KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Friday, 2 September 2016

PERKONGSIAN BERSAMA BONDA NOR

TERJATUH BERAPA RIBU KALI PUN

 KE DALAM AIR YANG DALAM,

 NAMUN JANGAN PERNAH BERHENTI MENGHARUNG................................


BAGAIMANA SEKALI PUN

CARA TAKDIR SINGGAH KE DALAM

HIDUP KITA

HARUNGI SAHAJA......

REDHA

Monday, 6 June 2016

PROSEDUR PENGENDALIAN CALON MBK(BL) DALAM PEPERIKSAAN AWAM.

1. Calon buta hendaklah ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan yang dilengkapimdengan kemudahan yang cukup dan sesuai.
2.pengawas hendaklah memeriksa keadaan mesin braille dan peralatan khas untuk pusat peperiksaan sebelum peperiksaan dimulakan.
3.Tambahanmasa perlu diberi mengikut Jadual Masa Tambahan yang ditetapkan oleh lembaga Peperiksaan.
4.Pengawas hendaklah memastikan calon menaip angka giliran di sudut kiri dan nombor muka surat di sudut kanan sebelah atas tiap helai skrip jawapan.
5.Setiap helaian hendaklah disusun mengikut urutan.
kertas jawapan perlu dimasukkan dalan kotak supaya tulisan braille tidak rosak.
6.Pengawas perlu melengkapkan maklumat di bahagian luar sampul dan membuat penghantaran skrip jawapan.

KAEDAH PENGENDALIAN CBK DALAM PEPERIKSAAN BERTULIS.

Penggunaan Kertas Soalan Braille

Kertas peperiksaan tulisan braille dibekalkan khusus untuk calon buta dan rabun yang menggunakan mesin braille.Perkara yang perlu dipertimbangkan bagi mengendalikan kertas peperiksaan tulisan braille:

1. Perlantikan pengawas mengikut nisbah iaitu:
        
         01-08   calon            -   2 orang
         09-15   calon            -   3 orang
         16-30   calon            -   4 orang
          31-45  calon            -  5 orang
- berkemahiran membaca braille
- pengawas beragama Islam bagi subjek Pendidikan Islam
- lantikan hendaklah dalam kalangan guru terlatih dan bertugas di sekolah kerajaan.

2.  Penyediaan Peralatan.

 Peralatan yang sesuai:

UPSR:

2 unit mesin braille
saiz meja yang sesuai
set pembaris braille
lampu meja yang boleh dilaraskan
pita ukur taktil
kotak tebal pembungkus.

PMR/spm

2 unit mesin braille 
meja yang sesuai
Talking scientific calculator with ear phone
lampu meja yang boleh laras
Abacus jika perlu
set pembaris taktil
Graph and mathe demonstration board
jangka sudut taktil
alat lukis garis timbul
buku sifir braille
alas getah
film acetate

Thursday, 21 January 2016

Masalah Pengamatan Penglihatan dan Cadangan Mengatasinya


Masalah Pengamatan Penglihatan dan Cadangan Mengatasinya

Dalam mengatasi masalah pengamatan seseorang guru boleh memberi latihan-latihan pengamatan yang terlibat dalam latihan pengamatan bentuk, penyelarasan motor mata-tangan, menyalin, ingatan penglihatan, diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran.

Kelemahan Pengamatan Penglihatan
a. Diskriminasi penglihatan
b. Penerimaan penglihatan ( Visual Reception )
c. Perhubungan penglihatan ( Visual Association )
d. Visual Closure ( Rumusan atau kelengkapi penglihatan )
e. Ingatan visual ( Visual Memori )


a. DISKRIMINASI PENGLIHATAN

Diskriminasi penglihatan dikaitkan dengan kebolehan mengasingkan secara visual akan persamaan dan perbezaan yang ada pada objek-objek, bentuk-bentuk, gambar-gambar, huruf-huruf, dan perkataan. Untuk belajar membaca seseorang kanak-kanak mesti tahu mendiskriminasikan perbezaan antara ‘ m ‘ dan ‘ n ‘ atau pun “lari” dan “lori”. Diskriminasi penglihatan juga termasuk dalam bahagian orientasi arah atau kedudukan seperti lagu dan gula, daki dan baki. Sekiranya kanak-kanak menghadapi kesulitan-kesulitan ini maka haruslah ia diberi bimbingan dari peringkat awal bacaan supaya kemahiran ini dapat berkembang dengan baik.

