KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Thursday 28 November 2013

KANAK-KANAK BERMASALAH SOSIAL DAN TINGKAH LAKU

 KANAK-KANAK BERMASALAH SOSIAL DAN TINGKAH LAKU

SOALAN:
1. Jelaskan konsep dan ciri kecelaruan emosi dan tingkah laku.
2. Jelaslan definisi autisme, jenis, ciri-cir, dan perkembangan kanak-kanak autisme.
3. Terangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak autistik daripada segi sosial dan pendidikan.
4. Cadangkan bantuan yang sesuai diberi kepada kanak-kanak autistik.
5. Bincangkan jenis aktiviti/latihan yang terkandung dalam kurikulum bagi kanak-kanak autistik.

KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU
• Kecelarauan emosi dan tingkah laku merujuk pada keadaan emosi dan tingkah laku tidak stabil yang berterusan untuk satu jangka masa sehingga mengganggu pembelajaran.
Penunjuk/Indikator
• Berpencapaian rendah –tidak tahu puncanya
• Gagal dalam perhubungan dengan guru dan rakan sebaya
• Perlakuan tidak sesuai dengan keadaan—contoh: senyum apabila sakit
• Muram, tidak gembira dan sentiasa bersedih
• Dalam keadaan tertekan-menunjukkan kelakuan ekstrim---contoh: menggigil bila nama dipanggil (Bower, 1982).
• Menunjukkan tingkah laku devian

AUTISM SPECTRUM DISORDER
• Autisme tergolong dalam gangguan tingkah laku atau emosi. Individu yang autistik menunjukkan kekurangan tindak balas (responsiveness) kepada orang lain.
• Autisme merangkumi masalah utama dalam komunikasi, corak pertuturan, dan menunjukkan respons yang ganjil terhadap objek-objek tertentu.
2
• Autisme berbeza dengan sckizophrenia kerana kanak-kanak autistik dapat dikenalpasti sebelum usia mencapai 30 bulan sedangkan schezophrenia merupakan gangguan yang mula lepas satu tempoh perkembangan yang normal.
DEFINISI AUTISME
• Istilah autisme berasal dari perkataan autos (bermakna diri sendiri) dan isme (aliran) yang bermakna “berada dalam dunia sendiri”.
• Pada 1943, Leo Kanner telah mengenal pasti tanda-tanda yang menunjukkan ciri autisme, dan menggunakan istilah autistic yang bermakna: “lari dari realiti”.
• Kanner membezakan autisme dengan schizophrenia dlm tiga aspek iaitu: mengasingkan diri secara melampau sejak dari kecil, terlalu sayang pada sesuatu objek, dan keinginan yg sangat kuat untuk bersendirian.
• Definisi autisme (Persatuan Autisme Amerika Syarikat):
“Austisme adalah ketidakupayaan yang rencam yang pada kebiasaannya kelihatan pada masa kanak-kanak itu belum meningkat umur tiga tahun. Keadaan ini adalah kesan daripada kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi otak. Autisme dan tingkah laku yang berkaitan dengannya dianggarkan terdapat dalam 1 daripada 500 individu. Kekerapan kanak-kanak lelaki mengalami autisme adalah empat kali ganda daripada kanak-kanak perempuan.”
Konsep autism
• Kauffman (1993), menyifatkan autisme sbg “Pervasive developmental disorder” kerana ia menjejas kesemua jenis fungsi dan dikenalpasti sebelum kanak-kanak mencapai usia 3 tahun.”.
• Definisi dan konsep autisme oleh Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM):
“Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya pada masa 30 bulan pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan yang luas. Kerap sekali, mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran teknikal, ataupun dalam seni muzik, “rote memory” dan lain-lain.”
• Terdapat kontroversi tentang konsep autisme (sama ada kecelaruan tingkah laku atau masalah kesihatan), dan keputusan ialah meletakkan autisme sebagai satu ketidakupayaan yang tersendiri di bawah Disabilities Education Act (1990).
• Hans Asperger – orang yg. pertama menemui autisme di sekitar 40-50an
3
Kadar kejadian:
• 5 dlm 10,000 org. (autisme tulen)
• 15 dlm 10,000 org. (ada ciri-ciri autisme)
• lebih kerap terjadi pd kanak-kanak lelaki
• tanpa mengira bangsa dan SES
Tahap: Low functioning autism to High functioning autism
• Keperluan kanak-kanak autisme meliputi semua aspek spt perlakuan, sosial, akademik dan fizikal.
• Ciri-ciri utama autisme ialah:
▫ * Extreme isolation/aloneness- kurang hubungan verbal dan fizikal
* Keinginan yang kuat untuk mengekalkan semua benda dalam keadaan yang sama

