KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Saturday, 5 November 2016

PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS PADA ABAD 21

PENGURUSAN   PENDIDIKAN KHAS PADA  ABAD 21

1.0  PENGENALAN.

Penyediaan peluang pendidikan sama rata kepada semua murid di Malaysia adalah matlamat utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025. Hasrat menjadikan sistem pendidikan di Malaysia yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia suatu hasrat yang perlu direalisasikan. Penglibatan  oleh semua pihak adalah sangat diperlukan untuk melihat kejayaan hasrat tersebut mencapai kejayaan. Bagi melihat penyediaan pendidikan murid berkeperluan khas diberikan sama rata dengan apa yang dinikmati oleh pelajar arus perdana, pengurusan pendidikan khas juga perlu membuat anjakan paradigma dan melakukan transformasi ke arah yang lebih baik.

2.0  PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013 – 2025)

Program Pendidikan Khas diwujudkan di sekolah-sekolah harian rendah dan menengah pada masa kini adalah bertujuan memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada murid-murid bekeperluan khas bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan dan bermasalah pembelajaran. Oleh yang demikian, pihak pengurusan sesebuah sekolah bertanggungjawab mewujudkan program tersebut di sekolah mereka sekiranya tuntutan terhadap program tersebut diperlukan
Betapa murninya hasrat kerajaan dalam penyediaan pendidikan yang sama rata kepada semua murid tanpa mengira status dan darjat seseorng murid berkeperluan khas(mbk). Sehubungan dengan itu, usaha ini perlu mendapat sambutan dan kerjasama dari semua pihak. Sebagai pihak yang diberi amanah berhubung dengan hasrat murni kerajaan ini, semua pihak yang terlibat terutama guru-guru, penyelaras dan Penolong Kanan Pendidikan Khas seharusnya mengembeling tenaga untuk menjayakan pendidikan khas. Usaha ini perlu dilakukan secara kolaboratif oleh semua pihak. Alangkah bertuahnya kanak-kanak di Malaysia dengan dasar PPPM yang ada sekarang.  Sekurang-kurangnya kanak-kanak berkeperluan khas mendapat pembelaan dan diberikan hak yang sewajarnya dalam bidang pendidikan.



3.0  PENTADBIRAN PENDIDIKAN KHAS

Pengurusan sekolah  mempunyai satu pengaruh yang kuat dalam mencorak budaya yang positif  untuk meningkatkan keberkesanan sekolah. Organisasi sekolah yang kreatif dan inovatif amat memerlukan seorang  guru  yang  berkemahiran,  berpengetahuan,  pakar, dedikasi,  profesional  dan  mempunyai  semangat  kerja  yang tinggi  dan  berdaya  maju.  Mereka  dianggap  sebagai  tenaga penggerak dan aset kepada kemajuan organisasi pembelajaran untuk menjamin kualiti pendidikan.
Berikut  adalah cadangan bagi mencapai kesamarataan dalam pengurusan pentadbiran pendidikan khas pada abad 21.
3.1  Merancang dan melaksanakan  program pendidikan khas yang berkualiti  selari dengan perubahan dasar Kementerian  Pendidikan  Malaysia (KPM).
3.2  Menetapkan jawatankuasa kerja yang akan menggerakkan dan memantapkan  program.
3.3  Menyediakan kemudahan fizikal yang sempurna dan kondusif yang boleh mengekalkan minat murid berkeperluan khas (mbk) untuk datang ke sekolah seperti murid lain .
3.4  Menyediakan peluang pembelajaran bagi mbk supaya dapat mengembangkan potensi secara menyeluruh.
3.5  Menyediakan dan menggalakan  guru yang berupaya menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan sentiasa melakukan inovasi serta bermotivasi tinggi.
3.6  Melaksanakan program keibubapaan  supaya dapat meningkatkan lebih perhatian kepada keperluan mbk.
3.7  Menyegerakan tindakan perkhidmatan yang cekap dan layanan yang berkualiti.
3.8  Menentukan dan menetapkan halatuju program kearah kecemerlangan pendidikan khas.
3.9  Meningkatkan kerjasama dalam kalangan pentadbir bagi mengatasi halangan  dan  memberikan kefahaman kearah mencapai kesamarataan.
3.10      Mengamalkan komunikasi yang berkesan  pada tahap optimum secara
    berterusan .
3.11      Memastikan semua guru diberi input yang terkini dan mempelajari
    pelbagai ilmu yang berkaitan melalui seminar, bengkel dan kursus- 
    kursus   jangka pendek.
3.12      Memberikan penghargaan dan galakan sebagai satu usaha  
     meningkatkan motivasi dan kesungguhan kepada guru-guru dan mbk.
3.13      Merancang dan menguruskan peruntukan dan perbelanjaan secara
     adil dan berhemah.
3.14      Memberi peluang kepada semua individu guru yang terlibat dalam
     pengurusan  membuat anggaran perbelajaan dan merancang
    program- program ilmiah dan motivasi sesuai dengan peruntukan yang
    ada.
3.15      Menyelaras dan melapor maklumat melalui rekod dan pemerhatian
     sepanjang masa.
3.16      Membuat penyeliaan dan pemantauan sepanjang masa bagi tujuan
     menjaga kualiti perkhidmatan,
3.17      Berusaha mengukuhkan hubungan antara guru dengan program –
     program yang dijalankan bersama.
           3.18    Membuat pengagihan bantuan yang  sama rata melalui berbagai jenis                   bantuan yang diberikan oleh kerajaan.
          3.19    Merancang dan menyediakan pelbagai khidmat sokongan  dalam
    menentukan keputusan bersama dapat dibuat tanpa diskriminasi.
         3.20    Meningkatkan daya tarikan guru dan menghasilkan guru yang terbaik
                     melalui pembangunan profesional.
         3.21    Memperkukuhkan  jalinan kerjasama dengan organisasi lain seperti
                   NGO, badan antarabangsa,swasta dan agensi kerajaan.
         3.22   Mempelbagaikan pendekatan padagogi, psikologi, dan teknik
                    menguruskan mbk.         
          3.23  Memberi dan membuka ruang kepada kumpulan pelbagai disiplin
                   menganjurkan, program, bengkel,dan perkhidmatan professional secara
                   sukarela dalam program pendidikan khas.