Cadangan Aktiviti :

a. Mencari gambar, bentuk, huruf, dan simbol yang tidak sama.
b. Perbezaan dan persamaan objek-objek – kerusi, meja, papan hitam, dan sebagainya.
c. Objek-objek yang hampir serupa yang boleh diperolehi daripada gambar haiwan, bunga, dan daun-daun.
d. Memadankan huruf-huruf dengan perkataan.
e. Menekap corak-corak, bentuk-bentuk dan huruf-huruf.


b. PENERIMAAN PENGLIHATAN

Penerimaan penglihatan dikaitkan dengan kebolehan memahami tanda-tanda yang seseorang itu melihat. Sesetengah kanak-kanak sukar untuk mentafsir atau menterjemahkan simbol-simbol yang dilihat. Pemulihan dijalankan untuk menolong kanak-kanak memahami sImbol-simbol, pergerakan badan, isyarat-isyarat, gambar-gambar, dan lukisan supaya ia dapat menceritakan makna objek-objek itu.

Cadangan Aktiviti:

a.Ajar kanak-kanak untuk mengenal dan membeza pelbagai bentuk benda-benda yang mudah dan telitikan perbezaan saiz, warna, dan kedudukannya.

b.Adakan permainan seperti menyoal siapa yang boleh lihat dengan banyak benda-benda yang ada di dalam kedai.


c. PERHUBUNGAN PENGLIHATAN ( VISUAL ASSOCIATION )

Kemahiran ini berkait rapat dengan kanak-kanak menceritakan dua atau lebih kenyataan mengenai sesuatu objek yang dilihatnya. Ini termasuklah menakul, mengkritik, berfikir, dan menyelesaikan masalah.

Cadangan Aktiviti

a. Galakkan kanak-kanak melahirkan pemikirannya terhadap sesuatu objek dan suruh ia mengkritik objek itu. Beri beberapa soalan bimbingan.

b. Bimbing kanak-kanak seperti konsep berlawanan contohnya kecil dan besar, tinggi dan rendah atau mengenai apa yang dilihatnya.

c. Gunakan dua gambar yang ada kaitannya antara satu sama lain seperti –anjing dengan tulang, kucing dengan tikus, dan buku dengan pensel. Minta murid ceritakan antara kedua-dua benda ini.

d. Latih murid-murid mengenal konsep kumpulan dengan menyediakan gambar-gambar dari jenis makanan, haiwan, bunga, tumbuhan dan sebagainya.


d. RUMUSAN ATAU MELENGKAPI PENGAMATAN ( VISUAL CLOSURE )

Kemahiran ini ialah satu kemahiran di mana kanak-kanak dapat membuat sesuatu rumusan dengan melihat sesuatu yang tidak lengkap. Dalam bacaan seseorang kanak-kanak akan memerlukan kebolehan membaca dengan hanya melihat beberapa perkataan dan dapat menanggap ayat itu.

Cadangan Aktiviti

a. Memadan atau mencantumkan gambar-gambar jigsaw puzzle.

b. Membuat teka-teki, misalnya guru beri perkataan-perkataan seperti merah, biru, kuning, dan hijau. Kemudiaan minta murid beri satu perkataan yang boleh merumuskan maksud perkataan tadi. Jawapan murid mestilah warna.


e. INGATAN PENGLIHATAN ( VISUAL MEMORY )

Ingatan penglihatan memerlukan kebolehan mengingat apa yang telah dilihat. Untuk membaca, kanak-kanak mesti mengekalkan ingatan penglihatannya tentang huruf-huruf dan perkataan-perkataan yang telah dilihatnya.

Cadangan Aktivitinya

a. Sediakan benda-benda di atas meja dan minta murid menelitinya. Tutupkan benda-benda tersebut dan minta murid menyebut kembali benda-benda yang dilihatnya.

b. Tunjuk satu corak atau gambar kepada murid. Tutup corak atau gambar itu dan suruh murid melukisnya.

c. Tunjukkan satu gambar kepada murid dan kemudian tutup. Bincangkan dengan murid mengenai gambar tersebut.

d. Ambil satu tali dan gantungkan beberapa keping gambar dalam susunan yang tertentu. Turunkan gambar itu dan minta murid susun semula sebagaimana yang telah dibuat oleh guru.

e. Perkembangkan ingatan kanak-kanak dengan membincangkan benda- benda yang telah mereka lihat. Kemudian minta mereka ceritakan semula apa yang mereka ingat seperti tempat yang telah mereka lawati, orang yang mereka jumpa, warna pakaian, dan sebagainya.


