Anak-kanak khas seringkali dipinggirkan oleh segelintir masyarakat kita pada hari ini. Walaupun hakikatnya mereka juga adalah manusia namun disebabkan kekurangan dan ketidakupayaan mereka, masyarakat tidak mahu memberi sokongan dan keyakinan kepada mereka. Malah ada yang mencaci dan memberi gambaran buruk kepada mereka. Perkara sebegini sepatutnya hendaklah dielakkan dan diperbetulkan. Mujur kerajaan kita pada hari ini sedar akan kepentingan membela dan menjaga nasib kanak-kanak yang berkeperluan khas ini. Disebabkan itulah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran telah pun diperkenalkan di Malaysia pada seawal 1995. Atas usaha inilah, kanak-kanak keperluan khas ini mula mendapat pembelaan dan menerima tempat dalam masyarakat kita.
Memang benar mereka tidak mampu untuk memberi sumbangan yang sehebat seperti manusia lain. Tetapi betulkah anggapan sedemikian? TIDAK SAMA SEKALI. Jika kita lihat hari ini, banyak golongan keperluan khas ini telah berjaya dan menyumbang pelbagai sumbangan kepada kita hari ini. Malah ada yang mampu menjadi cendiakawan dan ilmuan yang bijak.
Mengapa ini berlaku? Hal ini kerana wujudnya kesedaran pendidik dan ibu bapa tentang betapa pentingnya mendidik dan membela golongan seperti ini.
Melalui sistem persekolahan yang dilalui, kanak-kanak ini diberi pendidikan dan latihan kemahiran yang berguna kepada mereka. Oleh itu guru yang memainkan peranan penting dalam memberi didikan kepada kanak-kanak ini. Tidak mengapa sekiranya mereka tidak mampu menyebut dan mengingati huruf-huruf abjad walaupun hanya A B C. Tapi guru boleh mengajar mereka untuk berdikari. Kita janganlah memandang hanya pada satu aspek sahaja. Tidak semestinya kanak-kanak yang berkeperluan khas yang dihantar ke sekolah ini perlu pandai membaca dan menulis. Kemahiran asas untuk berdikari perlu diajar dan diasah oleh mereka. Mengapa ini penting? Hal ini kerana jika mereka sudah keluar dari alam persekolahan kelak ,kemahiran yang dipelajari boleh diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Bayangkan seorang tukang jahit atau chef yang hebat? Perlukan keputusan SPM YANG HEBATKAH? Tidak bukan...yang penting kemahiran yg diajar itu perlulah diasah dan digilap selalu.
Pada masyarakat, kita perlulah menerima mereka dengan terbuka. Janganlah terlalu diskriminasi kepada golongan sebegini. Banyak daripada mereka ini mampu berkerja di baik. Sebagai contohnya, CAREFOUR yang tidak segan silu memberi peluang pekerjaan kepada golongan ini untuk bekerja. Tidak mengapa walaupun hanya bekerja sebagai pelekat harga di barang-barang.(contoh pekerjaan) Namun itulah dikatakan kemahiran. Memang pelik dan lucu dikatakan bahawa mereka ini hanya mampu menyusun barang ,melekat harga dan mengemas barang. Tapi mereka masih mampu bekerja bukan? Disebabkan itulah majikan-majikan perlu bersifat terbuka dan yakin akan kebolehan mereka. Sekali lagi, saya bagi contoh adakah hanya dengan mencuci pinggan pun kita masih tidak yakin kepada mereka? Anggapan yang negatif perlulah dibuang.
Jikalau kita tidak yakin dan menolong mereka ini. Bagaimanakah mereka ingin meneruskan kehidupan di masa hadapan. Adakah hidup mereka hanya berakhir di sistem persekolahan sahaja?Sudah tentu tidak sama sekali.
Jadi sebagai masyarakat yang prihatin kita hendaklah sedar dan prihatin akan masa depan kanak-kanak berkeperluan khas. Janganlah sesekali memandang rendah kepada mereka. Ibu bapa misalnya sangat memainkan penting sekiranya mempunyai kanak-kanak berkeperluan khas. Janganlah terlalu tidak yakin sehinggakan tidak mahu mereka mempelajari apa-apa kemahiran dan pendidikan pun. Perlu yakin dan memberi dorongan selalu kepada mereka. Penting untuk masa depan mereka juga. Yang penting disini,janganlah kita sesekali menghina dan memandang rendah kepada mereka. Ini kerana tiada sesiapa pun mahu dilahirkan dengan keadaan sedemikian rupa. Bersyukurlah dengan keadaan kita yang mampu menjalani kehidupan dengan baik berbanding mereka.
No comments:
Post a Comment