KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Thursday, 22 November 2012

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN


PENDAHULUAN
           Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu elemen penting dalam perkembangan pendidikan. Perkembangan kemajuan dalam zaman ICT telah membawa jauh alam pendidikan dengan perisian-perisian yang sangat tercanggih. Kaedah – kaedah lama semakin jauh ketinggalan di telan zaman. Walaubagaimanapun  kita masih terikat dengan model-model pengajaran dan  teori-teori yang ada hubungkaitnya dalam psikologi pendidikan. Menurut Griffith W. Williams  psikologi adalah satu cabang penyiasatan tingkah laku manusia dalam suasana pembelajaran . Kajian saintifik terhadap tingkahlaku individu adalah berkait rapat terhadap prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunapakai untuk menyelesaikan masalah (Smith 1978). Dapatan-dapatan ini akhirnya menghasilkan satu teori atau kaedah dalam perolehan ilmu pengetahuan.
         Pengajaran adalah satu proses penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya dapat dipelajari dengan berkesan. Daripada tidak tahu kepada lebih tahu pelajar akan berubah dan menukar tingkah laku kepada sesuatu yang baru. Drisoll(1994) menghuraikan bahawa pembelajaran  pula adalah satu proses  pembaharuan prestasi secara berterusan dalam diri manusia  hasil interaksi pembelajaran dengan alam sekitar. Pembelajaran adalah satu proses perolehan ilmu pengetahuan melalui pengalaman, membuat penerokaan, mendapat  latihan sehingga berlaku perubahan tingkah laku dalam diri pelajar. Oleh itu pembelajaran  itu adalah satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia melalui pengalaman
        Pada asasnya konsep pengajaran dan pembelajaran adalah berlandaskan kepada teori-teori pembelajaran masa kini. Teori-teori pembelajaran  terdiri daripada kognitif, konstruktivitisme, behaviorisme dan humanistic. Pengalaman ilmu pengetahuan yang diperolhi dalam proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat yang menghasilkan satu  perubahan tingkahlaku manusia.

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF.
     Teori adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan pengamatan, pengetahuan dan pemahaman. Ahli-ahli psikologis yang terkenal seperti  Kohler, Koffa,Piaget,Brunner, Ausuble,dan Gagne. Mereka semua berpendapat proses pembelajaran adalah satu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran yang tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Proses celik akal, pemprosesan maklumat menggunakan struktur dalaman kognitif dari pelbagai peringkat umur dan kebolehan murid.  Semua maklumat  yang di terima di padankan dengan makluamat yang  sedia  ada, diubahsuai dan disusun semula seterusnya menghasilkan sesuatu maklumat  yang baru.

PRINSIP-PRINSIP KOGNITIF:
1.    Bahan –bahan pembelajaran di susun daripada mudah ke susah.
2.    Memahami pembelajaran lebih baik daripada hafazan.
3.    Pengetahuan sedia ada murid digunapakai dan disesuaikan dengan pembelajaran yang baru.
4.    Isi pelajaran perlu disusun mengikut pola-pola yang  tertentu supaya murid lebih mengingati.
5.    Setiap murid mempunyai perkembangan individu yang berbeza.

PENDEKATAN TEORI KOGNITIF.
1.    Menekankan kepada proses mental dalam yang bermaksud maklumat yang di terima diproses melalui perbandingan, peniruan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada, diubahsuai pula dan disusun semula.
2.    Menekankan kepada proses pengamatan, ingatan, pemikiran, dan penyelesaian masalah.

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVITISME.
     Teori ini adalah berkaitan dengan pengajaran yang berdasarkan kepada penyelidikan dan pengalaman. Pembelajaran terbina daripada hasil pencatuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Proses pembelajaran di bawah teori ini juga  menggalakan pelajar berkomunikasi dengan bahan untuk mendapatkan jawapan. Murid di beri peluang  meneroka sepuas-puasnya dan mendapatkan jawapan serta kesimpulan sendiri. Tokoh-tokoh  yang terkenal terdiri daripada Jean Piaget, Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey. Kesemua tokoh-tokoh ini melihat proses pembelajaran sebagai aktivfiti pembinaan mental yang dicantumkan dengan maklumat baru. Teori ini menekankan kepada penglibatan pelajar dalam menyelesaikan masalah. Pelajar akan membina pengetahuan sendiri untuk menjana idea dengan berdasarkan pengetahuan sedia ada. Semua maklumat baru yang ada akan diolah dan disesuaikan dengan satu kerangka maklumat baru yang dinamakan Konstruktivistime.

PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
  1. Proses pembelajaran yang berlaku adalah proses sesuatu aktiviti yang aktif.
  2. Semasa proses pembelajaran berlaku , ianya melibatkan aktiviti sosial dan perkembangan bahasa sesama murid. Contohnya aktiviti yang dijalankan secara kumpulan ketika bermain lego.
  3. Murid akan  belajar dan mendapat sesuatu input yang baru semasa proses belajar dilangsungkan.
  4. Aktiviti yang dijalankan melibatkan perkembangan minda, pergerakan fizikal dan pengetahuan sedia ada murid.
  5. Guru sebagai fasilitator dalam proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
  6. Pengetahuan dan idea setiap murid akan digunapakai dalam proses pembelajaran.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DAN KONSTRUKTIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
  1. Guru perlu menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap kebolehan murid supaya mudah difahami dan murid memahami objektif yang hendak dicapai oleh guru.
  2. Guru perlu bersedia dengan bahan-bahan yang dapat meransang minda murid dan senantiasa diubahsuai mengikut aktiviti yang akan dijalankan.
  3. Guru semestinya peka kepada kesesuaian persekitaran pembelajaran terutama dalam bilik darjah supaya dapat mendorong atau memotivasikan murid untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran.
  4. Proses pembelajaran yang berlaku perlu mengambilkira pengetahuan sedia ada murid dan menggunakan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran yang baru. Contohnya aktiviti  makan dan minum yang telah dipelajari dirumah, disekolah guru boleh mengukuhkan lagi dengan menerapkan adap-adap semasa makan.
  5. Guru bertindak sebagai pemudah cara dan sentiasa menbantu murid dalam aktiviti pembelajaran.
  6. Keadah pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif sangat efektif digunakan dalam proses pembelajaran.
  7. Penilaian secara tradisi sangat tidak sesuai digunakan lagi, dan teknik pembelajaran seperti hafazan dan syarahan tidak menjadi begitu efektif berbanding aktiviti berkumpulan.

TEORI  PEMBELAJARAN JEAN  PIAGET
       Teori pembelajaran Piaget lebih menekankan kepada konsep perkembangan, pertumbuhan kecerdasan yang dipengaruhi oleh lingkugan sosial dan kematangan. Ahli psikologis yang berasal dari Switzerland menyatakan bahawa semua kanak-kanak mempunyai kecenderungan yang berbeza mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. Menurut Piaget ada 4 tahap perkembangan yang akan dilalui oleh semua kanak-kanak.
1)    Tahap sensorimotor iaitu dari lahir sehingga berumur 2 tahun dimana kanak-kanak akan memerhati dan  melalui pengalaman akan mempelajari sesuatu yang dilihat, dirasa dan disentuh.Pada peringkat ini kanak-kanak akan menggunakan deria motor untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitaran. Pada tahap ini juga tiada konsep pengekalan kerana kebolehan mental sangat terhad kepada objek yang dapat dilihat sahaja.
2)    Tahap pra-operasi iaitu dari 2 tahun hingga 7 tahun  dimana kanak-kanak mula menggunakan kecekapan  kemahiran motor kasar dan halus  untuk meneroka sesuatu yang baru. Pada peringkat ini kanak-kanak mula memahami symbol dan keupayaan berbahasa yang sangat terhad untuk mengambarkan sesuatu konsep. Perkembangan kognitif akan menjadi lebih pesat apabila kanak-kanak mula fasih bertutur.
3)    Tahap operasi konkrit iaitu dari 7 tahun hingga 11 tahun dimana kanak-kanak mula menggunakan pengetahuan dan akal fikiran untuk mempelajari sesuatu yang konkrit. Kebanyakannya pada tahap ini kanak-kanak memerlukan objek dan peristiwa-peristiwa sebelum dapat menyelesaikan beberapa masalah. Pada peringkat ini juga kanak-kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara dalam satu masa. Namun demikian keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja.
4)    Tahap operasi formal iaitu berumur 11 tahun  ke atas yang akan lebih mempelajari sesuatu yang lebih abstrak.( dari konkrit ke abstrak).Ini adalah peringkat perkembangan kognitif  yang paling penting di mana kanak-kanak akan berusaha menyelesaikan masalah yang konkrit dan abstrak. Penglibatan kanak-kanak yang lebih aktif akan menggalakan perkembangan pemikiran  dan membuat penaakulan.
      Merujuk kepada tahap-tahap perkembangan di atas,  Piaget telah menunjukkan semua kanak-kanak cuba mengadaptasikannya  mengikut kepada pengalaman dan kesesuaian keadaan. Adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Urutan setiap tahap tersebut tidak dapat diubah dan saling berkaitan secara tidak langsung.Menurut Piaget proses perubahan tingkahlaku individu untuk mengadaptasikan diri dalam alam sekitar adalah sebenarnya proses pembelajaran. Proses asilimasi di mana semua pengalaman lalu akan akan dikaitkan dengan pengalaman yang baru  untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baru. Pengalaman yang baru tersebut pula dinamakan akomodasi  iaitu satu proses yang merubah struktur kognitif.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN PIAGET DALAM  PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
1.    Pengetahuan sedia ada digunakan dalam proses pembelajaran untuk menghasilkan satu sistem maklumat yang baru.
2.    Isi pelajaran akan dikembangkan dan dikaitkan dengan mengikut peringkat kognitif kanak-kanak dan tahap keupayaan masing-masing.Contohnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dengan tema buah-buahan. Murid akan diberi penerangan mengenai jenis –jenis buah-buahan tempatan, serta dikaitkan dengan rasanya. Pada tahap ini murid-murid akan memberikan berbagai cerita atau pendapat berdasarkan pengalaman.
3.    Isi pelajaran akan disusun daripada konkrit ke abstrak iaitu dari senang ke susah. Contoh dalam matapelajaran matematik. Konsep pra nombor akan diajar dulu sebelum mempelajari nombor.
4.    Penglibatan kanak-kanak  adalah secara aktif  dalam aktiviti kumpulan digalakkan dan mereka saling berinteraksi antara satu sama lain. Komunikasi dua hala dan bertukar pendapat semasa menjalankan aktiviti menggalakkan perkembangan bahasa.
5.    Motivasi secara instrinsik dipupuk supaya kanak-kanak dapat digerakkan secara aktif dalam aktiviti. Contohnya dengan memberi pujian , kata-kata galakan, dan sokongan dapat merangsang mereka.

