KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Monday, 10 February 2014

KEPERLUAN READER BAGI CALON CBK



KERTAS KERJA KEPERLUAN READER  BAGI CALON PEPERIKSAAN
 MURID BERKEPERLUAN KHAS
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI,  SK FAKEH ABD SAMAD,
 25150 KUANTAN.
       

  1.0 TUJUAN :
Kertas cadangan ini bertujuan untuk mencadangkan perlaksanaan “Reader” bagi murid-murid yang telah disahkan oleh pengamal perubatan sebagai murid yang menghadapi masalah pembelajaran Spesifik Disleksia dalam peperiksaan awam.

2.0  LATAR BELAKANG PROGRAM KHAS SPESIFIK DISLEKSIA
 Program Rintis Bermasalah Pembelajaran Spesifik Disleksia di telah bermula pada 20 Julai 2004. Program rintis Kementerian Pelajaran ini telah dilaksanakan mengikut model inklusif. Murid-murid Disleksia adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi tetapi pencapaian akademik setara dengan murid sebaya terutama dalam Bahasa Melayu. Ini adalah kerana mereka mempunyai masalah kesukaran  dalam menguasai kemahiran membaca, mengeja dan menulis.
 Kementerian Pendidikan Malaysia mendefinisikan murid disleksia sebagai, murid-murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran mengeja, membaca dan menulis. (JPK,2003) Dyslexia juga diterjemahkan secara terus bermaksud kesukaran dengan perkataan bertulis, dengan istilah lain yang pernah digunakan bagi kesukaran ini adalah ‘word blindeles’. Disleksia didefinisikan sebagai kesukaran atau ketidakbolehan individu menguasai kemahiran membaca walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi.( JPK, 2003). Terdapat tiga kategori murid Disleksia iaitu adalah Disleksia Visual, Disleksia Audio, dan Disleksia Audio Visual. Ketiga-tiga kategori ini mempunyai permasalahan yang berbeza.
Tempoh percubaan selama tiga bulan diberikan bagi murid-murid ini untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya di kelas biasa. Guru pendidikan khas sentiasa mendampingi dan berada bersama-sama murid semasa sesi pembelajaran. Beliau berperanan sebagai guru resos bagi memberikan bantuan, bimbingan, tunjuk ajar, bekerjasama bersama guru mata pelajaran dan memantau perkembangan pembelajaran dan kemajuan murid-murid tersebut sepanjang tempoh tersebut.
Mengikut unjuran calon UPSR bagi tahun 2010 hingga 2014, terdapat peningkatan calon Disleksia UPSR. Oleh yang demikian, keperluan “Reader” bagi murid Disleksia akan berterusan dan meningkat setiap tahun.  Jumlah ini tidak termasuk calon Disleksia yang tidak berada di dalam program Jabatan Pendidikan Khas.

JADUAL 1: UNJURAN CALON DISLEKSIA YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR
 SK FAKEH ABD SAMAD  2010-2015.

