KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

Sunday, 8 July 2012

INTERVENSI TINGKAH LAKU MELALUI TERAPI


Terapi
Jadual Terapi
Berikut adalah jadual terapi yang akan dilakukan beserta dengan tarikh, hari dan masa dimana terapi tersebut akan dijalankan. Ini bertujuan bagi memudahkan saya merujuk serta melakukan persediaan sebelum terapi dilaksanakan.
Bil
Cadangan Aktiviti Terapi
Tarikh
Hari
Masa
Purata Masa
1
Sambungkan Titik
5/10/09
Isnin
11.00am – 11.30am
Setengah jam
2
Membaling Bola Getah
6/10/09
Selasa
8.10am – 8.40am
Setengah jam
3
Membuat Pinggan Kertas
7/10/09
Rabu
10.30am – 12.00pm
1 jam setengah
4
Loceng Bewarna
9/10/09
Jumaat
7.40am – 8.10am
Setengah jam
5
Membuat Pinggan Kertas (kali ke-2)
14/10/09
Rabu
11.00am – 12.00pm
1 jam
6
Membaling Gelung Kecil
15/10/09
Khamis
8.10am – 8.40am
Setengah jam
7
Terapi Berkuda
16/10/09
Jumaat
9.00am – 12.00pm
3 jam
8
Loceng Bewarna (kali ke-2)
19/10/09
Isnin
10.30am – 11.00pm
Setengah jam
9
Membaling Bola Getah (kali ke-2)
20/10/09
Selasa
8.10am – 8.40am
Setengah jam
10
Membaling Gelung Kecil (kali ke-2)
22/10/09
Khamis
8.10am – 8.40am
Setengah jam
11
Bowling Skittle
23/10/09
Jumaat
8.10am – 8.40 am
Setengah jam
Jadual Terapi

 Perancangan Terapi Seni
Subjek                         : Tingkah laku
Aktiviti                         : Terapi Seni ( Menyambungkan Titik )
Tarikh                          : 5 Oktober 2009
Hari                             : Isnin
Masa                           : 11.00 am – 11.30 am
Bil.  Murid                    : 6 orang
Sasaran                       : Seorang murid (Muhammad Nur Ramadhan Fahmi)
Sasaran Tingkah Laku : 1) Penumpuan
                                        2) Kesabaran
Bahan Bantuan Terapi : 1) Kertas Bergambar Ikan (Menyambungkan Titik)
                                        2) Pensil
                                        3) Pensil warna

Cara Kerja
Langkah
Aktiviti
1
Murid diberikan sebatang pensil dan sehelai kertas untuk menyambungkan titik-titik bagi membentuk dua ekor ikan siakap
2
Murid menyambungkan titik-titik
3
Murid mewarnakan gambar ikan yang telah disambungkan

Jadual Cara Kerja Untuk Terapi Seni ( Menyambungkan Titik )

Analisis Kerja
Langkah
Aktiviti
Catatan
1
Menyambungkan titik-titik
-          Terapi motorhalus, pergerakan tangan dan jari, penumpuan yang tinggi diperlukan.
-          Titik yang disambungkan agak tidak teratur
-          Tumpuan agak hilang, Fahmi mula berjalan dalam kelas sendiri, guru melakukan tindakan tanpa lisan iaitu mengikut kemana Fahmi pergi.
2
Mewarnakan gambar ikan
-          Terapi motorhalus, pergerakan tangan dan jari, penumpuan yang tinggi diperlukan.
-          Penghasilan kerja yang tidak kemas dan bercelaru (ikan bewarna biru)
-          Tumpuan hilang, Fahmi telah pergi ke kelas lain, guru menkuarantinkan Fahmi dibilik guru sehingga sesi terapi selesai.(time out)

Jadual 9.4 : Jadual Analisis Kerja Untuk Terapi Seni (Menyambungkan Titik)


Keberkesanan Terapi
Terapi seni (menyambungkan titik) merupakan terapi pertama yang dilakukan kepada Fahmi bagi sesi terapi selama tiga minggu yang akan dijalankan kepadanya untuk mengubah atau mengurangkan tingkah laku Fahmi iaitu tumpuan yang terlalu singkat.
Terapi ini telah dijalankan pada  5/10/09 selama 30 minit. Terapi ini dijalankan bersama rakan kelasnya yang lain. Pada permulaan terapi, kelihatan Fahmi memberikan tumpuan yang penuh. Namun setelah 5 minit sesi terapi dijalankan, Fahmi mula menunjukkan kehilangan sedikit tumpuan. Sambungan titik-titik yang dilakukannya tidak kemas.
Setelah 10 minit berlalu, Fahmi mula bangun daripada tempat duduk dan mengganggu rakannya yang lain. Saya telah melakukan modifikasi tingkah laku iaitu tindakan tanpa lisan. Saya mengikut kemana sahaja Fahmi pergi sehingga dia duduk semula di tempat duduknya.
Apabila tiba masa mewarnakan gambar, Fahmi mula hilang tumpuan. Fahmi mewarnakan gambar dengan pantas supaya boleh keluar dengan cepat dan pergi ke kelas lain. Kecelaruan juga berlaku disini dimana Fahmi telah mewarnakan ikan dengan warna biru. Saya telah melakukan peneguhan time out iaitu mengkuarantinkan Fahmi di bilik guru sehingga masa 30 minit yang diperuntukkan untuk terapi ini tamat.
Kesimpulan yang boleh dibuat disini adalah terapi ini kurang berjaya kerana Fahmi masih melakukan tingkah laku yang ingin diubah iaitu tumpuan yang singkat dan berjalan semasa aktiviti berlansung serta berkemungkinan aktiviti ini kurang digemari oleh Fahmi.


REFLEKSI GURU

Guru yang cemerlang ialah guru yang tidak pernah jemu membentuk dan mendidik anak muridnya tanpa rasa jemu dan bosan. Sesungguhnya kesabaran itu akan dibalas dengan seribu kenikmatan yang tidak dapat dilihat pada satu jangka masa yang tidak dijangkakan.

No comments:

Post a Comment