BAB
6 : RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU (RPI)
6.0 PUNCA KUASA
I. Seksyen
41 Akta Pendidikan 1996 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2007 mengariskan:
”Rancangan
Pendidikan Individu” bererti satu dokumen yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang
dirancang untuk setiap murid pendidikan
khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap
pencapaian murid
ii. Rancangan
Pendidikan Individu (RPI) diguna pakai dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan Khas yang digubal oleh
Panel Khas RPI juga berperanan sebagai
rekod pengajaran guru.
iii. Pekeliling
Ikhtisas Bil. 7/2004: Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, para (5) menyebut, “Bagi
memastikan keberkesanan kurikulum ini (kurikulum alternatif) Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
setiap murid hendaklah disediakan”.
iv. Garis panduan pelaksanaan RPI boleh dirujuk di
dalam buku Panduan RPI terbitan Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
6.1 DEFINISI RPI
i. RPI
merupakan satu dokumentasi perancangan berstruktur dengan langkah yang berbeza
dan keperluan pengajaran yang sepatutnya untuk membantu murid berkeperluan khas
mencapai objektif yang telah dikenalpasti.
6.2 RASIONAL PENGHASILAN RPI
i. Mengikut
Renault (1987), penghasilan RPI bukan sahaja untuk murid-murid bermasalah pembelajaran, tetapi juga
digalakkan bagi murid-murid yang mempunyai
prestasi pencapaian yang amat rendah berbanding dengan rakan sekelas atau sebaya dalam sebahagian besar
kurikulum, serta memerlukan langkah-langkah
intervensi jangka panjang.
ii. RPI juga sesuai bagi murid bermasalah
pembelajaran tetapi juga murid berkeperluan
khas lain, seperti mereka yang mempunyai masalah pendengaran, penglihatan, cacat anggota dan lain-lain
kecacatan.
iii. Kemahiran
atau masalah yang perlu fokus utama ialah pengurusan diri, interaksi sosial,
masalah tingkah laku, emosi dan intelek.
Guru perlu pilih satu sahaja mana-mana yang perlu diutamakan mengikut masalah
yang paling berat sekali.
iv. Bagi murid yang mengikuti program
inklusif akademik sama ada masalah penglihatan,
masalah pendengaran, masalah pembelajaran dan pelbagai kecacatan, RPI haruslah dibina berdasarkan aspek sosial,
emosi dan rohani atau subjek akademik
yang penting seperti Bahasa Malaysia dan
Matematik.
6.3 CIRI-CIRI RPI
Rancangan Pendidikan
Individu yang dibentuk perlu mengandungi ciri-ciri berikut :
a) Komprehensif
RPI merangkumi aspek ketidakupayaan murid, termasuk aspek komunikasi, tingkah
laku, sosial, pengurusan diri, akademik, kemahiran motor kasar dan koordinasi motor-tangan, kemahiran vokasional dan transisi, perkhidmatan yang berkaitan penempatan
yang diperlukan sama ada di program biasa, vokasional ataupun pendidikan khas.
RPI merangkumi aspek ketidakupayaan murid, termasuk aspek komunikasi, tingkah
laku, sosial, pengurusan diri, akademik, kemahiran motor kasar dan koordinasi motor-tangan, kemahiran vokasional dan transisi, perkhidmatan yang berkaitan penempatan
yang diperlukan sama ada di program biasa, vokasional ataupun pendidikan khas.
b) Spesifik
Matlamat dan objektif bagi RPI dinyatakan dalam bentuk tingkah laku yang dapat
diperhatikan dan diukur.
Matlamat dan objektif bagi RPI dinyatakan dalam bentuk tingkah laku yang dapat
diperhatikan dan diukur.
c) Mengikut urutan
RPI dibentuk berdasarkan urutan perkembangan dan fungsi kemahiran.
d) Realistik dan sesuai
Matlamat dan objektif yang dinyatakn dalam RPI perlu sesuai dengan tahap fungsi dan kadar perkembagan sedia ada setiap murid.