BIL
TAHUN
BILANGAN MURID TAHUN 6
1.
2010
8
2.
2011
1
3.
2012
8
4.
2013
9
5.
2014
7
4.
2015
11
5.
2016
9

Tahap keupayaan penyesuaian diri yang tinggi amat perlu bagi seseorang murid untuk berjaya mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran bersama guru lain di kelas biasa.  Berdasarkan pemerhatian, maklumbalas guru kelas, keputusan ujian PKSR dan hasil kerja murid, akan menentukan tahap keupayaan murid-murid tersebut. Bagi murid yang berjaya melalui proses tersebut, mereka akan meneruskan pembelajaran di kelas biasa dan murid yang gagal menunjukkan potensi dan masih memerlukan perhatian khusus akan kembali belajar di kelas pendidikan khas.
Kebanyakan murid-murid disleksia menghadapi kesukaran dalam penulisan semasa mereka berada di tahap 2. Keadaan ini berlaku kerana mereka menghadapi kesukaran memahami arahan yang panjang dan mengolah idea dalam bentuk penulisan yang panjang. Pembacaan secara melangkau baris, menambah,  menggugukanr dan meninggalkan perkataan serta mengubahan makna perkataan. Murid-murid disleksia juga  kerap menimbulkan masalah dan kekeliruan yang berlarutan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dan ketika menjawab soalan peperiksaan. Fenomena ini mencetuskan satu anjakan paradigma dalam kalangan guru-guru pendidikan khas  untuk mencadangkan kepada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi menyediakan keperluan  ‘Reader’ bagi murid-murid disleksia semasa menjawab soalan peperiksaan.

Perlaksanaan di dalam kelas pengajaran dan  pembelajaran telah menunjukkan bahawa sebahagian daripada murid-murid disleksia memerlukan keperluan tersebut. Ini memandangkan tidak semua di kalangan mereka berupaya mengatasi kesukaran dalam literasi 3M. Berdasarkan pemerhatian dan peperiksaan peringkat sekolah, keputusan ujian telah mendapati pencapaian murid adalah lebih baik setelah dibacakan soalan berbanding murid menjawab tanpa bantuan “Reader”. Kebanyakan murid-murid ini berpotensi untuk berjaya dalam akademik, namun begitu, kesukaran  yang dialami membataskan keupayaan untuk menunjukkan potensi akademik mereka yang sebenar.

3.0 RASIONAL
3.1  Lemah daya ingatan (Short Memory)
Penggunaan “Reader” di dalam peperiksaan diperlukan oleh murid-murid disleksia kerana murid dapat memahami arahan dan  kehendak soalan. Ulangan soalan dapat meneguhkan daya ingatan  murid terhadap kehendak soalan .

3.2  Murid disleksia mengalami kesukaran  membaca.
Terdapat segelintir murid disleksia yang masih belum menguasai kemahiran membaca dan mengambil masa yang lama untuk mengeja serta membaca ayat mahupun petikan kefahaman. Bagi menangani masalah ini, dicadangkan pelaksanaan “Reader” kepada mereka. Dengan adanya “Reader” diharapkan dapat menangani kesukaran dalam aspek membaca dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri murid disleksia  semasa menduduki peperiksaan.

3.3  Masalah Disleksia Kekal
Sesetengah murid disleksia yang telah berjaya mengatasi masalah kecelaruan dan mempunyai kemampuan menjawab soalan peperiksaan setanding dengan murid yang sebaya dengannya. Namun, masih terdapat segelintir murid disleksia yang memerlukan masa yang lebih lama untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi. Ada juga murid disleksia yang mengalami permasalahan secara kekal sepanjang hayat.


3.4  Masalah Tumpuan
Murid Disleksia mempunyai pelbagai masalah tumpuan dari segi visual. Contohnya, “lazy eyes”. Murid tidak dapat memberikan fokus atau tumpuan yang lama. Kesannya, apabila murid membaca petikan, keadaan teks yang dilihat seakan bergerak-gerak ataupun berpusing-pusing dan mata murid ini akan sentiasa berair.  Justeru itu, dengan adanya “Reader”, masalah ini dapat diselesaikan

3.5  Kemampuan menjawab soalan adalah sama.
Kemampuan mental dan  menjawab soalan adalah sama tetapi jika dibiarkan calon membaca dengan sendiri tanpa adanya “Reader”, kebolehan menjawab murid menjadi berbeza .  Ini kerana calon mengalami gangguan seperti tidak cukup masa untuk menjawab kesemua soalan.

