- 
King
 dan Anderson (1990) memilih karektoristik kerja berkumpulan menjadi 
kunci . Beliau menggambarkan kreativiti berkumpulan sebagai pemimpin 
kepada usahasama, perpaduan, ketahanan kumpulan , gubahan kumpulan , 
struktur kumpulan dan keahlian daripada pelbagai bidang atau latar 
belakang .Ini adalah kunci bagaimana gerak kerja berkumpulan ini 
berfungsi. Pertimbangan ini menuju kepada perkembangan kreativiti 
iaitu bagaimana untuk meninggikan teknik berkumpulan seperti 
“brainstorming” dan “mind mapping” . - 
 Stein
 (1974) berpendapat bahawa seseorang itu sebenarnya menjana idea yang 
sedikit didalam kumpulan. Hackman dan Morris (1975) menyatakan bahawa 
keupayaan kumpulanmenurun di sebabkan kekurangan motivasi, kecacatan 
proses dan penyelarasan. Mengikut Botter dan Yetton (1987) pula, 
kumpulan penyelesaian masalah ini boleh memperbaiki keberkesanan 
kumpulan mereka dengan melatih secara individu tentang kemahiran 
penyelesaian masalah. Teknik mengenalpasti peningkatan organisasi 
kreativiti termasuk memisahkanpenyelesaian penjanaan dan penyelesaian 
penilaian ( Cummings dan O’Connell, 1978 ).
 - 
Kemungkinan
 yang diambil, kebebasan bertukar idea, pengesahan pertentangan, 
simulasipenyertaan dan kepercayaan intrinsik sebagai bangkangan kepada 
ganjaran ekstrinsik.Bassadur, Graen dan Scandura (1986) berpendapat 
bahawa Kreativiti meningkat apabila lebih banyak masa digunakan untuk 
menerbitkan idea, dan apabila sesuatu kumpulan mengelakkan menaksir pra 
kematangan idea dengan penilaian kritikal. - 
 - 
 - 
 - 
Para
 sarjana ini berpendapat bahawa latihan yang fokus kepada 
memperkembangkan kemahiran berfikirberdasarkan kreativiti akan menuju 
kepada dapatan yang tepat dari segi kualiti dan kuantiti output kreatif.
 Peningkatan inovasi dalam gerak kerja berkumpulan bukanlah mengikut 
jumlah individuyang kreatif di dalam sesuatu kumpulan. Perlakuan 
kreatiflah menjadi pengantara di dalam berkumpulan dan ia dipengaruhi 
oleh gubahan kumpulan, karaktoristik dan proses. - 
Amabile
 (1988) mengenalpasti domain kemahiran yang relevan, kreativiti- 
kemahiran yangrelevan dan tanggungjawab motivasi intrinsik sebagai kunci
 elemen ini. Beliau menyarankan setiap satu dari tiga komponen ini 
diaplikasi kepada individu dan kumpulan yang kecil serta menjadi 
keperluan dalam menghasilkan inovasi. Implikasinya ialah pertembungan 
kreativiti boleh diaplikasi kepada kreativiti pelajar dan inovasi 
berkumpulan. - 
Inovasi
 yang berterusan adalah tidak mustahil dan bergantung kepada penciptaan 
ilmu. Inovasi dilihat sebagai pengetahuan penciptaan yang tersusun . 
Ia juga sama seperti kreativiti. Pengetahuan bersifat personal , sukar 
dIformalkan , subjektif , ilham dan bermula dari asas perbuatan dan 
pengalaman seseorang , ideal , nilai dan emosi . Ia boleh dipisahkan 
menjadi 2 komponen kemahiran informal.  - 
Kesimpulannya,
 pengajaran secara individu dan berkumpulan dapat meningkatkan lagi 
inovasi seandainya ia disokong oleh persekitaran sosial dan guru .Elemen
 elemen yang memberi kesan kepada inovasi, yang dapat menolong 
mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran ialah ilmu , motivasi , sosial 
dan pengaruh keadaan . - 
- 
- Guru
 sebagai penyalur maklumat kurikulum melalui pendekatan yang efektif 
boleh mengagihkan pelajar secara individu atau kumpulan pelajar yang 
mempunyai pelbagai latar belakang dan kemahiran .
- Pembelajaran yang berjaya menghidupkan iklim bilik darjah secara positif dan membawa pelajar. 
