KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Monday 21 July 2014

PERKARA YANG MENYEBABKAN KETIDAKUPAYAAN PERTUMBUHAN

1. Masalah Kandungan - jangkitan kuman, percubaan menggugurkan, kekurangan zat, akohol, dadah, HIV menyebabkan otak kanin mengalami kerosakan.

2. Masalah semasa dilahirkan - kekurangan oksigen dilahirkan, tidak cukup bulan, berat badan terlalu ringan, demam kuning menyebabkan ketidakupayaan pertumbuhan.

3. Masalah pemakanan. - kekurangan iodin dan zat semasa dalam kandungan dan selepas lahir.

4. Masalah kesihatan dan alam sekitar  - campak, batuk kokol, meningitis, pencemaran air, racun seperti raksa dan plumbum.

5. Masalah sosial - penderitaan jasmani, mental atau seksual, kehilangan kasih sayang, sikap penjaga yang tidak prihatin.

6. Masalah genetik - sindrom down, fragile syndrom, mawat-wilson syndrom dan phelan-dermind syndrom.

Friday 2 May 2014

HALANGAN HALANGAN DALAM PERSEKITARAN INKLUSIF.

A) HALANGAN PERSEKITARAN

1, Peluang sangat terhad dan tiada program pemulihan.- kurang pendedahan terhadap program intervensi awal yang berkualiti.
2. Guru dan Pentadbir sekolah - mendiskriminasikan kanak-kanak kelainan upaya yang dianggap  berbeza daripada kanak-kanak lain yang sebaya.
3. Sistem pentadbiran- penyisihan dan pemulauan.
4. Sukatan pelajaran- tidak memenuhi kepelbagaian , kemampuan, keperluan dan keadaan kanak-kanak kelainan upaya.
5. Pendekatan pdp- tidak mesra pelajar , tidak menepati kepelbagaian keperluan.
6. Sistem penilaian- tidak menyeluruh dari segi perkembangan akademik, sosial,emosi dan fizikal.
7. Persekitaran- tidak dapat digunakan secara inklusif.

b) HALANGAN INDIVIDU

1. Komunikasi - kekangan bahasa ibunda dalam kalangan rakan sebaya, guru dan bahan pdp termasuk penggunaan bahasa isyarat dan braille.

2.) Motivasi yang rendah - tidak yakin dan berasa rendah diri terhadap persekitaran yang tidak mesra keperluan oku.

3) Penderaan- deraan psikologi, fizikal atau seksual.

4) Jantina- kanak-kanak perempaun yang kurang upaya lebih banyak halangan daripada kanak-kanak lelaki.

5) Ketrampilan sosial- kepayahan bersosialisasi  menyebabkan penyisihan dan wujud persempadanan akibat kecacatan.

6) Temperamen- sukar menyesuaikan diri akibat emosi yang tidak stabil dan daya tumpuan yang singkat.

7) Minoriti bahasa, budaya dan agama- halangan besar dalam persekitaran inklusif .

8) Kecatatan dan kesihatan- kesukaran berkomunikasi dan menghidap penyakit yang berjangkit serta berulang.