SENARAI KEMAHIRAN PENGAMATAN

1. Diskriminasi yang sama
2. Diskriminasi yang ganjil
3. Diskriminasi saiz
4. Ingat kembali
5. Orientasi kedudukan
6. Turutan
7. Menyudah atau Melengkapkan
8. Menyalin
9. Rajah latar belakang atau bertindih
10. Koordinasi motor mata tangan
11. Pertalian jarak atau ruang
12. Gambar bersiri
13. Kekalan atau keabadian bentuk
14. Mazing atau cari jalan keluar
15. Benda tersembunyi

Saturday, 20 June 2015

CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM PENGURUSAN DIRI



KERTAS KERJA
PROGRAM PENGURUSAN DIRI  MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS 2015
SK FAKEH ABD SAMAD
 KUANTAN.


1.0 Rasional  :      
 Pendedahan kepada program ini adalah perlu bagi menyediakan murid berkeperluan khas ke arah hidup berdikari.                   
                                     
2.0 Matlamat   :          
 Memberi galakan kepada murid supaya berkeupayaan melakukan aktiviti-aktiviti pengurusan diri dan dapat mengurangkan kebergantungan kepada orang lain dalam menguruskan diri sendiri.

3.0 Objektif  :   
1.    Memberikan peluang kepada semua murid melakukan aktiviti pengurusan diri .
2.    Menyediakan peluang ke arah pengurusan diri  dan mengurangkan kebergantungan kepada individu lain.
4.0 Sasaran    : Murid Pendidikan Khas       :   52 orang

5.0 Sumber   : Wajib Integrasi/Kemahiran Hidup

6.0 Anggaran perbelanjaan  :   RM 150.00
Pembelian alatan seperti :
1.    Sabun
2.    Berus
3.    Penyangkut baju
4.    Baldi
5.    Papan pengosok
6.    Penyepit baju
7.    Pengetip kuku
8.    Sikat
9.    Minyak rambut
              
7.0Tarikh Pelaksanaan      : 23 Februari 2015
8.0 Aktiviti yang dicadangkan:
            8.1 memotong kuku
            8.2 menyikat rambut
            8.3 melipat pakaian
            8.4 menggosokan pakaian
            8.5 membasuh pakaian/kasut/stokin

8.0 Jawatankuasa Pelaksana:

Pengerusi                              : En. Ahmad Bin Saad( Guru Besar )
Timb. Pengerusi                   : Pn. Supiah Binti Mat Yusof ( Penolong Kanan Pend.Khas  )
Naib Pengerusi                     : En. Zulkifli Bin Mohd Yusof( Pen.Kanan Pentadbiran )                                                         Pn. Zainon Binti Ahmad Kutty ( Pen.Kanan HEM )
                                                 Pn. Samsiah Binti Sainggiring ( Pen.Kanan KO )

Penyelaras Kurikulum          : Pn. Jamaliah Binti Hassan
Penyelaras HEM                   : Pn Maidatulhanim Binti Mohamed
Penyelaras KOKO                : En Mohd Harif  Bin Mohd Zin
Setiausaha                             : Pn. Faridah Binti Mohamad

Kawalan murid                        : Guru kelas
Alatan                                      : Guru mata pelajaran.


           


    

                                  
Refleksi         :      
 Diharap murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dapat  menyertai program  yang diadakan dan  memperolehi   pengalaman baru bagi pembinaan sahsiah  diri ke arah pembentukan diri  yang lebih seimbang , mengurangkan kebergantungan kepada orang lain dan  kekal cemerlang.






Disediakan oleh :                                                              Disah dan diluluskan oleh :

Pn Supiah bt Mat Yusof                                                            AHMAD BIN SAAD
GPK Pendidikan Khas                                                              Guru Besar.

Contoh Kertas Kerja MTAQ PPKI



KERTAS KERJA
MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS
DAERAH KUANTAN 2015.


1.0   PENGENALAN

Kecemerlangan  pendidikan sentiasa menjadi agenda utama bagi Kementerian Pendidikan Malaysia. Tuntutan untuk menyediakan kesamarataan juga menjadi tangunggjawab dan memastikan murid-murid berkeperluan khas diberi peluang untuk mencapai tahap yang paling cemerlang di semua program yang dilaksanakan. Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas peringkat daerah dijalankan untuk  memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas pelbagai kategori mempertingkatkan potensi diri. Program-program yang dianjurkan di peringkat daerah akan dapat menjadikan mereka cemerlang, gemilang dan terbilang setanding dengan murid aliran perdana.