Sub Kumpulan Autistik
1. Sindrom Asperger
▫ Mempunyai ciri seperti pemikiran yang konkrit, terlalu memikirkan mengenai sesuatu topik, ingatan yang baik dan mempunyai sikap yang ganjil serta luar biasa.
▫ Individu ini boleh dianggap sebagai mempunyai tahap kefungsian yang tinggi dan layak untuk mempunyai pekerjaan dan boleh hidup berdikari (Reed, 1999)
2. Sindrom Fragile X (menunjukkan ciri autism)
• Merupakan satu bentuk kurang upaya kognitif (mental retardation), “long arm” di mana pada kromosom X adalah terjerut.
• Lebih 15% daripada individu yang mempunyai Sindrom Fragile X menunjukkan tingkah laku dan ciri-ciri Autisme.
• Tingkahlaku ini termasuklah pertuturan atau perkembangan bahasa yang lewat, hiperaktif, “eye-contact” yang lemah dan menggoyangkan tangan.
• Kebanyakan individu ini berfungsi pada tahap masalah ringan kepada sederhana.
• Semakin mereka membesar, perkembangan fizikal mereka menampakkan keunikan yang jelas seperti muka dan telinga yang panjang serta mungkin menghadapi masalah jantung (Edelson, 1999)
3. Sindrom Landau-Kleffner (menunjukkan ciri autism)
▫ Menunjukkan banyak tingkah laku Autisme seperti mengelakkan diri daripada bersosial, mahu kepada rutin yang sama dan bermasalah dalam bahasa.
▫ Individu ini sering dianggap sebagai menghadapi ‘regresssive” Autisme kerana mereka menunjukkan ciri seperti normal sehingga berumur 3 hingga 7 tahun.
4
▫ Mereka biasanya mempunyai kemahiran bahasa yang baik tetapi kemudian hilang keupayaan untuk bercakap.
▫ Mereka juga mempunyai corak gelombang otak yang tidak normal jika dianalisa corak EEG semasa tidur (Edelson, 1999)
4. Sindrom Rett (menunjukkan ciri autism)
▫ Merupakan kecelaruan neurologi yang terjadi secara berperingkat yang memberi lebih kesan kepada anak-anak perempuan dan berkembang antara umur ½ atau 1 ½ tahun.
▫ Sebahagian daripada ciri tingkah laku termasuklah kehilangan pertuturan, mengulang memulas tangan, menggoyangkan badan dan mengelak daripada bersosial.
▫ Individu ini biasanya mempunyai tahap ketidakupayaan mental yang teruk dan sangat teruk (Reed, 1994).
5. Sindrom Williams (menunjukkan ciri autism)
▫ Mempunyai ciri-ciri Autisme termasuklah perkembangan yang lambat dalam bidang bahasa, sensitive kepada bunyi, tiada tumpuan dan mempunyai masalah sosial.
▫ Bagi menunjukkan perbezaan tentang sub kumpulan Autisme, mereka yang mempunyai sindrom ini lebih bersosial dan menghadapi masalah jantung (Edelson,1999)
CIRI KANAK-KANAK AUTISME
CIRI-CIRI
5
- Gangguan Deria
• sensitif pada sentuhan
• Tidak suka dipegang atau dipeluk
• Sensitif pada bunyi yang kuat dan menutup telinga
• Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain
• Kurang sensitif pada rasa sakit ataupun perasaan taku.
6
MASALAH KANAK-KANAK AUTISTIK
1. Kekurangan dari segi sensori
2. Pengasingan afektif yang teruk
3. Stimulasi kendiri
4. Kemarahan yang tiba-tiba / Tantrums & perlakuan ‘self-mutilatory’
5. Pertuturan ‘echolalic’
6. Masalah tingkah laku
7. Masalah Komunikasi
PUNCA AUTISME
• Punca sebenar autisme adalah kompleks dan dalam banyak kes, punca yang menyebabkan autisme tidak diketahui.
• Kajian-kajian kini lebih tertumpu pada masalah genetik, masalah semasa dan selepas kelahiran, kefungsian otak, dan faktor-faktor neurochemical dan imunilogikal.
1. Gangguan Biologi terhadap operasi mental
▫ - Dipengaruhi oleh genetik, neurobiological/faktor biokimia atau gabungan kedua-dua faktor
2. Ketidakfungsian otak
▫ - Terdapat bukti yang kukuh babawa ketidakfungsian serebelum, sistem limbik, temporal lobe, dan cortex merupakan punca autisme. Walaupun faktor neurologi diterima sebagai punca autisme, tetapi punca kecacatan neurologi tidak dapat dikenal pasti.
3. Faktor genetik
▫ - Genetik (adik-beradik kpd individu autistik lebih berisiko mengalami autisme berbanding dengan orang lain (terutama kembar seiras), juga berkaitan dgn kecelaruan genetik spt Fragile X syndrome dan phenylketonuria (PKU)
4. Faktor Persekitaran:
a. Faktor keluarga - hubungan kanak-kanak dengan ibu bapa/penjaga (pengasingan/deraan seksual); susunan kedudukan adik-beradik iaitu anak sulung dlm keluarga yang mempunyai dua orang anak, anak ke-4 atau yang berikutnya bagi keluarga yang ada emapat orang anak atau lebih (Gargiulo, 2003)
b. Komplikasi semasa dan selepas kelahiran – jangkitan rubella semasa dalam
kandungan ibu, encephalitis, kekurangan oksigen semasa lahir.
c. keracunan makanan, dan penyakit begok (mumps)
d. Masalah pencernaan (susu) yang kurang baik (protein daripada makanan tidak bertukar menjadi asid amino ataupun pepton utk dikeluarkan, jadi ia diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah dan dibawa ke otak menyebabkan kerosakan sel-sel otak dan menyebabkan sel otak terganggu).
7
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISTIK
• Kognitif:
- mempunyai daya kognitif yang lemah atau tinggi, atau bakat yang mengkagumkan (con: melukis)
- mempunyai tumpuan yang singkat, tetapi memberi tumpuan yang berlebihan kpd perkara yang disukai (disebut sbg stimulus overselectivity). Mereka mungkin tertarik dan menumpu perhatian terhadap sesuatu aspek (contoh: warna merah pd alat mainan)
- Boleh menerima imput daripada deira tetapi tidak berupaya memilih maklumat yang penting.
- Tidak boleh mengekalkan maklumat dlm jangka masa yang lama dan tidak berupaya membuat penyesuaian terhadap maklumat untuk proses pembelajaran
• Bahasa:
- Bahasa adalah terhad dan tidak fleksibel.
- Ketika bertutur, bergantung pd ingatan secara hafalan daripada menggunakan peraturan asas bahasa secara kreatif.
- Tajuk perbualan adalah terhad dan mempunyai masalah dalam bahasa badan (gesture) yang bersesuaian.
- Pertuturan: guna irama yang stereotaip atau berlagu dengan bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan, guna nada yang monotonus, dan tidak menunjukkan intonasi yang berbeza dalam percakapan.
- Mempunyai bahasa mereka yang tersendiri iaitu perkataan dan frasa yang dikeluarkan adalah unik; bentuk bahasa menunjukkan semantik yang ganjil dan kekurangan dalam kefahaman
- Menggunakan ganti nama yang mengelirukan, con: ‘you’ utk diri dan ‘I’ utk orang lain.
• Emosi :
- Sukar membuat hubungan emosi dengan orang lain kerana tidak sedar bahawa perasaan tertertentu ditunjukkan dalam cara yang tidak disalah faham (con: ketawa geli hati tetapi wujud dlm keadaan sosial yang tidak sesuai)
- Tidak menyembunyikan perasaan suka atau tidak suka kepada orang lain (con: menunjukkan kemesraan yang melampau)
- Menunjukkan ekspresi muka yang berbeza-beza, kedudukan (posture) badan yang kaku, dan suara yang mendatar atau monotonous.

