KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Thursday 18 October 2012

CONTOH KERTAS KERJA PEMANTAPAN PPKI

DISLEKSIA SK FAKEH ABD SAMAD.  KUANTAN.


1.0 PENGENALAN                  
 Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran Spesifik /Disleksia adalah merupakan sebahagian daripada kumpulan murid yang memerlukan lebih perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ketidakupayaan dan kesukaran yang mereka alami merupakan satu kekangan dan cabaran bagi guru dalam menyediakan modal insan yang boleh bersaing  serta menjalani kehidupan yang bermakna. Sehubungan dengan itu pelbagai usaha telah dan akan dijalankan  bagi memenuhi keperluan mereka dalam bidang pendidikan secara menyeluruh.
                                     
2.0 Matlamat    
Perancangan program-program ini bermatlamat meningkatkan mutu pencapaian akademik dan kegiatan kokurikulum  dalam pendidikan khas. Usaha yang berterusan ini  membuktikan keprihatinan pihak sekolah yang sentiasa berusaha mencuba sedaya upaya membantu kecemerlangan murid pendidikan khas.            
3.0 Objektif            
1.    Memberi peluang kepada semua  murid menyertai  kegiatan luar  yang diadakan.
     2.   Menilai kebolehan dan keupayaan murid dalam aktiviti  yang disertai.
    3..   Mewujudkan semangat kerjasama dan yakin diri kepada Murid-  murid   
           Pendidikan  Khas.
    4.    Memastikan semua murid dapat menjalankan aktiviti Pendidikan Agama Islam
            dan aktiviti dalam j-Qaf.

4.0 Jangka masa
      Sepanjang tahun 2012

5.0 Kumpulan sasaran:
      Semua murid pendidikan khas masalah pembelajaran 46 orang .

6.0 Anggaran perbelanjaan aktiviti:

BIL.
PERKARA
ANGGARAN PERBELANJAAN
Tarikh Pelaksanaan
1.
Program Motivasi dan Teknik  Belajar Tahun 6


RM 500.00

September
2.
Program Terapi Berkuda dan Bowling

RM 2,000.00
 April, Jun, Julai, September, November.
3.
Karnival Kokurikulum dan Permainan

RM 1,000.00

Jun
4.
Pengubahsuaian Bilik Pendidikan Islam dan j-Qaf

RM 3,000.00

Mac- Julai
5.
Program Tautan Kasih Bersama Ibu bapa dan Penjaga.

RM 2,000.00

November
6.
Projek Tanaman Fertigasi
RM 2,000.00
Jan – Dis

7.
Projek Ternakan Ikan Hiasan
RM 1,000.00
Jan – Dis


JUMLAH BESAR
RM 11,500.00



7.0 Ahli Jawatankuasa Induk.
Pengerusi                 :           En.  Ahmad bin Saad
T/pengerusi               :           En Zulkifli b. Mohd Yusof
Gpk pkhas                 :           Pn Supiah bt Mat Yusof
Penyelaras                :           En Mohd Harif bin Mohd Zin
Setiausaha               :           Cik Suhaily bt Sulaiman
Bendahari                 :           Pn Sharifah Aini bt Syed Hasin

AJK Kerja                  :
1. En. Mohd Harif b. Mohd Zin
2. En. Shamsul Shahrizal b. Saminan
3. Pn  Maidatulhanim bt Mohamed
4. Pn  Norhairy bt Sheikh Ali
5. Cik  Suhaily bt Sulaiman
6. Pn   Hanifah bt Hamzah
7. Pn   Zaitiaktar bt Zainuddin
8. Pn  Sharifah Aini Binti Syed Ali
9. Pn Faridah bt Mohamad
10.Cik Nurul Jannah bt Othman

8.0  Penutup
Pihak  PIBG dan sekolah sangat optimis agar segala perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kami semua komited agar murid pendidikan khas diberi peluang yang sewajarnya untuk membangunkan diri sendiri supaya dapat berdaya saing mengikut tahap keupayaan sebenar mereka.






No comments:

Post a Comment