KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Wednesday 17 July 2013

CIRI-CIRI GURU CEMERLANG

BY CIKGU ZAILANI

Guru yang ciri-cirinya anda senaraikan di atas, secara langsung dan tidak langsung mempengaruhi pemikiran dan personaliti anda, pembentukan sikap dan ilmu pengetahuan, serta kemahiran yang anda perolehi. Secara tidak langsung, guru ini juga mungkin mengubah tingkah laku anda.
Seorang guru yang baik ialah seorang guru yang boleh mengajar dengan berkesan. Adakah keberkesanan pengajaran guru hanya diukur berdasarkan pencapaian akademik pelajar?
Apa pendapat anda tentang pandangan ini?
5.1.1 Ciri-ciri Guru yang Berkesan
Perbincangan tentang guru yang berkesan memang banyak ditulis dan juga dikaji. Aspek keberkesanan dilihat dari segi sekolah, pengurusan, media pengajaran, latihan guru dan lainlain. Dalam bahagian ini penumpuan diberikan kepada guru. Antara ciri-cirinya adalah:
(a) Kecekapan Bidang
Seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam tentang bidangnya. Pengetahuan yang mendalam membantu guru mengajar dengan penuh yakin. Guru yang mengetahui bidangnya dengan mendalam juga dapat mengawal kelas dengan baik kerana beliau dapat menggunakan kecekapan itu untuk merancang dan mengajar dengan baik. Guru juga perlu menyedari bahawa tidak semua yang dipelajari di pusat pengajian, dapat memenuhi keperluan di sekolah. Bagaimanapun, guru yang
berkesan akan terus menerima tanggungjawab untuk mempelajari perkara yang beliau kurang mahir.
(b) Kepelbagaian Kaedah Mengajar
Pembelajaran pelajar akan berlaku dengan baik jika guru mengetahui kaedah yang sesuai dengan isi pelajaran. Kaedah pengajaran untuk mengajar teori adalah berbeza daripada kaedah untuk mengajar kemahiran. Oleh itu, guru perlu berkemahiran dalam pelbagai kaedah mengajar.
(c) Penglibatan Pelajar dalam Pengajaran
Guru yang berkesan sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajar dalam pengajarannya. Penglibatan pelajar boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penglibatan ini adalah dalam bentuk aktiviti pembelajaran, penyoalan dan lain-lain. Guru yang berkesan akan sentiasa sensitif dan prihatin dengan keperluan pelajar.
(d) Enthusiasm
Guru yang bersemangat (enthusiastic) akan mempamerkan keyakinan dalam perkara yang hendak diajar. Guru berkenaan menunjukkan kesungguhan semasa mengajar melalui nada suara dan gerak geri yang menunjukkan bahawa perkara yang hendak diajar adalah penting dan menarik. Guru juga kelihatan bertenaga dan gembira semasa mengajar.
(e) Susunan dan Kejelasan
Guru yang berkesan menyediakan objektif pengajaran dengan jelas. Isi pelajaran dan aktiviti pengajaran disusun mengikut objektif berkenaan. Isi pelajaran juga disampaikan mengikut urutan dan penerangan guru jelas dan boleh difahami oleh pelajar. Ini seterusnya menyumbang kepada pencapaian pelajar.

GURU SEBAGAI SATU PROFESION

PERGURUAN SEBAGAI SATU PROFESION

Konsep perguruan

Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakalaperguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu sepertisekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.

Berdasarkan pengertian yang dihuraikan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa perguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang mengajar atau melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institut-institut pendidikan lain untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat.

Pekerjaan yang dianggap professional.


Ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesional ialah:

1. Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.

- Sesebuah pekerjaan yang profesional mestilah merupakan pekerjaan yang unik dan penting, sama ada kepada masyarakat atau negara.

2. Banyak menggunakan keupayaan intelek.

- Memerlukan keupayaan intelek yang tinggi untuk melakukannya. Tugas guru contohnya merupakan suatu pekerjaan yang perlu ada intelek yang tinggi agar guru-guru dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan.

3. Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas.

- Pekerjaan yang profesional juga memerlukan seorang yang pakar dalam suatu bidang tersebut dan benar-benar mahir dalam bidangnya.