TEORI PEMBELAJARAN  LEV VYGOTSKY.
    Lev Vygotsky adalah seorang ahli psikologis, dan karyanya sangat terkenal di dunia barat pada tahun 1960an.  Teori Vygotsky lebih menekankan kepada  interaksi antara aspek internal dan eksternal dalam pembelajaran . Menurut Vygotsky  sistem sosial sangat penting dalam perkembangan kognitif  kanak-kanak. Mereka akan berinteraksi  dan berkolaborasi untuk mengembangkan sesuatu yang baru.   Vygotsky menekan bahawa perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh sosial dan budaya . Teori  beliau juga ada menyebut mengenai “scaffolding”  iaitu memberikan sejumlah besar bantuan pada tahap awal pembelajaran dan kemudian mengurangi bantuan tersebut dan memberikan kesempatan kepada kanak-kanak mengerjakan sendiri. Bantuan yang diberi adalah seperti  peringatan, petunjuk dan dorongan  sehingga kanak-kanak tersebut boleh  melakukannya. Dalam teori ini menyatakan potensi murid dapat dikembangkan melalui usaha dan pengalaman sendiri dalam proses pembelajaran, sehingga ke satu peringkat kanak-kanak akan boleh melakukannya sendiri tanpa bantuan orang lain.
KONSEP KONSTRUKTIVISME VYGOTSKY
Merujuk kepada gambarajah di atas , Vygotsky telah menerangkan mengenai konsep “scaffolding” . Kanak –kanak mempunyai had perkembangan individu yang berbeza. Setiap kanak-kanak akan melalui proses pembelajaran dengan bantuan rakan dan guru sehingga berjaya menguasai dengan sendiri. Proses ini akan berulang-ulang berkali-kali sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan untuk melakukannya sendiri walaupun masih mengharapkan bimbingan daripada orang lain. Pada peringkat ini kanak-kanak akan menunjukkan kebolehan menyelesaikan masalah melebihi daripada kebolehan diri sendiri. Pada satu peringkat dimana kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti-aktiviti yang sukar tanpa bantuan orang lain berdasarkan pengalaman masing-masing.

