KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Tuesday 16 July 2013

RPI



BAB 6 : RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU (RPI)

6.0       PUNCA KUASA
I.          Seksyen 41 Akta Pendidikan 1996 Peraturan-Peraturan Pendidikan          (Pendidikan Khas) 2007 mengariskan:
            ”Rancangan Pendidikan Individu” bererti satu dokumen yang menjelaskan          matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid           pendidikan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran   dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid
ii.         Rancangan Pendidikan Individu (RPI) diguna pakai dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan Khas yang digubal oleh Panel Khas RPI juga berperanan sebagai rekod pengajaran guru.
iii.        Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2004:  Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, para (5) menyebut, “Bagi memastikan keberkesanan kurikulum ini (kurikulum alternatif)        Rancangan Pendidikan Individu (RPI) setiap murid hendaklah disediakan”.
iv.        Garis panduan pelaksanaan RPI boleh dirujuk di dalam buku Panduan    RPI     terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

6.1       DEFINISI RPI
i.          RPI merupakan satu dokumentasi perancangan berstruktur dengan langkah yang berbeza dan keperluan pengajaran yang sepatutnya untuk membantu murid berkeperluan khas mencapai objektif yang telah dikenalpasti.                          
6.2       RASIONAL PENGHASILAN RPI
i.          Mengikut Renault (1987), penghasilan RPI bukan sahaja untuk murid-murid       bermasalah pembelajaran, tetapi juga digalakkan bagi murid-murid yang             mempunyai prestasi pencapaian yang amat rendah berbanding dengan rakan   sekelas atau sebaya dalam sebahagian besar kurikulum, serta memerlukan    langkah-langkah intervensi jangka panjang.
ii.         RPI juga sesuai bagi murid bermasalah pembelajaran tetapi juga murid     berkeperluan khas lain, seperti mereka yang mempunyai masalah         pendengaran, penglihatan, cacat anggota dan lain-lain kecacatan.
iii.        Kemahiran atau masalah yang perlu fokus utama ialah pengurusan diri, interaksi sosial, masalah tingkah laku,  emosi dan intelek. Guru perlu pilih satu sahaja mana-mana yang perlu diutamakan mengikut masalah yang paling     berat sekali.
iv.        Bagi murid yang mengikuti program inklusif akademik sama ada masalah             penglihatan, masalah pendengaran, masalah pembelajaran dan pelbagai            kecacatan, RPI haruslah dibina berdasarkan aspek sosial, emosi dan rohani     atau subjek akademik yang penting seperti  Bahasa Malaysia dan Matematik.

6.3     CIRI-CIRI RPI
Rancangan Pendidikan Individu yang dibentuk perlu mengandungi ciri-ciri berikut :

a) Komprehensif
RPI merangkumi aspek ketidakupayaan murid, termasuk aspek komunikasi, tingkah 
laku, sosial, pengurusan diri, akademik, kemahiran motor kasar dan koordinasi motor-tangan, kemahiran vokasional dan transisi, perkhidmatan yang berkaitan penempatan
yang diperlukan sama ada di program biasa, vokasional ataupun pendidikan khas.

b) Spesifik
Matlamat dan objektif bagi RPI dinyatakan dalam bentuk tingkah laku yang dapat
diperhatikan dan diukur.

c) Mengikut urutan
RPI dibentuk berdasarkan urutan perkembangan dan fungsi kemahiran.

d) Realistik dan sesuai
Matlamat dan objektif yang dinyatakn dalam RPI perlu sesuai dengan tahap fungsi dan kadar perkembagan sedia ada setiap murid.

e) Difahami
RPI direkodkan dengan menggunakan bahasa yang difahami oleh para profesional dan juga ibubapa dan dapat menjejaskan apa yang perlu diketahui.

f) Dipersetujui
RPI adalah program yang dipersetuujui ibubapa, guru, murid dan professional lain
yang terlibat.

