KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Thursday 22 November 2012

TERAPI PASIR



Pengenalan
       Terapi  umumnya ialah  satu kaedah  kaunseling atau psikoterapi yang memberi peluang kepada individu untuk berkomunikasi dan menolong individu menyelesaikan masalah dalam psiko–sosial. Dengan terapi juga pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan terapi boleh menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan atau dikurangkan. Contohnya pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi simbol terhadap perasaan seseorang, sama ada semasa itu mereka merasa marah, merasa benci, merasa sayang dan bermacam-macam lagi perasaan yang dapat digambarkan. Pasir itu sendiri adalah teraputik.Pasir yang sejuk membangkitkan deria penglihatan, sentuhan dan bau. Pada masa yang sama pasir dapat memberi kesan sebagai penenang padaa kebanyakan individu yang merendamkan tangan mereka ke dalamnya.
       Manakala terapi fisio pula dapat membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan motor kasar dan motor halus. Terapi fisio membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapai.Manakala dengan terapi berkuda merupakan kegiatan yang menyenangkan dan ia juga nerupakan cara penyembuhan yang berkesan tetapi kanak-kanak perlu berhati-hati semasa menjalani terapi ini kerana kanak-kanak ada keterbatasannya.

       Tidak kira apa sahaja terapi yang digunakan oleh seseorang guru bagi proses rawatan pemulihan baik dari segi psikologi, fizikal dan emosi atau pun dari segi kemahiran motor kasar dan halus ia perlu bersesuaian dengan masalah kepada kanak-kanak itu dan juga sesuai dengan tahap kemampuannya.




2.0  Konsep dan definisi terapi pasir.
Terapi pasir didapati sesuai dengan perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang. Terapi pasir tidak memerlukan pergerakan yang khas, mereka bebas bergerak melakukan aktiviti yang mereka lakukan dengan sebebas-bebasnya dan tidak dibebani dengan bahan-bahan yang membeban kanak-kanak itu. Kebanyakan pergerakan semasa terapi pasir dapat membuatkan daya penumpuan mereka dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku selalunya dapat diatasi atau dikurangkan. Ini semua dirangsangkan melalui terapi pasir tadi secara semulajadi. Walaubagaimana pun tidak semua kanak-kanak pendidikan khas suka bermain pasir, jadi guru harus memainkan peranan dalam membantu dalam membina keyakinan diri kanak-kanak itu. Hasilnya kanak-kanak akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti terapi ini. Melalui terapi pasir ini juga ia dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot dan jantung. Banyak pergerakan yang sihat dapat dilakukan semasa terapi pasir dijalankan dengan secara tidak langsung murid-murid akan menjadi lebih bertenaga dan minda pun menjadi sihat.
      Semasa melakukan terapi pasir juga dapat memupuk perkembangan sosial yang baik dan memperkembangkan kemahiran sedia ada. Mereka boleh bercampur gaul sesama mereka, berkongsi mengikut giliran, menjadi ketua atau menjadi pengikut sahaja sekiranya terapi ini dilakukan secara berkumpulan. Perkembangan bahasa juga dapat diperluaskan semasa terapi pasir tadi. Apabila mereka sedang melakukan terapi pasir mereka sebenarnya bekerja untuk mempelajari kesemua alam persekitarannya. Kanak-kanak secara beransur dapat membentuk disiplin diri menerusi kebebasan pergerakan dan kebebasan memilih apa sahaja bahan yang hendak digunakan semasa melakukan terapi pasir. Ia juga dapat memberi ransangan untuk membina ketekunan dan keupayaan bagi melengkapkan sesuatu aktiviti semasa proses terapi pasir. Oleh itu terapi pasir dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah dirancang secara terperinci supaya setiap kemahiran yang menjadi objektif dalam pengajaran dan pembelajaran tercapai.
3.0 Sejarah Terapi

               Terapi berasal daripada perkataan greek iaitu “Therapeia” yang bermaksud satu perkhidmatan atau satu kehadiran yang berkaitan dengan kata kerja. Manakala “Therapeuo” yang bermaksud “I wait upon” yang bermakna satu perkhidmatan yang diberi kepada seseorang pesakit. Penggunaan pasir sebagai terapi juga dapat dikesan semenjak 3000SM berdasarkan peninggalan sejarah yg. terdapat pada Mount Of The Dead, Haekal pemujaan dewa Amon (dinasti Fir’aun) dan kolam Cleopatra. Daripada kesan-kesan peninggalan dapat membuktikan peranan pasir begitu penting semenjak zaman dahulu lagi.
         Sejarah juga membuktikan penggunaan pasir dalam proses teraputik bermula dengan pakar kanak-kanak British iaitu Margerat Lowenfield di akhir tahun 1920an (Boik & Goodwin 2000). Di mana dalam kajiannya Lowenfield mengatakan dengan menggunakan terapi pasir kanak-kanak dapat berinteraksi dengan baik dan mereka juga dapat meluahkan perasaan mereka tanpa batasan.
         Pada lewat 1970-an, Gisela De Domenico menggunakan sandtray dalam psikoterapi kanak-kanak (De Domenico, 2008). Beliau telah menjalankan kajian empat tahun fenomenologi perjalanan sandplay bagi orang dewasa. Secara tidak langsung beliau dapat merumuskan bahawa dalam proses terapi tersebut penyembuhan seseorang pesakit dapat diatasi atau dapat dikurangkan. Oleh itu tidak hairanlah kita melihat bukan hanya kanak-kanak yang dapat disembuhkan dengan menggunakan kaedah terapi ini, orang dewasa juga boleh menjalani terapi ini bagi tujuan penyembuhan sebarang penyakit baik dari segi emosi, mental dan fizikal.
       Berdasarkan faktor-faktor sejarah di ataslah Kementerian Pendidikan telah menggubal satu kurikulum yang menumpukan perhatian khas kepada pertumbuhan dan perkembangan individu dari segi rohani, jasmani, emosi dan social selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Khas. 

No comments:

Post a Comment