4. Mendapat latihan khusus.

- Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting dan harus dilakukan dengan betul. Oleh itu, seseorang haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih dahulu sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut. Latihan ikhtisas ini membolehkan mereka mahir dan faham tanggungjawab yang harus mereka pikul semasa melaksanakan tugas mereka.

5. Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja.

- Bidang profesional memerlukan seseorang pekerja yang rajin, cekap dan dedikasi terhadap kerjanya. Sikap ini akan menjamin kualiti kerana mementingkan mutu dan perkhidmatan yang cemerlang merupakan ciri penting dalam pekerjaan profesional.

6. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya.

- Seseorang yang terlibat dalam pekerjaan profesional mestilah menjadi ahli kepada organisasi di mana mereka bekerja. Ahli dalam organisasi itu pula terikat dengan autonomi organisasi yang akan menentukan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh semua ahli organisasi. Peraturan-peraturan tersebut diwujudkan demi mengawal kualiti perkhidmatan.

7. Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut.

- Setiap jenis profesion mempunyai kod etika tersendiri dan berlainan dengan profesion yang lain. Namun begitu, tujuannya adalah sama, iaitu untuk membolehkan seseorang pekerja itu mematuhi garis panduan dan dasar etika yang telah ditetapkan oleh organisasi.

8. Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.

- Pekerjaan yang profesional memerlukan pekerja yang bukan sahaja rajin dan cekap, malahan juga perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab tersebut bukan hanya meliputi tugas-tugas yang mesti dilaksanakannya tetapi turut merangkumi segala keputusan-keputusan yang telah dibuat. Jika seseorang itu bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuatnya, maka jelaslah bahawa sesuatu kerja itu mempunyai ciri-ciri pekerjaan atau profesion yang profesional.

Mengapakah taraf professional dalam bidang perguruan sering dipertikaikan?


Sesetengah masyarakat masih lagi menganggap profesion perguruan bukanlah suatu pekerjaan yang profesional. Ini kerana ramai di kalangan individu yang terbabit memikirkan bahawa profesion keguruan ini tidak ‘seglamour’ pentadbir, eksekutif firma-firma, akauntan, doktor perubatan ataupun peguam. Mereka juga seringkali menganggap kerja ini sebagai ‘pilihan terakhir’ dan ‘terpaksa’. Sebab itulah ada di kalangan mereka yang beranggapan sedemikian.

Faktor lain yang menyebabkan timbulnya sebab mereka mempertikaikannya ialah mereka menganggap pekerjaan tersebut merupakan pekerjaan biasa yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Mereka masih terpengaruh dengan keadaan lampau di mana seseorang yang telah tamat Darjah Enam boleh menjadi guru. Wujudnya guru pengganti semasa seorang guru cuti bersalin juga adalah satu sebab yang mendorong mereka mengatakan bahawa pekerjaan guru bukanlah satu pekerjaan yang profesional.

Berdasarkan pengalaman anda sila beri pandangan peribadi anda adakah jawatan guru layak dianggap sebagai jawatan profesional? Berikan alasan untuk memperkukuhkan jawapan anda.

Pada pandangan saya, jawatan guru memang layak dianggap satu pekerjaan profesional. Hal ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana, ciri-ciri pekerjaan ini banyak mengandungi ciri-ciri sebuah pekerjaan yang profesional. Mungkin sesetengah orang yang tidak terlibat dalam profesion ini menganggap pekerjaan ini tidak profesional kerana tugas guru hanya mengajar sahaja. Namun, sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam pekerjaan ini, barulah mereka sedar bahawa seorang guru bukan hanya perlu mengajar, tetapi perlu juga melakukan banyak tugas lain yang bukannya senang untuk dilakukan oleh orang yang tidak berpengalaman.

Mengapakah sesetengah masyarakat tidak memandang pekerjaan guru sebagai profesional sedangkan mereka tidak tahu tugas guru sebenarnya? Pendek kata, tugas seorang guru bukan hanya mengajar semata-mata, malah boleh juga melakukan tugas-tugas golongan profesional yang lain, contohnya menjadi doktor, akauntan, eksekutif, hakim, polis, jurutera, kerani dan sebagainya.

Etika perguruan.

Etika ialah suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.

