KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Monday 6 June 2016

PROSEDUR PENGENDALIAN CALON MBK(BL) DALAM PEPERIKSAAN AWAM.

1. Calon buta hendaklah ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan yang dilengkapimdengan kemudahan yang cukup dan sesuai.
2.pengawas hendaklah memeriksa keadaan mesin braille dan peralatan khas untuk pusat peperiksaan sebelum peperiksaan dimulakan.
3.Tambahanmasa perlu diberi mengikut Jadual Masa Tambahan yang ditetapkan oleh lembaga Peperiksaan.
4.Pengawas hendaklah memastikan calon menaip angka giliran di sudut kiri dan nombor muka surat di sudut kanan sebelah atas tiap helai skrip jawapan.
5.Setiap helaian hendaklah disusun mengikut urutan.
kertas jawapan perlu dimasukkan dalan kotak supaya tulisan braille tidak rosak.
6.Pengawas perlu melengkapkan maklumat di bahagian luar sampul dan membuat penghantaran skrip jawapan.

KAEDAH PENGENDALIAN CBK DALAM PEPERIKSAAN BERTULIS.

Penggunaan Kertas Soalan Braille

Kertas peperiksaan tulisan braille dibekalkan khusus untuk calon buta dan rabun yang menggunakan mesin braille.Perkara yang perlu dipertimbangkan bagi mengendalikan kertas peperiksaan tulisan braille:

1. Perlantikan pengawas mengikut nisbah iaitu:
        
         01-08   calon            -   2 orang
         09-15   calon            -   3 orang
         16-30   calon            -   4 orang
          31-45  calon            -  5 orang
- berkemahiran membaca braille
- pengawas beragama Islam bagi subjek Pendidikan Islam
- lantikan hendaklah dalam kalangan guru terlatih dan bertugas di sekolah kerajaan.

2.  Penyediaan Peralatan.

 Peralatan yang sesuai:

UPSR:

2 unit mesin braille
saiz meja yang sesuai
set pembaris braille
lampu meja yang boleh dilaraskan
pita ukur taktil
kotak tebal pembungkus.

PMR/spm

2 unit mesin braille 
meja yang sesuai
Talking scientific calculator with ear phone
lampu meja yang boleh laras
Abacus jika perlu
set pembaris taktil
Graph and mathe demonstration board
jangka sudut taktil
alat lukis garis timbul
buku sifir braille
alas getah
film acetate