KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Friday 27 January 2012

INKLUSIF


PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN.
Perlaksanaan program ini dijalankan dengan cara:
  1. Program Percantuman.
          Dimana pelajar pendidikan khas akan belajar didalam persekitaran kanak-kanak normal. Tetapi pelajar hanya belajar dalam kelas khas   
          sahaja. Mereka borkongsi mengunakan segala kemuadahan sekolah.
4.2 Program Inklusif Sepenuhnya
Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.(Haji Sabri Salleh. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. 1996)
Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996)
Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah istilahnya, dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu istilah "Program Percantuman’ atau ‘Integrated’ telah digunakan. Negara Malaysia telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Norani, 1980)
Matlamat utama pendidikan inklusif ialah untuk mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. Harus diingatkan di sini tidak semestinya semua pelajar berkeperluan khas boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu mempunyai kemampuan dan keperluan yang berbeza. Deno (1970), telah menghasilkan sebuah model tahap perkhidmatan pendidikan khas yang berupaya menampung tujuh pilihan yang berupa satu "Cascade" untuk menempatkan pelajar-pelajar seperti yang dicadangkan.
  1. Program Pendidikan Separa Inklusif (Intergrasi)
Program ini dilaksanakan kepada pelajar yang telah mempunyai kebolehan belajar mata pelajaran tertentu yang sama dengan kanak-kanak normal, dilaksanakan kepada pelajar yang berkeupayaan di Sekolah Menengah Seri Kota adalah berbentuk
  1. Integrasi Sosial
    Integrasi Akedemik (Kepada yang mempunyai kemajuan)
    Intergrasi Kemudahan Fizikal Sekolah
    4.3.1Rasional Pendidikan Spara Inklusif (INTERGRASI)
    Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Mereka hanya sekadar kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu, satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini dengan mengambilkira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat. Dengan ini diharapkan pendidikan inklusifkan akan dapat:
      • Pengongsian kemudahan serta alat-alat dengan sepenuhnya.
      • Peluang berinteraksi yang lebih positif antara pelajar-pelajar berkepeluan khas dengan pelajar-pelajar normal.
      • Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil
      • Pengagihan sumber yang lebih meluas.
      • Pengurangan masalah tempat bagi pelajar-pelajar yang berkepeluan khas.
      • Pemberian peluang untuk pelajar-pelajar berkepeluan khas menyesuaikan diri di dalam masyarakat
      • Pengalak kewujudan masyarakat penyayang yang dihasratkan di dalam wawasan.
    4.3.1.2 Matlamat Pendidikan Spara Inklusif (Integrasi)
      • Pendidikan spara inklusif menumpukan perhatian ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Dengan ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal.
      • Akan dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya, mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.
      • Kurikulum Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang Bermasalah Pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

    No comments:

    Post a Comment