Sunday 2 March 2014

KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

oLEH IPG DARUL AMAN
 
2. Pengenalan Kepada Kemahiran Asas Untuk Berdikari Konsep Kemahiran Asas Untuk Berdikari Kemahiran Asas Untuk Berdikari bermatlamat melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi, kenal faham ekonomi dan mempunyai sifat dan sikap yakin diri, kreatif , inovatif , inisiatif, produktif dan boleh berinteraksi dengan baik.
  • 3. Pengenalan Kepada Kemahiran Asas Untuk Berdikari Kemahiran Urus Diri Kemahiran Urus Diri memberi fokus kepada perkembangan sosial, hidup berkeluarga, penjagaan diri, perkembangan peribadi dan pengurusan rumahtangga.
  • 4. Pengenalan Kepada Kemahiran Asas Untuk Berdikari Kemahiran Pra Vokasional Membolehkan murid mengenalpasti bentuk kemahiran hidup, pravokasional dan asas vokasional yang sesuai dengan tahap kefungsian atau keupayaan mereka. Membincangkan program-program dan perkhidmatan yang berfokus terhadap transisi dari dunia sekolah ke dalam komuniti dari penelitian yang dibuat terhadap minat dan aptitud vokasional dan peluang kerjaya remaja dan dewasa kurang upaya.
  • 5. Pengenalan Kepada Kemahiran Asas Untuk Berdikari Kepentingan Kemahiran Asas Untuk Berdikari kepada murid-murid bermasalah pembelajaran. Berdikari dan menjalankan aktiviti seharian. Menyediakan diri menghadapi situasi sebenar. Mengamalkan kebersihan dan kesihatan yang baik untuk dirinya serta persekitaran. Mengaplikasi pengetahuan di bilik darjah ke dalam kehidupan.
  • 6. Pengenalan Kepada Kemahiran Asas Untuk Berdikari Teori-teori Pembelajaran Kemahiran Asas Untuk Berdikari Teori Psikososial Teori Behavioris Teori Pembelajaran Sosial
  • 7. Pengenalan Kepada Kemahiran Asas Untuk Berdikari Teori-teori Pembelajaran Kemahiran Asas Untuk Berdikari Teori Psikososial ( Erik Erikson) Erikson mengembangkan teori psikososial berdasarkan teori psikoanalisis dari Freud. Di dalam teori psikososial disebutkan bahawa tahap perkembangan individu sepanjang hidupnya, dibentuk oleh pengaruh sosial yang berinteraksi dengan individu tersebut sehingga menjadi matang secara fizikal dan psikologi.
  • 8. Pengenalan Kepada Kemahiran Asas Untuk Berdikari Teori-teori Pembelajaran Kemahiran Asas Untuk Berdikari Teori Psikososial ( Erik Erikson), menyatakan : Perkembangan emosi sejajar dengan pertumbuhan fizikal. Ada interaksi antara pertumbuhan fizikal dan perkembangan psikologi. Ada keseimbangan antara pertumbuhan fizikal dan perkembangan psikologi. Perkembangan ke alam dewasa, membawa penyatuan perkembangan psikologi, biologi dan sosial.
  • 9. Pengenalan Kepada Kemahiran Asas Untuk Berdikari Teori-teori Pembelajaran Kemahiran Asas Untuk Berdikari Teori Psikososial ( Erik Erikson), menyatakan : Anak adalah gabungan dari organisme, ego, dan makhluk sosial. Perkembangan manusia dari sejak lahir hingga akhir hayat dibahagikan pada 8 fasa, dengan tugas-tugas perkembangan yang harus diselesaikan pada setiap fasa.
  • 10. Pengenalan Kepada Kemahiran Asas Untuk Berdikari Teori-teori Pembelajaran Kemahiran Asas Untuk Berdikari Teori Behavioris
  • 11. Pengenalan Kepada Kemahiran Asas Untuk Berdikari Teori-teori Pembelajaran Kemahiran Asas Untuk Berdikari Teori Pembelajaran Sosial
  • 12. Pengenalan Kepada Kemahiran Asas Untuk Berdikari Kepentingan Analisis Tugasan dalam Kemahiran Asas Untuk Berdikari
  • Monday 10 February 2014

    CONTOH PROGRAM PEMBUDAYAAN INKLUSIF



    PROGRAM PEMBUDAYAAN INKLUSIF MURID BERKEPERLUAN KHAS
    PERINGKAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG


    1.            RASIONAL

    Bertujuan memenuhi hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi meningkatkan kesedaran tentang murid berkeperluan khas peringkat sekolah.


    2.            OBJEKTIF

    2.1 Meningkatkan kesedaran dalam komuniti sekolah tentang murid
         berkeperluan khas.
    2.2   Menjalankan promosi melalui pelbagai aktiviti secara inklusif.
    2.3   Menjalinkan kerjasama dalam kalangan komuniti sekolah termasuk
         PIBG melalui pelbagai aktiviti di peringkat sekolah.
    2.4   Meningkatkan penerimaan secara sosial antara murid berkeperluan
         khas dengan murid serta guru aliran perdana.


