2.0 AKTIVITI PRABACAAN
Aktiviti prabacaan terbahagi kepada tiga iaitu melaksanakan
aktiviti pengamatan penglihatan aktiviti pengamatan pendengaran dan juga
aktiviti mata dan tangan. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan
dalam prabacaan.Antaranya ialah:
2.1 Aktiviti Pengamatan Pendengaran
Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1:
Mengetuk benda satu persatu untuk
mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbezaan bunyinya.
Bahan:
Paku, tin, batang kayu, meja,
tempurung, batu.
Aktiviti Guru/Murid:
1. Guru memperkenalkan benda-benda yang
menghasilkan bunyi
seperti
tin, paku, tempurung, batang kayu, meja dan batu.
2. Guru mengetuk benda itu satu persatu
beberapa kali dan murid
mendengarnya.
3. Guru mengetuk dua benda yang
berlainan. Murid menyatakan
sama
ada bunyi benda itu sama atau tidak.
4. Murid menyanyi lagu “Mari
Bergembira” dengan meniru nyanyian daripada pita rakaman atau nyanyian atau
nyanyian guru sendiri.
Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2:
Mendengar rakaman dan menyatakan
bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin
menderu, petir, hujan lebat, dan ombak.
Bahan:
Pita rakaman yang mengandungi bunyi
air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat,
dan ombak. Beberapa gambar carta yang dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang
diperdengarkan.
Aktiviti Guru/Murid:
1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada
pita rakaman.
2. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan
sekali lagi dan murid
menyatakan jenis bunyi itu.
3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi
yang dinyatakan.
2.2 Aktiviti Pengamatan Penglihatan
Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1:
Menghimpun
gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan
saiz.
Bahan:
Pelbagai gambar
kereta, baju, lain-lain.
Aktiviti Murid:
Murid melaksanakan gambar yang telah
dicampuradukkan oleh guru. Aktiviti ini dilaksanakan secara individu, kelas dan
kumpulan.
Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2 :
Menggunting dan menampal
berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di papan kenyataan atau di buku skrap
kelas.
Bahan:
Gambar benda hidup, benda bukan
hidup, benda yang boleh dimakan, benda yang tidak boleh dimakan, pakaian, dan
alat tulis-menulis.
Aktiviti Guru/Murid:
1. Guru berbincang dengan murid tentang
benda hidup dan benda bukan
hidup.
2. Murid menyebut “benda hidup” atau
“benda bukan hidup” sebagai
respons
terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru.
3. Guru memberi murid kad gambar dan
murid melekatkan kad itu di papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda
hidup, pakaian, alat tulis-menulis dan lain-lain.
4. Murid menggunting gambar dan
menampalkannya dalam buku skrap
mengikut
tajuk tertentu.
. 2.3 Aktiviti Pergerakan Tangan Dan
Mata
Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1 :
Membentuk benda daripada plastisin,
tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain.
Bahan:
Plastisin,
tanah liat, dan bubur kertas.
Aktiviti
Guru/Murid:
1. Buat satu atau dua benda daripada
bahan yang diberi sebagai
contoh.
2. Berikan bahan kepada murid dan minta
mereka membentuk
benda atau
model yang disukainya.
3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.
Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2:
Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2:
Melakar bentuk yang sesuai dari kiri
ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah untuk membolehkan membentuk
huruf.
Bahan:
Lembaran kerja, benda maujud (dulang
berpasir, model pokok, model tiang bendera, bola, manik, cawan, air), kertas
pendua yang mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan
putus-putus.
Aktiviti Murid:
1. Menggolekkan bola di atas dulang
berpasir dengan jari dari kiri
ke
kanan dan sebagainya.
2. Murid memegang cawan plastic yang
penuh dengan air dengan
tangan kanan dan menggerak-gerakkan
tangan kanan mereka ke kiri ke kanan
dan sebaliknya. Teknik memegang cawan dipelbagaikan.
3. Murid melakar garis pada dulang
pasir dari model pokok ke tiang bendera.
3.0
AKTIVITI PRATULISAN
3.1 Aktiviti Pergerakan Jari, Tangan dan Mata
3.2
Aktiviti Membuat
Corak, Menyambung Titik, Memadamkan Bentuk.
3.3 Aktiviti Membentuk Huruf
4. dengan air dengan
tangan kanan dan menggerak-gerakkan
tangan kanan mereka ke kiri ke kanan
dan sebaliknya. Teknik memegang cawan dipelbagaikan.
5. Murid melakar garis pada dulang
pasir dari model pokok ke tiang bendera.
4.0
AKTIVITI PEMULIHAN MEMBACA
Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan
bacaan adalah pengajaran
fonetik dengan betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan
penerimaan akustik yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan
konsonan juga perlulah ditekankan. Justeru, guru perlu mengajarkan alat-alat
sebutan bunyi seperti bibir, gigi , gusi, lelangit keras, lelangit lembut , anak tekak , lidah , rongga tekak dan juga rongga mulut.
fonetik dengan betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan
penerimaan akustik yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan
konsonan juga perlulah ditekankan. Justeru, guru perlu mengajarkan alat-alat
sebutan bunyi seperti bibir, gigi , gusi, lelangit keras, lelangit lembut , anak tekak , lidah , rongga tekak dan juga rongga mulut.
5.0 AKTIVITI PEMULIHAN TULISAN
Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah
adalah berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan kukuh. Bahasa bertulis
memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis, atau dalam fikirannya.
Perihal menghubungkan bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah amat sukar.
Oleh sebab itu, maka usaha pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya
amatlah susah, walaupun murid tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. Seperti
pengajaran bahasa juga, penulisan adalah lebih mudah dipelajari ketika murid
masih kanak-kanak kecil lagi, seperti pada umur empat tahun setengah.Latihan
permulaan untuk kanak-kanak kecil ini haruslah menggunakan pensil, atau krayon.
Antara langkah-langkah yang dibuat untuk mengajar mernegang pensil, atau krayon
adalah seperti berikut:
1. Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi
pensil tersebut.
Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan
bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri
dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun.
2. Apabila murid telah mahir membuat
pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan
bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. Pensil harus
dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk.
3. Murid disuruh menggerakkan pensil naik
dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga
jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa.
4. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu
jari dan jari telunjuk hampir dengan mata pensil dan disuruh melatihkan
kawalan jari di kedudukannya.
5. Setelah itu, murid diajar melonggarkan
pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari telunjuk, supaya pensil dapat
bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di kedudukan yang betul.
perkongsian ilmu bermakna membenarkan bahan digunapakai, barulah berkat. Minta maaf ya kak..
ReplyDelete