Sederhana(moderate)Kehilangan pendengaran 40-70 (desibel)
                       III.          Teruk (severce)-Kehilangan pendengaran 70-95 (desibel)
                       IV.          Amat teruk (Profound)-Kehilangan pendengaran melebihi 95 (desibel)
2.1.4  KATEGORI KANAK-KANAK KURANG UPAYA PENDENGARAN

a) Separuh Pekak
Kategori separuh pekak ini biasanya walaupun deria mereka  rosak tetapi ianya masih terdapat sisa pendengaran.Biasanya deria dengar mereka masih boleh berfungsi samaada dengan bantuan alat pendengaran atau tidak (Brill,Mac Neil &Newman. 1986).

b)  Pekak
Pekak ialah kanak-kanak yang mempunyai deria dengar yang tidak dapat berfungsi langsung.Kecacatan  diperolehi samada sebelu ,semasa atau selepas kelahiran.(Brill.Mac Neil & Newman,1986).

2.1.5 DARJAH KEPEKAKAN
Menurut Paul dan Quigley (1990) sseseorang yang kurang upaya pendengaran tidak dapat menggunakan   pendengarannya,   memahami pertuturan walaupun mereka mempunyai sisa pendengaran.
Menurut Northerm dan Lemme (1982) untuk memahami pertuturan  kita hanya perlu 10-15 dB (desible) kekuatan bunyi yang didengar berbanding bunyi persekitaran. Terdapat enem peringkat (kategori) kurang upaya pendengaran menurut Daniel  Phallahan dan James Kaufman (1997) iaitu


Darjah
Kategori Tahap Pendengaran                        
Penempatan
> 26 db                            
Normal, boleh mendengar                        
Sekolah biasa

27 - 40 db sedikit.

boleh mendengar bunyi vokal tetapi mungkin
tidak menyedari beberapa bunyi konsonan
sekolah biasa dengan mengunakan alat bantu mengajar


41 - 55 db
ringan @ sederhana.

dapat mendengar bunyi- bunyi pertuturan yang kuat sahaja.boleh dengar pertuturan pada jarak 3 - 5 kaki.
perlu perhatian sekolah biasa dengan alat bantu dengar yang ada guru khas yang ada guru khas.
di tempatkan sebahagian hari dari dalam sehari di sekolah biasa dan sebahagian hari lagi di tempatkan di sekolah biasa dengan kelas khas


56 - 70 db
sederhana teruk.

tidak dapat mendengar bunyi pertuturan dalam perbualan biasa.

di tempatkan di sekolah bercantum/kelas khas.


71 - 90 db
teruk

tidak dapat mendengar bunyi  pertuturan.

di tempatkan di sekolah bercantum/kelas khas.

91 db ke atas
sangat teruk.

tidak dapat mendengar langsung bunyi bunyi pertuturan atau lain lain.

menghadapi masalah kerencatan bahasa dan tidak dapat beri perhatian sepenuhnya


 JADUAL MENUNJUKKAN DARJAH KEPEKAKAN

2.1.6  SEBAB -SEBAB CACAT PENDENGARAN

Terdapat beberapa sebab kecacatan diperolehi seperti yang dinyatakan oleh  Hallahan
dan Kauffman (1977) iaitu sebelum,semasa atau selepas kelahiran.

a)  Sebelum kelahiran
1.     Baka :disebabkan oleh gen
2.     bukan baka   :
                 I.          Jangkitan   semasa mengandung   seperti   rubella,   meningitis, campak,   cacar,   beri-beri,   kencing  manis, darah  tinggi dan sebagainya.
              II.          Pengambilan dadah atau bahan  kimia, seperti kuinin, streptomycine alcohol yang berlebihan dan sebagainya.
           III.          Toksemia di peringkat akhir mengandung, mengandung yang terlalu kerap

b) Semasa kelahiran
1.      Kepala bayiterlalu lama di pintu rahim yang mengakibatkan tekanan yang kuat terutama pada bahagian telinga bayi.
2.      Kelahiran yang tidak cukup bulan.
3.      Kecederaan semasa dilahirkan.terutama di bahagian telinga.
4.      penyakit homolisis selalunya disebabkan oleh faktor Rh(darah)



c)  selepas kelahiran
1.      Mendapat penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria dan virus seperti
2.      Begok, demam campak, demam panas dan sebagainya.
3.      Kemalangan yang mencederakan bahagian telinga.
4.      .Pengambilan antibiotik seperti streptomein, kuinin dan lain-lain lagi.
5.      Terdedah kepada bunyi yang terlalu kuat.

2.1.7  CIRI-CIRI MURID BERMASALAH PENDENGARAN
Panduan untuk mengenalpasti murid murid yang mempunyai masalah pendengaran iailah:
       I.          kurang memberi perhatian
    II.          susah mengikut arahan
 III.          Kurang melibatkan diri dengan aktiviti yang memerlukan perbingcangan atau   banyak memerlukan pertuturan  banyak memerlukan pertuturan.
 IV.          Memerlukan bantuan daripada rakan-rakan.
    V.          Selalu berkhayal.
 VI.          Cara percakapan yang janggal.






2.1.8  CARA-CARA MENGENALPASTI MURID BERMASALAH PENDENGARAN

Terdapat dua acara untuk mengesan kecacatan pendengaran pada peringkat bayi dan kanak kanak

I.          ujian tarikan:kanak kanak didedahkan kepada bunyi tanpa pengetahuan mereka atau
II.          penglihatan meraka.Pemerhatian dibuat samada bayi atau kanak kanak menunjukan apa apa tindak balas
III.          ujian pertuturan:kanak kanak boleh memahami apa yang dituturkan menunjukan gerak balas terhadap apa yang disuruh.