    3             CADANGAN TARIKH, TEMPAT DAN MASA


    3.1 Tempat    :           SK Fakeh Abd Samad
    3.2 Tarikh      :           11 – 13 November 2013
    3.3 Masa        :           8.00 pagi – 1.30 tengahari


    4             CADANGAN AKTIVITI

    4.2 Bicara Akademik
    4.3 Sukaneka
    4.4 Mencari Harta Karun
    4.5 Permainan Dalam (Indoor game)
    4.6 Gotong royong keceriaan
    4.7 Pertandingan Pakaian Beragam


    5             KOS DAN SUMBER

    4.1 Kos           : RM 9,000.00
    4.2 Sumber   : Peruntukankewangan sub waranKPM/JPN
    4.3 Anggaran Perbelanjaan: Rujuk Lampiran 1


    6             TENTATIF PERLAKSANAAN

    TARIKH
    PERKARA
    TINDAKAN

    29 Okt
    Terima surat daripada BPkhas
    JPN / Sekolah

    31 Okt
    Taklimat program di BPkhas
    JPN/ Sekolah

    1 Nov
    Mesyuarat pelarasan
    JPN/Sekolah

    6 Nov
    Mesyuarat Jawatan kuasa Pelaksana
    Sekolah/PIBG

    7-8 Nov
    Penyediaan alatan
    Jawatankuasa
    yang terlibat

    11 Nov
    Bicara Akademik
    GPK PENTADBIRAN
    PIBG

    12 Nov
    Sukaneka dan Mencari Harta Karun
    GPK KOKO
    Semua murid dan guru

    13 Nov
    Permainan Dalam ( Indoorgame)

    GPK KOKO
    Semua murid dan guru.

    11-13 Nov
    Gotong Royong Keceriaan dan
    GPK HEM
    Warga sekolah
    PIBG
    Pekerja Sekolah

    18 Nov
    Penyediaan dokumentasi
    JPN/Sekolah

    Akhir Nov
    Pembentangan laporan aktiviti
    JPN/Sekolah






    7     AHLI JAWATAN KUASA YANG TERLIBAT


    Pengerusi                       :           En.  Ahmad bin Saad (Guru Besar)
    T/pengerusi                     :           En Zulkifli b. Mohd Yusof (GPK Pentadbiran)
    N/pengerusi                    :           Pn Supiah bt Mat Yusof(GPK  Pendidikan Khas)
                                                       Pn Shamsiah bt Saingiring(GPK Kokurikulum)
                                                       Pn Zainon bt Ahmad Kutty(GPK  Hal Ehwal Murid)
    Penyelaras                      :          Pn Sharifah Aini bt Syed Hasin
    Setiausaha                     :           Cik Nurul Jannah bt Othman

    Ahli Jawatan kuasa       :
    1.    En Mohd Asri bin Abdullah (YDP PIBG)
    2.    Cik Norizan bt Zakaria (S/U PIBG)
    3.    Pn.Siti  Khalijah bt Hassan ( KPT)
    4.    Pn Rohana bt Mohd Tahar (GBSM)
    5.    Pn. Zakiah bt Hussien(GBSM)
    6.    Pn Faeiza bt Ahmad ( Penyelaras  Sukan dan Permainan)
    7.    En Shamsul Shahrizal b Saminan
    8.    En Mohd Fadlee b. Mohd Zubri
    9.    Semua guru
    10. AJK  PIBG
    11. Staf sokongan
    12. Pekerja sekolah


    8             KESIMPULAN

    Impak dari program yang dijalankan dapat menjelaskan pembudayaan inklusif dalam menyebarkan kesedaran tentang murid berkeperluan khas. Kerjasama yang bersepadu dapat membentuk keseluruhan komuniti sekolah yang prihatin dan bersikap terbuka.


    LAMPIRAN 1

    ANGGARAN PERBELANJAAN YANG DICADANGKAN.

