KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Tuesday 23 April 2013

TERAPI HERBA

BY pendidikan khas


KONSEP & DEFINISI TERAPI HERBA

  1. Herba adalah bahan yang mengandungi atau beberapa bahan yang digunakan untuk tujuan perubatan.
  2. Terapi herba dilakukan secara sinergi iaitu tidak berasingan dan diikuti dengan herba lain yang ada sifat yang berbeza daripada herba yang digunakan.
  3. Terapi Herbal atau sering disebut Herbalisme adalah penggunaan tanaman ubat untuk kemampuan terpeutik atas kemampuan untuk menyembuhkan penyakit seseorang.
  4.  Maksud Herba adalah tanaman atau bahagian tanaman yang memiliki nilai kerana memiliki khasiat dalam perubatan, aromatik atau rasanya, dan orang yang mengamalkan terapi herba dalam merawat pesakitnya disebut Herbalis.
  5. Terapi herbal adalah kaedah perubatan yang paling tua sepanjang sejarah kehidupan manusia.
  6. Setiap tempat kebudayaan memiliki pengetahuan tentang herba masing-masing.
  7. Berdasarkan pengalaman turun-temurun dan cara mereka memerhati haiwan yang memanfaatkan tanaman tersebut dengan kaedah cuba jaya (trial and error).
  8. Orang zaman dahulu menggunakan pelbagai tanaman yang ada di sekitarnya untuk digunakan sebagai ubat.
  9. Menjelang era moden kini, kaedah perubatan herba mengalami masa kebangkitannya dengan istilah "Back to Nature" kembali ke alam dan mula diterima sebagai komponen untuk perubatan konvensional.
  10. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan 4 million atau sekitar 80% dari penduduk dunia pada masa kini menggunakan kaedah perubatan herba untuk beberapa aspek kesihatan dan kehidupan mereka.
  11. Sekitar 25% dari ubat-ubatan yang dihasilkan di Amerika Syarikat masa kini mengandungi satu bahan aktif yang berasal dari tanaman.
  12. Menurut WHO pula, terdapat 119 jenis ubat-ubatan di farmasi yang berasal dari tanaman.
  13. Perusahaan-perusahaan farmasi terkemuka dunia kini sedang giat melakukan kajian intensif mengenai bahan tanaman yang dikumpulkan dari hutan hijau (rainforest) untuk diteliti potensinya dalam perubatan.

Kepentingan terapi herba



Peralatan Yang Digunakan Dalam Terapi Herba


Cara Perlaksanaan Terapi Herba



MASALAH DALAM PELAKSANAAN TERAPI HERBA
Terapi herba telah menjadi pilihan kerana orang ramai percaya bahawa sumber semulajadi tidak mempunyai kesan sampingan ataupun mengandungi kandungan dadah yang memudaratkan kesihatan. Namun begitu, masih ada kesan sampingan melalui penggunaan herba ini dalam perubatan walaupun peratusnya lebih sedikit berbanding perubatan moden.
Masalah yang berkemungkinan terjadi melalui penggunaan terapi ini :
·        Sebab mengapa masalah ini berlaku : produk herba tidak memiliki pelabelan yang sempurna (kebanyakkannya), menyebabkan wujudnya beberapa bahan yang memudaratkan dan tidak diketahui kewujudannya.
·        Hal ini boleh menyebabkan alahan atau tindak balas kimia dengan ubat-ubatan moden dan jika digunakan pada dos yang tinggi boleh menyebabkan toksik.
Apa yang pesakit perlu lakukan sebelum menerima terapi ini?
  1. Berjumpa dengan doctor, ahli terapi atau ahli farmasi yang berkenaan.
  2. Membuat pembacaan tentang herba yang ingin digunakan.
  3. Elakkan menggunakan sebarang herba yang tidak diketahui keberkesanannya kepada manusia.
  4. Contoh kesan sampingan mengikut herba yang biasa kita gunakan :
  5. Bawang putih, ginkgo, halia merupakan antara herba yang boleh meningkatkan risiko pendarahan.
·        Evening primrose boleh meningkatkan risiko sawan kepada pesakit sawan dan pendarahan dalaman bagi pesakit yang mengalami gangguan pendarahan atau mengambil ubat penapisan darah seperti wafarin.

·        Terdapat sebahagian makanan tambahan herba yang diimport dari Asia, mungkin mengandungi paras logam berat yang tinggi termasuk plumbum, raksa & cadmium.
·        Kesan sampingan pada kanak-kanak adalah seperti muntah-muntah, cirit birit, ruam, alahan dan asma.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat simptom-simptom di atas?
·        Hentikan penggunaan herba tersebut serta merta dan berjumpa dengan pakar. 



KESIMPULAN TERAPI HERBA

Tidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas kejadian yang berlaku di muka bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan inginkan diri dalam keadaan sempurna dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Justeru, terdapat insan yang dikategorikan sebagai insan istimewa atau berkeperluan khas kerana cacat deria lihat dan dengar, pertuturan, fizikal, mental dan emosi. Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas tidak semua mengikuti norma pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak normal.
Kesimpulannya, pelbagai program yang dapat dijalankan untuk membantu kanak-kanak bekeperluan khas ini seperti menjalani sesi terapi herba yang dapat membantu dan merangsang minda serta tubuh badan kanak-kanak bekeperluan khas ini untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran serta meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor mereka. Oleh itu, keperluan terapi amat penting untuk membantu kanak-kanak bekeperluan khas kerana kaedah terapi ini dapat membantu seseorang murid untuk bergerak balas terhadap aktiviti atau sesuatu kemahiran.
Oleh demikian, dalam pelaksanaan kaedah terapi herba ke atas murid haruslah dilakukan oleh mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan seperti doktor atau pakar kesihatan terutamanya dalam perlaksanaan semasa untuk menjalankan terapi herba. Sebagai contoh, elakkan menggunakan sebarang herba yang tidak diketahui keberkesanannya kepada manusia kerana ia mungkin boleh membahayakan keselamatan pengguna tersebut terutamanya kepada kanak-kanak bekeperluan khas. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa terapi yang boleh dijalankan sendiri oleh ibu bapa dan guru seperti terapi muzik,terapi seni,terapi pertuturan dan terapi pergerakan. Namun begitu, untuk menjalankan terapi tersebut, pihak berkenaan haruslah mendapatkan maklumat atau pengetahuan yang sesuai sama ada melalui pembacaan atau rujukan pada pakar.

No comments:

Post a Comment