3.0    UMUR DAN JANTINA
Bagi menjalankan kajian untuk tugasan ini, kumpulan kami memilih kanak-kanak bermasalah pendengaran untuk mengambil acara dalam olahraga.

 Kategori kecacatan : masalah pendengaran
Umur : 17 tahun
Jantina : Lelaki


4.0  MASALAH-MASALAH MENGENDALIKAN DAN PENYELESAIANNYA

Setiap aktiviti sukan di peringkat sekolah mahupun peringkat-peringkat yang lebih tinggi akan mengalami pelbagai masalah tidak kira kecil ataupun besar. Tambahan pula pelajar tersebut dikatogorikan bermasalah pembelajaran, pendengaran mahupun penglihatan. Ia lebih banyak masalahnya berbanding dengan pelajar normal. Mereka perlukan sesuatu pengubahsuaian dan undang-undang yang fleksibel agar bersesuaian dengan tahap kecergasan pelajar tersebut. Bagi pelajar bermasalah pendengaran, pengendalian yang teliti dan penyelesaian bagi sesuatu masalah yang di hadapi merupakan tanggunjawab mereka yang terlibat dalam sukan tersebut. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, masalah- masalah tersebut telah dikenalpati contohnaya masalah dari segi bahasa  dan komunikasi, peralatan, arahan,  serta peraturan dalam permaianan tertentu.



. 4.1 Masalah Bahasa dan Komunikasi murid Bermasalah Pendengaran

Murid bermasalah Pendengaran dikategorikan sebagai mengalami « kecacatan Bahasa » kerana tidak dapat berbahasa lisan seperti mana jangka masa yang sepatutnya. Hal ini berakibat daripada ketidakmampuan mendengar bunyi-bunyi bahasa dan bukan bahasa. Ketidakmampuan mendengar bunyi mengakibatkan golongan ini tidak mampu berbahasa lisan.
Mengikut Pengerusi Persatuan Orang Pekak Malaysia iaitu Encik Sazali. Murid bermasalah pendengaran tidak dapat memperkembangkan bahasa dan komunikasi kerana kita tiada program awal bagi membentuk bahasa, komunikasi dan minda bayi yang bermasalah pendengaran. Mereka membesar dengan ketiadaan komunikasi kerana ibu bapa tidak tahu atau tidak memahami cara berkomunikasi dengan anak-anak  mereka mahu pun membimbing mereka. Kanak-kanak ini diabaikandan menyebabkan minda mereka adalah kosong serta paling menyedihkan mereka tiada asas bahasa. Jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal mereka telah dibimbing penguasaan bahasa mulai hari pertama mereka dilahirkan dan ia amat berbeza dengan kanak-kanak yang bermasalah pendengaran kerana terpaksa menunggu sehingga berumur 3 tahun barulah dibimbing berkomunikasi sama ada melalui pertuturan, pertuturan kiu atau bahasa isyarat.
Kanak-kanak yang lewat diasuh akan tidak mengerti atau lambat memahami keadaan sekeliling. Ini menyebabkan murid bermasalah pendengaran selalu disalah tafsirkan sebagai degil serta menjadi permulaan perlabelan negatif.
Masalah yang kedua adalah negara kita yang tiada akses kepada komunikasi. Murid bermasalah pendengaran tidak berpeluang untuk mengikuti rancangan tv, khutbah Jumaat, ceramah dan sebagainya. Komunikasi ini amat penting untuk perkembangan komunikasi bagi mengukuhkan asas bahasa dalam penggunaan seharian.
Masalah yang ketiga ialah ibu bapa akan berasa malu dan tidak dapat menerima hakikat yang anak mereka bermasalah pendengaran. Tambahan orang yang bermasalah pendengaran tiada daya saing yang sukar diterima ke dalam masyarakat yang maju pada hari ini. Di Malaysia, kita tiada peluang tersebut dan menyebabkan mereka yang bermasalah pendengaran menjadi lemah minda mereka , ketinggalan dan tiada daya saing.

4.2 Langkah – langkah Pemerolehan Penguasaan Bahasa dan Komunikasi Murid        Bermasalah Pendengaran

4.2.1. Kot Tangan Bahasa Melayu (KTBM)
KTBM merupakan sejenis bahasa isyarat ciptaan pendidik dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang diadaptasikan daripada Bahasa Isyarat Amerika. Ia diadakan menurut asas-asas dan prinsip-prinsip Bahasa Melayu sebagaimana yang ditutur, didengar, ditulis, dibaca dan difahami oleh pengguna Bahasa Melayu. Apabila KTBM ini diperturunkan dalam bahsa tulisan, tidak akan terdapat apa-apa perbezaan dengan bahasa Melayu sehari-hari dari segi nahu atau makna bahasa itu ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1994)

4.2.2. Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)
BIM ialah bahasa yang tulen bagi orang Pekak Malaysia. BIM juga merupakan bahasa ibunda dan bahasa istimewa bagi orang Pekak Malaysia. BIM digunakan dan diterima oleh orang Pekak Malaysia secara meluas. Dengan menggunakan BIM , mereka mampu berbincang pelbagai isu-isu yang timbul, bergurau-senda, memudahkan komunikasi antara dua orang pekak serta memberi kesan pemahaman yang lebih baik kapada antara satu yang lain. Selain itu, mereka mempunyai peraturan yang digunakan  dan tatabahasa sendiri.BIM ini diwujudkan secara tidak langsung dan bukan dicipta oleh seorang sahaja.