    BIL
    PERKARA
    PERBELANJAAN
    1.
    Bicara Akademik:

    2.1 Persiapan tempat
    2.2 Cenderahati
    2.3 Kudapan



    RM 200.00
    RM 900.00
    RM 1,000.00
    2.
    Sukaneka , Mencari Harta Karun dan Indoorgame

    2.1 Peralatan
    2.2 Hadiah
    2.3 Persiapan tempat
    2.4 Kudapan



    RM 800.00
    RM 1,400.00
    RM 200.00
    RM 1,500.00

    3.
    Gotong Royong Keceriaan

    3.1 Peralatan
    3.2 Kudapan


    RM 1,500.00
    RM 1,500.00

    4.
    JUMLAH KESELURUHAN
    RM 9,000.00




















    KEPERLUAN READER BAGI CALON CBK



    KERTAS KERJA KEPERLUAN READER  BAGI CALON PEPERIKSAAN
     MURID BERKEPERLUAN KHAS
    PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI,  SK FAKEH ABD SAMAD,
     25150 KUANTAN.
           

      1.0 TUJUAN :
    Kertas cadangan ini bertujuan untuk mencadangkan perlaksanaan “Reader” bagi murid-murid yang telah disahkan oleh pengamal perubatan sebagai murid yang menghadapi masalah pembelajaran Spesifik Disleksia dalam peperiksaan awam.

    2.0  LATAR BELAKANG PROGRAM KHAS SPESIFIK DISLEKSIA
     Program Rintis Bermasalah Pembelajaran Spesifik Disleksia di telah bermula pada 20 Julai 2004. Program rintis Kementerian Pelajaran ini telah dilaksanakan mengikut model inklusif. Murid-murid Disleksia adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi tetapi pencapaian akademik setara dengan murid sebaya terutama dalam Bahasa Melayu. Ini adalah kerana mereka mempunyai masalah kesukaran  dalam menguasai kemahiran membaca, mengeja dan menulis.
     Kementerian Pendidikan Malaysia mendefinisikan murid disleksia sebagai, murid-murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran mengeja, membaca dan menulis. (JPK,2003) Dyslexia juga diterjemahkan secara terus bermaksud kesukaran dengan perkataan bertulis, dengan istilah lain yang pernah digunakan bagi kesukaran ini adalah ‘word blindeles’. Disleksia didefinisikan sebagai kesukaran atau ketidakbolehan individu menguasai kemahiran membaca walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi.( JPK, 2003). Terdapat tiga kategori murid Disleksia iaitu adalah Disleksia Visual, Disleksia Audio, dan Disleksia Audio Visual. Ketiga-tiga kategori ini mempunyai permasalahan yang berbeza.
    Tempoh percubaan selama tiga bulan diberikan bagi murid-murid ini untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya di kelas biasa. Guru pendidikan khas sentiasa mendampingi dan berada bersama-sama murid semasa sesi pembelajaran. Beliau berperanan sebagai guru resos bagi memberikan bantuan, bimbingan, tunjuk ajar, bekerjasama bersama guru mata pelajaran dan memantau perkembangan pembelajaran dan kemajuan murid-murid tersebut sepanjang tempoh tersebut.
    Mengikut unjuran calon UPSR bagi tahun 2010 hingga 2014, terdapat peningkatan calon Disleksia UPSR. Oleh yang demikian, keperluan “Reader” bagi murid Disleksia akan berterusan dan meningkat setiap tahun.  Jumlah ini tidak termasuk calon Disleksia yang tidak berada di dalam program Jabatan Pendidikan Khas.

    JADUAL 1: UNJURAN CALON DISLEKSIA YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR
     SK FAKEH ABD SAMAD  2010-2015.