CARA MEMBANTU KANAK-KANAK AUTISME
1. Pengesanan awal
2. Rancangan pra-sekolah – pengurusan tingkah laku & pengembangan kemahiran
3. Pengajaran kemahiran vokasional & kemahiran yg. seimbang
8
4. Perlanjutan program utk menggalakkan kemampuan diri & sediakan rekreasi yg. bersesuaian.
5. Perlu ada guru khas dgn nisbah guru-murid yg. tinggi dan juga khidmat ahli psikologi
6. Kaedah pengajaran: terapi modifikasi tingkah laku utk mengajar tingkah laku yg. tertib dan kebolehan hidup asas
7. Aktiviti kebajikan & program masyarakat
8. Rawatan: makanan tambahan utk mengurangkan tingkah laku hyperactivities dan ubat spt afalex

PERKHIDMATAN INTERVENSI
• Proses intervensi bermula sebaik sahaja masalah ini dikesan. Menurut Ericson (87), tiada satu cara yang betul-betul berkesan untuk memulihkan autisme):
• Peringkat permulaan:
- Rawatan perubatan:
* ritalin (utk rawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif)
* Vitamin B6 bersama magnesium (tingkatkan tumpuan)
* tranquilizers & antipsychotic drugs
* makanan tambahan: Efalex & Bio Life (untuk mengurangkan gejala hiperaktif)

AUTISME: PENGESANAN DAN RAWATAN
• Pengesanan: pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak
• Rawatan: Ericson (87): tiada satu cara yang betul-betul berkesan untuk memulihkan autisme
* beri tranquilizers & antipsychotic drugs untuk pengurusan pesakit
* makanan tambahan: Efalex & Bio Life (untuk mengurangkan gejala hiperaktif)
* terapi tingkah laku:
 Applied Behaviour Analysis (ABA) Oleh Dr. Lovaas
 Parent Response for Autism (PR4A), Pakar: Dr. Sazmani (HUKM)
• Pengurusan tingkah laku (strategi dan teknik untuk menambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran dan mengurang atau menghapuskan tingkah laku kurang sesuak) :
* terapi tingkah laku:
 Applied Behaviour Analysis (ABA) Oleh Dr. Lovaas
 Parent Response for Autism (PR4A), Pakar: Dr. Sazmani (HUKM)
 Time-out
 Pengasingan
 Shaping (guna ganjaran, dendaan…)
• Program intervensi lain (di USA):
- Perkhidmatan dan bantuan teknologi
- Perkhidmatan jururawat sekolah
- Latihan dan kaunseling ibu bapa
9
- Perkhidmatan pemakanan/nutrisi
- Program kebudayaan dan kesenian (seni, muzik, dan tarian)
- Terapi cara kerja
- Terapi bahasa dan pertuturan
KURIKULUM AUTISME
1. Kemahiran beri tumpuan/ Attending Skills
• Duduk di kerusi sendiri
• Pandang (eye contact) ketika nama dipanggil
• Pandang bila disuruh: “Padang Saya”
• Respons kpd arahan: “Turunkan Tangan”
2. Kemahiran Peniruan
• Tiru pergerakan motor kasar
• Tiru tingkah laku dengan objek
• Tiru pergerakan motor halus
3. Kemahiran bahasa ‘Receptive’
• Kenal pasti bahagian badan
• Kenal pasti objek
• Kenal pasti gambar/orang
4. Kemahiran bahasa ‘Expressive’
• Tunjuk ke arah item bila ditanya “Anda nak apa?”
• Tiru bunyi/perkataan
• Label objek/manusia
• Buat pilihan
• Jawab soalan sosial
5. Kemahiran Praakademik
• Matematik- kenalpasti bentuk/angka
• Kira objek
6. Kemahiran bantu diri
• Minum dari cawan
• Guna garpu dan sudu utk makan
• Buka kasut/sarung kaki/pakaian
• Tiolet- training

