KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Friday, 19 April 2013

MASALAH DALAM BACAAN




PENGENALAN

Masalah membaca di kalangan murid sekolah bukanlah perkara luar biasa lagi walaupun mereka telah mengikuti pembelajaran bacaan terutamanya dalam pelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca adalah merentas semua mata pealajaran dan kelemahan dalam kemahiran membaca akan menyebabkan pencapaian rendah dalam pelajaran di sekolah .

Adalah menjadi tugas guru mengesan kelemahan membaca muridnya dan seterusnya menjalankan pengajaran pemulihan bacaan dengan segera. Berbagai-bagai kaedah dan teknik mengajar bacaan boleh digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Kaedah dan teknik mengajar bacaan yang digunakan oleh guru hendaklah sesuai dengan kebolehan membaca murid.

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan jenis kesalahan bacaan, punca masalah membaca, dan seterusnya kaedah-kaedah mengajar bacaan Bahasa Melayu. Bagi mengajar kanak-kanak berkeperluan khas, guru hanya perlu sesuaikan kaedah-kaedah ini dengan keupayaan murid-murid.


OBJEKTIF

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. mengenal pasti jenis-jenis masalah bacaan ,

2. menjelaskan punca-punca masalah membaca ,

3. menghuraikan kaedah-kaedah mengajar membaca


MASALAH MEMBACA


Masalah Bacaan Strategi Pengajaran Kemahiran Membaca


Jenis Masalah Bacaan Kaedah Mengajar Bacaan
Masalah dalam memaham Kaedah Khas Pemulihan Bacaan
Punca masalah Membaca



6.1 Masalah Bacaan


Masalah bacaan di kalangan pelajar sekolah sekarang mendapat perhatian umum. Kerisauan tentang masalah ini bukan hanya pada ibu bapa dan guru-guru sahaja malah sudah hingga ke peringkat pemimpin tertinggi negara . Berbagai-bagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri, dan peringkat nasional. Satu usaha terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan sekolah rendah, dan diikuti dengan KBSM di sekolah menengah.

Namun selepas fasa pertama KBSM,didapati ramai pelajar kita yang masih gagal menguasai 3M. Hakikat ini diakui dalam seminar Kebangsaan KBSR pada 1989 yang merumuskan;

Pelaksanaan Program Pemulihan dan Pengayaan dalam kelas
KBSR tidak mencapai tahap yang dijangkakan - menyebabkan
terdapat sebilangan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran
asas 3M hingga ke peringkat tahap II persekolahan rendah dan
di peringkat persekolahan menengah.


Keadaan ini amat menakutkan apabila semakin ramai pelajar kita yang gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah. Sebagai usaha untuk memulihkan masalah bacaan murid di sekolah randah, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pprogran Kelas Intervensi Membaca dan Menulis atau KIA2M.


6.1.1 Jenis Masalah Bacaan

Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui aktiviti bacaan nyaring, manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman.

Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti berikut:

a) membuang/meninggalkan (omission)

Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya ”buah” disebut ’uah”, ”kering” disebut ”kerin”. Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti;

”Buku itu sangat tebal. ” dibaca sebagai ”Buku itu tebal”.

Manakala meninggalkan imbuhan adalah seperti ”mengandungi” disebut ”mengandung” dan sebagainya.

b) Ulangan (repetition)

Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.

c) Gantian (substitute)

Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca, misalnya ”ladang” disebut ”lalang”. Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga boleh mengubah maksud ayat.

d) Tambahan (insertion)

Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, misalnya
“buah” disebut “buwah”. Manakala penambahan perkataan berlaku
seperti berikut;

”Saya suka makan rojak.” dibaca sebagai ” Saya sangat suka makan
rojak.”

e) Pembalikan (reversals)

Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang.
Contoh ;

”Bala” disebut ”laba”, manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila perkataan diubah kedudukannya, contoh: ”Dia makan nasi” dibaca sebagai ” Dia nasi makan”, dan begitu juga dengan pembalikan frasa.

f) Tidak kenal huruf

Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-
kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-
kanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka
sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan
makna.

g) Salah sebutan

Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau
tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan
tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan.


Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu memerhati tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan.Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah seperti berikut:

a) membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan,

b) bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar,

c) teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan bacaannya,

d) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan,

e) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak,

f) menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca,

g) tingkah laku yang tidak selesa seperti mengejip-ngejip mata, mengerut
dahi, menggeleng kepada, dan sebagainya,

h) Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau ”blurring”,

i) kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan,

j) cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan

k) tidak boleh membaca langsung.


Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan menghadapi masalah dalam bacaan.


Latihan:

Berdasarkan masalah-masalah bacaan di atas, berikan beberapa contoh masalah atau kesalahan bacaan yang kerap dilakukan oleh kanak-kanak.


6.2 Masalah-masalah dalam Memaham Bacaan

Selain masalah bacaan nyaring, kanak-kanak juga menghadapi masalah memahami apa yang dibaca. Masalah tidak memahami isi bahan bacaan tentu akan mengganggu proses pembelajaran murid berkenaan. Guru dapat mengesan masalah memaham di kalangan muridnya berdasarkan pemerhatian dan juga melalui aktiviti-aktiviti soal jawab, kuiz, menceritakan semula, merumus petikan, dan sebagainya.