4.2.3. Pendekatan Komunikasi Seluruh ( Total Comunication)
Pendekatan yang digunakan dalam pendidikan kanak-kanak bermasalah pendengaran yang termasuk keseluruhan bahasa yakni gerak isyarat, bahasa isyarat, pertuturan, bacaan, pergerakan bibir, ejaan jari, membaca dan menulis.

4.2.4. Pendekatan Auditori – Verbal
Kaedah ini mengajar kanak-kanak bermasalah pendengaran menggunakan pendengaran mereka bagi mempelajari bahasa pertuturan melalui alat bantu dengar atau implan koklea. Penekanan diberikan kepada kemahiran mendengar bunyi pertuturan tanpa membaca pergerakan bibir dan penglibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran anak mereka ( Jabatan Audiologi dan Sains Pertuturan, (1997).

4.2.5. Pertuturan Kiu (Cue Speech)
Satu pendekatan yang menggunakan kaedah komunikasi secara oral  dan visual (Tan Chin Guan ,1998). Menggunakan kombinasi 8 bentuk tangan dan 4 kedudukan tangan yang digerakkan berdekatan dengan bibir di mana pertuturan yang diucapkan akan diiringi dengan pergerakan bentuk dan kedudukan tangan ( Pirangelo & Jacoby,1996 dalam Bench 1992).

4.2.6. Ejaan Jari (Finger spelling)
Cara berkomunikasi dengan mengeja huruf-huruf dalam satu perkataan dengan menggunakan jari.Lazimnya, ejaan ini hanya akan digunakan sekiranya sesuatu perkara atau nama yang luar biasa diperkenalkan ( Williams,1991).

4.2.7. Bacaan bibir (Lip reading)
Memahami pertuturan dengan mengikut pergerakan bibir penutur.
4.2.8. Pengajaran Pertuturan
Pengajaran pertuturan ini menekankan kepada kemahiran mendengar dengan menggunakan pendengaran yang sedia ada ( residual hearing) dan kemampaun tersebut ditingkatkan dengan menggunakan alat bantu pendengaran untuk murid bermasalah pendengaran  menguasai pertuturan. Menerusi strategi ini murid ini dilatih untuk menguasai pertuturan dan bahasa mengikut kelaziman bahasa kanak-kanak normal.
Di samping langkah-langkah di atas, alat bantu dengar yang digunakan oleh murid bermasalah pendengaran di Malaysia ialah :-
i. Alat bantu dengar belakang telinga ( behind the ear/ BTE)
ii. Alat bantu dengar di dalam telinga ( In The Ear/ ITE)
iii. Alat bantu poket (Pocket hearing Aids)
v. Implan Koklea (Coclear Implant).
Berdasarkan huraian tersebut, guru-guru pendidikana jasmanai perlu mengambil inisitif semasa satu perlawanan atau kativiti sukan yang berkaiatan dengan murid bermasalah pendengaran khususnya dalam pertandingan lumba lari 100 meter. Pengubahsuaian yang boleh dibuat dengan menyediakan pengadil yang tahu mengenai bahasa isyarat agar mereka boleh menerima arahan semasa perlawanan dijalankan. Di bawah disediakan contoh bahasa iyarat dalam sukan atau permainan.


Oleh yang demikian, pengadil perlu tahu sedikit sebanyak bahasa isyarat tersebut. Ini bagi memudahkannya memberi arahan kepada pemain. Selain itu, jika jurulatih tersebut tidak mengetahui tentang bahasa isyarat, guru pengiring atau jurulatih dibenarkan untuk bersama pemain untuk memberi arahan kerana mereka tidak boleh mendengar arahan seperti murid normal.

5.0 TAHAP KECERGASAN
Indikator kecergasan merupakan teknik atau faktor untuk mengukur tahap kecergasan dan kesihatan. Terdapat pelbagai indikator iaitu
1.      Denyutan nadi
2.      Kadar pernafasan
3.      Tekanan darah
4.      Berat badan
Kadar denyutan nadi adalah indikator kecergasan fizikal yang biasa dan diaplikasikan. Terdapat 5 peringkat untuk mengira kadar denyutan nadi iaitu kadar nadi maksima, kadar nadi rehat, kadar nadi latihan, kadar nadi pemulihan dan kadar nadi sasaran.
Intensiti latihan paling mustahak dan ianya boleh dipraktikkan dan akan lebih menguntungkan dengan cara mengambil kira % tindak balas kadar nadi maksima. Aras latihan yang berkisar di antara 70-90% dari kadar nadi maksima adalah perlu untuk menghasilkan perbezaan dari segi kecergasan. Jangka masa senaman di antara 30 minit bagi setiap satu sesi dan berfrekuensi minimum sebanyak tiga kali seminggu adalah sesuai dan memadai.

  1. Kadar Nadi Maksima(KNM)
KNM=220-umur
Umur=17
KNM=220-17= 203 denyutan nadi seminit

  1. Kadar Nadi Rehat (KNR)
Kadar nadi rehat ini diambil selepas bangun dari tidur.
10 saat
15 saat
20 saat

  1. Kadar Nadi Latihan (KNL)
Kadar nadi latihan diambil sebaik sahaja selepas menjalankan aktiviti fizikal.
     
  1. Kadar Nadi Pemulihan
Kadar nadi yang diambil selepas suatu jangka masa tertentu apabila seseorang telah pulih sepenuhnya menjalani sesuatu aktiviti dan latihan.