SOALAN:
1. Jelaskan konsep ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder).
2. Terangkan ciri kanak-kanak dengan ADHD.
3. Jelaskan punca ADHD
4. Apakah kaedah yang sesuai digunakan untuk mengajar kanak-kanak ADHD?
ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder)
• Hiperaktif adalah istilah yang digunakan kpd kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif (overactive) dan mengganggu (disruptive)
• Persatuan Psikologi Amerika (APA) mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan psikoligi dengan petanda-petanda yang dapat dikesan sebelum umur tujuh tahun.
• Merupakan satu corak tidak memberi tumpuan, impulsif, dan/atau hiperaktiviti-impulsif yang lebih kerap dan teruk berbanding kebiasaan yang dilihat pada individu pada tahap-tahap perkembangannya.
• Masalah utama: kurang tumpuan atau tumpuan yang singkat
• Ada dua masalah: terlampau aktif dan kurang tumpuan
• Istilah:
- Attention Deficit Disorder (ADD)
- Attention Deficit-Hyperactivity Disorder (ADHD)
• Kini, hanya ADHD digunakan (tegaskan dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders-IV atau DSM-IV)
Definisi ADHD diberi oleh Persatuan Psikologi Amerika/APA (Marilyn Friend, 2005):
• ADHD- kurang tumpuan
▫ Petunjuk utama: kurang tumpuan; kanak-kanak ADHD mungkin meninggalkan bahagian mustahak tugasan yang diberikan, kerap mengelamun dalam kelas, tidak teratur, dam kerap kali pelupa.
• ADHD- hiperaktif-impulsif
▫ Petunjuk utama: kurang tumpuan + hiperaktif iaitu jumlah pergerakan yang sangat tinggi, dan impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir (con: ketuk meja, berlari-lari, banyak bercakap).
• ADHD- gabungan
▫ Kanak-kanak mempunyai petunjuk kedua-dua ciri di atas, iaitu tidak ada tumpuan dan hiperaktif-impulsif.
Ciri Perkembangan Kanak-Kanak ADHD
1. Kognitif
- Masalah ingatan jangka pendek (con: tidak dpt ingat arahan yg. diberi kepadanya)
- Ada keupayaan kognitif yang normal
11
2. Akademik
- Berpencapaian rendah atau tinggi, boleh mengikuti pelajaran sekiranya menerima
intervensi, ada yang tergolong dlm kategori pintar cerdas dan berbakat.
3. Sosial dan Emosi
- Tidak berupaya mengawal emosi, menjadi temper-tantrum
- Lebih cenderung mengalami kemurungan.
- Kerap menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dengan tuntutan sosial di sekolah dan juga di tempat lain
- Kanak-kanak ADHD hiperaktif-impulsif bersifat agresif

CIRI TINGKAH LAKU KANAK-KANAK DENGAN ADHD
• Tidak memberi perhatian (Inattention)
▫ Sukar mendengar dan mengikut arahan, mudah distracted
▫ Gagal memberi tumpuan yang teliti atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti yang lain
▫ Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja tugasan yang diberi
▫ Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti –aktiviti
▫ Tumpuan mudah bertukar daripada satu aktiviti ke satu aktivti yang lain
▫ Kerap mengelak , tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama
▫ Selalu kehilangan barang seperti alat tulis mainan dll
▫ Mudah pelupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia dan keupayaan

 Hyperactivity
▫ Tidak boleh duduk diam dan seolah-olah mempunyai tenaga berlebihan
▫ Kerap menggerakkan tangan atau kaki atau menggeliang- geliut di tempat duduk
▫ Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas
▫ Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakkan masa kelihatan kekok
▫ Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah dengan senyap
▫ Selalu bercakap banyak
▫ Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah “digerakkan oleh motor”

 Impulsivity
▫ Tidak dapat mengawal diri daripada membuat sesuatu tingkah laku secara spontan dan rawak walaupun tidak sesuai dengan keadaan.
▫ Selalu memberikan jawapan sebelum soalan lengkap diajukan.
▫ Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran.
▫ Sering menggangu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain.
▫ Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan.
▫ Bersifat agresif dan kerap memulakan pergaduhan dan pertengkaran.
• Murid ADHD tidak semestinya menunjukkan ketiga-tiga ciri tersebut. Namun satu ciri yang ketara ialah mereka tidak mempunyai kebolehan untuk mengawal dan menahan diri daripada melakukan pemikiran dan/atau tingkah laku yang tidak sepatutnya.

PUNCA ADHD
1. Faktor Fisiologikal
• Faktor keturunan
▫ Kanak-kanak yang ibu atau bapanya mengalami ADHD berkemungkinan tiga kali ganda mempunyai ADHD.
• Perbezaan fungsi otak

▫ 3 bahagian otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia, dan serebelum kerap berfungsi secara berbeza-beza pada individu dengan ADHD berbanding individu lain. Terdapat kurang aktiviti elektrikal dan kurang tindak balas terhadap rangsangan bagi bahagian-bahagian tersebut.
• Faktor Biokimia
▫ Bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai nuerotransmitter yang memancarkan maklumat daripada salah satu daripada tiga bahagian di atas kepada bahagian yang lain, tidak dipecahkan dan di serap semula dengan sempurna dalam otak individu dengan ADHD.

2. Faktor Persekitaran
• Persekitaran
▫ Faktor persekitaran dilihat sebagai penyumbang kepada tahap keterukan ADHD yang dialami oleh kanak-kanak.
• Kecederaan otak
▫ Terjadi semasa tempoh prenatal akibat daripada penggunaan dadah, merokok, atau pengambilan alkohol oleh ibu. Semasa proses kelahiran, kecederaan otak berlaku akibat kekurangan oksigen. Selain itu, kecederaan otak boleh juga disebabkan demam panas yang teruk, atau kemalangan yang melibatkan kecederaan kepala.

ADHD: PENGESANAN DAN RAWATAN
• Rujukan Awal (rujuk doktor atau ahli psikologi utk mengesan tanda-tanda ADHD)
• Penilaian
- Penilaian perubatan, ujian saringan oleh doktor termasuk mendapatkan maklumat tentang sejarah perkembangan
- Ujian Pencapaian berterusan (Continuous performance tests). Ujian pencapaian yang direka untuk melihat daya tumpuan murid (con: Integrated Visual and Auditory Contonuous Test atau IVA, dan Test of Variables of Attention Continuous Performance Test atau TOVA) .
- Penilaian ibu bapa: Ibu bapa memberi maklumat kepada doktor atau guru, menjawan soal selidik dan ditemu bual, menjawab senarai semak spt Conner’s Parent Rating Scale-Revised and Child Behaviour Checklist for Ages 4-8, Parent Form…
- Penilaian guru dan sekolah: melihat fungsi kanak-kanak dalam persekitaran sekolah, juga menggunakan senarai semak spt Conner’s Teacher Rating Scale-Revised
- Mengenal pasti ADHD atau pintar cerdas : terdapat kanak-kanak pintar cerdas yang didiagnos sebagai mengalami ADHD kerana menunjukkan ciri yang serupa dengan ADHD tetapi dengan cara yang berbeza (con: impulsif, resah, dan sukar mengikuti peraturan). Oleh itu perlu kenal pasti ADHD atau pintar cerdas
 Intervensi tingkah laku
- Guna pengukuhan seperti ganjaran dan token bagi mengukuhkan tingkah laku yang diingini.

