KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Wednesday, 18 September 2013

Masalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanak



By WASILAH PENDIDIKAN KHAS

Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang berpontensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila dewasa kelak. Corak kehidupan masa kini amatlah memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.
Penekanan terhadap kecemerlangan telah menggalakkan penubuhan intitusi -intitusi yang menawarkan program -program pengayaan (enhancement programes ) yang bertujuan untuk melengkapkan anak -anak dengan kemahiran membaca , menulis , dan mengira dari kecil lagi. Institusi -intitusi ini juga mengaturkan aktiviti -aktiviti atau kurikulum yang menekankan aspek penyampaian maklumat dalam aktiviti -aktiviti harian kanak -kanak tersebut. Pengusaha -pengusaha tadika berlumba -lumba untuk memberikan program pengayaan kepada anak -anak murid mereka dengan menggunakan berbagai -bagai teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan prestasi intelek kanak -kanak.
Pengalaman yang diperoleh daripada program -program intervensi keatas kanak -kanak cacat telah membolehkan para profesional memahami konsep by pass strategies , iaitu strategi -strategi yang membolehkan kanak -kanak cacat memperoleh sesuatu kemahiran dengan menggunakan keupayaannya. Umpamanya , seorang kanak -kanak pekak boleh berhubung dengan menggunakan bahasa isyarat , kanak -kanak buta boleh membaca menggunakan braille dan kanak -kanak spastik yang lemah anggota kakinya boleh berjalan dengan menggunakn alat yang dinamakan orthosis.
Kecacatan seperti yang dialami oleh kanak -kanak spastik , buta , rencat akal dan pekak teruk mudah dikenal pasti untuk diberikan program intervensi awal. Tetapi , disfungsi perkembangan yang tidak ketara dan sudah dikenal pasti banyak berlaku di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran di sekolah. Sejak beberapa tahun kebelakangan , Kefahaman tentang masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak telah berkembang dengan pesatnya. Memang jelas bahawa masalah ini adalah kompleks dan psikososial. Pengalaman hidup seseorang kanak -kanak itu mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan intelek dan perwatakannya.
Ibu bapa dan guru-guru juga kadang kala membuat tanggapan -tanggapan yang mungkin kurang tepat terhadap kanak -kanak yang kurang maju dalam pelajarannya. Si anak dikatakan malas , tidak bermotivasi , bodoh atau asyik bermain sahaja. Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak guru dengan mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman , teknik mengajar tidak berkesan , pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak. Ramai ibu bapa mendaftarkan anak -anak mereka untuk mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka. Walaupun saya akui usaha -usaha ini boleh membantu memperbaiki prestasi akademik sebahagian besar kanak -kanak , tetapi masih ada lagi segolongan kanak -kanak yang memerlukan bantuan pembelajaran yang lebih khusus.
Punca -punca masalah pembelajaran  
Punca -punca timbulnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada dua kategori :
1. punca biologi 2. Punca psikososial
Punca biologi merangkumi faktor faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran ( asphyxia ), lembam lapisan otak (meningitis ) dan sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ).
Pakar kanak -kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam darah (lead poisoning ) seseorang kanak -kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran. Selain itu, banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti sebagai punca masalah pembelajaran. Doktor dan ibu bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat mengurangkan risiko anak -anak terdedah kepada penggunaan bahan -bahan tersebut.
Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat , kurang rangsangan , kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak -kanak berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya , unsur biologi berinteraksi dengan unsur psikososial. Oleh itu , setiap kanak -kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan.
Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci punca -punca kegagalan dalam pelajaran telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga buah sekolah di selangor dan kuala Lumpur oleh LPPKN denagn kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-punca yang dikaenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak, kurang motivasi di kalangan kanak-kanak itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat menguasai bahasa yang seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca. Sesetengah kanak-kank pula menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya.
Apa yang menarik ialah kanak-kanak yang bermasalah ini menunjukkan kemajuan yang amat menggalakan apabila dinilai sekali lagi enam bulan kemudian. Pada pendapat saya, Perkembangan yang positif ini adalah juga disebabkan oleh perhatian yang lebih oleh guru-guru terhadap kanak-kanak tersebut. Setelah mengenal pasti dengan lebih tepat kelemahan-kelemahan muridnya, guru dapat menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu kanak-kank itu membaca. Menulis dan mengira dengan cepat. Ibu bapa juga turut memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajaran anak mereka. Sianak sendiri akan lebih bermotivasi setelah mendapat perhatian, sokongan dan bimbingan daripada ibu bapa dan guru.