RPI dibentuk berdasarkan urutan perkembangan dan fungsi kemahiran.
d) Realistik dan sesuai
Matlamat dan objektif yang dinyatakn dalam RPI perlu sesuai dengan tahap fungsi dan kadar perkembagan sedia ada setiap murid.
e) Difahami
RPI direkodkan dengan menggunakan bahasa yang difahami oleh para profesional dan juga ibubapa dan dapat menjejaskan apa yang perlu diketahui.
RPI direkodkan dengan menggunakan bahasa yang difahami oleh para profesional dan juga ibubapa dan dapat menjejaskan apa yang perlu diketahui.
f) Dipersetujui
RPI adalah program yang dipersetuujui ibubapa, guru, murid dan professional lain
yang terlibat.
RPI adalah program yang dipersetuujui ibubapa, guru, murid dan professional lain
yang terlibat.
6.4 ELEMEN
RPI
a) Kerjasama
Berkerja dalam kumpulan merupakan elemen penting dalam RPI. RPI dirangka oleh sekumpulan individu yang terlibat secara langsung dengan pendidikan dan kebajikan murid berkenaan. Oleh itu, ibu bapa dan guru merupakan orang yang sangat penting dalam proses ini.
b) Berkongsi Maklumat
Perancangan RPI mesti berdasarkan kepada maklumat yang dikumpul daripada individu yang mempunyai hubungan rapat dengan murid. Maklumat ini mesti dikongsi bersama dan menjadi asas kepada keputusan untuk membina perancangan pendidikan yang akan dibuat.
c) Keputusan Bersama
Guru, Ibu bapa dan kumpulan pelbagai disiplin bekerjasama untuk menyediakan RPI. Mereka perlu membuat keputusan bersama untuk menentukan apa yang diperlukan oleh murid berkenaan dan bagaimana RPI dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
d) Kebolehpercayaan
Objektif pengajaran dan prosedur penilaian perlu diterangkan dalam RPI. RPI juga perlu dibuat semakan pemantauan dan penilaian dari semasa ke semasa.
e) Dokumentasi
RPI perlu didokumentasi bagi tujuan rujukan dan panduan semua pihak.
f) Proses dan hasil
RPI merupakan proses yang meliputi aktiviti bagi memastikan program pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk murid berkenaan.
6.6 KONSEP RPI
i. RPI
menjadi perancangan berasaskan:
a) ‘Apa’ yang diajar
b) ‘Bagaimana’ sepatutnya diajar
c) ‘Kekerapan’ pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran sasaran sepatutnya diajar melalui penambahan
atau aktiviti yang berpandukan
kurikulum.
ii. RPI
merupakan satu dokumentasi perancangan berstruktur dengan langkah yang berbeza dan keperluan pengajaran yang
sepatutnya untuk membantu murid
berkeperluan khas mencapai objektif yang telah dikenalpasti.
iii. RPI
adalah satu dokumen kerja rasmi yang mesti dilaksanakan dan kegagalan menyediakan dokumen tersebut
merupakan satu
kesalahan.(pekeliling
iktisas bil.7/2004)
iv. RPI mestilah mudah diakses dan difahami oleh
semua yang berkenaan.
v. RPI juga sesuai dihasilkan bagi murid
berkeperluan khas yang mengikuti kurikulum
kebangsaan.
6.6 KEPENTINGAN RPI
6.6.1 Murid
i. Setiap
RPI yang digubal untuk mengenalpasti keperluan murid-murid dan cara bagaimana keperluan-keperluan tersebut dapat
dipenuhi seperti peralatan khas seperti alat bantu mendengar, kanta
pembesar dan
mesin Braille. Termasuk bidang khas seperti orientasi dan mobiliti, kemahiran hidup dan bahasa
isyarat.
ii. Mengenalpasti
masalah utama yang dihadapi oleh murid. Contoh Pengurusan Tingkah Laku dan
Pengurusan Diri. iii. Mengenalpasti kemahiran utama yang belum dikuasai oleh murid. Contoh kemahiran 3M.
iv. Membantu meningkatkan penguasaan kemahiran dan mengurangkan masalah yang dihadapi.