  1. Kadar Nadi Sasaran
Kadar nadi sasaran=kadar nadi rehat(KNR) + % intensi (Kadar nadi maksima(KNM)-kadar nadi rehat(KNR)
Umur              = 17 tahun
Intensiti kerja  = 60%
Kadar nadi maksima =220-17=203 dsm
Kadar nadi rehat        =60
Kadar nadi sasaran    =60+0.6  (203-60)
                                              =145.8 dsm



6.0 ACARA PERTANDINGAN
6.1 LARI PECUT

Sejak bertahun-tahun dahulu lagi kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusi perlakuan berlari, melompat dan melontar.Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ini dianggap sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan pemerintah.Kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu khususnya kaum lelaki.Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan.
Tujuan diadakan pertandingan hanyalah semata-mata untuk mencari siapa yang lebih pantas , melompat lebih jauh daripada yang lain.Untuk mencapai hasrat ini, setiap individu akan berusaha menandingi yang lain dan akhirnya wujud ciri-ciri ingin berjaya , ingin menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat berlumba sesama individu.Mereka yang menang akan berusaha untuk meningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan.Bagi mereka yang menang akan berusaha mengekalkan kemenangan  itu atau berusaha meningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan.Bagi mereka yang gagal pula sudah tentu akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menumpaskan lawan dan muncul sebagai pemenang pula.Di sini mula wujud suatu pertandingan yang sudah tentu menarik dan mendapat perhatian orang ramai.
Olahraga ( athletics ) merupakan sukan yang menarik dan berbeza daripada kebanyakan sukan lain yang terdapat pada masa kini.Olahraga mempunyai penyertaan yang paling ramai dalam setiap perjumpaan sukan utama dunia seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA malah dalam sukan-sukan ini, olahraga adalah acara yang utama dan wajib.
Dalam olahraga terdapat banyak acara-acara ini dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu balapan dan padang.Acara-acara balapan, ialah larian pecut jarak sederhana, jarak jauh dan larian berpagar.Acara padang pula, acara-acara lontaran dan lompatan.Ada acara yang diuntukkan kepada lelaki dan untuk wanita.Acara olahraga boleh disertai oleh lelaki dan wanita kecuali acara-acara 3,000 berhalangan, baling tukul besi dan decathlon.
Biasanya seseorang itu didedahkan kepada acara-acara olahraga sejak peringkat sekolah lagi.Individu boleh memilih acara atau acara-acara yang diminatinya dan kemudiannya berusaha untuk mejadi juara dalam acara ini.Bagi mencapai hasrat ini, dia perlu dapat memahirkan diri dalam selok belok, kemahiran serta teknik acara itu supaya pencapaiannya mengatasi peserta lain dalam pertandingan.Latihan dan panduan jurulatih diperlukan dan membawanya ke puncak kejayaan.
Bagaimanapun, apakah cukup seseorang itu sekadar bergantung bulat-bulat kepada jurulatih dan apakah jurulat

6.2  DEFINISI LARI PECUT

Lari pecut dalam sukan olahraga bolehlah didefinisikan sebagai larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain.Larian terpantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kederasan tiupan angin , permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mugkin juga insentif daripada perlumbaan itu.Ini beerti larian pecut adalah larian pada kebolehan tertinggi tanpa sebarang bantuan dan pada suatu jarak tertentu yang ditetapkan, umpamanya 50 meter, 100 meter dan 200 meter.

6.3  SEJARAH LARIAN PECUT 100 METER

Larian pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Sukan Olimpik Kuno di Greek mengandungi hampir keseluruhan acara daripada acara pecut. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan berlari pecut yang diadakan di kalangan pekerja serta orang suruhan golongan bangsawan. Salah satu perlumbaan pecut yang dicatatkan ialah perlumbaan yang diadakan pada tahun 1754 di Kent, England.
            Pelbagai cara dan kaedah permulaan diadakan menyebabkan ia menjadi masalah iaitu untuk memilih kaedah yang paling sesuai digunakan. Kemudian, persetujuan dibuat dengan meletak kaki belakang berada 15-20 cm daripada garisan permulaan. Tubuh pelari pula dicondongkan ke hadapan pada sudut 90 darjah atau selari dengan padang.
            Di negara kita, perkembangan acara-acara pecut dalam olahraga terus menjadi sesuatu yang penting terutama dalam mengukur pencapaian pelari serta masa yang mereka cipta. Walaupun masih belum mampu melahirkan pelari bertaraf dunia, tetapi di peringkat Asia, kita sudah mampu melahirkan pelari handalan seperti M. Jegathesan, Rabuan Pit, M. Rajamani, T. Krishnan, Mumtaz Jaafar, Marina Chin dan G. Shanti.
            Pada awal abad ke-20, larian pecut semakin diminati dan penciptaan kasut spikes atau kasut lari menyebabkan pelari dapat berlari dengan lebih pantas dan selesa tanpa sebarang kemungkinan mengalami kecederaan pada kaki. Rekod dunia rasmi yang pertama untuk lari pecut 100 meter telah dicipta oleh Harald Anderson pada tahun 1890 dari Sweden dengan catatan masa 11.00 saat.

