KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Thursday 18 October 2012

CONTOH KERTAS KERJA PEMANTAPAN PPKI

DISLEKSIA SK FAKEH ABD SAMAD.  KUANTAN.


1.0 PENGENALAN                  
 Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran Spesifik /Disleksia adalah merupakan sebahagian daripada kumpulan murid yang memerlukan lebih perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ketidakupayaan dan kesukaran yang mereka alami merupakan satu kekangan dan cabaran bagi guru dalam menyediakan modal insan yang boleh bersaing  serta menjalani kehidupan yang bermakna. Sehubungan dengan itu pelbagai usaha telah dan akan dijalankan  bagi memenuhi keperluan mereka dalam bidang pendidikan secara menyeluruh.
                                     
2.0 Matlamat    
Perancangan program-program ini bermatlamat meningkatkan mutu pencapaian akademik dan kegiatan kokurikulum  dalam pendidikan khas. Usaha yang berterusan ini  membuktikan keprihatinan pihak sekolah yang sentiasa berusaha mencuba sedaya upaya membantu kecemerlangan murid pendidikan khas.            
3.0 Objektif            
1.    Memberi peluang kepada semua  murid menyertai  kegiatan luar  yang diadakan.
     2.   Menilai kebolehan dan keupayaan murid dalam aktiviti  yang disertai.
    3..   Mewujudkan semangat kerjasama dan yakin diri kepada Murid-  murid   
           Pendidikan  Khas.
    4.    Memastikan semua murid dapat menjalankan aktiviti Pendidikan Agama Islam
            dan aktiviti dalam j-Qaf.

4.0 Jangka masa
      Sepanjang tahun 2012

5.0 Kumpulan sasaran:
      Semua murid pendidikan khas masalah pembelajaran 46 orang .

6.0 Anggaran perbelanjaan aktiviti:

BIL.
PERKARA
ANGGARAN PERBELANJAAN
Tarikh Pelaksanaan
1.
Program Motivasi dan Teknik  Belajar Tahun 6


RM 500.00

September
2.
Program Terapi Berkuda dan Bowling

RM 2,000.00
 April, Jun, Julai, September, November.
3.
Karnival Kokurikulum dan Permainan

RM 1,000.00

Jun
4.
Pengubahsuaian Bilik Pendidikan Islam dan j-Qaf

RM 3,000.00

Mac- Julai
5.
Program Tautan Kasih Bersama Ibu bapa dan Penjaga.

RM 2,000.00

November
6.
Projek Tanaman Fertigasi
RM 2,000.00
Jan – Dis

7.
Projek Ternakan Ikan Hiasan
RM 1,000.00
Jan – Dis


JUMLAH BESAR
RM 11,500.00



7.0 Ahli Jawatankuasa Induk.
Pengerusi                 :           En.  Ahmad bin Saad
T/pengerusi               :           En Zulkifli b. Mohd Yusof
Gpk pkhas                 :           Pn Supiah bt Mat Yusof
Penyelaras                :           En Mohd Harif bin Mohd Zin
Setiausaha               :           Cik Suhaily bt Sulaiman
Bendahari                 :           Pn Sharifah Aini bt Syed Hasin

AJK Kerja                  :
1. En. Mohd Harif b. Mohd Zin
2. En. Shamsul Shahrizal b. Saminan
3. Pn  Maidatulhanim bt Mohamed
4. Pn  Norhairy bt Sheikh Ali
5. Cik  Suhaily bt Sulaiman
6. Pn   Hanifah bt Hamzah
7. Pn   Zaitiaktar bt Zainuddin
8. Pn  Sharifah Aini Binti Syed Ali
9. Pn Faridah bt Mohamad
10.Cik Nurul Jannah bt Othman

8.0  Penutup
Pihak  PIBG dan sekolah sangat optimis agar segala perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kami semua komited agar murid pendidikan khas diberi peluang yang sewajarnya untuk membangunkan diri sendiri supaya dapat berdaya saing mengikut tahap keupayaan sebenar mereka.






SOAL SELIDIK UNTUK PENJAGA

SOAL  SELIDIK INI DIJALANKAN KE ATAS IBUBAPA/PENJAGA MURID BAGI MENGENALPASTI  MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MURID YANG  MENGHADAPI KEBARANGKALIAN DISLEKSIA

ARAHAN: TANDAKAN ( / ) PADA PETAK YANG SESUAI.
BIL
PERKARA
YA
TIDAK
1.
Adakah anak anda sukar memahami arahan anda


2.
Adakah anak anda boleh mengulangi semula arahan yang anda berikan.


3.
Adakah anak anda suka bermain dengan adik beradik dan kawan-kawan.


4.
Adakah anak anda suka menyendiri.


5.
Adakah anak anda cepat marah dan suka mencederakan orang lain.


6.
Adakah anak anda tidak boleh duduk diam.


7.
Adakah anak anda sangat lembab pergerakannya.


8.
Adakah anda mengalami masalah pendengaran dan penglihatan


9.
Adakah anak anda sukar membezakan antara kiri dan kanan.


10.
Adakah anak anda seorang yang kidal.


11.
Adakah anak anda tidak berminat ke sekolah .


12
Adakah anak anda sukar mengingati huruf abjad a-z


13.
Adakah anak anda tidak boleh membezakan beberapa huruf seperti ‘b’, ‘d’, ‘y’, ‘j’,


14.
Adakah anak anda sukar membezakan bunyi abjad.


15.
Adakah anak anda tidak boleh mengeja perkataan mudah.


16.
Adakah anda sukar membaca ayat panjang.


17.
Adakah anak anda tidak minat menulis.


18.
Adakah anak  anda suka menconteng.


19.
Adakah anak anda suka melukis.


20.
Adakah anak selalu menulis secara terbalik abjad  atau perkataan.


21.
Adakah anak anda sangat lambat menulis.


22.
Adakah anak anda boleh bertutur dan bercerita dengan baik.


23.
Adakah anak anda seorang yang sangat kreatif.


24.
Adakah anak anda mempunyai minat dalam bidang-bidang tertentu.


25.
Adakah anak anda selalu keliru dengan konsep arah iaitu kiri, kanan, dsb.


26.
Adakah anak anda selalu gopoh .


27.
Adakah anak anda menghadapi masalah dalam pengurusan masa.


28.
Adakah anak anda mengalami masalah tingkah laku.


29.
Adakah anak anda selalu memberi alasan untuk tidak menyiapkan kerja sekolah.


30.
Adakah anak anda tidak boleh membaca.


31.
Adakah anak anda tidak suka membaca


32.
Adakah anak anda tidak berminat dengan matematik.


33.
Adakah anak anda selalu menyebut/ membaca perkataan secara terbalik daripada apa yang dibaca atau disebut.


34.
Adakah anak anda suka dengan komputer.


35.
Adakah anak anda suka dengan muzik


36.
Adakah anak anda suka berfantasi/ berkhayal.


37.
Adakah anak anda tidak boleh menerima teguran.


38.
Adakah anak anda selalu memakai baju/kasut terbalik.


39.
Adakah anak anda menulis dengan kedudukan buku/kertas yang terbalik.


40.
Adakah anak anda membaca dengan kedudukan bahan bacaan yang terbalik.



SKOR:
PERKARA
SKOR
YA

TIDAK



PROGRAM DISLEKSIA  SK FAKEH ABD SAMAD.