    BIL
    TAHUN
    BILANGAN MURID TAHUN 6
    1.
    2010
    8
    2.
    2011
    1
    3.
    2012
    8
    4.
    2013
    9
    5.
    2014
    7
    4.
    2015
    11
    5.
    2016
    9

    Tahap keupayaan penyesuaian diri yang tinggi amat perlu bagi seseorang murid untuk berjaya mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran bersama guru lain di kelas biasa.  Berdasarkan pemerhatian, maklumbalas guru kelas, keputusan ujian PKSR dan hasil kerja murid, akan menentukan tahap keupayaan murid-murid tersebut. Bagi murid yang berjaya melalui proses tersebut, mereka akan meneruskan pembelajaran di kelas biasa dan murid yang gagal menunjukkan potensi dan masih memerlukan perhatian khusus akan kembali belajar di kelas pendidikan khas.
    Kebanyakan murid-murid disleksia menghadapi kesukaran dalam penulisan semasa mereka berada di tahap 2. Keadaan ini berlaku kerana mereka menghadapi kesukaran memahami arahan yang panjang dan mengolah idea dalam bentuk penulisan yang panjang. Pembacaan secara melangkau baris, menambah,  menggugukanr dan meninggalkan perkataan serta mengubahan makna perkataan. Murid-murid disleksia juga  kerap menimbulkan masalah dan kekeliruan yang berlarutan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dan ketika menjawab soalan peperiksaan. Fenomena ini mencetuskan satu anjakan paradigma dalam kalangan guru-guru pendidikan khas  untuk mencadangkan kepada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi menyediakan keperluan  ‘Reader’ bagi murid-murid disleksia semasa menjawab soalan peperiksaan.

    Perlaksanaan di dalam kelas pengajaran dan  pembelajaran telah menunjukkan bahawa sebahagian daripada murid-murid disleksia memerlukan keperluan tersebut. Ini memandangkan tidak semua di kalangan mereka berupaya mengatasi kesukaran dalam literasi 3M. Berdasarkan pemerhatian dan peperiksaan peringkat sekolah, keputusan ujian telah mendapati pencapaian murid adalah lebih baik setelah dibacakan soalan berbanding murid menjawab tanpa bantuan “Reader”. Kebanyakan murid-murid ini berpotensi untuk berjaya dalam akademik, namun begitu, kesukaran  yang dialami membataskan keupayaan untuk menunjukkan potensi akademik mereka yang sebenar.

    3.0 RASIONAL
    3.1  Lemah daya ingatan (Short Memory)
    Penggunaan “Reader” di dalam peperiksaan diperlukan oleh murid-murid disleksia kerana murid dapat memahami arahan dan  kehendak soalan. Ulangan soalan dapat meneguhkan daya ingatan  murid terhadap kehendak soalan .

    3.2  Murid disleksia mengalami kesukaran  membaca.
    Terdapat segelintir murid disleksia yang masih belum menguasai kemahiran membaca dan mengambil masa yang lama untuk mengeja serta membaca ayat mahupun petikan kefahaman. Bagi menangani masalah ini, dicadangkan pelaksanaan “Reader” kepada mereka. Dengan adanya “Reader” diharapkan dapat menangani kesukaran dalam aspek membaca dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri murid disleksia  semasa menduduki peperiksaan.

    3.3  Masalah Disleksia Kekal
    Sesetengah murid disleksia yang telah berjaya mengatasi masalah kecelaruan dan mempunyai kemampuan menjawab soalan peperiksaan setanding dengan murid yang sebaya dengannya. Namun, masih terdapat segelintir murid disleksia yang memerlukan masa yang lebih lama untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi. Ada juga murid disleksia yang mengalami permasalahan secara kekal sepanjang hayat.


    3.4  Masalah Tumpuan
    Murid Disleksia mempunyai pelbagai masalah tumpuan dari segi visual. Contohnya, “lazy eyes”. Murid tidak dapat memberikan fokus atau tumpuan yang lama. Kesannya, apabila murid membaca petikan, keadaan teks yang dilihat seakan bergerak-gerak ataupun berpusing-pusing dan mata murid ini akan sentiasa berair.  Justeru itu, dengan adanya “Reader”, masalah ini dapat diselesaikan

    3.5  Kemampuan menjawab soalan adalah sama.
    Kemampuan mental dan  menjawab soalan adalah sama tetapi jika dibiarkan calon membaca dengan sendiri tanpa adanya “Reader”, kebolehan menjawab murid menjadi berbeza .  Ini kerana calon mengalami gangguan seperti tidak cukup masa untuk menjawab kesemua soalan.