6.4 ACARA 100 METER

Acara 100 meter adalah dianggap sebagai acara untuk menentukan manusia terpantas dalam sesuatu kejohanan atau negara atau wilayah, malah di dunia secara tidak rasminya.Acara ini dianggap sebagai acara yang paling istimewa dan diminati ramai terutamanya di kalangan peminat sukan olahraga.Tidak hairanlah sesiapa yamg mahu menceburkan diri dalam acara larian akan terlebih dahulu didedahkan dengan acara ini.Oleh kerana masa yang diambil untuk berlari dalam acara terlalu singkat, maka segala aspek lariannya perlu diberikan perhatian oleh setiap pelari.
Boleh dikatakan semua pelari 100 meter memberi tumpuan utama kepada acara memulakan larian, iaitu satu aspek paling penting dalam acara lari pecut.Pelari akan melonjak daripada blok permulaan sebaik sahaja isyarat diberikan oleh pegawai pelepas.Kemudiannya pelari akan mula memecut dan mengekalkan pecutan itu sehingga ke garisan penamat.Sebelum berlepas, pelari akan menumpukan sepenuh perhatian kepada pegawai pelepas untuk membunyikan pistol.Pelari juga harus bijak dan pantas bertindak terhadap kemungkinan pelepas yang agak awal atau lewat melepaskan tembakan pistol.
Peringkat dalam larian pecut biasanya bermula dengan pecutan atau lonjakan daripada blok permulaan.Selepas itu barulah permulaan larian pelari akan membawa kepada peningkatan dalam kelajuan sehingga kelajuannya mencapai ke tingkat maksimum sehinggalah ke garisan penamat.Peringkat ini biasanya terdapat di kalangan pelari yang sudah terlatih atau yang sudah berpengalaman, manakala pelari-pelari baharu lebih gemar megekalkan kelajuan yang sama sepanjang larian, kecuali dicabar oleh pelari lain.Walaupun pelari lain juga boleh memberi larian , seseorang pelari seharusnya lebih menumpukan perhatian kepada lariannya sendiri, dan tidak mudah terpengaruh dengan corak dan gaya larian lawan.

6.5  PERATURAN UMUM DALAM LARIAN 100 METER

6.5.1 Permulaan
a)   Setiap peserta akan memulakan sesuatu larian secara serentak.
b)      Jarak hujung garisan permulaan sehingga garisan penamat ditanda dengan    pemasangan pita atau talian penamat.
c)      Di belakang garisan permulaan pada jarak 3 meter ke belakang biasanya terdapat  garisan pengumpulan peserta. Sebelum sesuatu permulaan diadakan, para peserta akan dikumpulkan di kawasan ini untuk diberi penerangan.
d)     Permulaan larian dilakukan oleh seorang pegawai pelepas dengan dibantu oleh penolong pelepas yang lain yang bertanggungjawab memeriksa peserta supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
e)      Permulaan biasanya dilakukan dengan cara tembakan pistol. Namun, bagi sesetengah kes seperti di peringkat sekolah atau bagi orang-orang kurang upaya, penggunaan bendera pelepas atau papan pelepas adalah memadai.
f)       Pegawai pelepas akan mengeluarkan arahan  ke garisan kepada semua peserta sebagai persediaan untuk memulakan larian. Selepas arahan itu didengar oleh semua peserta, mereka akan berada di garisan permulaan yang ditetapkan dan mendiamkan diri. Pegawai pelepas akan melaungkan sedia dan dengan pantas peserta akan mendongakkan kepala dan mengangkat badan. Pelari akan dilepaskan sebaik sahaja isyarat pelepasan dibunyikan atau diturunkan.
g)      Jika ada peserta yang meletakkan tangan menyentuh garisan permulaan, mengangkat kaki atau bergerak terdahulu sebelum dilepaskan, peserta itu akan diberikan amaran dan permulaan akan dilakukan semula.

6.5.2 Semasa Larian
a)  Setiap peserta harus berlari mengikut lorong masing-masing yang telah ditetapkan menerusi undian yang dijalankan pada awal permulaan iaitu dari mula hingga akhir. Jika ada peserta yang terkeluar atau dengan sengaja berlari di lorong orang lain, lariannya akan dibatalkan serta-merta.
b)  Peserta hendaklah membuat larian terus-menerus tanpa henti sehingga ke garisan penamat.
c)      Peserta tidak dibenarkan cuba menghalang atau mengganggu peserta lain semasa larian dijalankan.

6.5.3 Akhir Larian
a)  Tali atau pita ringan direntangkan di atas garisan penamat pada aras dada peserta. Pemenang ditentukan melalui sentuhan mana-mana pada bahagian dadanya. Peserta tidak dibenarkan menggunakan kaki, kepala atau tangan untuk menyentuh tali atau pita garisan penamat dan mendakwa bahawa dia yang mula-mula mencecah pita tersebut.
b)      Jika lebih daripada seorang peserta yang mencecah tali atau pita garisan penamat pada waktu yang sama, penentuan dibuat menerusi gambaran foto. Jika kaedah ini tidak disediakan, penentuan kan dibuat oleh pegawai-pegawai perlumbaan menerusi catatan masa yang dibuat oleh peserta tersebut.

6.6  PRINSIP DALAM LARIAN 100 METER

6.6.1 Permulaan
Terdapat banyak cara yang digunakan oleh pelari untuk memulakan larian mereka untuk mencapai permulaan yang pantas dan berkesan. Pemilihan permulaan adalah bergantung kepada keselesaan pelari dan keberkesanannya untuk berlari. Semasa permulaan, pergerakan tangan yang pantas adalah perlu dan dalam keadaan sedia, pelari seharusnya berada dalam suasana tertekan. Antara gaya permulaan adalah seperti berikut:

a)      Pelumba hendaklah berlari mengikut lorong masing-masing dengan pandangan mata ke hadapan dan garisan penamat dijadikan sasaran.
b)      Untuk memecah pita penamat, pelumba hendaklah menggunakan bahagian dadanya dan tidak bahgaian-bahagian lain.
c)      Pelari hendaklah mematuhi segala aturan dan undang-undang permulaan gaya berdiri ini.