 Intervensi pengajaran
- Beri arahan yang jelas, ringkas, dan lengkap.
- Apabila beri arahan, minta murid mengulangi arahan tersebut.
- Pecahkan tugasan yang kompleks/besar kpd bahagian-bahagian yang lebih kecil.
- Libatkan pelajar dlm aktiviti pembelajaran

 Rawatan Perubatan:
- Terapi yang lebih memberi kesan unyuk mengurangkan tanda ADHD ialah merangsang sistem saraf pusat (CNS) dengan perubatan dan proses pengubahsuaian tingkah laku.
1. Methylphenidate (Ritalin, Cancerta, Metadate)
2. Dextroamphetamine (Dexedrine)
3. Mixed Amphetamine (Adderall)
TETAPI..
Terdapat kesan sampingan:
Positif: - menambah perhatian
- mengurangkan tingkah laku mendesak
- produktiviti akademik akan bertambah
Negatif: - selera makan berkurang
- kesukaran untuk tidur
- pening kepala
-sakit perut

KAEDAH PENGAJARAN KANAK-KANAK ADHD
1. Susun Atur Kedudukan Di Dalam Kelas
▫ Berhampiran dengan guru – elak bahagian belakang
▫ Cuba elak tempat yang mempunyai gangguan seperti pintu dan tingkap
▫ Mata bertentang mata
▫ Berdiri dekat/bersebelah pelajar ADHD apabila memberi arahan
2. Interaksi Sosial
▫ Kenal pasti tingkah laku dan beri pengukuhan- positif atau negatif.
▫ Duduk bersama-sama dengan mereka
▫ Jelaskan maklamat yang perlu dicapai
▫ Sentiasa membuat pujian bertulis kerana ia akan membantu meningkatkan keyakinan diri
▫ Guru sebagai rakan sebaya dan memberi banyak sokongan
▫ Melantik mereka menjadi ketua- memperkukuhkan hubungan interpersonal
3. Pengubahsuaian Kurikulum Dan Proses Pengajaran
▫ Kurangkan syarahandan mengambil nota tetapi lebih kepada aktiviti dan penglibatan kanak-kanak ADHD.
▫ Beri motivasi dan arahan yang tepat kepada mereka.
▫ Tahap yang rendah supaya mereka mencapai tahap.
▫ Aktiviti yang pelbagai dan kreatif
4. Rancangan Pengajaran Dan Bembelajaran Yang Sistematik
• SEBELUM – melakukan aktiviti untuk mengesan tingkah laku yang ingin diubah
• SELEPAS – melakuan tindakan susulan untuk terus memastikan tingkah laku yang tidak sesuai berkurangan
• Memberitahu peraturan dan arahan sebelum P+P serta mengesan tingkah laku yang ingin diubah.
• Membuat sistem ganjaran, menulis rekod dan peneguhan positif selepas P+ P.
• Lihat ‘Intervensi Pengajaran’ sebelum slide ini.

Tuesday 26 November 2013

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT KURIKULUM, HEM DAN KOKURIKULUM



PANDUAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KURIKULUM.

1.0 TUGAS –TUGAS AKADEMIK
1.1 Sebagai seorang pegawai profesional, guru-guru adalah diharapkan untuk menunjukkan
sikap profesional dan budaya kerja yang tinggi serta bermutu.
1.2 Dasar-dasar berikut perlu dipatuhi:
a. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada murid berdasarkan garis-garis
panduan yang telah ditetapkan oleh ketua Jabatan dan Guru Kanan masing-masing.
b. Kerja rumah yang diberikan kepada murid hendaklah diperiksa dengan teliti.
c. Penyelaras Kurikulum adalah diberi kuasa untuk mennyemak dan menentukan buku rampaian,
buku kerja dan lain-lain diperiksa dengan teliti.
d. Pemeriksaan buku seperti di atas tidak dibenarkan dibuat semasa mengajar di
dalam kelas, melainkan guru berkenaan mengawasi kerja murid di meja murid.
e. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti seboleh-bolehnya hendaklah mengisi
waktu itu dengan pelajaran yang difikirkan perlu. Tugas ini adalah tugas rasmi
guru-guru.
f. Menghadiri kursus yang berkaitan dalam panitia .

2. BUKU REKOD PERSEDIAAAN MENGAJAR
2.1 Peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan dengan
pengisian Buku Rekod Persediaan Mengajar hendaklah dipatuhi.
Perkara berikut mesti ada :
a. Salinan Jadual Waktu Persendirian serta analisanya sekali.
b. Salinan Sukatan Pelajaran dan HSP.
c. Rancangan Pelajaran Harian mengikut minggu/bulan.
d. Salinan Kertas Soalan, Peperiksaan/Ujian
e. Keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar
f. Penulisan mengikut format semasa.

3. HUBUNGAN GURU – MURID
3.1 Sebagai pendidik, guru diperlukan mempunyai hubungan yang rapat dengan murid-muridnya
dan cuba memahami dan mengetahui masalah yang dihadapi oleh muridnya.
3.2 Disiplin murid adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Segala pelanggaran disiplin
hendaklah diambil tindakan segera oleh guru yang menghadapai masalah tersebut.
Pelanggaran disiplin yang serius seperti surat pekeliling KP. 8553/Vol. 2/(55)bertarikh
04/11/1975 hendaklah dirujuk kepada guru disiplin /  Guru Besar.
3.3 Guru-guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin murid-muridnya
dan sentiasa mengawasi supaya tidak ada murid yang ponteng dari kelasnya dan semua
murid dalam keadaan bersedia untuk belajar sepanjang proses P&P.
3.4 Guru hendaklah menunjukkan teladan dan sikap serta perwatakan yang sesuai untuk
dihormati dan dipandang tinggi oleh murid.
3.5 Guru yang mendapati murid sakit atau ditimpa kemalangan hendaklah melaporkannya
kepada Guru Bertugas Harian atau kepada Penolong Kanan dengan segera.
3.6 Membuat catatan dalam buku salah laku setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid.

