KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Wednesday 18 September 2013

MASALAH PERTUTURAN



1.0 Punca masalah pertuturan

1.Ganguan artikulasi.

2.Gangguan bunyi

3.Gagap

4.Kecatatan pertuturan yang berkaitan dengan sumbing.

5.Kecatatan pertuturan oleh kelompok otak

6.Kecatatan yang berkaitan dengan pendengaran yang tidak sempurna

7.Kecatatan yang berkaitan dengan kerencatan perkembangan pertuturan.

2.0 Masalah pertuturan juga disebabkan oleh :

· Keadaan yang tidak normal di bahagian muka atau mulut yang menggangu fungsi pergerakan lidah ,bibir , rongga hidung , gigi dan lelangit.

· Cacat Pendengaran

· Lemah Pengawakan otot

· Kecatatan pada kotak suara

3.0 Gangguan Artikulasi

Kesalahan yang sering berlaku ganguan artikulasi ialah;-

1.Penggantian

2.Penghilangan

3.Pengubahan dan

4.Penambahan bunyi 


 Punca Gangguan Artikulasi
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gangguan artikulasi iaitu kecacatan lidah, sumbing bibir dan lelangit, kecacatan penyakit hidung dan tekak serta peniruan pertuturan salah yang dipelajari oleh kanak-kanak semasa di dalam proses pembelajaran. Kecacatan lelangit dan bibir ialah akibat kerenggangan tulang mulut, tisu lembut dan struktur bahagian atas bibir yang menggangu pengeluaran udara melalui hidung dan menghasilkan suara yang sengau . Selain itu, kelumpuhan otak yang mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot pertuturan yang menyebabkan kanak-kanak itu sukar menerima atau mengeluarkan bunyi atau suara dengan betul.
Kanak-kanak yang berumur antara 18 bulan hingga tiga atau empat tahun akan bertutur dengan pelat . Jika kesilapan ini tidak dibetulkan, kemungkinan akan menyebabkan gangguan artikulasi dan kanak kanak itu tidak akan menyebut perkataan dengan betul. Keadaan ini kerap berlaku terutamanya sekali kepada kanak-kanak yang suka bertutur dengan cepat sehinggakan menghilangkan huruf-huruf yang sukar disebut . Adakalanya juga gangguan artikulasi tidak berpunca dari kecacatan tetapi oleh faktor alam sekitar yang tegang, kematangan yang lambat, menggunakan dua bahasa tekanan emosi dan keadaan kanak-kanak yang terbiar.
Gangguan Bunyi
Masalah ini berkait rapat dengan nada, kekuatan dan kualiti bunyi dikeluarkan oleh peti suara. Suara yang kurang menyenangkan ialah akibat dari alunan bunyi teratur, pengeluaran bunyi yang terlalu tinggi atau rendah penyebutan perkataan yang kurang jelas. Ini boleh diketahui melalui pengeluaran bunyi yang suara yang kasar, sengau , berbisik, serak dan nyaring yang boleh mengganggu komunikasi yang berkesan.
Nada suara
Perubahan suara yang disebabkan oleh gangguan bunyi yang berlaku kepada kanak-kanak yang sukar untuk dikenali kerana suara yang dikeluarkan hampir sama dengan perubahan suara yang berlaku kepada seseorang individu di peringkat remaja. Oleh itu, masalah ini hanya diketahui jika perubahan suara yang masih berlaku kepada seseorang individu apabila ia dewasa . Masalah nada suara boleh dipastikan melalui pemeriksaan dan boleh dipulihkan melalui latihan pengeluaran dan pengeluaran suara semasa bertutur.