Antara masalah dalam kefahaman bacaan adalah:

i) gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan
waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya,

ii) tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat “Panjatlah lagi pokok itu.” yang bermaksud melarang seseorang daripada memanjat pokok,

iii) gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca,

iv) lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca,

v) gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca,

vi) tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang dibaca,

vii) tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan sebagainya dalam buku.


Masalah pemahaman bacaan akan menjejas pencapaian dalam pelajaran secara keseluruhannya sama ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah.
Masalah pemahaman kanak-kanak boleh diatasi melalui beberapa aktiviti pengajaran yang boleh merangsang pemahaman mereka terhadap bahan yang dibaca. Antaranya adalah seperti melatih mereka membuat pemetaan semantik atau peta konsep, carta alir terutamanya untuk melatih membuat urutan peristiwa, membuat carta organisasi, menggunakan kamus untuk mendapatkan makna perkataan, dan yang paling penting adalah melalui teknik penyoalan seperti teknik soalan 5WH (what, who, , where, when,why, dan how).


Latihan:

Apakah kepentingan membuat peta semantik, carta alir, dan carta organisasi. Berikan contoh untuk menjelaskan jawapan anda.


6.3 Punca Masalah Membaca


Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara khusus. Namun Guy L.B. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca masalah membaca kepada tiga faktor besar , iaitu :

i. Faktor fizikal
ii. Faktor kognitif dan bahasa
iii. Faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan

Faktor Fizikal

Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal seperti kerosakan otak (serebral palsi, aphasia, terencat akal, dll), dan bermasalah kesihatan (epilepsi, masalah jantung, kurang zat makanan yang serius, dll).

Faktor Kognitif dan Bahasa

Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan menghadapi masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar. Manakala faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan (receptive language) yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis.

Faktor Emosi, Persekitaran, dan Pendidikan

Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca menjadikan kanak-kanak kecewa dan menjejas emosi mereka. Faktor persekitaran bagi kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga, dan sebagainya akan menjejas pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca. Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah, penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan, dan sebagainya.


6.4 Strategi Pengajaran Kemahiran Membaca


Terdapat berbagai-bagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan yang telah kita pelajari dan kita gunakan untuk membantu murid yang tidak dapat membaca dengan baik. Sebenarnya semua kaedah dan teknik itu boleh digunakan dengan berkesan Semuanya bergantung kepada cara kita merancang strategi pengajaran dan melaksanakannya ke atas murid berkenaan. Perkara terpenting adalah murid-murid ini perlu diajar menguasai kemahiran-kemahiran asas bacaan terlebih dahulu supaya pemerolehan kemahiran membaca mereka menjadi mantap. Kemahiran-kemahiran yang dikuasai ini kelak akan membantu mereka menguasai kemahiran bacaan seterusnya

Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan strategi yang pelbagai. Guru tidak boleh hanya bergantung kepada kaedah dan teknik tertentu sahaja kerana kerana penerimaan seseorang kanak-kanak terhadap perkara yang diajar adalah berbeza antara satu sama lain. Terdapat beberapa kaedah mengajar bacaan dalam Bahasa Melayu yang sesuai dengan binaan perkataan Bahasa Melayu yang terbentuk melalui gabungan suku kata.


6.5 Kaedah Mengajar Bacaan

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan beberapa kaedah mengajar bacaan kepada kanak-kanak. Antara kaedah yang sering digunakan adalah:

iv. Kaedah abjad/huruf
v. Kaedah pandang sebut/seluruh perkataan
vi. Kaedah fonik/bunyi
vii. Kaedah Gabungan Bunyi-kata
viii. Kaedah VAK
ix. Kaedah pelbagai deria - VAKT
x. Kaedah Fernald
xi. Kaedah Gillingham


Kaedah Abjad/huruf

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a – z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.

Contoh: Memperkenalkan huruf - a - z
Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu
Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu batu
Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.

Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam membaca.



Kaedah Pandang dan sebut/Kaedah Seluruh Perkataan

Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya.

Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.

Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan ”rumah”, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf ”r” iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ].


Kaedah Fonik/bunyi

Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.

Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ].

[ b ] + [ a ] = [ ba ]
[ t ] + [ a ] = [ ta ]
[ ba ] + [ta ] = [ bata ]


Kaedah gabungan bunyi – kata
( Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan )

Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron, dan dalam kaedah ini murid diajar langkah demi langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas itu membina suku kata dan seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria (multisensory).

Contoh;

i. Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Murid menyebut nama huruf tersebut.

ii. Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.
a
iii. Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf.

iv. Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf.

v. Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil menyebutnya (terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-huruf.

vi. Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu membunyikan huruf
(terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar).

vii. Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf itu

Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh teruskan dengan latih/tubi berikut;

i. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses bacaan).

ii. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis (proses mengeja).

Hubungan antara nama , bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat diperlukan dalam setiap perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula.


