KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Tuesday, 24 January 2012

MASIH ADA YANG BELUM MENGERTI ...

Adakah satu keperluan mengejar status sekolah cemerlang , sekolah berprestasi tinggi atau apa pun namamya kerana motif yang utama semua gb dan pengetua mahu menunjukkan kecemerlangan diri mereka dalam  mentadbir sesebuah sekolah.


Isunya yang akan dibincangkan ialah mengapa ada sekolah berusaha mengeluarkan murid tahun satu dan memaksa ibu bapa mendaftarkan anak mereka ke Pendidikan Khas bila didapati murid tersebut tidak pandai membaca. Bukankah dalam persekolahan tahun satu masih ada lagi transisi, LINUS dan pemulihan. Belum pun habis bulan Januari sudah ramai murid tahun satu dicadangkan ke kelas Pendidikan Khas. 


Bukankah ada pekeliling yang mengatakan penempatan murid tahun satu ke kelas Pendidikan Khas hanya selepas saringan LINUS yang ketiga. Kenapa mereka tidak diberi peluang terlebih dahulu...dan cikgu pun tak sempat nak mengajar lagi mereka ni....malangnya menjadi seorang pentadbir yang sedemikian. Belum sempat pun lagi disaring sudahpun dikeluarkan dari kelas tahun 1. Kita bukan insan yang layak untuk mengOKUkan mereka sekiranya kita tidak mampu berbuat apa pun untuk menjadikan mereka cemerlang. 


Sekadar kesal dengan senario yang berlaku hari ini....kerana semasa di maktab cikgu diajar menjalankan intervensi bagi bagi murid yang lemah dengan pelbagai strategi dan kaedah , ada laporan pencapaiannya, ada ujian diagnostiknya, bukan dikeluarkan  dengan tidak bertanggungjawab.