Dalam konteks perguruan, etika yang dipegang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah “Tatasusila Profesion Keguruan”. Etika tersebut menjadi garis panduan dan dasar yang harus dipatuhi oleh semua kakitangan perguruan. Seseorang yang melanggar etika tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib dan dikenakan hukuman sewajarnya.

Hubungan penghayatan tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme keguruan

Seperti mana sebuah kata-kata yang sering diungkapkan, “Segala sesuatu itu bermula daripada diri kita dulu”. Ungkapan tersebut akan menjelaskan hubungan penghayatan tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme keguruan.

Terlebih dahulu, kita cuba memahami makna penghayatan tatasusila. Penghayatan tatasusila bermakna seseorang pendidik memahami dan mematuhi etika perguruan atau tatasusila yang telah ditetapkan oleh organisasi pendidikan. Maksudnya, jika seseorang itu memahami dan mematuhi segala peraturan yang termaktub dalam etika perguruan maka dia telahpun menghayati tatasusila tersebut.

Peningkatan taraf profesionalisme pula bermakna menaikkan atau meningkatkan martabat profesion keguruan khususnya di negara kita. Martabat yang tinggi akan menjadikan profesionalisme itu disanjung tinggi, mempunyai nilai dan berkualiti tinggi.

Perlu diingat, sekiranya kita hendak menaikkan taraf profesionalisme keguruan, diri kita sendiri haruslah telah bersedia terlebih dahulu. Kesediaan tersebut adalah dari segi memahami tanggungjawab sebenar seorang guru, mematuhi tatasusila dan sedia menerima segala perubahan. Sifat-sifat diri seperti itu yang wujud daripada pemahaman tatasusila akan melahirkan seorang guru yang berkualiti dan seterusnya dapat meningkatkan taraf profesionalisme keguruan.

Pembelajaran sepanjang hayat


Konsep pembelajaran sepanjang hayat atau lifelong learning bukanlah merupakan satu konsep yang baru dalam sistem pendidikan negara. “Belajar sepanjang hayat”, membawa makna: Kita harus sentiasa belajar sepanjang hidup kita dan yang paling penting sekali ialah pembelajaran mestilah melahirkan tindakan pro-kehidupan.

Pembelajaran sepanjang hayat dari segi konsepnya merangkumi pengertian yang begitu luas. Konsep ini merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional, atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di sekolah.

Pengalaman yang bersifat pengetahuan seperti ini tidak akan dapat dipelajari secara bentuk yang biasa, tidak juga secara formal dan latihan. Ia memerlukan pusingan yang berterusan mencipta, dissemination dan memahami erti perkongsian ilmu. Berdasarkan kepada pandangan di atas, pembelajaran sepanjang hayat dapat disimpulkan kepada proses seperti berikut:

Proses pembelajaran seseorang secara berterusan sama ada bagi tujuan meningkat kemahiran atau membangunkan kerjaya dalam sesuatu bidang pekerjaan pada masa sekarang, mahupun pada masa akan datang.
 Proses pembelajaran seseorang bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tidak akan berakhir apabila seseorang itu meninggalkan alam persekolahan, ia adalah proses sepanjang hayat.

Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang hayat.


Sebagai seorang pendidik, kita haruslah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang dinamik. Oleh itu, setiap guru harus menerima dan menambahkan ilmunya melalui pembelajaran sepanjang hayat untuk disebarkan kepada para pelajar.

Guru harus memahami dan menghayati tugasnya sebagai guru yang menghendaki agar kita bertanggungjawab terhadap tugas-tugas lain selain daripada mengajar. Oleh itu, guru haruslah sentiasa belajar memahami tugas-tugasnya.

Guru juga perlu mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang hayat agar sentiasa mempertingkatkan mutu kehidupan dan dapat membentuk individu yang berfikiran rasional, inovatif, kreatif dan mempunyai daya tahan fizikal dan mental.

Selain menjadi sumber maklumat kepada para pelajar, guru juga menjadi bahan rujukan rakan setugas dan ibu bapa. Oleh itu, mengamalkan prinsip pembelajaran sepanjang hayat akan menjadikan ilmu seseorang guru itu sentiasa dinamik.
Guru perlu mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat agar dapat memahami budaya ilmu yang akan diterapkan kepada para pelajar.