4. PERANAN JAWATANKUASA KURIKULUM
Bertanggungjawab meninggikan taraf pengajaran dan pembelajaran murid-murid di sekolah
supaya mereka dapat menunjukkan prestasi yang baik di dalam semua bidang yang ada di
sekolah.
4.1  Merancang program dalam panatia
4.2  Menentukan perjalanan Panitia Mata Pelajaran
4.3 Membincang/menilai prestasi murid-murid dan langkah-langkah untuk
memperbaikinya:
4.4  Mengadakan kelas-kelas pemulihan.
4.5  Mengadakan kelas-kelas bimbingan.
4.6. Merancang dan mengelolakan kursus-kursus in-house training untuk semua guru di
sekolah masing-masing.
4.7. Sentiasa mengikuti perkembangan baru kursus-kursus Pengajian Kementerian
Pendidikan.
4.8. Berusaha untuk memperbanyakan bahan-bahan sumber pendidikan di sekolah.
4.9  Mengetahui mengenai bahan-bahan rujukan yang ada di perpustakaan sekolah dan pelbagai sumber.
4.10 Penyelaras penilaian bulanan / penggal / tahunan.
4.11. Penyelaras latihan-latihan murid.
4.12. Memberi panduan kepada guru-guru mata pelajaran.

5. TUGASAN DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA
5.1. Membantu Penolong Kanan dan penyelaras  dalam bidang kurikulum.
5.2 Menyelaras waktu-waktu mesyuarat panitia dan memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.
5.3 Membantu menyelaras kelas kecemerlangan serta kegiatan pemulihan/pengukuhan/ pengayaan
5.4 Menyelaras segala jenis program kecemerlangan akademik.
5.5 Menyelaras dan memantau perlaksanaan program yang dirancang panatia.
5.6 Membantu merancang pengagihan jadual waktu kelas dan guru.
5.7 Membantu di dalam penyelarasan pencerapan.






6. SENARAI TUGAS GURU PANITIA MATA PELAJARAN
6.1 . Ahli JK Kurikulum sekolah.
6.2  Mendapat dan mengedarkan sukatan pelajaran berkenaan kepada guru-guru mata pelajarannya.
6.3  Mengambil tahu akan perubahan-perubahan dalam sukatan pelajaran masing-masing.
6.4  Mengadakan dan memanggil mesyuarat panitia seberapa kerap yang boleh ( sekurangkurangnya
sekali dalam satu penggal ) untuk menerangkan rancangan atau lain-lain hal yang berhubung dengan mata pelajaran.
6.5 Mengetahui senarai buku-buku teks yang hendak digunakan oleh guru mata pelajaran.
6.6  Bertanggungkawab untuk menentukan rancangan tahunan/mingguan dan bahan bantu belajar yang sesuai.
6.7 Membantu Guru Besar, penyelaras memeriksa buku-buku latihan , membuat laporan mengenai kerja-kerja yang berkaitan.
6.8  Memberi bimbingan kepada guru-guru baru tentang sukatan pelajaran, rancangan pelajaran,
buku teks, ujian dan lain-lain.
6.9  Menyimpan dan mempastikan stok bahan bantu belajar dalam keadaan yang kemaskini.
6.10 Membuat anggaran belanjaan tahunan bagi mata pelajarannya.
6.11 Menjadi penasihat kepada persatuan yang berasaskan mata pelajaran berkenaan, jika perlu.
6.12 Mengambil berat tentang masalah pembelajaran murid dan berikhtiar untuk meningkatkan lagi
prestasi akademik.
6.13 Merancang ujian bulanan dan peperiksaan sekolah yang mengenai mata pelajaran masing-masing.
6.14  Menyelaras dan menyiapkan cara pemarkahan.
6.15 Menganalisa kertas soalan ujian, kertas jawapan dan keputusan peperiksaan dan berbincang dengan ibu bapa.

7.SENARAI TUGAS GURU MATA PELAJARAN
7.1  Mengetahui sedalam-dalamnya ( menguasai ) tentang mata pelajaran yang akan diajar dan
sukatannya.
7.2  Menyampaikan pelajaran dengan cara yang paling berkesan termasuk penggunaan ABM dan
jujur semasa menjalankan tugas.
7.3  Menyediakan rancangan pelajaran masing-masing dan merekodkan pengajaran dalam buku
persediaan mengajar.
7.4 Merancang kerja rumah.
7.5 Memeriksa buku rampaian murid masing-masing. Menghantar buku latihan murid kepada Guru
Kanan/ Ketua Panitia mata pelajaran berkenaan apabila dikehendaki berbuat demikian
terutama semasa proses pencerapan dan pemeriksaan buku latihan oleh Guru Besar / Penolong
Kanan  iaitu sekurang-kurangnya satu penggal sekali.
7.6 Mengadakan ujian bulanan dan memasukkan markah dalam buku persediaan mengajar.
7.7 Menyediakan soalan-soalan peperiksaan dan memeriksa jawapan-jawapan, mengikut cara
memarkah yang ditentukan oleh sekolah.
7.8  Memberi markah-markah peperiksaan kepada guru-guru kelas.
7.9  Menganalisa keputusan ujian dan peperiksaan bagi mata pelajaran.
7.10. Mengambil berat akan kemajuan akademik pelajar.
7.11. Menanamkan semangat kepimpinan, kesedaran sivik dan akhlak yang baik kepada pelajar.
7.12. Mengadakan kelas-kelas tambahan, jika perlu
7.13. Mengambil tahu akan perubahan sukatan pelajaran
7.14. Menghadiri kursus-kursus tertentu yang dikekolakan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan
Pendidikan Negeri atau Sekolah.
7.15. Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang diadakan oleh panatia mata pelajaran.
7.16. Mengawasi peperiksaan atau ujian yang diadakan dengan rapi untuk mengelakkan
penyelewengan.
7.17. Menilai pencapaian murid-murid serta mengesan kelemahan dan kekuatan bagi tujuan
meningkatkan lagi prestasi pengajaran dan pembelajaran.
7.18. Menjalankan kerja-kerja baikpulih ( remedial ) bagi murid-murid yang lemah.
7.19. Melengkapkan butir-butir yang diperlukan dalam buku persediaan mengajar dan menyerahkan
Kepada Guru Besar pada tiap-tiap hari  Jumaat ( atau bila dikehendaki ).