IMPLIKASI  TEORI PEMBELAJARAN VYGOTSKY TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
1.    Pembelajaran dijalankan secara koperatif supaya murid-murid dapat berinteraksi antara satu sama lain. Contoh dalam mata pelajaran sains, murid akan diminta membuat satu uji kaji mengenai tumbuhan dalam kumpulan. Mereka akan berbincang dan mengeluarkan pendapat masing-masing dengan menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mencapai satu keputusan.
2.    Konsep bantu sepenuhnya dan cuba sendiri dalam pembelajaran  merupakan satu interaksi pengalaman yang berkesan. Contohnya ada sekumpulan murid dalam ujikaji sains seperti diatas memerlukan bantuan guru untuk memberi idea dan menggerakkan mereka dalam aktiviti tersebut sehingga mencapai satu keputusan.
3.    Perkembangan kognitif murid akan lebih teransang sekiranya pengetahuan sedia ada digunakan dalam proses pembelajaran. Contohnya dalam aktiviti seperti di atas juga, murid akan cuba menggunakan pengalaman masing-masing untuk di adaptasikan dalam ujikaji sains tersebut. Semasa proses ini berlansung pelbagai percubaan yang berulangkali dilakukan sehingga objektif dapat dicapai.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DAN KONSTRUKTIVITSME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS.
1.    Pengalaman –pengalaman belajar perlu disesuaikan dan dikembangkan dengan keperluan kognitif kanak-kanak Ini bermaksud sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid agar sesuai dengan isi pelajaran yang akan disampaikan. Contohnya dalam aktiviti kemahiran hidup iaitu komponen berkebun. Bersoal jawab hendaklah berkaitan dengan tanaman atau sayuran yang biasa dilihat oleh kanak-kanak dirumah. Sekiranya kanak-kanak tersebut suka memakan sayuran kacang panjang sudah tertentu ianya akan begitu teruja hendak belajar cara-cara menanam pokok kacang panjang. Isi pelajaran akan lebih bermakna dan kanak-kanak akan mendapat mengembangkan satu maklumat baru yang berkait dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada.
2.    Pemusatan perhatian seharusnya lebih ditumpukan kepada proses kognitif kanak-kanak dan tahap keupayaan yang berbeza. Walaupun aktiviti dijalankan dalam kumpulan namun tahap mereka sangat berbeza. Kepakaran guru sangat diperlukan supaya kanak-kanak tidak berasa dipinggirkan. Contohnya dalam kumpulan murid tersebut diberi tajuk yang sama tetapi aktiviti setiap satunya berbeza. Misalan dalam matapelajaran matematik, dengan tajuk nombor 0-5. Jadi dalam satu kumpulan tersebut ada murid yang akan membilang nilai nombor dengan menggunakan alat pembilang atau yang lain akan menggunakan plastesin untuk membentuk nombor. Sementara yang lain pula akan mewarna atau menyambung garisan putus-putus yang berkaitan dengan nombor tersebut. Dalam proses ini guru dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada setiap orang murid secara individu untuk mencapai objektif pembelajaran.
3.    Keutamaan harus diberikan kepada  penglibatan  murid yang aktif dan berusaha sendiri dalam aktiviti pembelajaran. Ini bertujuan memberi ruang kepada murid untuk berinteraksi dengan rakan dan bahan-bahan pembelajaran secara meluas. Contoh dapat dilihat dalam aktiviti kemahiran manipultif. Kanak-kanak akan diberi peluang bermain dengan lego, berbincang dan bekerjasama dengan rakan untuk mencipta sesuatu binaan. Guru perlu menghidupkan suasana pembelajaran tersebut dengan pelbagai kaedah supaya kanak-kanak merasa ada keinginan untuk melakukannya.
4.     Perbezaaan individu perlu diambil kira supaya setiap aktiviti dapat disusun mengikut tahap keupayaan masing-masing. Pengalaman sebagai guru Pendidikan Khas, kita perlu mengetahui sedikit sebanyak latar belakang kanak-kanak tersebut. Ianya banyak membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya seorang kanak-kanak autisme yang terlalu sukar untuk difahami. Kadang kala beliau akan menjadi pasif dan terlalu aktif dalam setiap masa. Berbanding dengan seorang kanak-kanak perkembangan lambat (slow learner) yang boleh dikategorikan dalam kumpulan yang boleh belajar. Oleh yang demikian bahan –bahan dan aktiviti pembelajaran yang berkaitan adalah sangat berbeza antara keduanya. Guru perlu tahu kehendak dan mood kanak-kanak ini sebelum memulakan pengajaran. Mood dan kehendak itu pula perlu diubahsuai dengan objektif dan aktiviti pembelajaran supaya kanak-kanak tersebut tidak rasa rendah diri dan terasing.
5.    Guru perlu mendorong dan memotivasikan kanak-kanak berkeperluan khas ini dalam proses pembelajaran. Mendekati mereka dengan penuh kepercayaan dan kasih sayang akan membuat mereka rasa dihargai dan rasa diterima. Lenggok dan bahasa badan guru bukan sahaja dapat memberikan keyakinan kepada mereka bahkan melenyapkan sedikit sebanyak rasa rendah diri yang ada dalam diri mereka. Secara tidak langsung mereka akan mempercayai guru adalah rakan yang baik dan boleh menerima mereka. Penggunaan bahasa yang sesuai dengan aras mereka serta mudah difahami banyak membantu menyampaikan maksud atau hasrat yang hendak disampaikan oleh guru. Selain daripada itu ganjaran dari segi materialistik seperti gula-gula, biskut, kata-kata pujian dan senyuman guru akan turut memotivasikan kanak-kanak tersebut. Objektif pembelajaran akan lebih cepat tercapai jika guru dapat menggunakan barang-barang permainan sebagai bahan bantu mengajar. Kanak-kanak akan cepat teransang dan dapat digerakkan untuk melakukan akitviti-aktiviti pembelajaran.
6.    Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, bantuan akan diberikan sepenuhnya pada peringkat awal, yang akan dikurangkan secara beransur-ansur sehingga kanak-kanak tersebut boleh berdikari dengan sendirinya. Contohnya dapat dilihat dengan jelas dalam aktiviti pengurusan diri iaitu memakai pakaian. Pada peringkat pertama guru akan membantu kanak-kanak tersebut memakai pakaian mengikut langkah-langkah betul. Aktiviti ini akan dilakukan secara latihtubi  sehingga kanak-kanak tersebut berkeyakinan untuk melakukan sendiri. Akhirnya kanak-kanak tersebut akan diberi ruang dan masa memakai pakaian dengan sendiri sehingga berjaya. Guru pada ketika itu hanya memberikan arahan sahaja supaya kanak-kanak tersebut dapat mengingati semula langkah-langkah yang telah dipelajari.
7.    Bagi kebanyakan kanak-kanak berkeperluan khas penilaian di buat lebih kepada pemerhatian. Berdasarkan pengalaman saya, penilaian secara pemerhatian banyak membantu guru mengkaji dan memahami perlakuan kanak-kanak tersebut. Pemerhatian boleh dibuat samada secara individu atau ketika kanak-kanak tersebut dalam kumpulan. Perubahan tingkah laku yang ditunjukkan akan  memberikan jawapan kepada guru semasa membuat pemerhatian. Perubahan tingkah laku tersebut boleh berlaku juga apabila kanak-kanak berinteraksi dengan bahan-bahan pengajaran atau bahan media.
8.    Peranan guru pendidikan khas adalah sama dengan tugas guru di arus perdana. Sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, perancangan perlu dilakukan dengan teliti supaya objektif dapat dicapai sepenuhnya. Guru mesti memainkan peranannya sebagai pemudah cara atau penolong dalam setiap aktiviti pembelajaran. Guru perlu mahir memilih bahan-bahan yang sesuai dengan aktiviti yang dirancang. Guru juga berperanan sebagai pembimbing yang sentiasa membantu murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