Gaya Dekam
Terdapat  tiga jenis permulaan gaya dekam yang digunakan pelumba pelari pecut , iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.Umumnya, ketiga-tiga jenis gaya dekam ini adalah sama, hanya perbezaan ialah pada kedudukan kaki dan tangan pelumba ketika berada di garisan permulaan.Kesesuaian dan keselesaan serta keberkesanan sesuatu jenis gaya dekam bergantung kepada beberapa faktor seperti bentuk badan pelumba , sama ada tinggi ataupun rendah, masa tidak balas, kekuatan kaki serta keupayaan dalam menggabung semua faktor ini.
  1. Gaya peluru
Dalam permuaan gaya peluru, kedua-dua belah kaki pelumba diletak pada jarak lebih kurang 28cm ke garisan belakang.Ini menjadikan kedudukan kaki adalah hampir dengan garisan permulaan, dan mungkin menimbulkan kesukaran kepada pelumba untuk mendapatkan kedudukan yang selesa sebelum melonjak.Oleh itu gaya dekam jenis ini tidak digalakkan oleh mereka yang baru mengambil bahagian.Hanya pelumba yang berpengalaman mendapati jenis ini mempunyai kelebihan.

  1. Gaya Panjang
Dalam permulaan gaya dekam jenis ini, pelumba meletak kaki belakang jauh ke belakang, manakala kaki hadapan berada berhampiran dengan garis permulaan.Permulaan jenis ini didapati lebih mudah dan selesa, terutamanya bagi mereka yang baru mangambil bahagian, tetapi dari segi keberkesanan, gaya panjang tidaklah begitu memberi lonjakan yang baik.Oleh itu, gaya panjang jarang-jarang digunakan.

  1. Gaya sederhana
Gaya sederhana dalam permulaan larian pecut merupakan gabungan gaya peluru dan gaya panjang , dan sering digunakan oleh kebanyakan pelari pecut, sama ada yang baru ataupun yang sudah berpengalaman.Dalam permulaan gaya ini, kedudukan kaki belakang yang sederhana jauh atau dekat daripada garisan permulaan.Dengan demikian, kedudukan pelumba adalah lebih selesa dan pada masa yang sama mampu memberi lonjakan yang baik kepada pelumba untuk berlepas.

6.6.2 Peringkat dalam permulaan
       Kedudukan ke garisan
Setelah setiap pelumba ditentukan lorong menerusi undian, dan mereka juga sudah bersedia untuk memulakan perlumbaan, pegawai pelepas akan memberikan arahan ’Ke Garisan’ agar semua pelumba berada di garisan permulaan.Berikut adalah panduan dalam kedudukan ke garisan ini.

a)      Kaki hadapan pelumba hendaklah berada pada jarak 40 hingga 60 cm dari garisan permulaan, manakala kaki belakang pada jarak 40 cm dari kaki hadapan.Kaki hadapan ini hendaklah diselaraskan dengan kedudukan lutut kaki belakang.
b)      Kedudukan lengan pelumba hendaklah lurus di bawah bahu dan dibiarkan longgar.Bahu hendaklah pada kedudukan lebih tinggi daripada tangan.
c)      Pelumba meletak kedua-dua tangannya di belakang garisan permulaan dengan membuka ibu jari dan jari-jari lain tanpa menyentuh garisan tersebut.Jarak kedudukan kedua-dua tangan hendaklah mengikut jarak atau luas bahu.
d)     Mata hendaklah ditumpukan pada satu titik yang jaraknya lebih kurang satu meter ke hadapan, sambil fikiran ditumpukan kepada perlumbaan.
e)      Pelumba hendaklah mampu menyesuaikan kedudukan badan dan kaki serta tangan dengan blok permulaan, terutama dari segi mendapatkan keselesaan dan keseimbangan yang maksimum.


Kedudukan Sedia
Setelah peserta sudah bersedia pada garisan permulaan tanpa menggerakkan mana-mana anggota badannya, pegawai pelepas akan memberi isyarat ’sedia’ pula.Panduan dalam kedudukan sedia ini adalah seperti berikut:

a)      Lutut kaki hadapan pelumba hendaklah pada kedudukan lebih kurang 90 darjah daripada aras tanah, manakala lutut kaki belakang lebih kurang 120 darjah daripada aras tanah.Kedudukan pinggang pula hendaklah lebih tinggi sedikit daripada bahu, dan bahu pula harus tinggi daripada kedudukan kepala.
b)      Kedudukan tangan pelumba hendaklah lurus, sambil kedua-dua belah kaki menekan dengan kuat pada blok permulaan.
c)      Pandangan mata hendaklah seperti dalam kedudukan ’Ke Garisan ’.

Kedudukan Berlepas
Pegawai pelepas akan melepaskan tembakan pistol menandakan perlumbaan bermula.Ini dilakukan sebaik sahaja semua pelumba dalam kedudukan sedia.Panduan asas semasa dalam kedudukan berlepas adalah seperti berikut:

a)      Pelumba hendaklah bergerak pantas dengan meluru ke hadapan tanpa perlu menegakkan badan serta merta.Untuk bergerak pantas, kedua-dua kaki pelumba menolak dengan kuat dan pantas pada blok permulaan.
b)      Tangan diayun sekuat mungkin untuk membantu melepaskan diri daripada blok permulaan.Ini akan mewujudkan garisan lurus yang lebih kurang 45 darjah bersudut daripada aras balapan, yakni daripada kepala ke kaki.
c)      Jarak langkah pertama pelumba hendaklah tidak terlalu panjang atau terlalu pendek.
d)     Pelumba akan mula melangkah biasa selepas langkah ketiga daripada permulaan, tetapi dalam kelajuan memecut.