8. TUGAS DAN TANGGUNGJAWA SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
8.1  Memantau semua peperiksaan berjalan dengan lancar
8.2 Memastikan analisis keputusan disiapkan oleh semua setiausaha peperiksaan.
8.3 Memastikan keperluan peperiksaan cukup dalam stok dan keperluan semasa.
8.4 Mengadakan mesyuarat dengan semua setiausaha ke arah meningkatkan lagi prestasi
pengurusan peperiksaaan.
8.5 Mengatur dan menyediakan jadual peperiksaan dalam sekolah setelah tarikhnya
dipersetujui oleh pentadbir..
8.6 Mengatur dan menyediakan jadual pengawasan bagi guru-guru
8.7  Mendapat persetujuan panatia mata pelajaran untuk menentukan penyelia soalan
dan pemeriksa kertas jawapan dan tarikh penyerahan markah kepada guru.
8.8  Mengurus dan mengatur tempat peperiksaan bagi murid-murid.
8.9 Mengurus dan menentukan pergerakan kertas soalan ( sebelum dan pada tarikh
peperiksaan ) dengan selamat.
8.10 Bertanggungjawab dalam semua hal berhubung dengan kelicinan perjalanan
Peperiksaan.
8.11 Mengurus dan menentukan borang-borang markah, kad kemajuan murid telah diisi dan
diserahkan ke pejabat untuk  menandatangani.
8.12 Mengedar Jadual Peperiksaan dan taklimat kepada murid.
8.13 Menentukan segala keperluan peperiksaan dilengkapkan seperti di simpan dengan baik.
8.14 Menentukan kertas soalan peperiksaan untuk simpanan sekolah di simpan dengan baik.


PANDUAN TANGGUNGJAWAB  JAWATANKUASA KOKURIKULUM

1.0 Senarai tugas penyelaras
1.1 Membantu mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD, JPN dan KPM sepanjang tahun.
1.2. Membahagikan murid mengikut KELAB dan PERSATUAN..
1.3. Membantu Guru Besar dan GPK Ko-kurikulum menetapkan guru penasihat kelab/persatuan serta membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru.
1.4. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara kelab/persatuan dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa dan tempat.
1.5. Menentukan tempat dan keperluan untuk acara-acara anjuran sekolah ,daerah dan negeri.
1.6. Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama kelab dan persatuan seperti Hari Kokurikulum, Perkemahan Unit Beruniform dan sebagainya.
1.7. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan aktiviti kelab dan persatuan untuk tahun berkenaan.
1.8. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan koakademik dan badan beruniform yang dianjurkan oleh sekolah yang lain.
1.9. Mengawal dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan keadaan yang baik.
1.10. Mengemaskini buku stok kelab/persatuan/badan beruniform.
1.11. Mengatur guru pengiring, pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan sekolah sekiranya perlu.
12. menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab / persatuan / badan beruniform sekolah.
1.13. Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum sekolah.
1.14. Memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.
1.15. Memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah, daerah, negeri direkod.
1.16. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan.
1.17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

2.0  Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum:
2.1          Merancang dan menyusun semua aktiviti kokurikulum
2.2          Menyediakan takwim aktiviti kokurikulum sepanjang tahun
2.3          Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat kokurikulum
2.4          Menyelaras.menyelia dan menilai pelaksanaan semua program kokurikulum sekola
2.5          Memastikan rekod dan data kokurikulum murid diselenggara dengan baik
2.6          Memastikan borang-borang dan dokumen kokurikulum sentiasa kemaskini dan mencukupi
2.7          Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum
2.8          Membantu berhubung dengan pihak-pihak luar dalam hal-hal berkaitan aktiviti
kokurikulumMenyediakan anggaran perbelanjaan tahunan untuk disampaikan kepada pihak sekolah bagi tindakan selanjutnya
2.9          Menyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah
2.10         Mengurus Buku Penilaian Kokurikulum
2.11        Mengumpul maklumat dan menyimpan rekod aktiviti kokurikulum
2.12        Merancang kursus pendek untuk AJK Tertinggi persatuan/kelab/unit beruniform tentang cara-
            cara menggerakkan aktiviti kokurikulum
2.13        Merekod semua pencapaian sekolah dalam pertandingan kokurikulum

3.0  Tanggungjawab Guru  Persatuan/Kelab/Unit Beruniform:

3.1          Mengatur dan menyelia perjalanan aktiviti persatuan/kelab/badan beruniform
3.2          Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat kelab/persatuan/badan  
            beruniform
3.3          Menyelaras semua aktiviti kokurikulum
3.4          Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk murid menyertai aktiviti kokurikulum
3.5          Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang
            ditetapkan
3.6          Mengumpul buku aktiviti/fail aktiviti untuk rujukan dan rekod
3.7          Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kelab/persatuan/unit
            beruniform
3.8          Mengurus buku Penilaian Aktiviti Kokurikulum seperti mengagihkab buku kepada guru untuk
            diedarkan kepada murid.
3.9          Mengumpulkan buku Penilaian Aktiviti Kokurikulum semula pada akhir tahun


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB  UNIT HAL EHWAL MURID     
1.0     Tugas penyelaras

1.1  Mengurus hal-hal yang berkaitan dengan pendaftaran,kemasukan, penempatan dan pertukaran murid.
1.2  Menyelia mengenai kehadiran murid ke sekolah.
1.3  Menggubal dan menguatkuasa peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula dari masa ke semasa.
1.4  Menyedia dan menyelia kemudahan dan kebajikan murid dari segi BukuTeks, Rancangan Makanan Tambahan, Bimbingan dan Kaunseling,keselamatan pelajar, pemeriksaan kesihatan dan gigi serta sebarang jenis bantuan.
1.5  Menyelia dan memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian Kesihatan, juga dapat memberi perkhidmatan serta layanan sewajarnya kepada pengguna.
1.6  Menyelia dan menyelaras pengeluaran/pemberian surat-surat akuan, sijil-sijil penghargaan dan sijil berhenti sekolah.
1.7  Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat.