RUMUSAN.
Keseluruhannya teori – teori yang telah dibincangkan di atas telah menyentuhkan banyak perkara dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua teori tersebut saling berkait antara perkembangan kognitif dan proses penyelidikan, proses meneroka dan cuba jaya. Perubahan tingkah laku yang positif akan dicapai setelah berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran  yang memberi impak kepada pengukuhan pengetahuan dalam memori. Struktur pengetahuan akan berkembang dengan bertambahnya pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang. Teori – teori ini sangat sesuai untuk diaplikasikan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Perkembangan kognitif mereka sangat berkait dengan pengetahuan sedia ada untuk membentuk satu pengalaman yang baru. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu memberikan ruang kepada kanak-kanak meneroka sendiri bagi meningkatkan lagi keyakinan diri dan proses interaksi dengan rakan dan bahan.  Berdasarkan teori yang telah dibincangkan di atas, saya berpendapat adalah sangat perlu bagi guru-guru mengaplikasikan kaedah dan teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid diberi peluang bergerak bebas menjalankan aktiviti dan berinteraksi dengan bahan dan guru. Akhir sekali keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran saling  bergantung  bersama antara murid, guru  dan bahan.

TERAPI PASIR



Pengenalan
       Terapi  umumnya ialah  satu kaedah  kaunseling atau psikoterapi yang memberi peluang kepada individu untuk berkomunikasi dan menolong individu menyelesaikan masalah dalam psiko–sosial. Dengan terapi juga pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan terapi boleh menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan atau dikurangkan. Contohnya pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi simbol terhadap perasaan seseorang, sama ada semasa itu mereka merasa marah, merasa benci, merasa sayang dan bermacam-macam lagi perasaan yang dapat digambarkan. Pasir itu sendiri adalah teraputik.Pasir yang sejuk membangkitkan deria penglihatan, sentuhan dan bau. Pada masa yang sama pasir dapat memberi kesan sebagai penenang padaa kebanyakan individu yang merendamkan tangan mereka ke dalamnya.
       Manakala terapi fisio pula dapat membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan motor kasar dan motor halus. Terapi fisio membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapai.Manakala dengan terapi berkuda merupakan kegiatan yang menyenangkan dan ia juga nerupakan cara penyembuhan yang berkesan tetapi kanak-kanak perlu berhati-hati semasa menjalani terapi ini kerana kanak-kanak ada keterbatasannya.

       Tidak kira apa sahaja terapi yang digunakan oleh seseorang guru bagi proses rawatan pemulihan baik dari segi psikologi, fizikal dan emosi atau pun dari segi kemahiran motor kasar dan halus ia perlu bersesuaian dengan masalah kepada kanak-kanak itu dan juga sesuai dengan tahap kemampuannya.