6.7 TEKNIK LARI DAN PECUTAN

Setelah melakukan pelepasan dengan baik daripada garisan permulaan, pelumba akan melakukan larian dan pecutan sehingga ke garisan penamat, sama ada untuk acara 100 meter, 200 meter ataupun 400 meter.Walaupun purata masa yang diambil oleh pelari 100 meter, namun cara atau teknik larian perlu disesuaikan agar masa yang singkat itu menjanjikan catatan terbaik bagi seseorang pelari pecut.
Ada beberapa aspek penting yang harus diberikan tumpuan oleh pelari pecut semasa melakukan larian dan pecutan.Ini termasuklah pergerakan tangan, pergerakan kaki, kedudukan badan dan tumpuan fikiran.Perlu diingat juga selain aspek-aspek yang hanya dimunculkan oleh pelari itu sendiri, terdapat beberapa aspek luaran yang boleh menjejaskan larian dan pecutan jika pelari tidak dapat menangani masalah tersebut.Ini termasuklah saingan dan tekanan psikologi daripada peserta lain, sorakan dan ejekan penonton, peralatan dan pakaian yang kurang selesa, pemakanan yang tidak seimbang, kecederaan tertentu , serta masalah-masalah lain yang boleh menjejaskan prestasi pelumba.

6.7.1 Pergerakan tangan
Dalam larian pecut, pergerakan tangan pelumba adalah penting.Dalam hal ini pelari hendaklah mengayunkan tangan , khususnya sikunya ke belakang, dan ayunan tangan ke hadapan tidak semestinya melepasi bahu.Ada juga pelari yang meluruskan tangan semasa mengayun ke belakang.Walau apa cara pun ayunan tangan dapat mempengaruhi kepantasan pecutan dan larian.Tanpa ayunan tangan sepenuhnya, seseorang pelari tidak akan berjaya menggerak kakinya dengan pantas.Ini bermakna pergerakan tangan dan kaki adalah gabungan penting dalam menentukan kederasan larian pecut.
Tangan pelari terayun ke belakang akan membawa ke arah siku semasa pelari memecut.Ini kelihatan ketara semasa tangan melepasi pinggang.Sudut ini akan berkurangan sehingga mencapai 90 darjah.Ayunan tangan juga membantu mengelakkan peredaran yang tidak diperlukan akibat pergerakan kaki.Pergerakan pantas serta cergas daripada peha menyebabkan badan pelari berputar ke arah belakang, dan ini harus dielakkan atau dikurangkan oleh pergerakan tepi siku.
Bahagian leher dan bahu pelari yang sedia tertekan meningkat semasa memecut.Kedudukan tangan hendaklah dalam keadaan tegang, kerana ia boleh membantu pelari merehatkan badan.Tangan pelari pula tidak seharusnya berada dalam keadaan menegang kerana ketegangan ini boleh dipindahkan ke dada dan bahu.Keadaan ini juga akan membantu pernafasan.Pelari boleh memilih sama ada jari-jari tangan dibuka atau digenggam, semasa membuat ayunan ketika berlari.Perkara yang penting sebarang kedudukan tangan pelari hendaklah menjadikannya selesa untuk berlari dan memecut.

6.7.2 Pergerakan kaki
Pergerakan kaki dan ayunan tangan dapat menentukan kederasan larian pelari.Dalam pergerakan kaki, terdapat dua perkara yang harus diberikan perhatian dalam larian pecut.Pertama ialah mengangkat lutut pada kedudukan yang tinggi dan kedua ialah penamatan atau penghabisan perlakuan drive semasa melangkah.Perlu diingat iaitu keseluruhan drive adalah berpunca daripada bahagian belakang badan.Kaki yang membuat drive hendaklah direnggang penuh ke belakang badan.
Selain itu pelari juga hendaklah belari dengan mengangkat pinggangnya ke atas bagi membantu melengkapkan drive kerana biasanya adalah sukar untuk memindahkan kaki daripada tanah apabila pinggang berada dalam kedudukan yang tinggi.Kedudukan badan hendaklah condong sedikit ke hadapan semasa berlari.Pelari seharusnya meggunakan bahagian hadapan tapak kaki untuk mendarat dan memecut.