6.6.2 Guru Matapelajaran/Kelas/Resos
i. Memberi peluang kepada guru
untuk mendapat maklumat tentang murid.
ii. Menyediakan
forum untuk mendapatkan sokongan dan khidmat bantu daripada pihak yang berkenaan.
iii. Menyediakan
dokumentasi bagi tujuan kesinambungan amalan dalam khidmat bantu sokongan diperlukan.
iv. Mendapatkan khidmat nasihat daripada kumpulan pelbagai disiplin.
v. Memastikan
RPI disimpan dan difailkan dengan baik sebagai bahan
rujukan.
vi. Menyediakan penilaian yang sesuai bagi
memastikan kekuatan dan
keperluan murid.
vii. Bertanggungjawab
membina aktiviti pembelajaran dan bahan bantu belajar yang dapat memenuhi keperluan murid.
viii. Mengekalkan komunikasi dan hubungan baik dengan pihak ibu bapa,
guru-guru lain,
profesional dan pegawai khidmat bantu yang terlibat.
6.6.3 Ibubapa
i. Memberi
peluang untuk terlibat secara langsung dalam penyediaan matlamat dan objektif pembelajaran anak mereka.
ii. Memberi
peluang untuk mendapat penerangan dengan jelas tentang perkara yang perlu dilakukan bagi membantu
pembelajaran anak mereka
di rumah.
iii. Memberi
peluang untuk berkongsi maklumat dengan kumpulan pelbagai disiplin yang
terlibat secara langsung dengan anak mereka.
6.6. 4 Pentadbir sekolah
i.
Membolehkan pihak pentadbir
sekolah mengenalpasti bantuan dan keperluan murid berdasarkan maklumat RPI yang
diterima.
ii.
Mewujudkan rasa
tanggungjawab dan prihatin bagi pihak pentadbir terhadap pelaksanaan RPI.
iii.
Merapatkan jurang antara
pihak pentadbir sekolah dengan PPKI.
6.6.5 Kumpulan
Pelbagai Disiplin
Ahli Jawatankuasa
lain yang sewajarnya turut dilibatkan dalam perjumpaan bagi membentuk Rancangan
Pendidikan Individu (jika perlu) adalah:-
a) Ahli Fisioterapi
b) Ahli terapi cara kerja
c) Patologi Pertuturan Bahasa
d) Kaunselor
e) Agensi Pemulihan
f) Guru Kelas Biasa
g) Guru Vokasional
a) Ahli Fisioterapi
b) Ahli terapi cara kerja
c) Patologi Pertuturan Bahasa
d) Kaunselor
e) Agensi Pemulihan
f) Guru Kelas Biasa
g) Guru Vokasional
i. Dapat
berbincang tentang kemudahan (contohnya penterjemah
bahasa isyarat dan lain-lain) yang dapat
membantu murid belajar
dengan lebih berkesan.
iii. Menyediakan rangka panduan pembelajaran yang selari dengan keperluan pentaksiran kurikulum.
iv. Setiap ahli dapat berkongsi maklumat tentang tingkahlaku dan bentuk atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan individu murid.
6.7 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGHASILAN RPI
i. Jawatankuasa
RPI hendaklah dianggotai oleh Pengetua atau Guru Besar, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Pendidikan khas atau Penyelaras Program Pendidikan
Khas, semua guru pendidikan khas, PPM, semua
ibu bapa atau wakil kumpulan pelbagai disiplin mengikut keperluan dan
murid.
ii. Guru
pendidikan khas menjalankan ujian diagnostik seperti pemerhatian, temubual,
ujian lisan, ujian bertulis untuk mengenalpasti masalah.
iii. Perbincangan
dibuat bersama ibu bapa dan jawatankuasa
berdasarkan cadangan guru melalui ujian diagnostik yang dijalankan.
iv. Menetapkan kemahiran atau masalah yang
perlu diberi perhatian.
v. Menetapkan
matlamat, objektif yang hendak dicapai dan tempoh pelaksanaan.
vi. Membina RPI dan menetapkan cadangan
strategi untuk atasi masalah.
vii. Menjalankan intervensi bersama sumber dan
alatan yang diperlukan.
viii. Menganalisis dapatan dan tindakan susulan.
ix. Memberikan laporan pencapaian kepada ibu
bapa untuk RPI seterusnya.