KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Thursday 17 January 2013

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INKLUSIF

DIKONGSIKAN BERSAMA PN NORLIAH BT MOHD AMIN
NAZIR PENDIDIKAN KHAS MUAR

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
Peranan Dan Tanggungjawab
  1. Pengetua/Guru Besar
                      i.          Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah
                 ii.        Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas    program pendidikan inklusif
                 iii.      Bertanggungjawab terhadap Polisi dan Objektif
                 iv.      Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan   program pendidikan inklusif di sekolah
                    v.    Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan  murid program pendidikan inklusif di sekolah
                   vi.   Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program pendidikan inklusif di sekolah
                 vii.    Merancang dan melaksana Program Motivasi murid program pendidikan inklusif


       B.  Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (GPKPK)

                      i.          Naib Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah
                     ii.          Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas program pendidikan inklusif
                   iii.          Bertanggungjawab terhadap Polisi dan Objektif
                   iv.          Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan program  pendidikan inklusif di sekolah.
                    v.          Penolong Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan  murid program pendidikan inklusif di sekolah.
                   vi.          Penolong Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program pendidikan inklusif di sekolah.
                 vii.          Merancang dan melaksana Program Motivasi murid program pendidikan  inklusif

  1. Guru Kelas
                      i.          Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif
                     ii.          Bersama guru pendidikan khas merancang dan  menyediakan rancangan pengajaran semasa
                    iii.          Menerima kemasukan murid berkeperluan khas
                   iv.          Membuat penilaian
                    v.        Membuat laporan prestasi  murid berkeperluan khas

C.  Guru Mata pelajaran 
                        i.        Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif
                       ii.        Bersama guru pendidikan khas merancang dan  menyediakan rancangan pengajaran semasa
                      iii.        Menerima kemasukan murid berkeperluan khas
                     iv.        Membuat penilaian
                      v.        Membuat laporan prestasi  murid berkeperluan khas

  1. Guru Pendidikan Khas (Guru Pembimbing)
                      i.          Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif
                     ii.          Merancang dan  menyediakan rancangan pengajaran semasa bersama guru mata pelajaran
                    iii.          Mengenalpasti kesediaan murid berkeperluan khas untuk ditempatkan di pra inklusif
                   iv.          Merancang dan melaksanakan P&P di pra inklusif
                    v.          Menilai pelaporan prestasi dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya
                   vi.          membimbing murid berkeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Kelas Pendidikan Khas  semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran di kelas aliran perdana
                  vii.          menjalankan pengukuhan dan pengayaan pada murid berkeperluan khas selepas pengajaran dan pembelajaran di  aliran perdana
                viii.          Mendapatkan kebenaran bertulis dari ibu bapa / penjaga berhubung dengan penempatan ke progran pendidikan inklusif

  1. Murid Berkeperluan Khas
                      i.          Menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira)
                     ii.          Tiada masalah tingkah laku berat
                    iii.          bersedia belajar di kelas aliran perdana
                   iv.          Boleh berinteraksi dengan semua pihak dengan baik

    E. Rakan pembimbing
                      i.          Menerima kehadiran murid berkeperluan khas dalam kelas
                     ii.          Rakan Pembimbing
                    iii.          menjadi ‘role model’

     F. Ibu bapa
                      i.          Memberi sokongan moral terhadap murid berkeperluan khas
                     ii.          Memberi motivasi kepada murid berkeperluan khas
                    iii.          Membantu mengulangkaji pelajaran di rumah
                   iv.          Memberi kebenaran bertulis untuk mengikuti program pendidikan inklusi

Pencalonan

Pencalonan dibuat berdasarkan kemampuan dan prestasi murid berkeperluan khas yang berada di program pendidikan khas integrasi yang dikenalpasti boleh :
  1. Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran perdana
  2. Bersosialisasi
  3. Menduduki peperiksaan awam


Pra Inklusif di kelas pendidikan khas

Pra Inklusif merupakan penempatan sementara murid berkeperluan khas sebelum mengikuti program pendidikan inklusif dari aspek :
  1. Kurikulum perdana
  2. Masa pembelajaran
  3. Asas kemahiran


Mesyuarat jawatankuasa inklusif

  1. Ahli jawatankuasa inklusif terdiri daripada:
    1. Pengerusi:  pengetua/guru besar
    2. Naib pengurusi:  guru penolong kanan kurikulum/guru penolong  kanan pendidikan khas
    3. Setiausaha:  guru pendidikan khas
    4. Ahli jawatankuasa:
                                                    i.     Guru kelas
                                                   ii.     Guru mata pelajaran
                                                 iii.     Guru pembimbing (guru pendidikan khas)
                                                 iv.     Guru bimbingan dan kaunseling
2.   Menetapkan kelas yang sesuai  berdasarkan pencapaian  
      murid berkeperluan khas
3.   Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa
4.   Merancang dan membina instrumen penilaian
5.  Menetapkan mata pelajaran yang bersesuaian bagi murid berkeperluan 
      khas dalam program pendidikan separa inklusif


Pelaksanaan

  1. Murid berkeperluan khas ditempatkan ke kelas mengikut keputusan mesyuarat
  2. Guru pendidikan khas akan bersama murid berkeperluan khas sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
  3. Murid berkeperluan khas diberi tempoh percubaan 3 bulan untuk tujuan penyesuaian di program pendidikan inklusif


Penilaian

  1. Penilaian murid berkeperluan khas dibuat dengan menggunakan senarai semak / ujian formatif dan sumatif dari aspek:
    1. Tingkah laku
    2. Sosial
    3. Akademik
  2. Murid-murid berkeperluan khas yang berjaya melepasi penilaian akan terus berada di program pendidikan inklusif
  3. Murid berkeperluan khas yang gagal melepasi penilaian dalam tempoh percubaan akan kembali semula ke program pendidikan pra inklusif