Ada satu kes yang melibatkan seorang kanak-kanak yang kurang baik daya penglihatannya. Akibatnya, dia kurang nampak papan hitam didalam kelas. Setelah dibawa kepada perhatian ibu bapanya, barulah cermin mata ditempah untuknya. Pretasinya disekolah juga meningkat. Ada juga kanak-kanak yang kurang daya pendengaran akibat cecair dalam telinga (serous otitis media) dan ini sudah tentu boleh menjejaskan pelajarannya. Dia perlukan rawatan untuk memperbaiki pendengarannya.
Ada pula kanak-kanak yang kelihatan pucat dan sering mengantuk didalm kelas. Akibatnya, pretasi akademiknya merosot.
Kanak-kanak yang terencat akal mundur dalam pelajarannya kerana kebolehan berfikir, tumpuan perhatian, perkembangan bahasa, pengamatan dan keupayaannya memproses maklumat adalah lambat dibandingkan dengan kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya. Kanak-kanak berusia lapan tahun yang mempunyai tahap intelek (IQ) setaraf dengan kanak-kanak lima tahun lazimnya masih sukar mengenal huruf. Kebolehannya sama ada dari segi penguasan bahasa, keupayaan menjalani aktiviti-aktiviti harian atau pun kemahiran sosial akan hanya setaraf dengan kanak-kanak yang berusia lima tahun. Oleh itu, dia akan mendapati sukar untuk mengikut kurikulum didalam darjah satu.
Kita perlu mengasingkan kanak-kanak normal yang mengalami masalah pembelajaran dengan kanak-kanak terencat akal yang mengalami masalah yang sama. Ini boleh ditentukan melalui ujian IQ. Kanak-kanak mengalami masalah pembelajaran berbeza diantara satu dengan lain dari segi kekuatan dan kelemahan yan dimilikinya. Oleh itu, pendidikan khas yang diberikan pada seseorang kanak-kanak itu perlulah diindividukan berasaskan pada kekuatan dan kelemahan tersebut.
Pelbagai corak difungsi perkembangan ditemui dikalangan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran. Umpamannya, seorang kanak-kank yang berusia enam tahun yang sungguh cerdik sehingga boleh bermain dengan komputernya, melukis gambar roket dengan kemas dan membaca dengan baik mungkin mempunyai tumpuan perhatian yang singkat. Oleh itu,dia mungkin tidak membuat kerjanya dikelas kerana tidak menumpukan perhatian kepada arahan yang diberikan oleh gurunya. Sebaliknya, perhatiannya lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang sangat diminatinya seperti permainan komputer dan lukisan.
Kanak-kanak yang lemah ingatannya akan mengalami masalah pembelajaran. Dia mungkin menunjukkan kecekapan membuat bentuk rumah menggunakan alat permainan lego dan melukis gambar kereta atau binatang tetapi menghadapi kesulitan membaca dan menulis. Mengajarnya membaca dan menulis memerlukan kesabaran kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang kali.
Penilaian ke atas seorang kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran
Pakar yang menilai kanak-kank yang mengalami masalah pembelajaran perlu mendapatkan riwayat yang terperinci dan mengambil perhatian terhadap kemungkinan berlakunya kerosakan otak seperti yang dialami oleh bayi yang dilahirkan dalam keadaan lemas (asphyxiated ), perdarahan dalam otak , penyakit meningtis , sawan yang berpanjangan dan sebagainya. Beliau juga perlu menyelidik sama ada kanak -kanak tersebut mempunyai adik - beradik lain yang terencat akal yang mungkin boleh dikaitkan dengan faktor baka.
Pakar kanak -kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan -bahan makanan tertentu yang boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak -kanak. Kanak -kanak mungkin menjadi lebih resah hiperaktif , lebih buas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu , penilaian tidak lengkap jika riwayat pemakanan kanak -kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. Ini penting terutamanya jika pakar mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu bahan yang dimakan. Walau bagaimanapun , aspek ini tidak akan diulas dengan panjang lebar dalam bab ini.
Sewaktu melakukan pemeriksaan fizikal , keadaan -keadaan seperti kurang daya penglihatan atau pendengaran , kekok tangan masalah sawan , gangguan pada urat saraf yang mungkin mengakibatkan dia tidak boleh bercakap dengan jelas dan lemah anggota tangan atau kakinya perlu juga dikenal pasti. Jika disyaki pendengarannya kurang jelas , ujian yang terperinci perlu dijalankan. penilaian psyho- educational penting untuk mengetahui kekuatan pembelajarannya pada masa itu. Jika kanak -kanak itu diasyaki menghidap sesuatu pemyakit , doktor akan menjalankan ujian -ujian yang sewajarnya.