2.0   TUJUAN

Memberi pendedahan kepada semua murid berkeperluan khas kepada aspek-aspek keagamaan selaras dengan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas.

3.0   OBJEKTIF

3.1   Mencungkil bakat  murid dalam aktiviti hafazan, tilawah, bercerita kisah
nabi, azan, nasyid dan khat jawi.

3.2   Memberi peluang kepada semua murid berkeperluan khas turut serta dalam
aktiviti kokurikulum.
3.3   Meningkatkan hubungan silaturahim antara warga Pendidikan Khas.
3.4   Menerapkan nilai-nilai kesenian Islam dalam diri murid berkeperluan khas.


4.0   SASARAN
Semua murid berkeperluan khas.

5.0   PELAKSANAAN
5.1   Mengadakan mesyuarat
5.2   Membentuk jawatankuasa kerja
5.3   Melaksanakan tugasan sebelum, semasa dan selepas program.

6.0   CADANGAN TARIKH DAN TEMPAT
7 APRIL 2015  bertempat di PPD Kuantan.

7.0   KEWANGAN
7.1 SUMBER     ;           (i) Kewangan / sumbangan sekolah
                                         RM 10 setiap peserta termasuk kumpulan nasyid
                                         (ii) PPD Kuantan
                                        
7.2  ANGGARAN PERBELANJAAN            :

PERKARA
PERBELANJAAN
HADIAH
TEMPAT PERTAMA
TEMPAT KEDUA
TEMPAT KETIGA
CENDERAHATI

RM 420.00
RM 294.00
RM 210.00
                        RM   25.00
MAKANAN
                        RM 800.00
PENGURUSAN
                           RM 500.00
JUMLAH BESAR
                        RM 2,249.00

·         Rujuk lampiran



8.0   ACARA YANG AKAN DIPERTANDINGKAN.

BIL
ACARA
KATEGORI
1.
Tilawah   BP/BL  Rendah / Menengah
Lelaki / Perempuan
2.
Hafazan  BP/BL  Rendah / Menengah
Lelaki / Perempuan
3.
Bercerita BP/BD  Rendah / Menengah
Lelaki / Perempuan
4.
Azan Subuh BP/BL Rendah / Menengah
Lelaki
6.
Nasyid 
Terbuka
7.
Khat BD
Rendah dan Menengah


9.0   JAWATANKUASA KERJA  MAJLIS TILAWAH AL QURAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH KUANTAN 2015.

PENAUNG        : Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan.
PENGERUSI     : Timbalan Pegawai  Pendidikan Daerah Kuantan.
Naib Pengerusi : En Mohd Jazlan Bin Jamil
PT MTAQ           :  Pn Supiah Binti Mat Yusof
PT NASYID       :  En Kamarulaslah Bin Abd Salam
Setiausaha        :  SK  Belukar
Bendahari          :  SK  Kempadang


Bil
Jawatankuasa Kerja
Sekolah
Bidang Tugas

1.
J/K Pengacara  Majlis
SMK Beserah

SK Fakeh Abd Samad

1.    Menyediakan teks pengacaraan.
2.    Memastikan perjalanan setiap venue teratur dan berjalan lancar.
3.    Mengendalikan majlis penutup.

2.
J/K  Persiapan Tempat

2.1 Bercerita -L/P
2.2 Hafazan - L/P
2.3 Tilawah  - L/P
2.4 Azan Subuh –L
2.5 Nasyid



SK  Bukit Sekilau

 SK  Cenderawasih

1.    Menyediakan tempat pertandingan.
2.    Menyediakan tempat menunggu para peserta dan hakim di setiap venue.
3.    Menyediakan keperluan dan alatan pertandingan.
4.    Menyediakan tempat majlis penutup.

2.
J/K Buku Program dan Publisiti

SMK Baging

SK Baging
1.    Menyediakan buku program termasuk mendapatkan kata aluan daripada tuan PPD.
2.    Menyediakan kain rentang.
3.    Membuat hebahan dan publisiti jika perlu.
3.
J/K Hadiah dan Cenderahati

SK RTP Bukit  Goh

SK LKTP Bukit Goh


1.    Menguruskan tempahan hadiah dan cenderahati.
2.    Mendapatkan maklumat susunan hadiah mengikut acara pertandingan.
3.    Menguruskan sijil penyertaan dan pencapaian.
4.    Menguruskan majlis penyampaian hadiah.
5.    Menyediakan peserta yang akan menerima hadiah.
6.    Menyelaraskan penerima hadiah bersama dengan pengacara majlis.

