KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Thursday, 31 January 2013

BERATNYA TANGGUNGJAWAB ATAU MENGELAK DARI BERTANGGUNGJAWAB

Mutakhir ini ramai guru-guru memilih bidang pendidikan khas sebagai bidang baru. Mengubah haluan itu sesuatu yang amat baik dalam peningkatan profesioanlisme sebagai seorang guru.  Namun harus diingat bahawa ada bermacam-macam versi yang sedang berlaku sekarang. Sebahagian guru pendidikan khas merasakan beratnya tanggungjawab yang harus dipikul dalam sesuatu organisasi sekolah. Namun  tugas tersebut dapat dilaksanakan dengan baik demi profesion sebagai seorang guru. Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang seharusnya seorang guru itu mengumpul sebanyak pengalaman dan mengutip sebanyak mana pengalamn itu dan dapat diaplikasikan dalam program pendidikan khas. Secara tidak langsung pendidikan khas akan sama cemerlang dengan sekolah.

Terdapat juga yang beranggapan sebagai guru pendidikan khas tidak boleh memegang tugas yang berat kerana perlu utamakan kelas pendidikan khas. Benar sekali kerana  setiap orang guru pendidikan khas perlu mengutamakan kelas pendidikan khas.  Tetapi  mengutamakan itu atas dasar mengelakkan dari pelbagai beban tugas sedangkan di pendidikan khas tidak ada pun usaha-usaha yang dijalankan untuk mencapai target.

Pengalaman menjadi seorang guru bukan terhad dalam satu bidang sahaja.........sekiranya guru lain boleh menerima muird khas kita dalam kelas inklusif kenapa tidak kita juga sama menghulur tangan memberikan sumbangan dalam pelbagai aspek. Bak kata orang dulu kita marah orang labelkan  dan asingkan murid pkhas tetapi mutakhirnya guru pendidikan khas sendiri yang melabelkan diri sendiri dan mengasingkan diri dari orang lain.......