Kini , bilangan yang mahir dalam menjalankan penilaian terperinci keatas kanak -kanak yang mengalami masalah pembelajaran bagi mengenal pasti unsur -unsur disfungsi perkembangan (elements of devefunctions ) masih kurang. Penilaian seperti ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti ciri -ciri kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada seseorang kanak -kanak itu. Maklumat -maklumat ini akan membolehkan pihak yang berkenaan memilih dan menjalankan strategi -strategi pendidikan yang khas dengan berkesan ke atas kanak -kanak tersebut. Cara rawatan atau latihan seharusnya berbeza diantara seorang kanak -kanak dengan yang lain.
Kanak -kanak yang mengalami sejenis sawan yang dinamakan petit mal epilepsy sering tidak sedarkan diri beberapa ketika dan keadaan ini mungkin berlaku berpuluh -puluh kali dalam sehari. Ini sudah pasti akan mengganggu pelajarannya. Dia perlu diberikan ubat mencegah sawan. Kanak -kanak yang terlalu singkat tumpuan perhatiannya mungkin boleh dibantu dengan ubat - ubat stimulant tertentu dankaedah pengubahsuaian tingkah laku
( behavioural modification method ). Murid -murid yang lemah daya inggatan digalakkan menggariskan perkara -perkara utama atau key -points dalam sesuatu perenggan dan membacanya berulang -ulang kali supaya mudah diingat.
Masalah membaca  
Kadang kala , terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca , tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Latihan -latihan tertentu perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak -kanak itu supaya dia dapat memahami apa yang dibacanya .
Ada beberapa cara untuk membantu murid -murid sekolah yang masih tidak boleh membaca. Kanak -kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya mentelaah buku -buku pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki. Kanak -kanak ini boleh mendapat manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru -guru yang berpengalaman. Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak itu sebelum dia bersedia untuk membaca. Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik flash -cards boleh mendatangkan minat membaca kepadak anak -kanak berkenaan. Melihat orang lain membaca atau melawat ke kedai -kedai buku juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan gunakan paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas -kertas kosong. Sesekali cabar dia meniru huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya sesuatu perkataan yang tertulis.
Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf (decording ) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension )
Keupayaan membaca dikalangan kanak-kank boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah peringkat dimana dia sendiri gemar menengok buku-buku yang mengandungi gambar-gambar menarik Lazimnya. Pada peringakt usia lima hingga enam tahun, dia sudah mula mengenai huruf secara merangkak-rangkak. Semakin lama, dia semakin cekap sehingga boleh mengeja sesuatu perkataan. Kebiasaanya, apabila berada dalam darjah dua atau tiga, dia sudah cekap membaca tanpa memikirkan dengan mendalam makna setiap ayat yang dibacanya. Ini berbeza dengan kanak-kanak dalam darjah lima keatas yang sudah mula berfikir tentang makna setiaap sesuatu yang dibacanya. Dia mula mempersoalkan kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku-buku tersebut. Tumpuan perhatiannya lebih mendalam dan dia lebih menggunakan ingatannya sewaktu membaca. Pada peringkat ini, seseorang kanak-kanak yang lemah daya ingatannya atau singkat tumpuan perhatiannya sering menghadapi masalah memahami apa yang dibacanya. Ini kerana bahasa yang digunakan dalam buku-buku tersebut lebih kompleks dan memerlukan pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan untuk memahami apa yang dibaca. Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 12 tahun keatas sudah boleh membuat ringkasan terhadap sesuatu yang dibacanya. Kanak-kanak yang sudah pandai meringkaskan, menganalisa dan menyusun denagn kemas maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pembacaan akan dapat menunjukkan prestasi akademik yang baik. Sebaliknya, kanak-kanak yang lambat mengenal huruf dan lambat membaca akan mengalami masalah. Jika dia boleh membaca tetapi kurang memahami apa yang dibacanya, prestasi akademiknya juga akan turut terjejas.
Kadangkala , terdapat kanak -kanak yang mengatakan dia faham isi kandungan sesuatu perenggan dalam buku yang dibacanya , tetapi apabila disoal , dia tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Keluhan seperti " saya fikirkan saya faham apa yang saya baca " sering kedengaran. Situasi seperti ini perlu dianalisa untuk mengetahui punca yang menyebabkan kanak-kanak ini tidak memahami apa yang dibaca. Kemudian tumpuan perhatiannya terlalu singkat atau dia tidak membaca secara aktif. Dia perlu digalakkan supaya sering bertanya pada dirinya apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Kadang kala , si anak itu sendiri tidak faham apa yang dibaca kerana kelemahannya memahami bahasa yang digunakan. Sesuatu perkataan yang tidak difahami akan mengaburi konsep yang ingin disampaikan. Mungkin dia sukar memahami konsep yang cuba ditonjolkan oleh si penulis kerana terlalu kompleks. Oleh itu , dia memerlukan penjelasan gurunya. Kadangkala pula dia memang tidak ingat apa yang telah dibacanya dan mengulang membaca.
Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak , ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si anak membaca dari kecil lagi. Kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya , peluang -peluang serta sumber -sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang sekelilingnya.
Kanak -kanak hiperaktif 
Kanak -kanak hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat , sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan. Oleh itu , kanak -kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau -merayau , tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru.
Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri -ciri perkembangan bahasayang lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak -kanak lain dan dia sering berasa terasing. Kanak -kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga 40 orang murid dalam satu kelas. Dia tidak boleh memberikan perhatian yang khusus pada murid ini sahaja.
Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif ini mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai impulsifnya , dia sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Kanak -kanak serti inimemerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakan pendekatan satu dengan satu ( one -to -one opproach ). Guru-guru perlu sering memberikan peringatan kepada murid ini sama ada melalui isyarat atau mengetuk meja untuk mendapatkan perhatianya dari semasa kesemasa. Adalakanya, pakar kana-kana perlu memberikan ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan keresahan agar boleh menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih berkesan lagi.
Kekekokan 
Ada juga kanak-kanak yang kekok dan tidak dapat menulis degan cepat. Ini menyebabkan dia lambat menghabiskan latihan-latihan menulis yang diberikan. Kanak-kanak seperti ini memerlukan lebih banyak latihan untuk meningkatkan kemahiran penulisannya. Tatkala kanak-kanak lain sudah boleh menulis ayat-ayat yang disebutkan oleh gurunya, dia pula terlalu lambat kerana masih belum cekap mengeluarkan maklumat yang diperlukan dari ingatannya dengan cepat atau secara automatik. Ini boleh meletihkan mentalnya dan mengakibatkan tulisannya sukar dibaca. Sayang sekali, dia sering diaggap lembab walaupun dia mungkin seorang yang cerdik.
Gangguan Emosi 
Gangguan emosi boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu tidak maju didalam pelajarannya. Sering juga terdapat kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran kerana gangguan-gangguan seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya yang berpunca daripada gangguan emosinya. Contohnya ialah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang secara mendadak merosot dalam pelajarannya sejak enam bulan kebelakangan..
Sebelum itu dia merupakan murid yang cerdik dan menunjukkan prestasi yang sangat baik di sekolah. Sejak enam bulan yang lalu, ibu bapanya mengalami masalah rumahtangga dan sedang berura-ura untuk berpisah. Ini telah menimbulkan suasana rumahtangga yang tidak harmoni yang meyebabkan si anak sering mengeluh tidak sihat. Kanak -kanak yang mengalami gangguan emosi perlulah dikenal pasti supaya boleh diberi kaunseling untuk membantunya mengatasi masalah emosinya.
Kaunseling memerlukan penglibatan seluruh ahli keluarga untuk mencari jalan penyelesaian yang sebaik-baiknya. Masalah pembelajaran dikalangan kanak-kanak memang sering berlaku dan kebanyakannya boleh diatasi degan menggunakan pendekatan-pendekatan yang tertentu. Pendekatan-pendekatan ini perlulah mengambil kira ciri-ciri kekuatan dan kelemahan kanak-kanak berkenaan.
Strategi-strategi bypass yang sesuai boleh diaturkan bagi membolehkan dia mengatasi kelemahannya. Gelaran-gelaran seperti rencat akal (mental handicap), hiperaktif (hyperactivity) dan sebagainya tidak ada guna baginya sama sekali tanpa langkah-langkah intervensi yang sewajarnya. Sebaliknya, adalah lebih baik diwujukan program-program bagi membantu mengatasi masalah kanak-kanak ini. Kebanyakan kanak-kanak yang diberikan perhatian dan latihan-latihan akan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya maju dalam pelajaran mereka.
Tanggungjawab untuk membantu anak-anak yang bermasalah ini bukan hanya terletak diatas bahu para profesional atau guru-guru sekolah sahaja malah ibu bapa juga perlu mengambil perhatian berat dan memastikan anak-anak mereka mengikut latihan-latihan khas dirumah.