2. Tugas dan tanggunjawab setiausaha HEM.

2.1. Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
2.2  Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan
       perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
2.3 Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang
      menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan, kerjaya dan
      sebagainya.
2.4  Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan
       bimbingan dan kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan.
2.5  Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagi
       pelajar-pelajar baru.

3.     JAWATANKUASA UNIT DISPLIN & PENGAWAS

3.1   Memastikan murid-murid berdisplin dan mengikut peraturan sekolah
3.2   Menyiasat latar belakang kes
3.3   Memastikan undang-undang dan peraturan sekolah dikuatkuasakan
3.4   Menyediakan rekod disiplin dan laporan murid
3.5   Menghubungi penjaga/polis/jabatan (mana-mana yang berkenaan)
3.6   Mengemaskini data displin ke dalam disket untuk dihantar ke PPD
3.7  Peraturan sekolah hendaklah dijadikan asas disiplin dan difahami semua murid
3.8  Menanam rasa bangga dan sayang kepada sekolah
3.9  Mengambil tindakan peraturan Kementerian Pendidikan terhadap kes-kes murid yang melanggar tatatertib
3.10               Menguruskan pemilihan pengawas
3.11               Menguruskan perlantikan pengawas
3.12               Mengatur tugas pengawas dan  memastikan mereka menjalankan tugas
                 dengan sempurna
3.13               Menyusun tugas untuk pengawas apabila diperlukan di majlis-majlis yang
                 dianjurkan  oleh pihak sekolah

4.0  Tugas dan tanggungjawab AJK SPBT

4.1 Memastikan hanya murid warganegara Malaysia sahaja yang layak menerima SPBT.
4.2 Mengumpul dan mengagih buku pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan pada setiap hujung tahun.
4.3  Memastikan setiap bekalan yang diterima daripada pembekal disemak.
4.4 Memastikan guru-guru kelas menerima borang penerimaan buku dan 2 borang G untuk
     dikemaskini.
4.5 .Guru-guru kelas dipertangungjawabkan tentang pengagihan buku teks kepada murid dan
  disimpan di tempat yang selamat.
4.6 .Tugas-tugas terperinci terdapat dalam Buku Panduan Pengurusan  SPBT

5.0 Tugas dan tanggungjawab AJK Kebajikan.

5.1 Merancang dan mengadakan projek untuk mengisi Tabung Kebajikan Murid di samping
meningkatkan keprihatinan murid terhadap kebajikan
5.2  Mengenalpasti murid yang memerlukan bantuan Kerajaan (KWAPM)
5.3 Mengurus derma,sumbangan,dan bantuan dalam/luar dari semasa ke semasa
5.4 Mengurus hal ehwal kebajikan pelajar yang memerlukan bantuan khusus seperti:
4.1 pelajar miskin
4.2 kemalangan
4.3 rawatan beterusan
4.4 kematian
4.5 kecemasan/bencana
            5.5 Mengadakan kutipan sumbangan untuk anak yatim dan anak miskin sempena Hari Raya


6.0 Tugas dan tanggungjawab AJK RMT/PSS

6.1        Mengenalpasti murid yang layak mendapat bantuan RMT/PSS
6.2        Menguruskan murid yang mendapat RMT/PSS dengan memenuhi borang-borang mengikut arahan PPD
6.3       Berurusan dengan pengusaha kantin mengenai penyediaan makanan kepada murid-murid RMT
6.4        Menyediakan rekod-rekod yang berkaitan pada awal dan akhir tahun
6.5        Mencatat berat dan tinggi murid RMT pada awal dan akhir tahun.
6.6        Mengadakan mesyuarat jawatankuasa RMTS.
6.7        Menyediakan borang pemilihan murid RMTS.
6.8        Menyediakan jadual kedatangan harian RMTS.
6.9        Memilih menu RMTS.
6.10        Memastikan makanan yang disediakan mengikut menu, berada dalam kualiti yang
      baik dan kuantiti yang mencukupi dengan jumlah muid RMTS.
6.11        Memungut dan menyemak jadual kedatangan murid RMTS.
6.12        Bekerjasama dan sentiasa berbincang dengan pihak penyediaan makanan.

7.0 Tugas dan tanggungjawab AJK lawatan.

7.1.      Merangka/Merancang destinasi lawatan
7.2.      Memastikan destinasi lawatan adalah bersesuaian dengan tahap umur murid yang
            menyertainya
7.3.      Tujuan lawatan adalah untuk menambah pengetahuan sedia ada serta ianya dapat
            memperluaskan   pengalaman murid mengenai destinasi yang dilawati
7.4       Mengutamakan aspek keselamatan murid-murid:
                        7.4.1 surat kebenaran ibubapa/penjaga, PPD dan JPN
                        7.4.2  tahap kesihatan diri murid
                         7.4.3  keselamatan semasa pergi/dalam/pulang
                        7.4.4  makan dan minum murid
                        7.4.5   tempat tinggal/tidur jika lawatan bermalam



8.0  Tugas dan tanggungjawab AJK disiplin

8.1  Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah
  dilaksanakan dengan sempurna.
8.2  Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru, kakitangan dan para pelajar.
8.3  Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas.
8.4  Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salah laku.
8.5  Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap mengenai pelajar terlibat.