- Pendekatan yang pelbagai dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran kepada motivasi minat. 
 
 - 
- 
- Guru
 menjadi pendorong dan fasilitator dengan memberikan dorongan dan 
simulasi kepada pembelajaran pelajar untuk menjana dan meningkatkan 
inovatif. 
 
 - 
Terapi
 seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam 
menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual.
 Terapi batiniah ini merawat mental melalui kaedah kognitif, psikomotor 
dan afektif. Seni visual pula sebagai instrumen yang membantu pelajar 
mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi dan tekanan bertindan bukan 
sahaja dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran tetapi 
kehidupan seharian.  - 
 Terapi
 Seni ini telah menjadi kajian sekian lamanya di negara negara barat. Di
 Malaysia pula, terapi seni masih belum ada kajian yang mendalam mengisi
 ruang kosong bagi membantu menyelesaikan pemasalahan pelajar dalam 
usaha menginterpretasi diri, memperkembangkan pengetahuan, 
mempertingkatkan kecerdasan, pernyataan kendiri dan utiliti idea. - 
Terapi
 seni sebagai asas pemantapan emosi dan sahsiah pelajar kini menjadi 
keperluanyang tidak dapat dielakkan lagi. Pelajar datang dari latar 
belakang yang berbeza samada dari segi genetik, keluarga , bangsa, 
persekitaran, tempat, budaya dan agama menjadikan terapi seni ini suatu 
keperluan demi merungkai kompleksiti tersebut daripada menjadi bertambah
 serius. Ini adalah untuk memastikan kepesatan pembangunan Negara kita, 
bukan saja ditajai oleh insan yang berpendidikan, mahir, berteknologi, 
berdaya cipta dan berbudaya tetapi yang mempunyai kecerdasan dan sahsiah
 diri yang mantap disamping kestabilan emosi.  
CARA PELAKSANAAN TERAPI SENI
Kegiatan dalam Bidang Mengambar
Ia
 adalah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan di atas 
permukaan rata dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna 
paling sedikit seperti pensil warna dan krayon. Unsur garisan amat 
ditekankan di mana ia adalah kerja asas untuk menghasilkan catan, 
cetakan atau mural. Ia juga adalah  terhasil secara spontan mengikut 
gerak hati atau perasaan pelukis itu. 
 
Catan
 adalah  hasil seni bahantara  pigmen warna  di atas permukaan  rata. Ia
 terhasil melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan
 berus  atau alatan lain. Ia memberi ruang kepada pelukis meluahkan 
perasaan, membuat interpretasi pandangan atau merakamkan  gambaran 
pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak. 
Jenis
 warna yang lazim digunakan ialah cat guac, warna poster, warna air, cat
 akrilik, cat minyak, cat tempera dan Fresko (Kapur plaster).
Penghasilan
 kolaj adalah dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, 
menindih bahan-bahan di atas permukaan rata atau 2D. Bahan-bahan yang 
digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, 
jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik. 
Montaj
 ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari 
pelbagai sumber atau sumber yang sama untuk menimbulkan mesej 
pengajarana,  alam sekitar dan lain-lain. 
Aktiviti
 montaj lazimnya menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. 
Namun, teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek)  boleh 
digabungkan dan digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar 
akan menghasilkan satu imej baru.Teknik super impose, image editing photography digunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj. 
Tema
 bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema 
landskap, alam benda, figura dan corak huruf. Warna-warna harmoni dan 
warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian 
pemerhati. 
Cetakan
 adalah kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada 
permukaan blok atau plat ke atas permukaan rata, diulang dan dicipta 
dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Ia boleh 
dilaksanakan melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan 
dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat. Teknik cetakan mono, 
teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam 
pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. 
Mengikut
 Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan 
(tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok. Menurut 
Glosari Seni Lukis pula, gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau 
corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan 
pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
Gosokan
 adalah proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang 
berjalinan serta memberi ruang kepada murid meneroka proses mengambar 
menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. 
Untuk menghasilkan cetakan, murid boleh  menggosok dakwat, pensel, kapur
 ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang 
berjalinan. 
Pelbagai
 teknik  gosokan boleh diteroka iaitu gosokan satu lapis dan satu arah 
sahaja, gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara 
berulang kali  atau berulang kali dari arah dan sudut yang berlainan, 
secara pusingan, menggunakan pelbagai  warna atau monokrom  iaitu 
 menggunakan warna putih dan hitam sahaja dan gosokan potongan kertas.