Seorang kanak -kanak yang mempunyai IQ tinggi tidak semestinya akan mencapai kejayaan dalam kerjaya masa depannya. Pelbagai faktor seperti motivasi, peluang -peluang latihan dalam sesuatu pengkhususan dan pengalaman-pengalaman yang didapatinya dari semasa ke semasa akan mempengaruhi pencapaian masa depannya.Albert Einstein dikatakan lembab oleh guru -gurunya tetapi jelas persepsi mereka salah kerana Einstein kemudiannya muncul sebagai seorang ahli sains yang terulung di dunia. Jika tidak digunakan dengan bijak , ujian intelek bukan sahaja boleh memberikan gambaran yang tidak tepat tentang tahap intelek seseorang kanak -kanak , malahan boleh mengelirukan pihak ibu bapa juga.

CADANGAN MENGATASI MASALAH KOMUNIKASI , BAHASA DAN PERTUTURAN



Merujuk kepada masalah bahasa dan pertuturan dan komunikasi, terdapat pelbagai punca-punca yang menyebabkan kanak-kanak akan mengalami masalah ini. Justeru, pelbagai pendekatan dan pencegahan perlu dilakukan bagi membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa dan pertuturan. Antaranya ialah:
· Tempatkan murid hampir dengan guru
· Guru perlu menarik perhatian murid sebelum mulakan pengajaran
· Percakapan dan arahan guru perlu terang dan jelas
· Guru perlu mengulang arahan yang agak sukar difahami oleh murid
· Murid digalakkan untuk bercakap
· Jangan memaksa murid menghafal
· Guna pendekatan komunikatif iaitu peranan guru menjadi kurang manakala murid banyak berinteraksi
· Teknik pemusatan pembelajaran murid
· Teknik peniruan
· Teknik modelling
· Latih tubi
· Pendekatan mainan
· Guru tidak boleh tekankan murid dengan perkataan yang sukar
· Guru memberi penerangan kepada ibu bapa supaya sentiasa gunakan perkataan yang betul dan mudah.
· Pengulangan bacaan
· Menggunakan peluang persekitaran untuk menggalakkan pertuturan
· Pastikan masa dan keadaan yang sesuai untuk perbualan yang panjang dan spontan.
Peranan Guru
Di sini dapat dirumuskan bahawa langkah-langkah pencegahan untuk kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa dan pertuturan ialah dari segi peranan guru itu sendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini,guru amat penting dalam proses interaksi dengan murid-murid perlu ditempatkan hampir dengan guru. Guru perlu menarik perhatian murid sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran. Percakapan dan arahan guru perlu terang dan jelas. Guru juga perlu selalu mengulang arahan yang agak sukar difahami supaya murid dapat memahami perkara yang disebutkan oleh guru. Dalam konteks ini, murid digalakkan untuk bercakap supaya mereka dapat membiasakan diri dalam proses bahasa dan pertuturan. Namun, yang penting murid jangan dipaksa untuk menghafal dan perlulah elakkan murid daripada merasa tertekan.
Selain itu, guru perlu memastikan supaya murid-muridnya menggunakan bahasa semasa proses berinteraksi. Dapat ditekankan di sini, murid perlulah diajak berbual dan topik yang dibualkan itu mestilah berkaitan dengan pengalaman murid tersebut. Langkah seterusnya ialah guru perlu memberi pendekatan komunikatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, peranan guru menjadi kurang. Hal ini supaya murid banyak berinteraksi .Melalui pendekatan komunikatif ini, murid-murid akan mempunyai kecekapan untuk berkomunikasi. Di dalam aktiviti komunikatif ini, aktiviti yang dirancang kepada kemahiran lisan iaitu mendengar ,menyebut, bertutur, berbincang dan membentuknya di dalam penulisan. Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan kemahiran komunikasi kepada murid-murid. Gerak kerja dijalankan di dalam kumpulan kecil dan tidak mengasingkan murid-murid yang cerdas. Dengan ini, berlakulah kerjasama iaitu murid-murid cerdas membantu murid-murid bermasalah.
Di samping itu, aktiviti peniruan juga boleh digunakan untuk menggalakkan murid-murid bertutur contohnya, guru menunjukkan budak sedang berlari sambil menyebut Dia sedang berlari”. Seterusnya kanak-kanak mungkin hanya menyebut “dia”.Guru terus mengulang perkataan secara berkali-kali sehingga murid dapat menjawab dengan baik. Langkah seterusnya adalah melalui aktiviti modeling iaitu guru memerlukan seorang pembantu untuk membantunya sebagai model. Di sini model menunjukkan gambar kepada kanak-kanak manakala murid-murid mendengar apa yang dipertuturkan oleh model tersebut. Di sini murid-murid akan mendengar dan mula berbahasa dan bertutur dengan baik. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga, penggunaan bahasa yang sukar perlu ditukar kepada bahasa yang mudah untuk difahami, Murid-murid yang mengalami masalah akan dapat berbahasa dengan baik apabila guru mula menggunakan bahasa yang mudah dan senang difahami.