6.4    ELEMEN  RPI

a) Kerjasama
Berkerja dalam kumpulan merupakan elemen penting dalam RPI. RPI dirangka oleh sekumpulan individu yang terlibat secara langsung dengan pendidikan dan kebajikan murid berkenaan. Oleh itu, ibu bapa dan guru merupakan orang yang sangat penting dalam proses ini.

b) Berkongsi Maklumat
Perancangan RPI mesti berdasarkan kepada maklumat yang dikumpul daripada individu yang mempunyai hubungan rapat dengan murid. Maklumat ini mesti dikongsi bersama dan menjadi asas kepada keputusan untuk membina perancangan pendidikan yang akan dibuat.

c) Keputusan Bersama
Guru, Ibu bapa dan kumpulan pelbagai disiplin  bekerjasama untuk menyediakan RPI. Mereka perlu membuat keputusan bersama untuk menentukan apa yang diperlukan oleh murid berkenaan dan bagaimana RPI dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

d) Kebolehpercayaan
Objektif pengajaran dan prosedur penilaian perlu diterangkan dalam RPI. RPI juga perlu dibuat semakan pemantauan dan penilaian dari semasa ke semasa.

e) Dokumentasi
RPI perlu didokumentasi bagi tujuan rujukan dan panduan semua pihak.

f) Proses dan hasil
RPI merupakan proses yang meliputi aktiviti bagi memastikan program pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk murid berkenaan.

6.6       KONSEP RPI
i.          RPI menjadi perancangan berasaskan:
                 a)         ‘Apa’ yang diajar
                 b)         ‘Bagaimana’ sepatutnya diajar
                c)         ‘Kekerapan’ pengetahuan, kefahaman dan kemahiran  sasaran                              sepatutnya diajar melalui penambahan atau aktiviti yang                                           berpandukan kurikulum.
ii.         RPI merupakan satu dokumentasi perancangan berstruktur dengan langkah       yang berbeza dan keperluan pengajaran yang sepatutnya untuk membantu          murid berkeperluan khas mencapai objektif yang telah dikenalpasti.

iii.        RPI  adalah satu dokumen kerja rasmi yang mesti dilaksanakan dan          kegagalan menyediakan dokumen tersebut merupakan satu
            kesalahan.(pekeliling iktisas bil.7/2004)

iv.        RPI  mestilah mudah diakses dan difahami oleh semua yang berkenaan.
 v.        RPI  juga sesuai dihasilkan bagi murid berkeperluan khas yang mengikuti           kurikulum kebangsaan.

6.6       KEPENTINGAN RPI
            6.6.1   Murid
      i.          Setiap RPI yang digubal untuk mengenalpasti keperluan murid-murid                   dan    cara bagaimana keperluan-keperluan tersebut dapat dipenuhi  seperti peralatan khas seperti alat bantu mendengar, kanta pembesar  dan mesin Braille. Termasuk bidang khas seperti orientasi dan mobiliti,   kemahiran hidup dan bahasa isyarat.
ii.         Mengenalpasti masalah utama yang dihadapi oleh murid. Contoh Pengurusan Tingkah Laku dan Pengurusan Diri. 
iii.   Mengenalpasti kemahiran utama  yang belum dikuasai oleh murid. Contoh kemahiran 3M. 
iv.        Membantu meningkatkan penguasaan kemahiran dan mengurangkan masalah yang dihadapi.