6.6 Kaedah Khas Pemulihan Bacaan

Terdapat segelintir kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang serius dan memerlukan kaedah bacaan khas untuk mengajar mereka seperti kanak-kanak Disleksia, kanak-kanak pemulihan, dan kanak-kanak berkeperluan khas (PKBP). Antara kaedah bacaan yang akan dibincangkan dalam bahagian ini adalah seperti kaedah VAK, kaedah VAKT, kaedah Fernald, dan kaedah Gillingham, dan semua kaedah ini digolongkan sebagai pendekatan kinestetik.(Margaret, Lynne, Janet, 1989).


Kaedah VAK

Kaedah VAK menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.
Kaedah VAK menggunakan prosedur pengajaran seperti berikut, iaitu pelajar :

i. memerhati perkataan yang hendak dipelajari
ii. menyebut perkataan itu
iii. cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya, dan
iv. membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal

Prosedur VAK ini diulang-ulang sehingga perkatan dapat ditulis dengan betul.


Kaedah Membaca Pelbagai Deria - VAKT
(Multisensory Reading Method)

Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud;

V - visual (penglihatan)
A – audio (pendengaran)
K - kinesthetic ( pergerakan )
T - tactile ( sentuhan)

Kaedah ini berpegang kepada prinsip “rangsangan” dalam pembelajaran dan berdiri atas Premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran . Langkah-langkah pengajaran adalah sepeerti berikut:

- kaedah ini menggunakan surihan (tracing)’ untuk mengajar bacaan
- guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4” x 10”
( menggunakan krayon )
- Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu
- Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul yang besar dan lain-lain.
- Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid hendaklah ;

v. lihat huruf (V)
vi. dengar guru sebut huruf (A)
vii. menyebut huruf (A)
viii. dengar huruf yang disebut (A)
ix. rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K)
x. rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T)
xi. lihat pergerakan tangan semasa tracing (V)
xii. dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat
surihan (A)

Kaedah VAKT dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan yang lebih perinci oleh tokoh-tokoh seperti Fernald, Gillingham, dan lain-lain.


Kaedah Fernald

Kaedah ini diperkenalkan oleh Fernald G.M. dan Helen, B.K.(1943, 1988) untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. Kaedah ini merupakan gabungan pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran berasaskan pendekatan pelbagai deria (VAKT). Pendekatan ini dibentuk untuk pengajaran secara individu.

Terdapat empat peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald, iaitu:

i. Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang diberi,
ii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi,
iii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam petikan, dan
iv. Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat dalam teks.



Peringkat pengajaran dalam kaedeah Fernald adalah seperti berikut:


Peringkat 1:

- Guru menulis perkataan dengan besar menggunakan crayon di atas kertas.
- Pelajar surih huruf-huruf dengan jari (T – K) sambil menyebut dan mendengar sebutan perkataan itu (A).
- Pelajar juga memandang perkataan itu semasa membuat surihan(V) .
- Proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan tanpa melihat contoh.
- Pelajar menulis cerita berdasarkan perkataan yang telah dipelajari.

Peringkat 2:

- Pelajar tidak perlu surih setiap perkataan, tetapi hanya melihat perkataan yang guru tulis, menyebut, dan menulis perkataan tersebut.
- Pelajar meneruskan menulis cerita dan menyimpan fail perkataan.

Peringkat 3:

- Pelajar belajar perkataan baru dengan melihat, menyebut, dan menulisnya terus daripada perkataan-perkataan bercetak (teks).
- Guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini pelajar sudah boleh membaca daripada buku.


Peringkat 4:

- Pelajar dapat mengecam perkataan-perkataan baru berdasarkan persamaannya dengan perkataan-perkataan yang tercetak, atau bahagian-bahagian perkataan yang sudah dipelajari.
- Pelajar sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk mengembangkan minat membaca.


Kesimpulannya, kaedah Fernald menggunakan pengalaman bahasa pelajar dan kaedah VAKT.

Kaedah Fernald mempunyai prinsip tertentu yang perlu dipatuhi, iaitu:

i. kejayaan hendaklah ditekankan supaya motivasi pelajar dapat ditingkatkan atau dikekalkan,

ii. keempat-empat peringkat perlu dikuasai mengikut urutan,dan

iii. hanya diguna untuk pelajar yang menghadapi masalah bacaan yang teruk sahaja seperti disleksia, murid pemulihan, dan murid PKBP.



Kaedah Gillingham

Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970 AN difokuskan untuk mengajar bacaan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah bacaan yang sangat teruk. Kaedah ini mengambil masa yang lama dan langkah-langkah pengajaran hendaklah dipatuhi dengan ketat, iaitu memerlukan lima sesi pengajaran seminggu untuk selama dua tahun (minimum)

Kaedah Gillinghammenumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggi dan berorientasikan pendekatan fonetik yang menggunakan teknik surihan (tracing) untuk mengajar huruf tunggal dan bunyi yang bersamaan dengannnya.