Langkah yang boleh anda dan guru lakukan untuk mempertingkatkan tahap profesionalisme perguruan.

1. Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan

o Kemahiran ikhtisas penting bagi setiap guru kerana itu mendorong dan membantu guru menyampaikan pengajaran kepada para pelajar.

o Bagi memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang dianjurkan oleh jabatan. Kursus-kursus tersebut termasuklah juga Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman.

2. Membuat penyelidikan dan penulisan

o Penyelidikan dan penulisan dalam pendidikan antaranya bertujuan untuk mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seseorang guru.

o Contoh permasalahan yang boleh dikenalpasti dalam proses penyelidikan ialah, penggunaan bahan bantu pelajaran, strategi dan kaedah mengajar, pengurusan aktiviti berkumpulan, perancangan aktiviti pemulihan dalam pendidikan dan penyediaan lembaran kerja sebagai penilaian.

3. Usaha ke arah perkembangan kendiri

o Guru perlu meningkatkan perkembangan kendiri masing-masing. Perkembangan tersebut akan melibatkan pembentukan konsep kendiri seterusnya mempengaruhi cara kerja seseorang guru.

o Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu guru tersebut melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan. Ini seterusnya akan meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru.

4. Peka terhadap perkembangan pendidikan dan teknologi terkini

o Guru yang baik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini. Mereka harus sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan zaman.

o Setiap guru juga perlu bersedia menerima sebarang perubahan sistem pendidikan agar pengetahuannya selari dengan keperluan masa kini.

5. Pembelajaran sepanjang hayat

o Pembelajaran sepanjang hayat membolehkan ilmu seseorang guru itu lebih dinamik.

o Ilmu pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak maklumat kepada pelajar. Ini akan mewujudkan keyakinan dan kebolehpercayaan pelajar terhadap seseorang guru.

Akauntabiliti keguruan.

Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti keguruan membawa maksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion keguruan.

Hubungan akauntabiliti dengan peningkatan profesionalisme keguruan.

Memahami akauntabiliti bererti memahami tanggungjawab sebenar seseorang guru. Penghayatan akauntabiliti akan meningkatkan profesionalisme keguruan kerana semua guru akan menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh dedikasi.

Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion keguruan akan ditingkatkan sekiranya seseorang itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan khususnya di negara kita.

Pentingnya kesedaran akauntabiliti keguruan dihayati oleh semua guru.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, setiap guru perlu sedar akan tanggungjawabnya terhadap tugas agar mereka dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan dedikasi.

TUGAS GURU KELAS



TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
GURU KELAS
Bidang Tugas:
1. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual kedatangan, buku rekod mengajar, kad 001, kad 002 dan buku kemasukan sekolah.
2. Buku jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditanda pada waktu yang pertama pada setiap hari belajar.
3. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah.
4. Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada memberi penjelasan dan sebab yang munasabah, guru darjah hendaklah mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan satu salinan ke pejabat sekolah.
5. Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari buku jadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK HEM terlebih dahulu.
6. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah mengikut suara ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar.
7. Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan dan mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual kedatangan dan buku yuran.
8. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan pihak sekolah.
9. Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada pelajar dan memungut buku daripada pelajar yang hendak bertukar ke sekolah lain.
10. Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat jemputan kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan.
11. Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.
12. Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan memberitahu pelajar.
13. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik.
14. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru PK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan masalah disiplin lain.
15. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar baru dan mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar dan Buku Daftar Kemasukan Pelajar.
16. Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi borang masuk peperiksaan. Mereka juga perlu memungut yuran peperiksaan dan membantu menyusun kerusi meja.
17. Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di samping menyediakan tabung markah atau mark sheet.
18. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya.
19. Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan.
20. Berada di samping pelajarnya semasa pelajar beratur di kaki lima kelas dan pada masa perhimpunan hari biasa.
21. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-makalah, maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini.
Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus memberi markah kepada guru-guru kelas untuk meringankan beban tugas guru.