    
4.0  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) GURU.

Kaedah  dan  pendekatan  PdP  yang  kreatif  dan  inovatif  perlu menjadi  amalan  guru-guru  sekolah.  Pembelajaran  yang dirangka  dan  dilaksanakan  dapat  mengembangkan  potensi, pembangunan  minda,  pemikiran  kreatif,  dan  inovatif  murid. Stail  dan  pendekatan  pengajaran  juga  perlu  menarik, menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan. Kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan  meningkatkan  pencapaian  positif  murid  tentang  sesuatu yang dipelajari.
Bagi mencapai hasrat  kesamarataan seperti yang terkandung dalam PPPM , berikut adalah cadangan  dan langkah-langkah :

4.1  Memastikan semua guru memenuhi standard kuailiti sesuai  dengan tahap kebolehan dan keupayaan murid.
4.2  Bekerjasama dalam satu pasukan bagi memantapkan pengurusan kurikulum sekolah .
4.3  Sentiasa mematuhi dasar KPM supaya selari dengan sistem pendidikan kebangsaan.
4.4  Menyediakan program akademik yang sesuai supaya dapat menyediakan murid yang mampu berdaya saing dengan keperluan semasa.
4.5  Menetapkan mesyuarat secara bersama dengan pihak sekolah dan pentadbir supaya dapat melaksakan perkongsian ilmu dan maklumat.
4.6  Merancang dan menyediakan bahan pengajaran yang  mesra mbk dan  boleh digunakan dalam pelbagai situasi.
4.7  Merancang dan menggalakan guru berbincang dengan rakan sejawatan bagi mempelbagaikan  pendekatan dan kaedah  pdp.
4.8  Merancang dan melaksanakan aktiviti  pdp yang boleh dijalankan oleh semua katogeri mbk  bersama murid aliran perdana.
4.9  Memastikan semua mbk memdapat peluang menggunakan buku teks secara maksimum.
4.10      Memastikan penulisan buku rekod mengajar dilaksanakan  mengikut   
    panduan  KPM.
4.11      Memastikan semua guru mengajar dan menggunakan bbm secara
    berkualiti .
4.12      Menubuhkan jawatankuasa peningkatan  akademik sebagai nadi   
    kecemerlangan mbk.
4.13      Mencadangkan setiap guru matapelajaran membuat kajian tindakan 
    bagi  mengekalkan kualiti  mbk.
4.14      Menetapkan semua bahan –bahan ilmiah kursus di simpan dalam
    bentuk  dokumentasi  untuk tujuan perkongsian.
4.15      Menetapkan penyemakan buku murid ditentukan dalam mesyuarat
    dengan  tujuan mengatasi kesukaran yang dialami oleh mbk.
4.16      Menetapkan sasaran dan target yang hendak dicapai dalam semua
    subjek  supaya dapat  melahirkan mbk yang mampu berdaya saing.
4.17      Menyediakan kelas yang kondusif dan  berilmu  tanpa ruang kosong.
4.18      Menggalakan penggunaan setiap sudut dan ruang dalam kelas secara
     maksimum.
4.19      Merancangkan aktiviti yang mesra mbk bersama sudut pembelajaran
    yang dapat dimanfaatkan bersama guru.
4.20      Mengurangkan jurang pencapaian akademik bagi murid
    khas dan murid perdana.
4.21      Memastikan keadilan sosial  berlaku di dalam kelas dan sekolah
    melalui  proses pdp dan aktiviti sekolah.
4.22      Memastikan penglibatan murid dalam aktiviti melalui pengajaran
    berkesan.
4.23      Menggalakan penggunaan sumber pendidikan yang berkesan bagi
    mengukuhkan pembelajaran murid.
4.24      Memastikan guru mematuhi etika kerja dan amalan nilai positif bagi  
               mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru.
4.25      Menggalakkan penggunaan bahan interaktif melalui pelbagai
    multimedia dan  ict  dalam menarik minat murid dan mencapai    
    kemahiran berfikir aras tinggi.
4.26      Menggalakan pengajaran secara berkumpulan dalam kelas inklusif  
                     supaya pengajaran lebih efektif.