Kaedah Gillingham menekankan pendekatan pelbagai deria yang terdiri daripada enam kesatuan deria yang sangat penting pada peringkat permulaan mengajar huruf –huruf. Enam kesatuan asas itu adalah:

i. V-A (Visual-Auditory). Perkataan yang ditulis dan huruf-huruf dihubungkan denga bunyinya. Murid tidak perlu menyebut bunyi-bunyi itu.
ii. A-V (Auditory-Visual). Bunuyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan imej visual. Tugasan ini seakan-akan aktiviti mengeja.
iii. A-K (Auditory – Kinesthetic). Bunyi-bunyi huruf danperkataan digabungkan dengan pergerakan otot semasa menyebut dan menulis.
iv. K-A (Kinesthetic – Auditory). Tangan murid didibantu untuk menyurih atau menulis bentuk huruf sambil menyebut nama atau bunyi huruf tersebut.
v. V-K (Visual – Kinesthetic). Huruf cetak dan perkataan dikaitkan dengan pergerakan otot semasa bertutur dan menulis.
vi. K-V (Kinesthetic- Visual). Pergerakan otot semasa bertutur atau menulis dikaitkan dengan bentuk visual huruf-huruf.


Langkah-langkah pengajaran;

Langkah 1:

- Dgn menggunakan kad latih tubi, tunjuk satu huruf kepada murid.

- Guru menyebut nama huruf dan murid mengikut sebutan guru

- Bila sudah mahir, guru menyebut bunyi huruf dan murid mengikutnya

- Soalan guru , “Apakah bunyi huruf ini?”

Langkah 2:

- Tanpa menggunakan kad latih tubi, guru membunyikan mengikut huruf.

- Soalan guru, “Berikan nama huruf yang bunyinya [ č ] . Guru menggunakan strategi ejaan lisan

Langkah 3:

- Guru menulis huruf dan menerangkan bentuknya.

- Murid menyurih ikut tulisan guru, dengar, pandang, dan membunyikan huruf itu.

- guru mula memperkenalkan tulisan sambung.


Setelah murid mahir 10 huruf (konsonan dan vokal), mereka mengadun huruf-
huruf menjadi perkataan.


Sebagai rumusan, semua guru adalah bertanggungjawab untuk mengesan kelemahan bacaan pelajarnya, mengenal pasti punca masalah, dan cuba membantu mereka membina kemahiran membaca seawal mungkin supaya masalah ini dapat dipulihkan sebelum menjadi lebih teruk.


Latihan:

Bezakan antara kaedah abjad dengan kaedah fonik dalam mengajar bacaan.


6.7 Kesimpulan

Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berke[perluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disaran dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan atau mengikut sebahagian darikpada langkah sahaja, maka guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut.


Rumusan

1. Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui
aktiviti bacaan nyaring, manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat
melalui aspek bacaan kefahaman.

2. Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan
oleh murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid
berkenaan menghadapi masalah dalam bacaan.

3. Guy L.B. dan rakan-rakannya (1989) telah membahagikan punca masalah
membaca kepada tiga faktor besar , iaitu faktor fizikal, faktor kognitif dan
bahasa, dan faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan

4. Murid-murid ini perlu diajar menguasai kemahiran-kemahiran asas bacaan
terlebih dahulu supaya pemerolehan kemahiran membaca mereka menjadi
mantap.

5. Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak
berkeperluan khas memerlukan strategi yang pelbagai. Guru tidak boleh
hanya bergantung kepada kaedah dan teknik tertentu sahaja kerana kerana
penerimaan seseorang kanak-kanak terhadap perkara yang diajar adalah
berbeza antara satu sama lain.

6. Kaedah VAK, kaedah VAKT, kaedah Fernald, dan kaedah Gillingham
digolongkan sebagai pendekatan kinestetik dan hanya digunakan untuk
mengajar bacaan bagi kanak-kan ak yang mengalami masalah bacaan yang
teruk.


Kata Kunci

Kinestetik
Surih
Pelbagai deria
Kognitif
Aphasia

Rujukan

Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman
Malaysia Sdn. Bhd.

Guy .L.B., Barbara B.W., Miles A.T, & John B.W. (1994). Reading Difficulties:
Their Diagnosis and Correction. Boston: Allyn and Bacon.

Margaret A. R , Lynne K.L., & Janet W.L. (1989). Reading Problems:
Assessment and Teaching Strategies. New Jersey: Prentice Hall.

DUNIA DISLEKSIA

Anak istimewa perlu bimbingan khusus

"PERNAH saya bersedih dan sering bertanya kepada ibu, mengapa Allah buat saya begini dan mengapa saya terpaksa melalui detik sukar. Walaupun puas saya berusaha untuk berada di tahap yang sama seperti kawan lain, saya sering kali gagal," kata Sharifah Haneesya Syed Sahlan.
 
 
Kata-kata anak gadis yang cukup manis penampilannya ini pasti menyentuh hati sesiapa saja yang mendengar, apatah lagi ibu yang melahirkan. Sepanjang perbualan, tiada siapa menyangka Sharifah Haneesya, 11, sebenarnya mengalami masalah disleksia. Cuma, sekilas mata memandang ke arah lencana yang ditampal pada seragam sekolahnya menyedarkan kita masalah dialaminya. Perkataan `Pelajar Disleksia’ terpampang pada lencananya.

Sharifah Haneesya Syed Sahlan, 11, bercerita masalahnya dikesan pada usia lapan tahun. Dia sentiasa bermasalah untuk membaca menyebabkannya terpaksa memberi fokus yang lebih sepanjang proses pembelajaran berbanding rakan seusia.

