KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Sunday, 8 July 2012

CONTOH PENTAKSIRAN TINGKAH LAKU


 Borang Pemerhatian dan Perekodan
Untuk melakukan pemerhatian tingkah laku ke atas murid, saya telah menyediakan borang yang akan diguna untuk melakukan soal selidik tingkah laku dan emosi murid-murid di kelas PKBP ini. Ianya terdiri daripada tingkah laku agresif seperti hiperaktif, suka memukul, mencubit, membaling benda, dan sebagainya.
Tingkah laku pasif seperti mengasingkan diri, tiada keyakinan diri, memencilkan diri daripada aktiviti kumpulan dan sebagainya.
 Masalah sosial dan emosi seperti kelihatan sugul, suka berbohong, keluar daripada kelas tanpa izin guru, dan sebagainya.
Serta masalah pembelajaran. Borang ini akan saya gunakan sebagai garis panduan untuk pemerhatian saya serta alat yang akan saya gunakan untuk merekod (pengukuran tingkah laku menggunakan skala pengkadaran).


CONTOH BORANG SOAL SELIDIK
 TINGKAH LAKU DAN EMOSI

NAMA  : _______________________________          TARIKH :______________
KELAS : _________________                                        
JENIS KURANG UPAYA : _________________

1.     Selalu                     2. Tiada                        3. Kadang-kadang


BIL
Jenis Tingkah Laku
1
2
3

A.    Agresif



1.
Hiperaktif



2.
Suka memukul



3.
Suka mencubit



4.
Cepat marah



5.
Suka berkelahi



6.
Suka bertumbuk



7.
Suka mencederakan diri sendiri



8.
Suka mencederakan orang lain



9.
Suka merosakkan harta sendiri



10.
Suka merosakkan harta orang lain



11.
Suka mengejek kawan atau orang lain



12.
Suka mengganggu kawan



13.
Suka memjerit-jerit



14.
Membaling benda-benda kepada kawan



15.
Membaling buku dan lain-lain alat ke atas meja / lantai



16.
Menggoyang-goyangkan badan



17.
Mengetuk-ngetuk di tempat duduk



18.
Menyanyi, bersiul, dan ketawa sendirian



19.
Menggunakan bahasa kesat



20.
Cuba menonjolkan diri untuk menarik perhatian








BIL
Jenis Tingkah Laku
1
2
3

B.    Pasif



1.
Hipoaktif (berdiam diri)



2.
Mengasingkan diri / bersendirian



3.
Suka berkhayal



4.
Suka membebel / berleter seorang diri



5.
Tiada keyakinan pada diri sendiri. Selalu kata “saya tidak boleh”



6.
Mudah puas hati pada kerja yang kurang sempurna



7.
Tidak mahu mencuba sesuatu tugas baru yang dianggap susah



8.
Mempunyai pergerakan yang lambat



9.
Memencilkan diri daripada aktiviti berkumpulan



10.
Lambat dalam menjalankan tugas




BIL
Jenis Tingkah Laku
1
2
3

C.    Masalah Emosi dan Sosial



1.
Suka menghisap jari



2.
Suka menggigit kuku



3.
Kelihatan sugul



4.
Merasa takut dan cemas



5.
Takut pada situasi baru



6.
Terlalu malu dan kurang bergaul



7.
Suka meminta perhatian



8.
Suka berbohong



9.
Suka mengambil barang orang



10.
Tidak suka berkawan



11.
Menyalahkan orang lain



12.
Keluar dari tempat duduk tanpa meminta izin guru



13.
Menggangu apabila guru bercakap



14.
Tidak boleh menerima orang baru dengan mudah



15.
Susah hendak bertenang dalam kelas selepas rehat



16.
Tidak memberi kerjasama pada orang lain



17.
Suka menceritakan perkara rekaan dan khayalan



18.
Tidak suka pada rancangan yang diatur



19.
Mengubah kerusi meja ke tempat lain tanpa izin



20.
Tidak bertindakbalas apabila berbual




BIL
Jenis Tingkah Laku
1
2
3

D.    Masalah Pembelajaran (kognitif)



1.
Kurang tumpuan perhatian



2.
Tidak boleh menyiapkan kerja-kerja



3.
Tidak boleh ikut arahan



4.
Kurang daya ingatan



5.
Kurang kefahaman



6.
Kurang daya taakulan



7.
Lambat menyiapkan kerja dan terpaksa digesakan



8.
Kerja comot, tidak lengkap, dan tidak sempurna



9.
Tidak cukup perbendaharaan kata apabila menerangkan sesuatu



10.
Tidak peka terhadap bising



11.
Tidak dapat menyesuaikan diri apabila terdapat bunyi bising



12.
Kebersihan diri tidak memuaskan



13.
Tidak boleh menulis huruf sendiri



14.
Tidak tahu menulis nama sendiri



15.
Tidak boleh membuat kerja dengan sendiri




Borang 8.1 : Borang Soal Selidik Emosi dan Tingkah Laku







1 comment: