KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Wednesday 18 September 2013

CADANGAN MENGATASI MASALAH KOMUNIKASI , BAHASA DAN PERTUTURAN



Merujuk kepada masalah bahasa dan pertuturan dan komunikasi, terdapat pelbagai punca-punca yang menyebabkan kanak-kanak akan mengalami masalah ini. Justeru, pelbagai pendekatan dan pencegahan perlu dilakukan bagi membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa dan pertuturan. Antaranya ialah:
· Tempatkan murid hampir dengan guru
· Guru perlu menarik perhatian murid sebelum mulakan pengajaran
· Percakapan dan arahan guru perlu terang dan jelas
· Guru perlu mengulang arahan yang agak sukar difahami oleh murid
· Murid digalakkan untuk bercakap
· Jangan memaksa murid menghafal
· Guna pendekatan komunikatif iaitu peranan guru menjadi kurang manakala murid banyak berinteraksi
· Teknik pemusatan pembelajaran murid
· Teknik peniruan
· Teknik modelling
· Latih tubi
· Pendekatan mainan
· Guru tidak boleh tekankan murid dengan perkataan yang sukar
· Guru memberi penerangan kepada ibu bapa supaya sentiasa gunakan perkataan yang betul dan mudah.
· Pengulangan bacaan
· Menggunakan peluang persekitaran untuk menggalakkan pertuturan
· Pastikan masa dan keadaan yang sesuai untuk perbualan yang panjang dan spontan.
Peranan Guru
Di sini dapat dirumuskan bahawa langkah-langkah pencegahan untuk kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa dan pertuturan ialah dari segi peranan guru itu sendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini,guru amat penting dalam proses interaksi dengan murid-murid perlu ditempatkan hampir dengan guru. Guru perlu menarik perhatian murid sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran. Percakapan dan arahan guru perlu terang dan jelas. Guru juga perlu selalu mengulang arahan yang agak sukar difahami supaya murid dapat memahami perkara yang disebutkan oleh guru. Dalam konteks ini, murid digalakkan untuk bercakap supaya mereka dapat membiasakan diri dalam proses bahasa dan pertuturan. Namun, yang penting murid jangan dipaksa untuk menghafal dan perlulah elakkan murid daripada merasa tertekan.
Selain itu, guru perlu memastikan supaya murid-muridnya menggunakan bahasa semasa proses berinteraksi. Dapat ditekankan di sini, murid perlulah diajak berbual dan topik yang dibualkan itu mestilah berkaitan dengan pengalaman murid tersebut. Langkah seterusnya ialah guru perlu memberi pendekatan komunikatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, peranan guru menjadi kurang. Hal ini supaya murid banyak berinteraksi .Melalui pendekatan komunikatif ini, murid-murid akan mempunyai kecekapan untuk berkomunikasi. Di dalam aktiviti komunikatif ini, aktiviti yang dirancang kepada kemahiran lisan iaitu mendengar ,menyebut, bertutur, berbincang dan membentuknya di dalam penulisan. Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan kemahiran komunikasi kepada murid-murid. Gerak kerja dijalankan di dalam kumpulan kecil dan tidak mengasingkan murid-murid yang cerdas. Dengan ini, berlakulah kerjasama iaitu murid-murid cerdas membantu murid-murid bermasalah.
Di samping itu, aktiviti peniruan juga boleh digunakan untuk menggalakkan murid-murid bertutur contohnya, guru menunjukkan budak sedang berlari sambil menyebut Dia sedang berlari”. Seterusnya kanak-kanak mungkin hanya menyebut “dia”.Guru terus mengulang perkataan secara berkali-kali sehingga murid dapat menjawab dengan baik. Langkah seterusnya adalah melalui aktiviti modeling iaitu guru memerlukan seorang pembantu untuk membantunya sebagai model. Di sini model menunjukkan gambar kepada kanak-kanak manakala murid-murid mendengar apa yang dipertuturkan oleh model tersebut. Di sini murid-murid akan mendengar dan mula berbahasa dan bertutur dengan baik. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga, penggunaan bahasa yang sukar perlu ditukar kepada bahasa yang mudah untuk difahami, Murid-murid yang mengalami masalah akan dapat berbahasa dengan baik apabila guru mula menggunakan bahasa yang mudah dan senang difahami.
