DISLEKSIA DISPRAKSIA:
Melibatkan masalah kecacatan motor atau ketidakmatangan dalam pengelolaan pergerakan. Kanak-kanak dispraksia tahu apa yang hendak dilakukan tetapi menghadapi masalah melaksanakan aktiviti tersebut.
Cir-ciri:
1. Sukar menilai jarak dan ketinggian.
2. Kerja tangan yang melibatkan motor halus dan kasar.
3. Susah menulis.
4. Sukar meyebut perkataan dan gagap
5. Ingatan jangka pendek dan jangka panjang.
6. Sensitif kepada bunyi, sentuhan, cahaya, dan deria rasa.
DEFINISI DISGRAFIA:
Kesukaran menyatakan apa yang ada di dalam pemikiran ke dalam bentuk tulisan, graf atau gambar. Masalah dalam penulisan kerana tidak boleh menterjemahkan pemahaman bahasa ke dalam sisitem simbol.
Ciri-ciri:
1. Pembentukan tulisan tidak konsisten.
2. Penggunaan huruf besar dan kecil yang bercampur.
3. Ukuran bentuk huruf yang tidak sama.
4. Memegang alat tulis yang terlalu dekat dengan kertas
dan menekan pada kertas.
5. Bercakap-cakap sendirian ketika menulis.
6. Sukar menulis / menyalin.
7. Sukar mengatur dan memproses maklumat
8. Menulis huruf secara terbalik.
9. Kesalahan ejaan.
DEFINISI HIPERLEKSIA:
Masalah dalam membaca, tidak memahami makna dan masalah dalam menginterpretasi bahasa dan ekspresi apa yang didengar dan dilihat.
Ciri-ciri:
1. Jarang memulakan perbualan.
2. Mempelajarai bahasa tanpa memahami dan
mengetahui maksudnya.
3. Sukar menerima perubahan sebagai amalan.
4. Ketakutan yang luar biasa.
5. Sukar menjawab soalan pertanyaan.
6. Sukar faham konsep abstrak.
DEFINISI DISLEKSIA VISUAL:
Merujuk kepada individu yang dapat melihat dengan baik tetapi tidak dapat membuat perbezaaan, interprestasi atau mengingat perkataan yang dilihat. Kesukakaran membezakan abjad, perkataan, mengecam angka, nombor,bentuk,geometri dan gambar.
Ciri-ciri:
1. Kesukaran mendiskriminasi.
2. Kadar pengamatan yang lambat.
3. Suku kata terbalik : pasu – supa
4. Mutu tulisan rendah.
5. Kesukaran membuat analisis.
6. Daya kebolehan dan auditori sangat tinggi.
7. Tidak berminat dengan sukan yang mencabar.
DISLEKSIA AUDITORI:
Keupayaan mengesan dan mengenal pasti apa yang didengardalam proses pembelajaran. Gagal membezakan bunyi , mengenalpasti bunyi dalam perkataan, mengadunkan bunyi untuk dijadikan perkataan dan membahagikan perkataan ke dalam suku kata.
Ciri-ciri:
1. Kecelaruan pengamatan, diskriminasi auditori.
2. Ketidakupayaan membahagikan perkataan kepada suku kata atau binyi.
3. Tidak dapat membunyikan semula dan mengingati
huruf dalam perkataan serta tidak boleh menyebut
perkataan bermakna.
4. Kesukaran memahami bunyi berurutan dan mengubah
urutan huruf semasa menulis.
DISKALKULIA:
Masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, intuisi terhadap nombor, fakta nombor dan prosedur-prosedur konsep matematik.
Ciri-ciri:
1. Kesukaran mengenal nombor dan simbol nombor.
2. Kesukaran membezakan nilai.
3. Kesukaran mengira dalam gandaan dan tertib menurun.
4. Kesukaran membuat anggaran dan pengukuran.
5. Kesukaran mengira wang dan masa.
6. Kesukaran dalam pengiraan spontan.
CIRI-CIRI MURID DISLEKSIA:
PRASEKOLAH:
1. Kemahiran bertutur lambat.
2. Suka menggantikan perkataan dan hiperaktif.
3. Kemahiran motor kasar dan halus lemah.
4. Mudah terlupa.
5. Tidak merangkak semasa bayi.
6. Suka mendengar bacaan tetapi tidak minat membaca.
7. Sifat ingin tahu yang tinggi dan suka bertanya.
8. Berminat terhadap perkara baharu.
MURID SEKOLAH RENDAH:
1. Keliru dengan kiri dan kanan.
2. Tulisan cermin / terbalik.
3. Menggunakan jari semasa mengira dan membaca.
4.Lemah dalam kemahiran 3M.
5. Suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor.
6. Lemah dalam kefahaman.
7. Mengambil masa yang terlalu lama dalam menyiapkan
Tugasan.
8. Kesukaran menyalin maklumat dari buku teks dan
papan putih.
9. Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang.
10. Kurang keyakinan diri dan mudah tertekan.
No comments:
Post a Comment