TUGAS GURU MATA PELAJARAN



SENARAI TUGAS GURU MATA PELAJARAN

1.     Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemas kini dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan setiap minggu.
2.     Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan mata pelajaran yang berkenaan.
3.     Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.
4.     Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun dan melaksanakan pengajarannya mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.
5.     Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan  memulangkan semula secepat mungkin.
6.     Menyerahkan / menunjukkan buku latihan murid kepada pengetua/ wakilnya pada masa yang dikehendaki.
7.     Menjalankan ujian dan penilaian kepada pelajar dari semasa ke semasa. Merekodkan soalan-soalan dan  keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.
8.     Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/ bimbingan.
9.     Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan  keputusan mesyuarat panitia.
10.  Memastikan buku –buku panduan yang digunakan adalah yang diluluskan oleh KPM /JPN /PPD.  Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh KPM / JPN dan PPD.
11.  Memastikan keselamatan pelajar di makmal/ bengkel KH/ Bilik ERT/ Sains Pertanian serta  mengawasi penggunaan peralatan.
12.  Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran  yang berkenaan sama ada yang  dikelolakan oleh KPM/JPN dan PPD. Menyampaikan semua maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
13.  Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran  berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
14.  Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran  untuk  tindakan selanjutnya.
15.  Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas . Bertanggungjawab dalam menambahklan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.
16.  Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
17.  Membantu menguruskan Bank Soalan.
18.  Membina JSU dan soalan ujian / peperiksaan.

Tuesday 16 July 2013

RPI



BAB 6 : RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU (RPI)

6.0       PUNCA KUASA
I.          Seksyen 41 Akta Pendidikan 1996 Peraturan-Peraturan Pendidikan          (Pendidikan Khas) 2007 mengariskan:
            ”Rancangan Pendidikan Individu” bererti satu dokumen yang menjelaskan          matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid           pendidikan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran   dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid
ii.         Rancangan Pendidikan Individu (RPI) diguna pakai dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan Khas yang digubal oleh Panel Khas RPI juga berperanan sebagai rekod pengajaran guru.
iii.        Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2004:  Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, para (5) menyebut, “Bagi memastikan keberkesanan kurikulum ini (kurikulum alternatif)        Rancangan Pendidikan Individu (RPI) setiap murid hendaklah disediakan”.
iv.        Garis panduan pelaksanaan RPI boleh dirujuk di dalam buku Panduan    RPI     terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

6.1       DEFINISI RPI
i.          RPI merupakan satu dokumentasi perancangan berstruktur dengan langkah yang berbeza dan keperluan pengajaran yang sepatutnya untuk membantu murid berkeperluan khas mencapai objektif yang telah dikenalpasti.                          
6.2       RASIONAL PENGHASILAN RPI
i.          Mengikut Renault (1987), penghasilan RPI bukan sahaja untuk murid-murid       bermasalah pembelajaran, tetapi juga digalakkan bagi murid-murid yang             mempunyai prestasi pencapaian yang amat rendah berbanding dengan rakan   sekelas atau sebaya dalam sebahagian besar kurikulum, serta memerlukan    langkah-langkah intervensi jangka panjang.
ii.         RPI juga sesuai bagi murid bermasalah pembelajaran tetapi juga murid     berkeperluan khas lain, seperti mereka yang mempunyai masalah         pendengaran, penglihatan, cacat anggota dan lain-lain kecacatan.
iii.        Kemahiran atau masalah yang perlu fokus utama ialah pengurusan diri, interaksi sosial, masalah tingkah laku,  emosi dan intelek. Guru perlu pilih satu sahaja mana-mana yang perlu diutamakan mengikut masalah yang paling     berat sekali.
iv.        Bagi murid yang mengikuti program inklusif akademik sama ada masalah             penglihatan, masalah pendengaran, masalah pembelajaran dan pelbagai            kecacatan, RPI haruslah dibina berdasarkan aspek sosial, emosi dan rohani     atau subjek akademik yang penting seperti  Bahasa Malaysia dan Matematik.