 Peranan Ibu bapa
Di samping itu, peranan ibu bapa juga amat penting di dalam penggunaan bahasa dan pertuturan. Di ruman ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam proses berinteraksi. Di sini ibu bapa memerlukan penggunaan bahasa yang betul, mudah serta ringkas pada permulaannya. Lama-kelamaan anak-anak dapat berbahasa dan bertutur dengan baik dan ini memepengaruhi penggunaan bahasa yang baik oleh kanak-kanak. Ibu bapa juga perlu melatih anak-anak supaya berkomunikasi dengan baik , supaya anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan penggunaan bahasa dan pertuturan. Di sini, peranan ibu bapa itu sangat penting dalam penggunaan bahasa yang betul seterusnya mempengaruhi pertuturan kanak-kanak.
 Panduan atau langkah Pencegahan
Masalah artikulasi
Oleh kerana gangguan artikulasi memang berlaku kepada kanak-kanak kecil,kematangan dan bimbingan tentang penyebutan perkataan dengan betul oleh adalah mencukupi untuk mengatasi masaalah.Tumpuan hanya diperlukan kepada kanak kanak yang menunjukan gangguan yang melampau .
Guru boleh mengajar kanak-kanak ini melalui latihan pendengaran, stimulasi bunyi dan program pemulihan. Latihan pertuturan reaksi, minat kanak kanak dan jumlah perkataan yang digunakan untuk bertutur bersama teman rakan sebaya.
Eisesson dan Olgilvie (1976) mencadangkan tiga langkah yang boleh digunakan untuk memperbaiki masalah artikulasi iaitu;-
· Mengajar kanak kanak mengenal masalah artikulasi yang di hadapinya dan melatih untuk menyebut perkataan dengan betul.
· Mengajar penyebutan perkataan secara berangsingan suku kata dan dalam bentuk perkataan.
· Mengajar kanak kanak menggunakan bunyi yang betul dalam pertuturan.
Langkah Atau Panduan Pencegahan Masalah Gagap
West (1996) mencadangkan bahawa masalah gagap boleh dikurangkan melalui beberapa cara iaitu;-
· Psikonalisis
· Khayalan mental untuk membentuk kebolehan mengambarkan sesuatu.
· Latihan negatif iaitu menghilangkan gagap dengan menyedarkan penutur tentang gagap yang dialami dan melatihnya bertutur dengan sempurna.
· Latihan penggunaan tangan yang mahir sama ada atau tangan kanan atau kiri untuk menulis dan membaca supaya kelemahan atau kelumpuhan otak dapat dipulihkan.
Masalah ini dapat diatasi daripada pakar pertuturan, ahli psikoterapi dan ahli psikonalisis yang memberi latihan pertuturan,pembacaan dan imaginasi.
Agensi yang Memberi Perkhidmatan Kepada Kanak-kanak Cacat Pertuturan
Di Malaysia, perkhidmatan terhadap kecatatan pertuturan masih lagi berkurangan.Ia mungkin disebabkan oleh tanggapan segolongan besar masyarakat yang merasakan bahawa masalah artikulasi, bunyi, gagap, sumbing, dan kelewatan bertutur bukannya satu kecacatan tetapi masalah semulajadi yang tidak boleh dipulihkan. Kecacatan kelumpuhan otak digolongkan ke dalam kecacatan spastik.Dengan itu,hanya masalah pertuturan yang disebabkan oleh kurang pendengaran yang digolongkan sebagai bisu. Dan pekak yang telah mempunyai perkhidmatan tertentu.