 Peranan Ibu bapa
Di samping itu, peranan ibu bapa juga amat penting di dalam penggunaan bahasa dan pertuturan. Di ruman ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam proses berinteraksi. Di sini ibu bapa memerlukan penggunaan bahasa yang betul, mudah serta ringkas pada permulaannya. Lama-kelamaan anak-anak dapat berbahasa dan bertutur dengan baik dan ini memepengaruhi penggunaan bahasa yang baik oleh kanak-kanak. Ibu bapa juga perlu melatih anak-anak supaya berkomunikasi dengan baik , supaya anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan penggunaan bahasa dan pertuturan. Di sini, peranan ibu bapa itu sangat penting dalam penggunaan bahasa yang betul seterusnya mempengaruhi pertuturan kanak-kanak.
 Panduan atau langkah Pencegahan
Masalah artikulasi
Oleh kerana gangguan artikulasi memang berlaku kepada kanak-kanak kecil,kematangan dan bimbingan tentang penyebutan perkataan dengan betul oleh adalah mencukupi untuk mengatasi masaalah.Tumpuan hanya diperlukan kepada kanak kanak yang menunjukan gangguan yang melampau .
Guru boleh mengajar kanak-kanak ini melalui latihan pendengaran, stimulasi bunyi dan program pemulihan. Latihan pertuturan reaksi, minat kanak kanak dan jumlah perkataan yang digunakan untuk bertutur bersama teman rakan sebaya.
Eisesson dan Olgilvie (1976) mencadangkan tiga langkah yang boleh digunakan untuk memperbaiki masalah artikulasi iaitu;-
· Mengajar kanak kanak mengenal masalah artikulasi yang di hadapinya dan melatih untuk menyebut perkataan dengan betul.
· Mengajar penyebutan perkataan secara berangsingan suku kata dan dalam bentuk perkataan.
· Mengajar kanak kanak menggunakan bunyi yang betul dalam pertuturan.
Langkah Atau Panduan Pencegahan Masalah Gagap
West (1996) mencadangkan bahawa masalah gagap boleh dikurangkan melalui beberapa cara iaitu;-
· Psikonalisis
· Khayalan mental untuk membentuk kebolehan mengambarkan sesuatu.
· Latihan negatif iaitu menghilangkan gagap dengan menyedarkan penutur tentang gagap yang dialami dan melatihnya bertutur dengan sempurna.
· Latihan penggunaan tangan yang mahir sama ada atau tangan kanan atau kiri untuk menulis dan membaca supaya kelemahan atau kelumpuhan otak dapat dipulihkan.
Masalah ini dapat diatasi daripada pakar pertuturan, ahli psikoterapi dan ahli psikonalisis yang memberi latihan pertuturan,pembacaan dan imaginasi.
Agensi yang Memberi Perkhidmatan Kepada Kanak-kanak Cacat Pertuturan
Di Malaysia, perkhidmatan terhadap kecatatan pertuturan masih lagi berkurangan.Ia mungkin disebabkan oleh tanggapan segolongan besar masyarakat yang merasakan bahawa masalah artikulasi, bunyi, gagap, sumbing, dan kelewatan bertutur bukannya satu kecacatan tetapi masalah semulajadi yang tidak boleh dipulihkan. Kecacatan kelumpuhan otak digolongkan ke dalam kecacatan spastik.Dengan itu,hanya masalah pertuturan yang disebabkan oleh kurang pendengaran yang digolongkan sebagai bisu. Dan pekak yang telah mempunyai perkhidmatan tertentu.
Biasanya, kanak-kanak yang bisu dan pekak boleh mendapatkan perkhidmatan latihan pertuturan di Bahagian Pediatrik, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan klinik-klinik swasta. Jika dibandingkan dengan kanak-kanak bisu dan pekak yang di anggarkan oleh Baharudin dan Shaharudin (1958) kanak-kanak yang berumur di antara 0-6 tahun iaitu seramai 3,902 orang yang meningkat pada hari ini,tentunya perkhimatan yang ada sekarang ini tidak mencukupi.Ini berlaku,terutamanya apabila pekhidmatan yang diberikan oleh klinik swasta mengenakan bayaran yang mahal, hanya kanak-kanak daripada keluarga kelas atasan sahaja yang mampu untuk mendapat perhidmatan ini.