2.0  Konsep dan definisi terapi pasir.
Terapi pasir didapati sesuai dengan perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang. Terapi pasir tidak memerlukan pergerakan yang khas, mereka bebas bergerak melakukan aktiviti yang mereka lakukan dengan sebebas-bebasnya dan tidak dibebani dengan bahan-bahan yang membeban kanak-kanak itu. Kebanyakan pergerakan semasa terapi pasir dapat membuatkan daya penumpuan mereka dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku selalunya dapat diatasi atau dikurangkan. Ini semua dirangsangkan melalui terapi pasir tadi secara semulajadi. Walaubagaimana pun tidak semua kanak-kanak pendidikan khas suka bermain pasir, jadi guru harus memainkan peranan dalam membantu dalam membina keyakinan diri kanak-kanak itu. Hasilnya kanak-kanak akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti terapi ini. Melalui terapi pasir ini juga ia dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot dan jantung. Banyak pergerakan yang sihat dapat dilakukan semasa terapi pasir dijalankan dengan secara tidak langsung murid-murid akan menjadi lebih bertenaga dan minda pun menjadi sihat.
      Semasa melakukan terapi pasir juga dapat memupuk perkembangan sosial yang baik dan memperkembangkan kemahiran sedia ada. Mereka boleh bercampur gaul sesama mereka, berkongsi mengikut giliran, menjadi ketua atau menjadi pengikut sahaja sekiranya terapi ini dilakukan secara berkumpulan. Perkembangan bahasa juga dapat diperluaskan semasa terapi pasir tadi. Apabila mereka sedang melakukan terapi pasir mereka sebenarnya bekerja untuk mempelajari kesemua alam persekitarannya. Kanak-kanak secara beransur dapat membentuk disiplin diri menerusi kebebasan pergerakan dan kebebasan memilih apa sahaja bahan yang hendak digunakan semasa melakukan terapi pasir. Ia juga dapat memberi ransangan untuk membina ketekunan dan keupayaan bagi melengkapkan sesuatu aktiviti semasa proses terapi pasir. Oleh itu terapi pasir dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah dirancang secara terperinci supaya setiap kemahiran yang menjadi objektif dalam pengajaran dan pembelajaran tercapai.
3.0 Sejarah Terapi

               Terapi berasal daripada perkataan greek iaitu “Therapeia” yang bermaksud satu perkhidmatan atau satu kehadiran yang berkaitan dengan kata kerja. Manakala “Therapeuo” yang bermaksud “I wait upon” yang bermakna satu perkhidmatan yang diberi kepada seseorang pesakit. Penggunaan pasir sebagai terapi juga dapat dikesan semenjak 3000SM berdasarkan peninggalan sejarah yg. terdapat pada Mount Of The Dead, Haekal pemujaan dewa Amon (dinasti Fir’aun) dan kolam Cleopatra. Daripada kesan-kesan peninggalan dapat membuktikan peranan pasir begitu penting semenjak zaman dahulu lagi.
         Sejarah juga membuktikan penggunaan pasir dalam proses teraputik bermula dengan pakar kanak-kanak British iaitu Margerat Lowenfield di akhir tahun 1920an (Boik & Goodwin 2000). Di mana dalam kajiannya Lowenfield mengatakan dengan menggunakan terapi pasir kanak-kanak dapat berinteraksi dengan baik dan mereka juga dapat meluahkan perasaan mereka tanpa batasan.
         Pada lewat 1970-an, Gisela De Domenico menggunakan sandtray dalam psikoterapi kanak-kanak (De Domenico, 2008). Beliau telah menjalankan kajian empat tahun fenomenologi perjalanan sandplay bagi orang dewasa. Secara tidak langsung beliau dapat merumuskan bahawa dalam proses terapi tersebut penyembuhan seseorang pesakit dapat diatasi atau dapat dikurangkan. Oleh itu tidak hairanlah kita melihat bukan hanya kanak-kanak yang dapat disembuhkan dengan menggunakan kaedah terapi ini, orang dewasa juga boleh menjalani terapi ini bagi tujuan penyembuhan sebarang penyakit baik dari segi emosi, mental dan fizikal.
       Berdasarkan faktor-faktor sejarah di ataslah Kementerian Pendidikan telah menggubal satu kurikulum yang menumpukan perhatian khas kepada pertumbuhan dan perkembangan individu dari segi rohani, jasmani, emosi dan social selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Khas. 

TERAPI YANG SESUAI DENGAN MURID PKHAS


Terapi–terapi yang sesuai dengan kanak-kanak Pendidikan Khas.

1.Terapi fisio
Fisio terapi adalah terapi yang dilakukan untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan motor kasar. Kemampuan motor kasar meliputi otot-otot besar pada seluruh tubuh yang memungkinkan tubuh melakukan pelbagai fungsi seperti berjalan, melompat, berlari, menendang, mengangkat, dan melempar bola.
Terapi fisio membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya. Terapi fisio boleh didefinisikan sebagai rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dgn menggunakan agen-agen fizikal dan kaedah berikut :

·                     mengurut
·                     manipulasi
·                     latihan teraputik
·                     penyejukan dan pemanasan
·                     terapi hidro
·                     rangsangan menggunakan elektrik
·                     rangsangan menggunakan cahaya

Kesemua kaedah di atas adalah sebagai satu cara memulihkan pesakit dan mengekalkan fungsi normal selepas mengalami sesuatu kecederaan atau penyakit.