Biasanya, kanak-kanak yang bisu dan pekak boleh mendapatkan perkhidmatan latihan pertuturan di Bahagian Pediatrik, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan klinik-klinik swasta. Jika dibandingkan dengan kanak-kanak bisu dan pekak yang di anggarkan oleh Baharudin dan Shaharudin (1958) kanak-kanak yang berumur di antara 0-6 tahun iaitu seramai 3,902 orang yang meningkat pada hari ini,tentunya perkhimatan yang ada sekarang ini tidak mencukupi.Ini berlaku,terutamanya apabila pekhidmatan yang diberikan oleh klinik swasta mengenakan bayaran yang mahal, hanya kanak-kanak daripada keluarga kelas atasan sahaja yang mampu untuk mendapat perhidmatan ini.
Untuk mendapatkan perkhimatan pendidikan yang formal pula, kanak-kanak ini akan ditempatkan di sekolah khas, kanak-kanak bisu dan pekak atau kelas pencantuman iaitu sekolah biasa yang mempunyi kelas dan guru khas yang boleh mengajar kanak-kanak ini seperti kanak-kanak lain.
 Doktor
Lazimnya, doktor bedah akan membetulkan bibir sumbing dalam lingkungan usia tiga bulan dan akan melakukan pembedahan rekonstruktif terhadap rabit lelangit apabila bayi meningkat usia sembilan bulan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat di antara pakar -pakar bedah tentang masa yang paling sesuai untuk melakukan pembedahan, dalam keadaan -keadaan tertentu seperti sindrom pierre robin misalnya, pembedahan rekonstuktif ke atas rabit lelangit mungkin dilakukan lebih lewat daripada itu. Dalam keadaan ini, bahagian dagu sianak terbentuk terlalau kecil sehingga kerap menyekat saluran pernafasannya. Dia juga mengalami masalah sukar untuk bernafas dan sukar menyusu. Keadaan ini sering memerlukan rawatan intensif dari peringkat awal kelahiran bayi.
Pertuturan si anak lazimnya akan kedengaran sengau. Rabit lelangit juga menjejaskan fungsi tiub eustachio yang menghubungkan bahagian mulut dengan bahagian telinga. Akibatnya, cecair mudah bertakung di belakang dinding telinganya. Ini akan menjejaskan pendengarannya. Dia perlu dirawat dengan ubat -ubat tertentu atau melalui pembedahan kecil untuk mengeluarkan cecair tersebut.
Pakar kanak -kanak khususnya perlulah menjalankan penilaian yang menyeluruh supaya kecacatan -kecacatan lain, jika ada, dapat dikesan. Daripada penilaian ini, dapatlah program -program yang komprehensif dijalankan bagi kanak -kanak ini. Khidmat pakar gigi juga penting dalam melatih kanak -kanak itu bercakap tanpa nada sengau. Pakar telinga, hidung dan tekak pula adakalanya perlu memberi rawatan kepada anak -anak ini jika pendengaran mereka kurang baik akibat takungan cecair pekat dalam dinding telinga.
Patologis Pertuturan - Bahasa
kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan atau bahasa juga perlu berjumpa dengan pakar Patologis Pertuturan. Ini adalah untuk membantu seseorang kanak-kanak tersebut supaya boleh menjalani yang sewajarnya dalam kaedah-kaedah yang tertentu dalam membuka artikulasi untuk mengeluarkan suara dan sekaligus dapat bercakap. Seseoarang pakar Patologis Pertuturan – Bahasa bertanggungjawab untuk mencegah, mengenalpasti dan menilai masalah-masalah pertuturan dan bahasa serta melakukan rehabitasi yang sewajarnya bagi kanak-kanak dan dewasa yang mengalami masalah ini



3 comments:

  1. bagaimana dengan murid yg bermasalah pembelajaran agar mereka mendapat manfaat daripada arahan seorang guru

    ReplyDelete
  2. kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran . bagaimana anda mengendalikan kanak-kanak di dalam kelas supaya mereka akan mendapat manfaat daripada arahan anda

    ReplyDelete
  3. Salam cikgu sue...info yang diberikan banyak membantu saya memahami pendidikan inklusif ini. Saya juga berminat ingin mengetahui cara-cara mengatasi dan mendidik murid-murid yang bermasalah pembelajaran dengn lebih mendalam lagi. Terima kasih atas perkongsian di atas.

    ReplyDelete