6.3     CIRI-CIRI RPI
Rancangan Pendidikan Individu yang dibentuk perlu mengandungi ciri-ciri berikut :

a) Komprehensif
RPI merangkumi aspek ketidakupayaan murid, termasuk aspek komunikasi, tingkah 
laku, sosial, pengurusan diri, akademik, kemahiran motor kasar dan koordinasi motor-tangan, kemahiran vokasional dan transisi, perkhidmatan yang berkaitan penempatan
yang diperlukan sama ada di program biasa, vokasional ataupun pendidikan khas.

b) Spesifik
Matlamat dan objektif bagi RPI dinyatakan dalam bentuk tingkah laku yang dapat
diperhatikan dan diukur.

c) Mengikut urutan
RPI dibentuk berdasarkan urutan perkembangan dan fungsi kemahiran.

d) Realistik dan sesuai
Matlamat dan objektif yang dinyatakn dalam RPI perlu sesuai dengan tahap fungsi dan kadar perkembagan sedia ada setiap murid.

e) Difahami
RPI direkodkan dengan menggunakan bahasa yang difahami oleh para profesional dan juga ibubapa dan dapat menjejaskan apa yang perlu diketahui.

f) Dipersetujui
RPI adalah program yang dipersetuujui ibubapa, guru, murid dan professional lain
yang terlibat.

6.4    ELEMEN  RPI

a) Kerjasama
Berkerja dalam kumpulan merupakan elemen penting dalam RPI. RPI dirangka oleh sekumpulan individu yang terlibat secara langsung dengan pendidikan dan kebajikan murid berkenaan. Oleh itu, ibu bapa dan guru merupakan orang yang sangat penting dalam proses ini.

b) Berkongsi Maklumat
Perancangan RPI mesti berdasarkan kepada maklumat yang dikumpul daripada individu yang mempunyai hubungan rapat dengan murid. Maklumat ini mesti dikongsi bersama dan menjadi asas kepada keputusan untuk membina perancangan pendidikan yang akan dibuat.

c) Keputusan Bersama
Guru, Ibu bapa dan kumpulan pelbagai disiplin  bekerjasama untuk menyediakan RPI. Mereka perlu membuat keputusan bersama untuk menentukan apa yang diperlukan oleh murid berkenaan dan bagaimana RPI dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

d) Kebolehpercayaan
Objektif pengajaran dan prosedur penilaian perlu diterangkan dalam RPI. RPI juga perlu dibuat semakan pemantauan dan penilaian dari semasa ke semasa.

e) Dokumentasi
RPI perlu didokumentasi bagi tujuan rujukan dan panduan semua pihak.

f) Proses dan hasil
RPI merupakan proses yang meliputi aktiviti bagi memastikan program pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk murid berkenaan.

6.6       KONSEP RPI
i.          RPI menjadi perancangan berasaskan:
                 a)         ‘Apa’ yang diajar
                 b)         ‘Bagaimana’ sepatutnya diajar
                c)         ‘Kekerapan’ pengetahuan, kefahaman dan kemahiran  sasaran                              sepatutnya diajar melalui penambahan atau aktiviti yang                                           berpandukan kurikulum.
ii.         RPI merupakan satu dokumentasi perancangan berstruktur dengan langkah       yang berbeza dan keperluan pengajaran yang sepatutnya untuk membantu          murid berkeperluan khas mencapai objektif yang telah dikenalpasti.

iii.        RPI  adalah satu dokumen kerja rasmi yang mesti dilaksanakan dan          kegagalan menyediakan dokumen tersebut merupakan satu
            kesalahan.(pekeliling iktisas bil.7/2004)

iv.        RPI  mestilah mudah diakses dan difahami oleh semua yang berkenaan.
 v.        RPI  juga sesuai dihasilkan bagi murid berkeperluan khas yang mengikuti           kurikulum kebangsaan.

6.6       KEPENTINGAN RPI
            6.6.1   Murid
      i.          Setiap RPI yang digubal untuk mengenalpasti keperluan murid-murid                   dan    cara bagaimana keperluan-keperluan tersebut dapat dipenuhi  seperti peralatan khas seperti alat bantu mendengar, kanta pembesar  dan mesin Braille. Termasuk bidang khas seperti orientasi dan mobiliti,   kemahiran hidup dan bahasa isyarat.
ii.         Mengenalpasti masalah utama yang dihadapi oleh murid. Contoh Pengurusan Tingkah Laku dan Pengurusan Diri. 
iii.   Mengenalpasti kemahiran utama  yang belum dikuasai oleh murid. Contoh kemahiran 3M. 
iv.        Membantu meningkatkan penguasaan kemahiran dan mengurangkan masalah yang dihadapi.