“Saya sukar untuk menyusun ayat kerana saya tidak mampu memikirkan apa-apa selanjutnya untuk dikaitkan dengan kenyataan yang dilakukan terdahulunya.

“Saya juga tidak suka dengan keadaan yang bingit atau mendesak kerana ia membuatkan saya rasa sesak nafas malah kadangkala trauma dengan persekitaran sedemikian,” jelasnya.
Apapun keadaan yang terpaksa dilalui sebagai anak gadis, Sharifah Haneesya tidak menganggap dirinya golongan yang lemah, dia mencari dirinya dan berpegang pada minat dan bakat yang dimilikinya untuk membawa dirinya ke atas.

“Jika ditanya mengenai cita-cita saya tidak tahu, Tapi apa yang pasti saya ingin menjadi individu yang berjaya. Buat masa ini, saya minat dengan seni persembahan dan akan melakukan yang terbaik untuk pilihan itu.

“Saya juga ingin memadamkan spekulasi umum terhadap kekurangan anak-anak disleksia. Dengan usaha dan ketekunan, saya yakin kami mampu berada di tangga teratas dalam bidang yang diceburi,” katanya bersemangat.

Menyokong semangat itu, ibunya menjelaskan dia juga tidak pernah berputus asa memikirkan yang terbaik berikutan hasratnya ingin melihat individu disleksia seperti puterinya itu mencapai kejayaan seiring kanak-kanak normal.

“Terimalah kekurangan mereka dan perbaiki kelemahan dimiliki. Kefahaman dan toleransi membolehkan anak-anak ini berada di tempat teratas jika peluang diberikan kepada mereka dan saya yakin begitu juga dengan puteri saya ini.

“Mereka bukan tidak bijak, cuma cara pembelajaran dan penyampaian berbeza daripada kanak-kanak normal. Paling penting, jangan sesekali memperlekehkan usaha yang mereka lakukan,” luahnya.

Cabaran yang pasti berat buat Nor Hasnida Hasan, tambah pula bukan seorang malah dua anaknya berhadapan masalah serupa.

Nor Hasnida mengakui, pada awalnya agak sukar menerima kenyataan anak sulung perempuannya mengalami masalah disleksia, namun, dia melakukan pelbagai usaha untuk memulihkan anaknya.

“Setiap ibu yang melahirkan mengimpikan kesempurnaan. Melihat fizikal anak sulung saya yang tidak jauh seperti kanak-kanak normal, menyulitkan lagi penerimaan berita mengenai masalah dialaminya.

“Sebelum ini, saya mengambil tindakan drastik dengan memberikan jadual padat dengan harapan dia tidak ketinggalan dalam kelasnya memandangkan keadaan dirinya yang bermasalah dalam pelajaran seperti mengeja dan membaca.

“Dia pernah dirotan dan dimarahi kerana agak lambat mengeja, apatah lagi membaca. Tiada pendekatan lain diambil melainkan paksaan dan saya lihat anak semakin tertekan,” katanya.

Nor Hasnida akhirnya beralah dan berbincang dengan anak bagi mengetahui masalah yang berlaku. Pemeriksaan lanjut dengan pakar perubatan akhirnya mengesahkan anaknya itu mengalami masalah disleksia.

“Patutlah segala perancangan saya termasuk jadual belajar tidak berhasil. Mengetahui masalahnya, saya membuka hati mendekatinya dan mendalami apa yang dilalui anak.

“Saya memberikan kelonggaran untuk dirinya memilih cabang yang diminatinya, tanpa mengabaikan kepentingan pelajaran. Jadi, saya mengetengahkan sistem pembelajaran yang interaktif dan kreatif seiringan dengan pemikiran mereka. Begitu juga dengan anak kedua saya, cuma masalahnya lebih ketara berbanding kakaknya,” katanya.

Hasnida yang membesarkan dua anak disleksia itu mendakwa, pada pendapatnya setiap individu istimewa yang senasib dengan permata hatinya mampu meraih kejayaan bergantung kepada kecenderungan minat mereka.

Katanya, anak-anak istimewa ini mungkin bermasalah dalam pembelajaran akademik, namun mereka juga sebenarnya memiliki bakat terpendam yang cukup memberangsangkan jika digilap dan dibimbing dengan betul. Mereka juga memerlukan sokongan, tambah pula kanak-kanak begini mudah emosi.

Sharifah Haneesya, menunjukkan minat dalam bidang seni persembahan. Hasil nyanyian dan lakonannya cukup menyentuh dan penyampaiannya acap kali diberikan pujian, malah ada juga yang menyuarakan mereka tidak percaya dia seorang disleksik.

“Mungkin ada segelintir individu tidak dapat menerima minat yang ditonjolkan anak saya kerana menganggap dirinya terlalu mentah dan seharusnya saya tidak memanjakan dirinya dengan setiap permintaan.

“Tapi mereka lupa dengan masalah yang dialami anak sulung saya itu, jika dia tidak cemerlang dalam bidang akademik, sekurang-kurangnya dia meraih kejayaan dalam bidang yang digemarinya. Sekurang-kurangnya dia memiliki sesuatu dalam kehidupannya,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Disleksia Malaysia, Sariah Amirin, berkata masalah disleksia bukan perkara remeh.