6.8  MENAMATKAN LARI PECUT
Matlamat setiap pelari, termasuklah menghabiskan larian dalam masa sesingkat yang boleh dan lebih dahulu daripada pelari lain yang sama-sama bertanding.Semasa menuju ke garisan penamat, pelari tidak seharusnya cuba memperlahankan larian atau membuat lompatan ( dive ) untuk mencapai pita penamat. Pelari hendaklah terus belari dengan lebih pantas, dan tidak perlu sama sekali memperlahankan lariannya.Dengan membuat diving juga tidak akan membantu pelari, sebaliknya perbuatan itu belum menjamin penamatannya, malah mungkin akan membahayakan diri sendiri sahaja.
Apabila tiba ke garisan penamat, biasanya pelari akan mendepakan tangannya ke belakang dengan membiarkan dadanya ditonjolkan ke hadapan.Cara begini adalah digalakkan untuk larian pecut.Sesetengah pelari pula gemar menamatkan larian dengan menundukkan kepalanya untuk mencecah pita penamat.Tindakan begini mungkin akan menghalang penglihatan pelari atau memudahkan pelari terjatuh.Satu lagi cara pelari menamatkan lariannya ialah dengan memusingkan salah satu bahunya ke hadapan untuk mencecah pita penamat.Cara ini juga mungkin akan melambatkan perbuatan menamatkan larian kerana mungkin pelari akan mengambil masa untuk memusingkan bahunya.
Sudah tentulah pelari yang lebih awal mencecah pita penamat akan dikira pemenang, manakala pemenang kedua, ketiga dan seterusnya ditentukan oleh pencatat masa atau pengawai penamat.Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga khususnya di peringkat antarabangsa, sering berlaku pemenang acara pecut tidak dapat diputuskan oleh pencatat masa atau pegawai penamat disebabkan beberapa pelari mencecah pita penamat pada masa yang hampir sama.Jika berlaku perkara sedimikian, pemenang acara tersebut terpaksa ditentukan dengan menggunakan kaedah photo finish.Menerusi kaedah ini pemenang acara itu akan diputuskan setelah pegawai meneliti rakaman foto yang dikeluarkan selepas larian itu.Kini penggunaan peralatan elektronik menggantikan penggunaan catatan tangan yang mungkin kurang tepat diutamakan.Hal ini perlu, khususnya untuk acara pecut seperti 100 meter dan 200 meter.
Satu lagi perkara yang harus diberikan perhatian oleh pelari pecut ialah mereka tidak seharusnya terus berhenti sebaik sahaja melepasi garisan penamat.Sebaliknya mereka hendaklah terus berlari secara perlahan demi perlahan untuk beberapa meter dan diikuti dengan berjalan.Ada juga pelari yang terus berlari sejauh 100 meter lagi sebagai cara untuk mengatasi sebarang kemungkinan berlaku ketegangan otot atau masalah lain.
Seperti dalam permulaan, pecutan dan larian , pelari hendaklah mematuhi aturan
Dan undang-undang larian semasa menamatkan lariannya.Sebarang tindakan yang boleh dianggap sebagai menggangu atau menipu hendaklah dielakkan.Jika pelari memenangi perlumbaan yang diadakan, dia hendaklah menganggapnya sebagai satu kelebihan tanpa merendah-rendahkan pelari yang kalah.Pelari yang kalah pula haruslah menerima kekalahannya dengan semangat kesukanan tulen.

 7.0    PERATURAN, PERALATAN DAN PENGUBAHSUAIAN
Dari aspek peraturan pula, masalah yang dihadapi oleh pemain-pemain ini ialah mereka tidak mendengar arahan semasa pertandingan dijalankan. Seandainay pertandingan itu terbatal atas sebab seperti memulakan tanpa arahan, kaki tidak berada pada jarak yang betul dengan garisan dan sebagainya. Oleh itu, perubahan atau pengubahsuaian boleh dilakukan dengan menggunakan bendera bagi mengantikan wisel dan pistol.
Misalnya, pengadil menggunakan dua warna berbeza untuk bendera. Satu warna merah yang digunakan semasa acara bermula. Pengadil akan mengangkat bendera tersebut menandakan acara lumba lari itu telah bermula, tetapi sekiranya acara tersebut terbatal, pengadil boleh mengangkat bendera putih. Terlebih dahulu, jurulatih perlu memberitahu fungsi bendera tersebut kepada atlit mereka agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan semasa pertandingan berlansung.
Pakaian dan kasut semasa pertandingan tersebut adalah sama dengan pelajar normal. Tali  boleh digunakan untuk menunjukkan garisan penamat dalam pertandingan ini. Tali ini akan disentuh menandakan pertandingan tersebut tamat. Peserta yang paling awal menyentuh tali tersebut dikira sebagai pemenang.
Kasut lari atau spike amat penting bagi seorang pelari.Terdapat berbagai-bagai jenis kasut lari yang digunakan,tetapi sebaik-baiknya menggunakan kasut yang ringan untuk memudahkan larian dan langkahan. Paku pada spike tersebut mestilah tidak melebihi 11 batang dan tidak melebihi 25mm panjang.
Walaupun penggunaan blok permulaan (starting blok ) tidak diwajibkan,namun dalam acara lari pecut 100 meter, ia amat perlu. Malahan,dalam kebanyakkan kes bok permulaan ini telah membantu pelari meningkatkan larian mereka dan dapat mempercepatkan langkahan mereka pada peringkat permulaan. Namun demikian penggunaan blok permulaan ini perlu mengikut beberapa peraturan yang telah dtetapkan.
Semua pelari khususnya olahraga hendaklah menyediakan pakaian trek yang sesuai untuk dipakai sebelum atau selepas mengambil bahagian dalam sesuatu acara. Penggunaan pakaian ini adalah untuk mengawal suhu badan pelari.
            Setelah dikenal pasti pemenangnya, guru pengiring atau pembantu akan membawa mereka untuk pembahagian hadiah. Mereka akan naik ke atas podium mengikut nombor kemenangan yang diperoleh. Di sini juga perlu seseorang yang tahu mengenai bahasa isyarat untuk melancarkan majlis.        



  
Bibliografi

      1.     Siri Teras Sukan, Olahraga -Balapan  , Ahmad Wafi (1996)

  1. JUNJUARA PUBLICATIONS SDN BHD 1996,Manual Olahraga ,Helen Ten.

  1. Pengaharan Penidikan Jasmani dan Kesihatan, Edisi Kedua, Weng Eng Hoe (1995)
  2. Panduan Pengajaran Olahraga, Kepegawaian dan Kejurulatihan,Weng Eng Hoe (2002)