5.0  KEMENJADIAN  MBK

Bertujuan menentukan kemenjadian murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Bagi mencapaikan kesamarataan yang dihasratkan dalam PPPM   dengan berfokus kepada kemenjadian murid seperti cadangan berikut:

5.1  Berusaha meningkatkan keseimbangan  antara perkembangan mental , perkembangan sosial serta bakat mbk kearah kecemerlangan korikulum dan koakademik selari dengan hasrat PPPM.
5.2  Meningkatkan penglibatan , kerjasama dan sumbangan  dua hala antara mbk dan murid perdana, guru, ibu bapa dan kakitangan sekolah
5.3  Melaksanakan garis  panduan disiplin  mbk melalui penyemaiain dan pemupukan  nilai dan sikap positif serta berfikiran terbuka.
5.4  Merancangkan peningkatan kemahiran dalam sesuatu bidang mengikut kemahiran yang ada.
5.5  Merancang dam menyediakan peruntukan bagi pembangunan  kokurikulum dan koakademik.
5.6  Menggalakan semangat  kerjasama dan daya saing dalam kalangan mbk dan murid perdana.
5.7  Merancang dan menjalankan program secara bersama dengan penglibatan penuh semua murid sekolah, guru, staf dan PIBG.
5.8  Merancang target pencapaian dan berusaha melahirkan mbk yang berkebolehan dalam semua bidang.
5.9  Meningkatkan kemahiran guru dalam kegiatan  kokurikulum dan koakademik.
5.10      Memupuk dan mememperkembanagkan bakat mbk dengan kerjasama  
    ibu bapa dan penjaga.
5.11      Berusaha menambah pelbagai kemudahan dan mengubahsuai aktiviti
    bagi mencapai tujuan.
5.12      Menerapkan nilai-nilai baik sebagai  satu budaya hidup dalam
    kelompok masyarakat setempat dan saling menghormati.

6.0  PENILAIAN DAN PENCAPAIAN

Matlamat sistem pendidikan adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat dan Negara ke arah melahirkan insan yang seimbang, berketerampilan, berakhlak mulia dan berilmu. Atas dasar inilah sistem pendidikan menetapkan satu standard atau benchmark yang menetapkan satu sistem yang dapat diguna pakai dan diaplikasikan dengan jayanya dalam sistem pendidikan negara (Mak Soon Sang:1988).
Salah satu kepentingan penilaian ialah Untuk membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran. Ini penting untuk menyelaras dan menentukan arah jenis pendidikan pelajar. Guru-guru dengan mudah dapat menyalurkan pelajar-pelajar mereka ke jurusan-jurusan tertentu mengikut kebolehan mereka : Antara langkah dan cadangan untuk menacapai hasrat kesamarataan pada abad 21 ialah:

6.1  Melaksanakan pentaksiran yang secara menyeluruh , adil dan mengikut keupayaan mbk.
6.2  Merancang dan melaksanakan pentaksiran bersama bagi mbk yang inklusif.
6.3  Menyediakan hadiah kecemerlangan bagi murid yang Berjaya pada peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
6.4  Memastikan murid sentiasa mendapat penghargaan dan mengamalkan sikap yang sentiasa dicontohi.
6.5  Memastikan semua guru menjalankan tanggungjawab dan jujur dalam membuat penilaiain.
6.6  Menggalakkan semua guru dan ibu bapa membuat post mortem dan sentiasa  berusaha  memberi cadangan untuk penambaikan.
6.7  Menetapkan akauntabiliti  dalam menentukan pencapaian murid.
6.8  Merangka dan merancang  strategi yang jelas dalam menyediakan bantuan kepada murid yang lemah dalam pelajaran.
6.9  Mencadangkan satu penanda aras dalam menilai sahsiah dan tingkah laku murid secara holistik.

Penutup

Artikel 28,Akta Orang Kelainan Upaya 2008, memperaku bahawa mbk perlu diberi sokongan untuk membentu mereka mencapai penglibatan penuh dan kesamarataan dalam pendidikan. Berdasarkan amalan terbaik antarabangsa dan dasar negara semasa. Semoga azam bagi menggalakan lebih ramai mbk ke dalam program inklusif dapat meningkatkan kualiti penyediaannya secara kese,uruhan,






No comments:

Post a Comment