Menurut Glosari
 Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat 
air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di 
bahagian yang tidak mahu dicat atau diwarnakan. Lilin bertindak sebagai 
pelindung kepada warna asal atau menghasilkan garisan di atas permukaan 
kertas. 
Sekiranya
 kain digunakan, maka canting diperlukan untuk membuat garisan lilin 
bagi menghasilkan corak batik. Warna pada resis kain dapat dikekalkan 
dengan menggunakan Sodium silikat. Setelah selesai, rendaman soda ash 
dalam air panas bertindak untukmembuang lilin yang terdapat pada 
permukaan kain tersebut.
Resis
 ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan 
bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air 
dan cat minyak, cat air dan lilin. Resis juga boleh dikatakan sebagai 
proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas di dalam 
proses penghasilan batik lukis dan batik canting.
Alat
 yang tajam diperlukan untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut 
dari sesuatu permukaan. Seperti permukaan kertas disapu dengan krayon 
secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. 
Kayu, paku atau plastik digunakan untuk melakar gambar di atasnya.
Glosari
 Seni Lukis menyatakan bahawa percikan  adalah corak-corak tompok dan 
titik pada lukisan cat. Menurut  Kamus  Dewan Bahasa dan Pustaka pula 
percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana 
sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Makna 
kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini. 
Makna ketiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, 
merenjisi.
Percikan
 diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke 
sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan. Aktiviti 
seperti mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik boleh 
menghasilkan percikan. Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan 
percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. 
Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau 
marble yang menarik. Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan 
termasuklah landskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan 
catan. Percikan boleh dihalang dengan menggunakan sesuatu objek atau 
kertas yang boleh diubah kedudukannya untuk mengahasilkan kesan tindanan
 apabila warna kedua dipercikkan.
Menurut
 Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk 
atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau 
pecahan tembikar. Mozek juga boleh menghasilkan gambar atau corak hiasan
  dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan 
seramik (tessera), disusun di atas dinding, lantai atau permukaan yang 
tidak rata untuk  menghasilkan pantulan/kilauan. Biasanya ia disusun 
secara bersebelahan dan  tidak bertindih. Mozek dalam bentuk foto boleh 
terhasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu 
tema/tajuk.
Menggunakan
 rupa bentuk gambar yang dikeluarkan daripada alat stensil dengan 
sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil 
tersebut. Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan 
atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas 
stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi 
kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.
KESIMPULAN
“Kebanyakkan
 orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk meluahkan 
perasaan mereka melalui permainan dan seni. Merkea juga mempunyai 
kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini , untuk mencerminkan diri 
mereka dan untuk mencipta idea baru yang menuju kepada kebaikan” 
-          Dyer – Friedman & Sanders, 1997; Rubin 1978 -
Kesimpulannya,
 banyak aktiviti yang dapat dijalankan untuk terapi seni.  Seperti yang 
telah dinyatakan di atas terdapat 4 bidang yang boleh diaplikasikan di 
dalam terapi seni iaitu bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, 
membentuk dan membuat binaan dan yang terakhir sekali mengenal kraf 
tradisional. Melalui aktiviti seperti ini juga dapat mengurangkan 
tekanan perasaan murid, memberi peluang murid untuk merasa seronok 
semasa sesi pembelajaran, memberi peluang kepada murid untuk 
menghasilkan karya sendiri dan juga memberi peluang kepada murid untuk 
meningkatkan tahap kreativiti mereka. Kelebihan terapi seni untuk guru 
pula ialah, guru dapat mengesan masalah dalam diri murid. Contohnya jika
 murid merasa marah, guru boleh melihat warna yang digunakan oleh murid 
dalam menghasilkan sesuatu tugasan yang diberikan. Selain daripada itu, 
guru dapat mengenali murid dengan lebih mendalam melalui terapi seni, 
contohnya warna yang diminati oleh murid, siapa yang disayangi oleh 
murid, latar belakang hidup murid dan lain – lain lagi. Oleh itu, banyak
 kelebihan yang boleh diperoleh melalui aktiviti terapi bukan sahaja 
untuk guru malahan untuk murid.
Blog Asal : http://specialzone90.blogspot.com/