    Aktiviti fisio terapi
  Terapi fisio kerap dilakukan oleh pakar perubatan yang terlatih. Aktiviti terapi fisio yang dilaksanakan adalah bergantung kepada permasalahan psikomotor yang berbeza pada seseorang individu.
    Terdapat beberapa kaedah aktiviti yang dapat dilaksanakan seperti :
      Latihan berpusatkan motor halus.
    - memotong.
    - menggunting.
    - mencabut
    - menguli
    - merenyuk 
    - mencubit.
    - memicit.
    Latihan yang berpusatkan psikomotor kasar
    - membaling
    - menolak
    - memukuk
    - melambung
    - menyembut

     Latihan Koordinasi
     - memasukkan jarum ke dalam lubang manic
     - melambung dan menyembut bola berbagai saiz.


2. Terapi cara kerja.
                                                          
                               
Terapi cara kerja atau lebih dikenali sebagai Occupational (OT) adalah satu profesion kesihatan yang memberi focus kepada pemulihan kecederaan, penyakit kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam menghadapi aktivit kehidupan harian, produktiviti dan pelbagai aktiviti riadah. Ahli terapi carakerja akan bekerjasama dengan pelbagai profesion kesihatan dan perubatan lain bagi merawat pesakit yang mempunyai masalah dalam fizikal, neurologi, orthopedikm medical, pediatric, geriatric dan psikiatrik. Ahli terapi carakerja perlu kreatif dan inovatif dalam mengadaptasikan dalam setiap sesuatu yang ada di sekeliling pesakit agar boleh digunakan dan memberi manfaat bagi membolehkan pesakit mencapai tahap kefungsian yang optima dalam kehidupan.
Objektif terapi kerja dijalankan:
- membolehkan individu menguruskan kehidupan seharian dengan baik.
- memulihkan anggota yang lemah supaya dapat berfungsi dengan baik.
- membolehkan individu berdikari dalam melakukan kerja seharian.
Kepentingan terapi kerja.
-Dilakukan untuk membantu seseorang menguasai kemahiran motor halus dengan lebih baik.
-Meningkatkan kemampuan seseorang melakukan sesuatu dengan otot-otot kecil.
3. Terapi muzik dan nyanyian.
Terapi muzik adalah 1 profesion kesihatan bersekutu dan salah satu terapi ekspresif yang terdiri daripada proses interpersonal di mana ahli terapi muzik terlatih menggunakan muzik bagi memulihkan dari aspek fizikal, emosi, mental, social, estetik, dan rohani untuk membantu memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Dengan terapi muzik juga dapat meningkatkan kesihatan dari segi kognitif, kemahiran motor, pembangunan emosi dan afektif, tingkah laku dan kemahiran sosial dan kualiti hidup.
3.2 Jenis Peralatan Muzik
Muzik tradisional melayu:
- Dipalu (rebana, beduk, gendang dsb.)
- Digesek/Petik (rebak, gambus dll.)
Peralatan Muzik Barat.
- Perkusi tidak berpic. (loceng, tamborin, kerincing dsb.)
- Tiup dan Bras. (rekorder, melodian, dsb.)
3.3 Pemilihan muzik sebagai satu cara rawatan.
i. Muzik melibatkan tingkah laku manusia yang universal. Muzik merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia semenjak dari mula dilahirkan lagi.
ii. Muzik adalah sesuatu yang berdasarkan kepada bentuk fizikal. Ia terdiri daripada struktur fizikal yang nyata dan boleh diterima oleh deria manusia.
iii. Muzik adalah suatu fenomena yang boleh memberi kesan kepada semua manusia. Ia memberi kesan gerakbalas pada fizikal, kognitif dan emosi serta perhubungannya dengan pemikiran dan tubuh badan.
iv. Muzik memberi kesan interaksi antara dan sesama individu. Ia boleh mendorong, menstruktur dan menginteraksi sesuatu aktiviti, pencetusan idea dan mempengaruhi mood dan tahap aktiviti yang dilakukan.  
4. Terapi Seni Visual.
4.1 Definisi Seni dan Seni Visual
Seni membawa maksud yang terlalu global kerana setiap individu menjalani kehidupan dengan pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza. Seni boleh merangkumi seni tari, seni muzik, seni visual, kraftangan, fesyen dan lain-lain.
4.2 Kepentingan Seni dalam kehidupan dan pendidikan.
- Seni merupakan pengalaman pandangan melalui imaginasi dan perasaan.
- Seni adalah pengalaman yang berlaku sepanjang hari.
-Seni adalah pengalaman universal.
4.3 Fungsi Seni dalam Pendidikan.
- Sebagai satu alat membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
- Menggalakkan perkembangan fizikal, mental dan estetika.
- Menyumbang kepada kepuasan diri.
- Meningkatkan imaginasi kreatif.
- Menyumbang kepada penyelesaian masalah.
- Menekankan kepada pemikiran yang asli, pelaksanaan dan penilaian.
- Menyumbang kepada perkembangan personaliti.
4.4 Kepentinga PSV kepada kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran.
- meningkatkan keupayaan interaksi dengan alam sekitar.
- meluahkan perasaan.
- menikmati keseronokan menjalani aktiviti.
- menguatkan daya imaginasi.
5.Terapi Pertuturan.
5.1 Definisi.
- Terapi pertuturan ialah suatu rawatan bagi memperbaiki kecacatan pertuturan. Ia mungkin berpunca dari otak, telinga, sepanjang peti suara yang menjejaskan peti suara, alat artikulasi, perkembangan dan kesukaran bercakap selepas penguasaan bahasa.
- Terapi pertuturan dilakukan untuk membantu seseorang untuk menguasai pertuturan dan komunikasi dengan lebih baik.
5.2 Kepentingan terapi pertuturan.
- melatih murid menguasai kemahiran tertentu.
-membantu murid membunyikan bunyi-bunyi bahasa.
-meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial individu.
5.3 Kepada siapa rawatan diberi:
- kanak-kanak lewat pertuturan.
-bibir atau lelangit sumbing.
-kanak-kanak dengan pertuturan khusus.
-gagap atau sengau.
-pesakit stroke.
5.4 Punca masalah
- lewat perkembangan
-masalah pendengaran
-otot lisan lemah
-kecacatan masa lahir
6. Terapi pasir.
6.1 Definisi Terapi Pasir
Terapi pasir dalam pendidikan khas merupakan pengetahuan dan kemahiran kaedah terapi yang di sampaikan secara teori dan amali supaya murid boleh dilatih menggunakan daya kreativiti mereka ke peringkat yang maksimum.
6.2 Tujuan Terapi Pasir.
- melatih daya kreativiti kanak-kanak.
-menghilangkan rasa marah.
-percaya kepada diri sendiri untuk mencipta sesuatu.
-meningkatkan keyakinan diri.
-mengembangkan imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak.
6.3 Kepentingan terapi pasir.
- membantu meningkatkan keupayaan mental , emosi dan kesihatan.
-membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi.
-merangsang pemikiran murid.
-mengurangkan tekanan emosi.
-membantu meningkatkan kemahiran social.