Disleksia bukan sesuatu yang harus digeruni namun ia bukan soal kecil. Penghidapnya mengalami kesukaran mengenal perkataan, sukar mengingati suku kata atau menggabungkan huruf sekali gus menyukarkan pembacaan.

Apabila pembacaan jadi penghalang, timbul pelbagai masalah lain misalnya pelajar sering ketinggalan menyebabkan mereka kurang minat untuk ke sekolah walaupun memiliki kecerdasan mental sama malah lebih daripada pelajar normal lain.

"Selain masalah utama penghidap disleksia iaitu dari segi pandangan dan pendengaran, beberapa petanda lain dikaitkan dengan disleksia. Misalnya, penghidap tidak sedar mereka memakai baju atau kasut terbalik, memegang pensel dengan semua jari serta tidak dapat mengingati turutan sesuatu perkara contohnya turutan hari," katanya.

Jelasnya, masalah berkenaan boleh diatasi dalam tempoh singkat iaitu seawal tiga bulan terutama di kalangan mereka yang masalah dikesan sejak kecil, seperti berusia empat tahun atau lima tahun.

Katanya, kanak-kanak istimewa ini juga mempunyai kelebihan dalam pelbagai sektor terutama seni jika diberikan pendedahan awal dan adalah penting untuk ibu bapa sendiri mengesan minat dimiliki anak mereka.

“Jika mendapati anak kita mengalami masalah disleksia, jangan pandang mudah dan membiarkan keadaan menjadi keruh. Sedari dan fahami, berbincang sangat penting dalam mendidik anak pintar ini,” jelasnya.

Kempen beli sambil bantu

UMUM mengetahui, masalah disleksia mampu membantutkan tumbesaran kanak-kanak dalam mencapai kejayaan di masa hadapan jika ia dibiarkan berlarutan tanpa sebarang bimbingan.

Masalah yang dihidapi kira-kira 314,00 pelajar di Malaysia itu menyukarkan mereka untuk menjalani proses pembelajaran, termasuk membaca, mendengar dan menghitung. Kanak-kanak ini memerlukan alat bantuan mengajar khusus untuk mendidik mereka berbeza dengan mereka yang normal.

Namun, untuk menyediakan kemudahan itu memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi merangkumi keperluan tenaga pengajar yang terlatih.

Sebagai langkah awal menyuarakan keprihatinan terhadap masalah itu, Procter & Gamble (P&G) bersama kerjasama pasar raya Giant menganjurkan kempen Gift Of Learning bagi mewujudkan peluang pembelajaran untuk bantu kanak-kanak disleksia menerusi Persatuan Disleksia Malaysia (DAM).

Kempen itu mensasarkan dana sebanyak RM100,000 untuk disalurkan kepada DAM seluruh negara sekali gus menyediakan kemudahan dan alat bantuan belajar untuk anak-anak istimewa itu.

Pelancaran berlangsung hari ini di Giant Kota Damansara bermula jam 11.30 pagi dan tetamu yang hadir bakal dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh kanak-kanak DAM.

Masyarakat boleh melakukan sumbangan kepada kempen itu dengan membeli produk P&G yang tersenarai di semua rangkaian pasar raya Giant seluruh negara bermula 1 April ini hingga 19 Mei 2011.

INFO: Penghidap disleksia hebat
1. Saintis terkemuka, Albert Einstein
2. Presiden Amerika Syarikat ke-35, John F Kennedy
3. Juara tinju dunia, Mohammad Ali
4. Penyanyi dan pemuzik, John Lennon
5. Pelukis dan arkitek, Leonardo da Vinci
6. Pengarah dan pelakon, Tom Cruise
7. Pengarah filem terkenal Hollywood, Steven Spielberg
 