            6.6.2   Guru Matapelajaran/Kelas/Resos

   i.          Memberi peluang kepada guru untuk mendapat maklumat tentang                                     murid.
  ii.          Menyediakan forum untuk mendapatkan sokongan dan khidmat bantu                daripada pihak yang berkenaan.
  iii.        Menyediakan dokumentasi bagi tujuan kesinambungan amalan dalam                 khidmat bantu sokongan diperlukan. 
  iv.        Mendapatkan khidmat nasihat  daripada kumpulan pelbagai disiplin.
  v.         Memastikan RPI disimpan dan difailkan dengan baik sebagai bahan
                        rujukan.  
 vi. Menyediakan penilaian yang sesuai bagi memastikan     kekuatan dan keperluan murid. 
vii.       Bertanggungjawab membina aktiviti pembelajaran dan bahan bantu belajar yang dapat             memenuhi keperluan murid.
   viii.      Mengekalkan komunikasi dan hubungan baik dengan pihak ibu bapa,                 guru-guru lain, profesional dan pegawai khidmat bantu yang terlibat.

            6.6.3                Ibubapa
     i.  Memberi peluang untuk terlibat secara langsung dalam penyediaan                      matlamat dan objektif pembelajaran anak mereka.
    ii. Memberi peluang untuk mendapat penerangan dengan jelas tentang                    perkara yang perlu dilakukan bagi membantu pembelajaran anak   mereka di rumah. 
iii.  Memberi peluang untuk  berkongsi maklumat dengan kumpulan pelbagai disiplin yang terlibat secara langsung dengan anak mereka.
           
6.6. 4   Pentadbir sekolah

i.              Membolehkan pihak pentadbir sekolah mengenalpasti bantuan dan keperluan murid berdasarkan maklumat RPI yang diterima.
ii.            Mewujudkan rasa tanggungjawab dan prihatin bagi pihak pentadbir terhadap pelaksanaan RPI.
iii.           Merapatkan jurang antara pihak pentadbir sekolah dengan  PPKI.


6.6.5 Kumpulan Pelbagai Disiplin

Ahli Jawatankuasa lain yang sewajarnya turut dilibatkan dalam perjumpaan bagi membentuk Rancangan Pendidikan Individu  (jika perlu) adalah:-
a) Ahli Fisioterapi
b) Ahli terapi cara kerja
c) Patologi Pertuturan Bahasa
d) Kaunselor
e) Agensi Pemulihan
f) Guru Kelas Biasa
g) Guru Vokasional

      i.          Dapat berbincang tentang kemudahan (contohnya penterjemah
                     bahasa isyarat dan lain-lain) yang dapat membantu murid belajar  
                     dengan lebih berkesan.

  ii.         Mengenalpasti bentuk khidmat bantu yang diperlukan.
  iii.        Menyediakan rangka panduan pembelajaran yang selari dengan                           keperluan pentaksiran kurikulum. 
 iv.        Setiap  ahli dapat berkongsi maklumat tentang tingkahlaku dan bentuk                 atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan     keperluan individu murid.
           

                       
6.7       GARIS PANDUAN  PELAKSANAAN PENGHASILAN RPI
i.          Jawatankuasa RPI hendaklah dianggotai oleh Pengetua atau Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Pendidikan khas atau Penyelaras Program Pendidikan Khas, semua guru pendidikan khas, PPM,          semua ibu bapa atau wakil kumpulan pelbagai disiplin mengikut keperluan          dan  murid.
ii.         Guru pendidikan khas menjalankan ujian diagnostik seperti pemerhatian, temubual, ujian lisan, ujian bertulis untuk mengenalpasti masalah.
iii.        Perbincangan  dibuat bersama ibu bapa dan jawatankuasa berdasarkan cadangan guru melalui ujian diagnostik yang dijalankan.
iv.        Menetapkan kemahiran atau masalah yang perlu diberi perhatian.
v.         Menetapkan matlamat, objektif yang hendak dicapai dan tempoh pelaksanaan.
vi.        Membina RPI dan menetapkan cadangan strategi untuk atasi masalah.
vii.       Menjalankan intervensi bersama sumber dan alatan yang diperlukan.
viii.      Menganalisis dapatan dan tindakan susulan.
ix.        Memberikan laporan pencapaian kepada ibu bapa untuk RPI seterusnya.








No comments:

Post a Comment