 Kualiti suara
Kecatatan kualiti suara berlaku dalam dua bentuk:
@ pengeluaran bunyi
@ Arah bunyi suara
 Pengeluaran bunyi
Ia berpunca dari perubahan struktur pertuturan iaitu saluran udara yang gagal membentuk getaran kepada udara yang mengalir dan disebabkan oleh kelumpuhan otak. Akibatnya, suara yang dikeluarkan menjadi sengau, kasar dan menyebabkan kesesakan semasa bertutur. Masalah ini kerap berlaku kepada kanak-kanak yang gemar menjerit, terutamanya apabila berada dalam keadaan tegang atau terlalu gembira yang menyebabkan tisu membengkak. Jika pengeluaran suara yang tinggi berterusan, kemungkinan suara tidak akan dikeluarkan lagi dan saluran boleh ditumbuhi dengan bintil. Masalah bintil disaluran udara hanya boleh dipulihkan melalui pembedahan.
Arah bunyi suara
Ia bergantung kepada keseimbangan kaviti pertuturan seperti mulut, hidung, belakang tekak dan peti suara yang bergantung kepada saiz setiap kaviti dan kebolehan individu yang mengarah alunan suara:
Dua jenis kesukaran yang kerap berlaku;
@ Pertuturan yang sengau
@ Pertuturan yang berbisik
Pertuturan yang sengau disebabkan oleh udara yang sepatutnya masuk ke mulut semasa bertutur, telah masuk ke kaviti hidung. Oleh yang demikian, setiap kanak-kanak sumbing akan menyebut setiap perkataan dengan sengau kecuali konsenan n,m, ng dan vokal. Di samping itu laluan udara yang salah semasa bertutur lantas menghasilkan suara sengau boleh berpunca dari kelumpuhan otak yang gagal untuk mengawal dan menyelaras otot pertuturan dengan sempurna.
Masalah ini juga berkait dengan kerencatan otak yang tidak menerima bunyi dengan sempurna. Sesuatu perkataan yang disebut juga mengikut apa yang didengari menyebabkan suara menjadi sengau, berbisik, atau kasar keadaan yang sama berlaku apabila kanak-kanak yang sedang dalam proses pembelajaran meniru pertuturan sengau, berbisik dan seumpanya yang disangkakan sebagai pertuturan yang betul. Ia juga boleh berlaku kerana jangkitan di saluran udara, terkejut dan rasa takut .
 Gagap
Seseorang itu dikatakan gagap apabila penyebutan sesuatu perkataan didapati berulang ulang, terhenti henti dan diikuti oleh ketegangan otot tekak dan tulang dada. Ia disebabkan oleh gangguan pernafasan yang berpunca dari penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagap menyebabkan penuturnya seperti tergamam untuk mengeluarkan sesuatu perkataan dan sering diikuti perkataan yang tergantung. Gagap belaku secara berselang-seli antara pertuturan normal dan mengikut ketegangan dan kelonggaran otot pertuturan.
Gagap akan berlaku kepada setiap kanak-kanak yang berumur di antara dua hingga empat tahun. Masalah ini akan berkurangan apabila kanak-kanak mendapat penyesuaian yang lebih baik sama ada di dalam rumah atau di sekelilingnya dan meningkat semula apabila kanak-kanak berasa di alam persekolahan yang mempunyai alam sekeliling yang lebih luas. Apabila dewasa, tahap masalah gagap di tentukan oleh kawalan emosi, sosial dan fizikal penutur itu sendiri.West (1958) telah merumuskan beberapa faktor yang didapati berkaitan dengan masalah gagap:
@Gagap ialah sesuatu yang mesti berlaku kepada setiap kanak kanak.
@ Kaum lelaki lebih ramai gagap daripada perempuan
@Gagap boleh diturunkan melalui keluarga
Individu yang gagap tidak mempunyai sebarang ciri-ciri fizikal yang berbeza dengan individu yang normal. Walau bagaimanapun menurut Webbster dan Brutten (1974) individu yang gagap akan mempunyai ciri seperti berikut;-
@ Mempunyai ulangan dan perpanjangan satu satu huruf yang sama
@ Gagal untuk mengaitkan pertuturan dengan emosi
@Menggunakan cara- cara tertentu untuk melindungi masalah gagap
@ mengulang perkatan atau rangkai kata yang di sebut.

Gagap berpunca dari :
@ Keadaan fizikal dan mental seperti lembam
@ Saraf dan otot saraf
@ Peniruan pertuturan yang salah semasa proses pembelajaran
@ Psikologi dan emosi neurois
Kecacatan dan keadaan kesihatan yang tidak sempurna boleh menimbulkan tanda- tanda gagap. Ia di sebabkan ketidakseimbangan daya agresif dan sensitif. Agresif yang melampau akan menyebabkan kanak kanak berasa tegang, cemas dan terlampau aktif . Keadaan ini akan menimbulkan pertuturan yang gagap, terutamanya apabila pengaliran idea yang terlalu cepat untuk disamakan dengan mekanisma pertuturan.
Selain itu, kanak-kanak terencat mental pula akan menjadi gagap kerana tidak berupaya membentuk konsep bahasa. Oleh itu, kanak- kanak ini sukar untuk mengeluarkan idea atau konsep untuk bertutur dengan baik .
Gagap juga boleh disebabkan oleh otot saraf yang tidak selaras dengan korteks otak- otak di saraf motor. Oleh itu, jika seseorang yang mahir dengan penggunaan tangan kiri, boleh menjadi gagap jika dipaksa menggunakan tangan kanan untuk menulis atau membuat sebarang kerja menggunakan tangan kanan.Gagap juga berpunca dari peniruan pertuturan-pertuturan yang salah semasa dalam proses pembelajaran. Jika tanda-tanda dapat dikenali dengan segera masalah ini boleh diatasi dengan latihan pertuturan yang betul.
Kanak-kanak yang pemalu atau rasa terasing daripada keluarga sukar bergaul dengan kanak kanak lain. Mereka akan lebih sensitif atau gugup bertutur dan keadaan ini akan membentuk rasa rendah diri kanak-kanak itu sendiri.
Dengan itu , sesetengah gagap yang timbul ialah akibat daripada tidak mempunyai keyakinan untuk bertutur dengan baik, terutamanyan bertutur dengan orang asing baginya, tetapi kanak-kanak ini dapat pula bertutur dengan orang yang rapat yang dengannya.
 Kelewatan bertutur
Bangss (1968) mendefinisikan kelewatan bertutur sebagai perkembangan pertuturan yang berlaku pada kadar yang lambat dari normal dan kebolehan bertutur tidak sesuai dengan umur sebenar .Oleh itu kanak-kanak yang mengalami kelewatan bertutur ialah kanak- kanak yang mempunyai pencapaian pertuturan yang rendah daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya.
Oleh itu, kanak-kanak yang mengalami kelewatan bertutur sering dianggap sebagai keanak-anakan, mereka sering dihalang untuk bergaul dengan kawan-kawan sebaya . Keadaan ini akan, menyebabkan kanak-kanak ini terus ketinggalan bukan sahaja dari segi bahasa tetapi juga dari segi sosiol dan kemahiran fizikal. Pada peringkat persekolahan pula, kemungkinan pada peringkat akademik kanak-kanak ini seperti ketinggalan dan tidak berkebolehan untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya .Secara tidak langsung kanak-kanak itu berasa rendah diri dan rasa benci untuk ke sekolah. Ia boleh mempengaruhinya dalam bidang akademik.




No comments:

Post a Comment