PINTAR CERDAS

PENGENALAN
Siapakah kanak-kanak pintar cerdas? Pelbagai takrifan telah diberikan dalam menjelaskan siapa yang dikatakan kanak-kanak pintar cerdas. Secara umumnya, seorang kanak-kanak yang mempunyai kebolehan kognitif yang jauh lebih tinggi daripada kalangan rakan sebaya dikatakan sebagai seorang kanak-kanak pintar cerdas. Bagaimanapun, mempunyai keupayaan intelek yang luar biasa sama ada memiliki keupayaan intelek yang tinggi dalam satu atau lebih subjek akademik bukanlah satu-satunya ciri bagi seorang kanak-kanak pintar cerdas ini. Ada dalam kalangan kanak-kanak yang dikatakan pintar cerdas adalah kanak-kanak yang mempunyai kebolehan luar biasa dalam bidang sukan, muzik, lukisan atau seni persembahan berbanding dengan rakan sebaya mereka yang lain. Ini bermakna kanak-kanak pintar cerdas bukan sahaja kanak-kanak pintar dari aspek akademik tetapi juga kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang mengkagumkan dalam aspek kesenian dan kesukanan. Oleh itu, kanak-kanak yang mempunyai potensi dan tahap motivasi serta pencapaian yang tinggi dalam aspek intelek, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan serta mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik juga dilihat sebagai kanak-kanak pintar cerdas.
CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
Walau bagaimanapun, ciri yang dipamerkan oleh seseorang kanak-kanak telah dijadikan sebagai asas oleh sesetengah pakar profesional dalam mengenal pasti kanak-kanak pintar. Proses mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas yang paling mudah ialah dengan hanya melakukan pemerhatian sahaja terhadap tingkah laku kanak-kanak itu. Proses ini bukan sahaja boleh dilakukan oleh seorang ahli akademik yang profesional malah ibu bapa pun mampu mengenal pasti ciri yang terdapat dalam diri anak mereka. Biasanya hasil permerhatian yang diperolehi adalah tepat atau lebih ketara dari kaedah pengenalpastian yang lain kerana ia dilakukan dalam suasana yang selesa bagi kanak-kanak tersebut tanpa banyak gangguan. Banyak ciri yang luar biasa yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini pada usia yang masih muda lagi. Walau bagaimanapun tidak semua ciri ini perlu dimiliki oleh seseorang kanak-kanak untuk dikatakan pintar cerdas. Seseorang kanak-kanak itu tetap dikatakan pintar cerdas walau pun hanya mempamerkan sebahagian dari ciri yang disenaraikan.
Dalam halaman ini ciri kanak-kanak pintar cerdas yang disenaraikan dibahagikan kepada tujuh domain adalah hasil dari ciri yand disarankan oleh pelbagai pandangan ahli psikologi seperti Gardner, Renzulli, Clark (Gargiulo 2006) dan Sousa (2003). Haruslah diingat bahawa tidak semua ciri tersebut perlu ada dalam diri seseorang kanak-kanak yang dikatakan pintar cerdas. Ciri ini dibahagikan kepada domain-domain:
A. kebolehan intelek yang umum
B. kebolehan intelek yang khusus
C. pemikiran kreatif
D. kepimpinan
E. kebolehan psikomotor
F. kesenian visual/persembahan
G. sosial emosi.

CARA MENUMPUKAN PERHATIAN DI DALAM KELAS


Kegagalan memberikan tumpuan dalam kelas menyebabkan ramai pelajar gagal meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan. Berikut adalah cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan tumpuan anda:
  •  Semak seimbas nota yang telah diberikan oleh guru terdahulu sebelum memulakan kelas.  Sekiranya ada bahagian yang anda tidak faham atau keliru maka tanyakan pada guru sebelum bermulanya kelas tersebut.  Jangan biarkan ketidakfahaman atau kekeliruan itu mengganggu anda. Guru mungkin akan mengajar lebih mendalam hari ini dan sekiranya anda tidak merungkai kekeliruan itu anda akan terus ketinggalan dalam mengikuti apa yang diajar.
  •  Baca juga bahan yang bakal diajarkan oleh guru nanti.  Walau pun anda tidak memahami keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa yang akan diajar oleh guru kelak.  Secara tidak langsung tumpuan dan minat anda meningkat.
  •  Cuba duduk di barisan depan dalam kelas.  Sekiranya anda duduk di tepi tingkap, tutup tingkap ketika guru mengajar.
  •  Jangan alih mata anda dari melihat guru dan lihat apa yang ditulis di papan hitam/putih.
  •  Tunjukkan minat yang mendalam.  Perbetulkan kedudukan anda dan ceriakan wajah anda.  Ingat apa yang diajar itu jauh lebih penting daripada siapa yang mengajar.  Yakinkan diri anda betapa pentingnya tumpuan dalam kelas.  Ingat!! Ia menyumbang 50% dari keseluruhan markah peperiksaan kelak.
  •  Pasang telinga.  Dengar dan fahami setiap patah perkataan yang disampaikan.  Terjemahkan apa yang disampaikan oleh guru ke dalam bentuk gambaran minda.
  •  Catat setiap fakta penting atau fakta yang anda sangka penting, sama ada fakta-fakta yang ditulis atau yang diucapkan oleh guru.
  • Catat setiap perkara yang anda tidak faham.  Catatkan juga setiap soalan yang terbit dalam fikiran anda.  Gunakan tujuh perkataan berikut untuk membina soalan Apa? Siapa? Bila? Berapa? Dimana? Kenapa? Bagaimana?
  •  Gunakan buku khas untuk tujuan catatan ini, atau gunakan kaedah mengambil nota berkesan.  Sekiranya berpeluang segera angkat tangan dan tanya guru.  Tanya untuk dapatkan lebih huraian; tanya untuk memastikan kefahaman anda betul; atau tanya kerana ada soalan-soalan yang lebih spesifik.  Antara tanda-tanda yang anda telah memberikan tumpuan ialah anda TAHU apa yang anda TIDAK TAHU.
  •  Jangan hiraukan sebarang gangguan dari rakan-rakan.  Jangan bertindak balas terhadap usikan dan gurauan mereka ketika kelas berjalan.
  •  Kajian menunjukkan bahawa anda lupa 80% dari apa yang telah dipelajari dalam masa 24 jam.  Oleh itu segera menyemak apa yang telah diajar serta merta apabila guru keluar dari kelas

Tuesday, 16 April 2013

MENGENALI HYPERAKTIF


HAIPERAKTIF ( ATTENTION DEFICIT DISORDER)

Haiperaktif dipercayai berpunca daripada gangguan mekanisme system saraf pusat (central nerves system ) . Punca permasalahan  ini adalah disebabkan oleh faktor : -

·      Genetic
·      Infeksi
·      Kerosakan pada otak
·      Masalah persekitaran rumah
·      Keracunan
·      Kekurangan zat makanan
·      Alahan kepada makanan
·      Alahan pada bahan kimia.