Untuk mendapatkan perkhimatan pendidikan yang formal pula, kanak-kanak ini akan ditempatkan di sekolah khas, kanak-kanak bisu dan pekak atau kelas pencantuman iaitu sekolah biasa yang mempunyi kelas dan guru khas yang boleh mengajar kanak-kanak ini seperti kanak-kanak lain.
 Doktor
Lazimnya, doktor bedah akan membetulkan bibir sumbing dalam lingkungan usia tiga bulan dan akan melakukan pembedahan rekonstruktif terhadap rabit lelangit apabila bayi meningkat usia sembilan bulan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat di antara pakar -pakar bedah tentang masa yang paling sesuai untuk melakukan pembedahan, dalam keadaan -keadaan tertentu seperti sindrom pierre robin misalnya, pembedahan rekonstuktif ke atas rabit lelangit mungkin dilakukan lebih lewat daripada itu. Dalam keadaan ini, bahagian dagu sianak terbentuk terlalau kecil sehingga kerap menyekat saluran pernafasannya. Dia juga mengalami masalah sukar untuk bernafas dan sukar menyusu. Keadaan ini sering memerlukan rawatan intensif dari peringkat awal kelahiran bayi.
Pertuturan si anak lazimnya akan kedengaran sengau. Rabit lelangit juga menjejaskan fungsi tiub eustachio yang menghubungkan bahagian mulut dengan bahagian telinga. Akibatnya, cecair mudah bertakung di belakang dinding telinganya. Ini akan menjejaskan pendengarannya. Dia perlu dirawat dengan ubat -ubat tertentu atau melalui pembedahan kecil untuk mengeluarkan cecair tersebut.
Pakar kanak -kanak khususnya perlulah menjalankan penilaian yang menyeluruh supaya kecacatan -kecacatan lain, jika ada, dapat dikesan. Daripada penilaian ini, dapatlah program -program yang komprehensif dijalankan bagi kanak -kanak ini. Khidmat pakar gigi juga penting dalam melatih kanak -kanak itu bercakap tanpa nada sengau. Pakar telinga, hidung dan tekak pula adakalanya perlu memberi rawatan kepada anak -anak ini jika pendengaran mereka kurang baik akibat takungan cecair pekat dalam dinding telinga.
Patologis Pertuturan - Bahasa
kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan atau bahasa juga perlu berjumpa dengan pakar Patologis Pertuturan. Ini adalah untuk membantu seseorang kanak-kanak tersebut supaya boleh menjalani yang sewajarnya dalam kaedah-kaedah yang tertentu dalam membuka artikulasi untuk mengeluarkan suara dan sekaligus dapat bercakap. Seseoarang pakar Patologis Pertuturan – Bahasa bertanggungjawab untuk mencegah, mengenalpasti dan menilai masalah-masalah pertuturan dan bahasa serta melakukan rehabitasi yang sewajarnya bagi kanak-kanak dan dewasa yang mengalami masalah ini



KERENCATAN MENTAL DALAM PERTUTURAN




1.0 Permasalahan bahasa yang berkait dengan Kerencatan Mental

Masalah bahasa yang disebabkan oleh kerencatan mental dapat dikenali melalui kelewatan bertutur dan mengalami perkembangan bahasa yang lambat. Beberapa ciri kanak-kanak cacat pertuturan yang disebabkan oleh kerencatan otak:
· Pencapaian bertutur secara asasnya sama seperti kanak-kanak lembam
· Kanak-kanak ini mempunyai pencapaian bahasa yang rendah jika dibandingkan dengan umur kronologikal.
· Kelambatan untuk memahami atau mengeluarkan bahasa kerana sukar untuk mengingat.
· Kanak-kanak ini tidak dapat membentuk tatabahasa di dalam pertuturannya seperti kanak-kanak normal.

2.0Kecatatan bahasa yang Disebabkan Kurang Pendengaran :
Kurang pendengaran menyebabkan kelewatan bertutur atau kanak-kanak yang mempunyai pertuturan yang tidak sempurna. Kesukaran untuk mendengar disebabkan oleh sistem saraf tunjang yang berpunca dari kemalangan, kecederaaan dan penyakit atau semulajadi semasa lahir.

3.0 CIRI-CIRI FIZIKAL, KOGNITIF DAN EMOSI
Fizikal- Secara umumnya, adalah pergerakan lokomotor dan masalah koordinasi motor halus.