4.
J/K Pendaftaran dan Kutipan bayaran.

SMK Tanjong Lumpur

SK  Kempadang.
1.    Menguruskan pendaftaran peserta, guru pengiring dan hakim.
2.    Menyediakan tag peserta.
3.    Menyediakan format pendaftaran.
4.    Menyediakan nama-nama pertandingan setiap venue.
5.    Sediakan resit akuan penerimaan wang

5.
J/K Teknikal/Statistik/
Dokumentasi

SMK TPPTM

SK Batu Tiga

1.    Menyediakan kelengkapan rekod dan data.
2.    Mengumpul dan melengkapkan keputusan setiap venue.
3.    Mendokumentasikan keputusan.
4.    Menguruskan nama pemenang kepada J/K hadiah.

6.
J/K Siaraya
SK Tunku  Azizah

SK Sg Talam
1.    Menyediakan peralatan siaraya di setiap venue.
2.    Membantu memastikan peralatan siaraya berfungsi dengan baik.
3.    Membantu menguruskan sistem siaraya semasa majlis penutup dan penyampaian hadiah.

7.
J/K  Hakim

2.1 Bercerita -L/P
2.2 Hafazan - L/P
2.3 Tilawah  - L/P
2.4 Azan Subuh –L
2.5 Nasyid



SMK  Sri  Damai

SK Jaya Gading
1.    Menyediakan bilangan hakim yang cukup bagi setiap venue.
2.    Menyediakan borang-borang pertandingan.
3.    Mendapatkan nama peserta pertandingan daripada J/K pendaftaran.
4.    Menyerahkan keputusan pertandingan kepada J/K Teknikal dan Statistik.

8.
J/K  Jamuan dan Kebersihan.

SK Belukar

SK  Semambu
1.    Membuat tempahan makanan untuk semua peserta dan guru pengiring.
2.    Menyediakan tempat makan bagi VIP dan hakim.
3.    Memastikan semua tempat yang digunakan untuk makan dikemas dan dibersihkan.
4.    Memastikan semua sampah sarap dibersihkan.

9.
J/K  Video dan Fotografi

SMK Sg Isap Murni

SMK Sg Isap
1.    Merakam gambar setiap venue.
2.    Membuat rakaman majlis penutup.
3.    Menyerahkan semua rakaman gambar dan video kepada urusetia dan J/K dokumentasi.


10.
J/K Jemputan, Sambutan dan Majlis Penutup.

SMK Indera Mahkota 2

SK  Wira
1.    Menyediakan penyambut tetamu.
2.    Menyediakan aturcara majlis penutup.
3.    Menyediakan pembaca doa.
4.    Menyediakan teks ucapan perasmi.
5.    Menyediakan pengacara untuk majlis penutup.
6.    Memastikan perjalanan penyampaian hadiah berjalan lancar.



10.0      IMPAK

Adalah diharapkan segala perancangan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan sokongan dan kerjasama semua Program Pendidikan Khas  yang terlibat.









CADANGAN HAKIM MTQ PEND KHAS DAERAH KUANTAN.

BIL
ACARA YANG DIPERTANDINGKAN
NAMA HAKIM


1.

TILAWAH BP/BL (L)
 rendah /menengah

    
Pengacara:
Hakim 1     :
Hakim 2     :
Hakim 3     :

2.

TILAWAH BP/BL (P) rendah/menengah
Pengacara:
Hakim 1     :
Hakim 2     :
Hakim 3     :

3.

HAFAZAN BP/BL (P)
rendah/menengah
Pengacara:
Hakim 1     :
Hakim 2     :
Hakim 3     :

4.

HAFAZAN BP/BL (L)
rendah/menengah
Pengacara:
Hakim 1     :
Hakim 2     :
Hakim 3     :

5.

BERCERITA BP / BD (L)
rendah/menengah
Pengacara:
Hakim 1     :
Hakim 2     :
Hakim 3     :

6.

BERCERITA BP / BD (P)
rendah/menengah
Pengacara:
Hakim 1     :
Hakim 2     :
Hakim 3     :

7.

KHAT BD
rendah/menengah
Pengacara:
Hakim 1     :
Hakim 2     :
Hakim 3     :

8.

AZAN SUBUH BP/BL
rendah/menengah
Pengacara:
Hakim 1     :
Hakim 2     :
Hakim 3     :

9.

NASYID
Pengacara:
Hakim 1     :
Hakim 2     :
Hakim 3     :