CIRI-CIRI MURID HAIPERAKTIF

·      Suka menjerit
·      Resah
·      Kurang tidur/sukar untuk tidur
·      Tidak suka dibelai
·      Menghentak-hentak kepala atau marah tidak menentu
·      Gopoh
·      Tidak suka duduk diam
·      Tingkah laku merosak
·      Agresif
·      Suka mengasingkan diri
·      Sensitif terhadap bau-bauan ,cahaya , bunyi ,panas dan sejuk.



Jadual berikut menunjukkan darjah kecerdasan
                                         

KATEGORI MURID
DARJAH KECERDASAN ( IQ)
Pintar Cerdas
140 ke atas
Sangat bijak
130-139
Bijak
120-129
Lebih daripada sederhana
110-119
Normal atau sederhana
90-109
Bawah daripada sederhana
80-89
Lembam
70-79
Lemah akal
50-69
Tolol / Tonggong
49 dan ke bawah

Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)
Characteristics:
• inattention
•hyperactivity
•impulsivity
•impairment in academic functioning

ADHD child, adolescent, or adult must demonstrate eight of the following symptoms and they must occurred before the age of seven:
•often fidgets (gelisah) with hands or feet or squirms (sangat gelisah) in seat.
•has difficulty remaining seated when required to do so.
•is easily distracted by extraneous stimuli
often blurts out (tiba-tiba) answers to questions before they have been completed
•has difficulty following through on instructions from others.


•has difficulty sustaining attention in tasks or play activities.
•often shifts from one uncompleted activity to another.
•has difficulty playing quietly.
• often talks excessively (cakap berlebihan).
•often interrupts or intrudes (mengganggu) on others.






•often does not seem listen to what is being said about him or her.
•often loses things necessary for activities at school or at home.
often engages in physically dangerous activities without considering possible consequences

Principle of Remediation” for improving inattention, excessive activity and impulsivity.

 Inattention



•decrease length of required assignments and tasks.
break assignments into smaller parts to be completed at different times.
•give a preferred task to be completed after a less preferred task.
•give fewer spelling words, math problems.
use fewer words in explaining assignments
•make assignments and school tasks interesting.

Excessive Activity
•channel anxiety into acceptable and productive behavior.
encourage directed movement in classrooms that is not disruptive.
allow standing, especially during end of assignments

• use activity as reward.
- provide activity rewards (clean board, arrange chairs, organize teacher’s desk) for improvement.

Excessive Activity
•use active responses in instruction.
use teaching activities that encourage active responding (talking, moving, organizing, working at the board).


encourage daily writing, painting, etc.
teach child to ask questions that are on-topic.


Impulsivity (ikut gerak hati)
• give the child substitute verbal or motor responses to make while waiting and where possible encourage day-dreaming.
instruct the child on how to continue on easier parts of task while waiting for teacher’s help.




encourage play with clay, while waiting or listening to instruction.
encourage note taking (even just cue words).


3.7 HIPERAKTIF (Attention Deficit Disorder)

Hiperaktif dipercayai berpunca daripada gangguan mekanisme sistem saraf pusat (central nerves system). Punca permasalahan ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor-faktornya ialah genetik, infeksi, kerosakan pada otak dan masalah persekitaran rumah. Selain itu, ia juga berpunca daripada keracunan (toksin), kekurangan zat makanan, alahan kepada makanan dan alahan kepada bahan kimia.
Kanak-kanak hiperaktif mempunyai ciri-ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat, sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Mereka tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukkan kedegilannya

serta susah dikawal dan didisplinkan. Oleh itu, kanak-kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau-rayau, tidak boleh duduk diam di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru.
            Adakalanya, kanak-kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri-ciri perkembangan bahasa yang lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak-kanak lain dan mereka sering terasa terasing. Kanak-kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga empat puluh orang murid dalam satu kelas. Mereka tidak boleh menerima perhatian yang khusus pada murid ini sahaja.
Selain itu, kanak-kanak hiperaktif ini juga mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai impulsifnya, mereka sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Kank-kanak seperti ini memerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakan  pendekatan satu dengan satu. Guru-guru perlu sering meberikan peringatan kepada murid-murid  ini sama ada isyarat atau mengetuk meja untuk mendapatkan perhatiannya dari semasa ke semasa. Adakalanya, pakar kanak-kanak perlu memberi ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan keresahan agar boleh menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih berkesan lagi.
Walau bagaimanapun, hiperaktif ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Ciri-ciri khususnya ialah aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan serta tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi, dan warna. Selain itu, mereka ini tidur tidak tetap dan terlalu kerap menangis atau ketawa. Disamping itu, mereka sukar memberi tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan dan mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut. Malah, mereka sering mengamuk bila kehendaknya dihalang dan sukar menyesuaikan diri  serta berinteraksi dengan rakan sebaya.