7. Terapi main.
7.1 Definisi Terapi main.
Terapi main membantu murid menunjukkan komitmen dan focus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan.
7.8 Konsep terapi bermain
-melalui bermain kanak-kanak boleh mengenali dunia.
-ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain.
-kanak-kanak berpeluang meneroka identiti masing-masing.
7.2 Tujuan terapi bermain.
- mengurangkan masalah tingkah  laku
- meningkatkan komunikasi.
- mampu menilai diri sendiri
- meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang.

8. Terapi Alternatif:
1. Terapi Snoezelan
Pengenalan:
Istilah ‘snoezelan’ diambil dari perkataan Belanda iaitu ‘snuffelen’ yang bermaksud mencari atau meneroka dan ‘doezelen’ yang bermaksud releks. Snoezelan ialah suatu terapi stimulasi yang mempunyai kecacatan pada mental, autism, hiperaktif, lembam dan lewat perkembangan.
Terapi ini dilakukan kepada kanak-kanak untuk memberi stimulasi atau rangsangan pada semua pancaindera mereka dengan menggunakan pelbagai:
-kesan lampu
-warna
-suara
-muzik
-bau
-lain-lain

Objektif terapi snoezelan
- memberi peluang untuk relaks, eksplorasi dan ekspresi diri.
-sesuai bagi murid yang kurang kesedaran dalam kelompok rakan.
- memberi perhatian secara individu.
- dapat membinaa kepercayaan antara ahli terapi dan murid.

Rangsangan dapaat dihasilkaan dengan beberapa cara, antaranya:
- penglihatan
-pendengaran
-sentuhan
-bau


Kepentingan terapi snoozelan.

- dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran.
- memberi relaksasi kepada fizikal dan mental.
- memberi kesedaran dan perhatian.
- menunjukkaan inisiatif untuk kreativiti.
- membina keeyakinan diri.
- memperkembangkan kemampuan murid.

2. Terapi Berkuda
Definisi Terapi Berkuda.
Lisa McCallum seorang terapis berkuda dari Sleepy Hollow Therapeutic Riding Centre dan South African Riding for the Disabled Association (Sarda) mengata bahawa ‘menunggang kuda adalah satu kegiatan yang menyenangkan orang, tetapi bagi anak-anak yang memiliki keterbatasan, menunggang kuda tersebut boleh dijadikan sebagai salah satu cara penyembuhan.
Kelebihan Terapi Berkuda.
- olahraga
-pendidikan
-pengubatan
Ketiga-tiga perkara ini sangat diperlukan untuk pertumbuhan anak-anak.
Terapi berkuda juga dapat :
-mampu memotivasikan kanak-kanak yang memiliki masalah mental dan emosi.
-mampu memupuk sifat sabar dan berdidiplin.
Keperluan Terapi Berkuda  sesuai kepada kanak-kanak istimewa yang mempunyai: 
- masalah pernafasan
- masalah pertuturan
- masalah postur
- kelemahan anggota badan deria kinestetik
- pergerakan terbatas akibat kecacatan anggota