KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Tuesday 5 November 2013

CONTOH KERTAS KERJA PEMBUDAYAAN INKLUSIF PERINGKAT SEKOLAH



PROGRAM PEMBUDAYAAN INKLUSIF MURID BERKEPERLUAN KHAS
PERINGKAT SEKOLAH, SK FAKEH ABD SAMAD, KUANTAN.


1.            RASIONAL

Bertujuan memenuhi hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi meningkatkan kesedaran tentang murid berkeperluan khas peringkat sekolah.


2.            OBJEKTIF

2.1             Meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti sekolah tentang 
               murid berkeperluan khas.

2.2            Menjalinkan kerjasama dalam kalangan komuniti sekolah termasuk
                         Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) melalui pelbagai aktiviti
                         peringkat sekolah secara inklusif.

2.3             Memastikan perkembangan murid berkeperluan khas secara holistik
               dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosio emosi, sahsiah dan rohani.


3.            CADANGAN TARIKH, TEMPAT DAN MASA


3.1 Tempat    :           SK Fakeh Abd Samad
3.2 Tarikh      :           11 – 13 November 2013
3.3 Masa        :           8.00 pagi – 1.30 tengahari


4.            CADANGAN AKTIVITI

4.1         Bicara Akademik
4.2         Sukaneka
4.3         Mencari Harta Karun
4.4         Permainan Dalam (Indoorgame)
4.5         Gotong royong keceriaan


5.            KOS DAN SUMBER

4.1 Kos           : RM 9,000.00
4.2 Sumber   : Peruntukan kewangan sub waran KPM/JPN
4.3 Anggaran perbelanjaan (rujuk lampiran 2)


6.            TENTATIF PERLAKSANAAN

TARIKH
PERKARA
TINDAKAN
29 Okt
Terima surat  daripada BPkhas
Guru Besar
31 Okt
Taklimat program di BPkhas
Guru Besar
GPK Pkhas
1 Nov
Mesyuarat
Guru Besar
GPK Pentadbiran
GPK HEM
GPK KOKO
GPK Pkhas
PIBG
KPT
6 Nov
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana
Pentadbir
Penyelaras
Ketua AJK
7-8 Nov
Penyediaan alatan
Jawatankuasa
yang terlibat
11 Nov
Bicara Akademik
GPK PENTADBIRAN
PIBG
Semua Guru
Ibu bapa dan staff
12 Nov
Sukaneka dan Mencari Harta Karun
GPK KOKO
Semua murid dan guru
13 Nov
Permainan Dalam ( Indoorgame)

GPK KOKO
Semua murid dan guru.
11-13 Nov
Gotong Royong Keceriaan dan
GPK HEM
Warga sekolah
PIBG
Pekerja Sekolah
18 Nov
Penyediaan dokumentasi
Pentadbir

Akhir Nov
Pembentangan laporan aktiviti
Guru Besar


7.            KESIMPULAN

Impak dari program yang dijalankan dapat menjelaskan pembudayaan inklusif dalam menyebarkan kesedaran tentang murid berkeperluan khas. Kerjasama yang sepadu dapat membentuk keseluruhan komuniti sekolah yang prihatin dan bersikap terbuka.




LAMPIRAN 2

ANGGARAN PERBELANJAAN YANG DICADANGKAN.

BIL
PERKARA
PERBELANJAAN
1.
Bicara Akademik:

2.1 Persiapan tempat
2.2 Cendehati
2.3 Kudapan



RM 200.00
RM 900.00
RM 1,000.00
2.
Sukaneka ,  Mencari Harta Karun dan Indoorgame

2.1 Peralatan
2.2 Hadiah
2.3 Persiapan tempat
2.4 Kudapan


RM 800.00
RM 1,400.00
RM 200.00
RM 1,500.00

3.
Gotong Royong Keceriaan

3.1 Peralatan
3.2 Kudapan


RM 1,500.00
RM 1,500.00

4.
JUMLAH KESELURUHAN
RM 9,000.00