4.0- CADANGAN PELAKSANAAN
Kertas cadangan ini mensyorkankan beberapa cadangan pelaksanaan berdasarkan kriteria-kriteria yang terkandung di dalam kenyataan seperti berikut:

4.1.- Murid Disleksia
                  4.1.1- Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)
         Calon disleksia yang memerlukan “Reader” perlu mempunyai ISD dan laporan
         pengesahan pengamal perubatan kerajaan .
           4.1.2 Tempoh belajar
         Murid Disleksia yang memerlukan “Reader” perlu mengikuti proses pengajaran
         dan pembelajaran Program Khas Disleksia sekurang-kurangnya selama dua
         tahun. Murid tersebut layak menduduki peperiksaan awam di sekolah rendah
         selewat-lewatnya pada atau sebelum berumur 14 tahun.


 4.2 “Reader”/ Pembaca soalan
          Pemilihan “Reader” adalah berdasarkan penetapan oleh Jabatan Pendidikan
          Khas, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Lembaga Peperiksaan Malaysia .
          4.2.1 “Reader” boleh dilantik dari kalangan guru-guru pendidikan  khas.
          4.2.2 “Reader” bukanlah terdiri daripada pengawas peperiksaan.

4.3  Kaedah Pelaksanaan  “Reader”.
         4.3.1-Seorang ”Reader”: 3 orang pelajar.( bergantung kepada tahap keupayaan   
         dan kebolehan pelajar tersebut.)
         Semasa peperiksaan dijalankan, seorang “Reader” ditempatkan bersama tiga
         orang murid disleksia. Ini bertujuan untuk memberi keselesaan kepada calon
         disleksia.“Reader” juga dapat menyampaikan bacaan yang lebih berkesan dan
         jelas kepada  murid-murid disamping mengelakkan gangguan kepada calon-calon
        lain.

       4.3.2-  Membaca Soalan Dengan Sebutan dan Intonasi yang betul
       “Reader” hendaklah membaca soalan dan jawapan dengan sebutan dan intonasi
        yang betul. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlaku kekeliruan kepada pelajar
        semasa menjawab soalan.

      4.3.3 Soalan Dibaca Dua Kali.
      “Reader” akan membacakan soalan dan jawapan sebanyak dua kali sebelum murid
       menjawab soalan tersebut. Langkah ini bertujuan untuk memastikan murid dapat
       memahami sepenuhnya kehendak soalan dan membuat pilihan jawapan yang betul.


           4.3.4 “Reader” perlu menyebut arahan dan nombor soalan.
            ‘Reader” perlu membacakan arahan soalan dan menyebut nombor soalan .

           4.3.5 “Reader” membacakan soalan tanpa mempengaruhi calon.
           “Reader” hendaklah membacakan soalan dan pilihan jawapan kepada calon tanpa   

            mempengaruhi pilihan jawapan.

5.0 IMPLIKASI

5.1.       Latihan perlu diberi kepada “Reader” oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
              /JPK,KPM.
5.2.      Taklimat perlu diberi kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dan Setiausaha
            peperiksaan sekolah.
5.3.     “Reader” dan calon peperiksaan ditempatkan di dalam satu bilik
           khas dengan nisbah  1:3. Bilik khas berkenaan dianggap sebagai bilik
           peperiksaan.
5.4.     “Reader” perlu dibayar elaun khas
5.5 .    Tambahan masa yang sesuai diperlukan mengikut kelayakan murid Pendidikan  
            Khas.


6.0  SASARAN
Murid-murid  Pendidikan Khas Integrasi yang layak menduduki peperiksaan awam.



7.0 PENUTUP
”Reader” atau pembaca soalan dapat membantu meningkatkan keyakinan diri dan tumpuan murid-murid berkenaan dalam menghadapi peperiksaan awam.  Mereka seharusnya di beri peluang menikmati segala kemudahan yang sewajarnya supaya mereka dapat berdaya saing dengan rakan sebaya dan menjalani kehidupan yang bermakna.  Ini selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berkaitan dengan pendidikan inklusif.
KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA”



Disediakan oleh;                                                                          Disahkan oleh:







No comments:

Post a Comment