Kognitif- Daya ingatan, perhatian dan kefahaman, Daya bertindak, Daya taakulan,  Keupayaan mental berlebihan
Sosial- Adalah perhubungan antara individu dengan individu dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

CIRI-CIRI KOGNITIF
1. Keadaan Mental dan Fizikal seperti Lembam
Masalah Pertuturan juga mempengaruhi keadaan mental iaitu lembam. Masalah ini disebabkan ia berkait-rapat dengan keupayaan pemikiran seseorang itu meluahkan sesuatu sama ada secara rasional ataupun ada masalah tertentu.
Di samping itu, lembam mempunyai IQ antara 75-90 . Keadaan ini berlaku antara lingkungan normal dan moron. Seseorang itu tidak akan mengikuti pembelajaran dan mempunyai cara-cara tertentu serta sukar bagi menyesuaikan diri di sekolah.
2. Kekurangan Rangsangan
Kekurangan rangsangan sama ada daripada ahli keluarga, ibu bapa, sanak-saudara juga akan menyebabkan seseorang itu terasa dirinya terasing dan rendah diri. Dengan cara sedemikian, mereka menjadi kurang bercakap dan keupayaan serta perkembangan untuk bertutur secara lancar menjadi semakin rendah.
3. Kurang Memberi Tumpuan Percakapan
Seseorang yang menghadapi masalah pertuturan akan berkomunikasi dengan tidak memberi penumpuan dengan apa yang diujarkan olehnya kepada seseorang yang sedang berkomunikasi dengannya. Keadaan ini menyebabkan idea atau topik yang diujarkan olehnya tidak dapat diterima oleh orang lain. Keadaan ini wujud semasa pengeluaran suara dan gangguan di glotis. Ini mentebabkan komunikasi terganggu.

CIRI-CIRI SOSIAL
1. Kecelaruan dalam Pertuturan
Ia melibatkan struktur / neorologi antaranya adalah ‘dysarthia’ dan ‘dyspraxia’ pada kanak-kanak yang mengalami celebral palsy dan celahan di lelangit. Ia berpunca daripada organ seperti kecelaruan fungsi artikulasi / fonologi. Keadaan ini telah menyababkan keupayaan untuk bersosial menjadi tidak harmoni kerana pertuturan yang bercelaru dan menyebabkan kesukaran untuk memahami.
2. Kecelaruan Suara
Kecelaruan dalam bersuara berkait-rapat dengan patologi dan alat vokal organ. Ciri-cirinya seperti garau (hearsness), sempat (brathiness), sengau (hypernesality) dan ketidaksesuaian suara sama ada terlalu lembut atau terlalu kuat. Oleh hal demikian, komunikasi akan terjejas dan tidak stabil.
3. Bahasa yang Tidak Diperkembang
Kelambatan yang nyata dalam perbendaharaan kata, nahu yang perlu untuk di-perkembang. Oleh kerana, perbendaharaan kata tidak dapat diperkembang, maka ini akan menyempitkan kemahiran berkomunikasi sekaligus melambatkan proses untuk berkomunikasi dengan baik.
4. Komunikasi Yang Tidak Stabil
Komunikasi yang tidak stabil merujuk kepada pertuturan yang mempunyai nada yang tidak sempurna seperti turun naik nada suara. Contohnya, seseorang itu menghidapi kelumpuhan di bahagian-bahagian mulut seperti celebral palsy atau kecacatan sekeliling anggota selepas Apoplexy atau kemalangan.
5. Kurang Peluang Bertutur
Kurang peluang bertutur terutama bersama kawan-kawan dan masyarakat menyebabkan peluang berkomunikasi dengan baik akan terjejas. Keadaan ini ia tidak mengikut ‘cara’ dan ‘daerah’ pertuturan yang betul. Antaranya, bibir, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut merupakan bahagian ‘daerah sebutan’. Contohnya, dalam menyebut cara sebutan ‘sengauan’ yang betul. Sengauan dihasilkan dengan cara yang hampir sama dengan menurunkan lelangit lembut untuk membolehkan udara keluar melalui rongga hidung. Semua bunyi sengau yang dihasilkan ialah bersuara, iaitu dengan pita suara bergetar. Terdapat empat konsonan yang terhasil daripada bunyi sengauan dan salah satu daripadanya ialah Sengau bibir [m].
Terhasil apabila bibir bawah dirapatkan dengan bahagian bibir atas dan pada masa yang sama lelangit lembut di turunkan. Udara akan dikeluarkan melalui rongga hidung. Ini akan menjelaskan bahawa, jika seseorang itu menghadapi masalah pertuturan dan jika ia tidak mempraktikkan, maka akan menyebabkan gangguan dalam mengeluarkan suara.