            6.6.2   Guru Matapelajaran/Kelas/Resos

   i.          Memberi peluang kepada guru untuk mendapat maklumat tentang                                     murid.
  ii.          Menyediakan forum untuk mendapatkan sokongan dan khidmat bantu                daripada pihak yang berkenaan.
  iii.        Menyediakan dokumentasi bagi tujuan kesinambungan amalan dalam                 khidmat bantu sokongan diperlukan. 
  iv.        Mendapatkan khidmat nasihat  daripada kumpulan pelbagai disiplin.
  v.         Memastikan RPI disimpan dan difailkan dengan baik sebagai bahan
                        rujukan.  
 vi. Menyediakan penilaian yang sesuai bagi memastikan     kekuatan dan keperluan murid. 
vii.       Bertanggungjawab membina aktiviti pembelajaran dan bahan bantu belajar yang dapat             memenuhi keperluan murid.
   viii.      Mengekalkan komunikasi dan hubungan baik dengan pihak ibu bapa,                 guru-guru lain, profesional dan pegawai khidmat bantu yang terlibat.

            6.6.3                Ibubapa
     i.  Memberi peluang untuk terlibat secara langsung dalam penyediaan                      matlamat dan objektif pembelajaran anak mereka.
    ii. Memberi peluang untuk mendapat penerangan dengan jelas tentang                    perkara yang perlu dilakukan bagi membantu pembelajaran anak   mereka di rumah. 
iii.  Memberi peluang untuk  berkongsi maklumat dengan kumpulan pelbagai disiplin yang terlibat secara langsung dengan anak mereka.
           
6.6. 4   Pentadbir sekolah

i.              Membolehkan pihak pentadbir sekolah mengenalpasti bantuan dan keperluan murid berdasarkan maklumat RPI yang diterima.
ii.            Mewujudkan rasa tanggungjawab dan prihatin bagi pihak pentadbir terhadap pelaksanaan RPI.
iii.           Merapatkan jurang antara pihak pentadbir sekolah dengan  PPKI.


6.6.5 Kumpulan Pelbagai Disiplin

Ahli Jawatankuasa lain yang sewajarnya turut dilibatkan dalam perjumpaan bagi membentuk Rancangan Pendidikan Individu  (jika perlu) adalah:-
a) Ahli Fisioterapi
b) Ahli terapi cara kerja
c) Patologi Pertuturan Bahasa
d) Kaunselor
e) Agensi Pemulihan
f) Guru Kelas Biasa
g) Guru Vokasional

      i.          Dapat berbincang tentang kemudahan (contohnya penterjemah
                     bahasa isyarat dan lain-lain) yang dapat membantu murid belajar  
                     dengan lebih berkesan.

  ii.         Mengenalpasti bentuk khidmat bantu yang diperlukan.
  iii.        Menyediakan rangka panduan pembelajaran yang selari dengan                           keperluan pentaksiran kurikulum. 
 iv.        Setiap  ahli dapat berkongsi maklumat tentang tingkahlaku dan bentuk                 atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan     keperluan individu murid.
           

                       
6.7       GARIS PANDUAN  PELAKSANAAN PENGHASILAN RPI
i.          Jawatankuasa RPI hendaklah dianggotai oleh Pengetua atau Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Pendidikan khas atau Penyelaras Program Pendidikan Khas, semua guru pendidikan khas, PPM,          semua ibu bapa atau wakil kumpulan pelbagai disiplin mengikut keperluan          dan  murid.
ii.         Guru pendidikan khas menjalankan ujian diagnostik seperti pemerhatian, temubual, ujian lisan, ujian bertulis untuk mengenalpasti masalah.
iii.        Perbincangan  dibuat bersama ibu bapa dan jawatankuasa berdasarkan cadangan guru melalui ujian diagnostik yang dijalankan.
iv.        Menetapkan kemahiran atau masalah yang perlu diberi perhatian.
v.         Menetapkan matlamat, objektif yang hendak dicapai dan tempoh pelaksanaan.
vi.        Membina RPI dan menetapkan cadangan strategi untuk atasi masalah.
vii.       Menjalankan intervensi bersama sumber dan alatan yang diperlukan.
viii.      Menganalisis dapatan dan tindakan susulan.
ix.        Memberikan laporan pencapaian kepada ibu bapa untuk RPI seterusnya.