    4.0- CADANGAN PELAKSANAAN
    Kertas cadangan ini mensyorkankan beberapa cadangan pelaksanaan berdasarkan kriteria-kriteria yang terkandung di dalam kenyataan seperti berikut:

    4.1.- Murid Disleksia
                      4.1.1- Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)
             Calon disleksia yang memerlukan “Reader” perlu mempunyai ISD dan laporan
             pengesahan pengamal perubatan kerajaan .
               4.1.2 Tempoh belajar
             Murid Disleksia yang memerlukan “Reader” perlu mengikuti proses pengajaran
             dan pembelajaran Program Khas Disleksia sekurang-kurangnya selama dua
             tahun. Murid tersebut layak menduduki peperiksaan awam di sekolah rendah
             selewat-lewatnya pada atau sebelum berumur 14 tahun.


     4.2 “Reader”/ Pembaca soalan
              Pemilihan “Reader” adalah berdasarkan penetapan oleh Jabatan Pendidikan
              Khas, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Lembaga Peperiksaan Malaysia .
              4.2.1 “Reader” boleh dilantik dari kalangan guru-guru pendidikan  khas.
              4.2.2 “Reader” bukanlah terdiri daripada pengawas peperiksaan.

    4.3  Kaedah Pelaksanaan  “Reader”.
             4.3.1-Seorang ”Reader”: 3 orang pelajar.( bergantung kepada tahap keupayaan   
             dan kebolehan pelajar tersebut.)
             Semasa peperiksaan dijalankan, seorang “Reader” ditempatkan bersama tiga
             orang murid disleksia. Ini bertujuan untuk memberi keselesaan kepada calon
             disleksia.“Reader” juga dapat menyampaikan bacaan yang lebih berkesan dan
             jelas kepada  murid-murid disamping mengelakkan gangguan kepada calon-calon
            lain.

           4.3.2-  Membaca Soalan Dengan Sebutan dan Intonasi yang betul
           “Reader” hendaklah membaca soalan dan jawapan dengan sebutan dan intonasi
            yang betul. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlaku kekeliruan kepada pelajar
            semasa menjawab soalan.

          4.3.3 Soalan Dibaca Dua Kali.
          “Reader” akan membacakan soalan dan jawapan sebanyak dua kali sebelum murid
           menjawab soalan tersebut. Langkah ini bertujuan untuk memastikan murid dapat
           memahami sepenuhnya kehendak soalan dan membuat pilihan jawapan yang betul.


               4.3.4 “Reader” perlu menyebut arahan dan nombor soalan.
                ‘Reader” perlu membacakan arahan soalan dan menyebut nombor soalan .

               4.3.5 “Reader” membacakan soalan tanpa mempengaruhi calon.
               “Reader” hendaklah membacakan soalan dan pilihan jawapan kepada calon tanpa   

                mempengaruhi pilihan jawapan.

    5.0 IMPLIKASI

    5.1.       Latihan perlu diberi kepada “Reader” oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
                  /JPK,KPM.
    5.2.      Taklimat perlu diberi kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dan Setiausaha
                peperiksaan sekolah.
    5.3.     “Reader” dan calon peperiksaan ditempatkan di dalam satu bilik
               khas dengan nisbah  1:3. Bilik khas berkenaan dianggap sebagai bilik
               peperiksaan.
    5.4.     “Reader” perlu dibayar elaun khas
    5.5 .    Tambahan masa yang sesuai diperlukan mengikut kelayakan murid Pendidikan  
                Khas.


    6.0  SASARAN
    Murid-murid  Pendidikan Khas Integrasi yang layak menduduki peperiksaan awam.



    7.0 PENUTUP
    ”Reader” atau pembaca soalan dapat membantu meningkatkan keyakinan diri dan tumpuan murid-murid berkenaan dalam menghadapi peperiksaan awam.  Mereka seharusnya di beri peluang menikmati segala kemudahan yang sewajarnya supaya mereka dapat berdaya saing dengan rakan sebaya dan menjalani kehidupan yang bermakna.  Ini selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berkaitan dengan pendidikan inklusif.
    KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA”



    Disediakan oleh;                                                                          Disahkan oleh: